Anda di halaman 1dari 13

Cerita Haiwan

1. Sang Kura-kura dan Sang Helang


Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burung-burung itu, kata kurakura.
Kura-kura cemburu setiap kali melihat burung-burung terbang bebas di udara. Ia selalu
termenung memikirkan akan keinginannya itu. Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor
burung gagak sedang berehat di atas sebatang dahan pokok. Kura-kura segera menghampiri
burung gagak itu. Ia meminta gagak mengajarnya terbang.
Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap, kata gagak.
Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa.
Tiba-tiba ia ternampak seekor helang menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang
mencari makanan.
Dari tadi saya perhatikan kamu termenung. Apakah masalah kamu wahai kura-kura? tanya
helang.
Sebenarnya saya ingin terbang di udara seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada yang
ingin menolong saya, kata kura-kura.
Baiklah kura-kura, saya akan ajar kamu terbang, kata helang.
Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang? tanya kura-kura dengan gembira.
Helang memegang cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya terbang di udara.
Helang membawa kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh gembira kerana ia
dapat terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat merasa angin yang sejuk. Ia juga dapat
melihat pemandangan yang cantik. Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura
ke suatu tempat. Ia melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura
melayang-layang jatuh ke tanah dan terhempas di atas batu. Badan kura-kura hancur
berkecai. Helang terus makan kura-kura itu dengan gembira.

2. Pantun
KONSTRUK 3: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tebuka

PANTUN KANAK-KANAK
>Anak rusa nani, Baru kembang ekor; Apa dosa kami, Lalu tidak tegur.
>Buai laju-laju, Sampai puncak sana; Apa dalam baju, Sekuntum bunga Cina.
Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Pandai baca kitab.
>Ayam kedek-kedek, Beri makan padi; Abang sayang adik, Mesti ajar mengaji.
Burung kenek-kenek, Hinggap bawah batang; Apa pesan nenek, Cepat-cepat pulang.
>Lompat si katak lompat, Lompat dalam perigi; Cepat adik cepat, Pergi mandi gosok
gigi.
Anak lembu merah, Tambat di pokok asam; Adik kena marah, Tarik muka masam.
>Durian atas titi, Pisang dalam dulang; Sukanya rasa hati, Ayah sudah pulang.
Buai kaduk-kaduk, Kaduk naik ke rimba; Panjang janggut datuk, Buat tali timba.

Anak rusa nani,


Baru kembang ekor;
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur

3. Biografi

KONSTRUK 12: Keupayaan membaca dan memahami bahan rangsangan secara lisan
ataupun penulisan
Tan Sri Dr. P. Ramlee dilahirkan dengan bakat seni yang besar dan hebat. Perjuangan
selama 25 tahun dalam bidang seni membawanya ke mercu kejayaan sebagai penyanyi,
penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai pengusaha filem.
Tan Sri Dr. P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan
seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan
Singapura.
Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang
berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein
pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah
Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga
meletusnya Perang Dunia Kedua.
Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan
Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes
Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara
nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi
Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal
namanya

dan

kekallah

nama

P.

Ramlee

itu

hingga

ke

akhir

hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah CHINTA pada tahun 1948. Beliau memegang
peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah
berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang
pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan
(Pengarah filem Melayu tahun 50an dan 60an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang
amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India
Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah Laksamana Do Re

Mi pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah Ayer Mata Di Kuala Lumpur pada
tahun

1973

sebelum

beliau

menghembuskan

nafas

terakhirnya.

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Isteri pertama ialah Junaidah Daeng Haris,
berkahwin pada tahun 1950 dan bercerai pada tahun 1954.

Pada 6 Februari 1955

berkahwin pula dengan Norizan tetapi jodoh mereka berakhir pada tahun 1961. Beberapa
bulan selepas itu P.Ramlee berkahwin dengan Saloma pada 21 November 1961 dan jodoh
mereka kekal hingga ke akhir hayat.P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku
Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga.P. Ramlee
telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan
jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi
mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran
Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada
tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap,
Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun
1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada
sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982

4. Penglipur lara
Hikayat Malim Deman
Tuanku Gombang Malim Dewa dan permaisuri Tuan Puteri Lindungan Bulan
memerintah negeri Bandar Muar. Mereka mempunyai seorang putera, Tuanku Malim
Deman. Pada suatu malam, Tuanku Malim Deman bermimpi didatangi seorang wali
Allah menyuruh baginda pergi ke hulu negeri berjumpa dengan Nenek Kebayan untuk
beristerikan Puteri Bongsu daripada tujuh beradik dari kayangan yang akan turun ke
dalam taman nenek memetik bunga mengarang kuntum pada setiap malam purnama.
Sedar dari beradu, Tuanku Malim Deman berubah menjadi seorang yang gila bayang.
Seisi istananya kehairanan terutama pengasuhnya, Si Kembang Cina. Baginda
memohon pekenan ayah dan bondanya untuk pergi berburu ke hulu negeri. Pada
mulanya Tuanku Malim Deman diiringi sekalian ramai hulubalang dan rakyat jelata.
Namun mereka tewas; akibat kebuluran, penyakit, sesat dan berpatah balik.
Akhirnya tinggallah Tuanku Malim Deman, Awang Selamat dan anjingnya Si
Kumbang. Awang Selamat jatuh sakit dan meninggal dunia dalam perjalanan, Si
Kumbang pula mati lemas. Tinggallah Tuanku Malim Deman sendirian menempuhi
berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan sehingga menemui sebiji batil emas
hanyut berisi sebentuk cincin dan sehelai rambut. Semua ini milik Puteri Bongsu dari
kayangan yang berkata barang sesiapa yang menemui batil tersebut ialah jodohnya.
Sebenarnya puteri ini telah ditunangkan dengan Medan Si Tangkal Ali tetapi tidak
disukainya.
Tuanku Malim Deman menemui Nenek Kebayan dan dengan helah mereka baju layang
Puteri Bongsu diambil oleh Tuanku Malim Deman. Akhirnya Tuanku Malim Deman
membuka rahsia batil emas dan apa tujuan sebenar kedatangannya. Mereka

dikahwinkan oleh Betara Guru di rumah Nenek Kebayan. Kepulangan Tuanku Malim
Deman membawa isteri disambut penuh meriah dan kebesaran oleh kedua orang
tuanya, lalu diadakan kenduri kahwin besar-besaran. Rakyat negeri Bandar Muar
mengadakan pesta selama tiga bulan sebagai tanda kesyukuran dan Tuanku Gombang
Malim Dewa sendiri berkenduri membayar nazarnya.

5. Cerita Jenaka
KONSTRUK 11 : Keupyaan membaca dan menulis ayat mudah

Cerita Rakyat Melayu PAK ANDE BERTEMU GERGASI


Pak Ande adalah seorang suami yang bodoh memiliki anak bernama Ande. Dia tidak
memiliki perkerjaan. Istrinya sangat risau melihatnya dan berusaha mencari
pekerjaan untuk suaminya. Pada suatu hari, Pak Ande ditawari pekerjaan di sebuah
kapal. Kapal itu sekali seminggu akan singgah di kampong Pak Ande.
Pak Ande sebetulnya tidak begitu berminat, tetapi istrinya yang sangat mendesak.
Pak Ande terpaksa menyatakan setuju. Setelah bersiap-siap dan dibekali makanan
atau kue-kue, pagi-pagi berangkatlah Pak Ande dari rumah menuju pelabuhan.
Setelah tak tampak lagi sosok tubuh Pak Ande ketika memasuki tikungan, Mak Ande
dan anaknya melanjutkan tidurnya karena hari masih pagi.
Rupanya Pak Ande tidak jadi ke pelabuhan dan balik lagi ke rumah. Dia berjalan
mengendap-endap dan menaiki para rumahnya. Selama tujuh hari dia berada di para
itu dan kue-kuenya yang dibekali istrinya itulah yang dimakannya selama tujuh hari.
Dia atas para itu pulalah Pak Ande tidur pada malam harinya. Pada waktu tidur itulah
tikus-tikus mendatangi Pak Ande karena bau kue yang tersisa di bibir Pak Ande.
Tikus-tikus itu menggigit bibir Pak Ande sedikit demi sedikit sehinggalah habis
bibir Pak Ande. Pak Ande sebetulnya sangat kesakitan, akan tetapi dia tak berani
menjerit karena takut pada istrinya. Sebetulnya, dia ingin sekali memukul tikustikus itu, tetapi dia takut terdengar istrinya pula. Akhirnya dia rela kehilangan
bibirnya.

Karena sudah seminggu, kapal yang berlayar kembali lagi ke kampong Pak Ande. Mak
Ande bersiap-siap menyambut Pak Ande sambil membersihkan seluruh rumah,
termasuk para dapur. Ketika menarik kain di atas para itulah, tampak Pak Ande yang
sedang bersembunyi. Wajahnya hitam karena asap dapur.
Dengan muka pucat ketakutan, Pak Ande turun. Istrinya sangat marah karena ditipu,
tetapi anaknya ketakutan melihat wajah Pak Ande yang tidak berbibir. Karena
sangar marah, Mak Ande dan anaknya pergi dari rumah, tetapi disusul Pak Ande dari
kejauhan. Karena perjalanan jauh, Mak Ande merasa haus dan berniat ingin
memanjat pohon kelapa, tetapi tidak dapat memanjat.
Pada waktu itulah Mak Ande terpaksa memanggil Pak Ande yang mengikutinya dari
jauh dan memanjat. Setelah meminum air kelapa, rasa haus belum juga reda.
Sesampainya di hutan, mereka mendengar suara orang makan, tetapi sangat kuat.
Setelah diintip, ternyata sepasang gergasi sedang makan. Mereka terpaksa
mendiamkan diri karena takut.
Akan tetapi anak Pak Ande tidak dapat menahan lapar dan berteriak minta makan.
Mendengar teriakan itu, sepasang gergasi keluar dari sarangnya dan mereka sangat
marah dan akan memakan Pak Ande sekeluarga. Akan tetapi melihat wajah Pak Ande
yang tak ada bibir, sepasang gergasi ketakutan dan lari tunggang-langgang
meninggalkan sarang mereka.
Setelah gergasi tak kelihatan lagi, barulah Pak Ande sekeluarga berani berdiri dan
memeriksa sarang gergasi. Pada saat itulah ditemukan emas dan berlian yang
banyak. Pak Ande mengambil semua emas dan berlian itu dan sejak itulah Pak Ande
sekeluarga menjadi kaya, namun bodohnya tetap tidak hilang.

6. lagu rakyat

Lagu tiga kupang


Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
( korus )
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Hidung hidung hidung

7. Sajak Hari Guru


Dalam ajarmu ada harapan
dalam tegurmu ada doa
dalam marahmu ada sayang
dalam mesramu ada takwa
dalam diammu ada bijaksana
dalam didikan dan tanganmu
kami kini menjadi
insan berilmu dan berguna
selamat hari guru

Anda mungkin juga menyukai