Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 50


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt wbkth, salam 1 malaysia dan salam perak aman jaya.
SELAMAT

DATANG

KE

KEJOHANAN

SUKAN

TAHUNAN

SEKOLAH

KEBANGSAAN SK PEKAN RABU TAHUN 2012


Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi,
kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari
yang gilang gemilang ini untuk menjayakan kejohanan sukan tahunan Sk Pekan
Rabu kali ke 50. Kita berasa amat bertuah pada tahun ini kerana ini adalah
merupakan sambutan jubli emas.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi
memeriahkan lagi kejohanan sukan pada hari ini.
Asal Juragan Mengail Ikan,
Sambil Bersuka Di Tepi Kuala,
Masa Jangan Kita Tangguhkan,
Tirai Dibuka Majlis Bermula.

UPACARA PERARAKAN BADAN BERUNIFORM DAN RUMAH SUKAN


Hadirin yang dihormati,
Kejohanan Sukan Tahunan pada petang ini akan dimulakan dengan perbarisan
lintas hormat oleh kontigen pengawas sekolah, kontigen pergerakan puteri islam
Malaysia, kontigen kadet remaja sekolah, dan kontigen rumah-rumah sukan.

Majlis menjemput Encik Ahmad Nor Al-Zaidin b Ahmad Azzudin (Pegawai Khas
Adun Sg Manik ) diiringi Encik Mohamed Bin Che Ree, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pekan Rabu untuk menerima lintas hormat daripada kontingenkontingen .

Pasang CD Marching

PERBARISAN LINTAS HORMAT.

Mendahului perbarisan lintas hormat kita pada petang ini adalah Pengawas
Sekolah yang membawa bendera kejohanan sukan tahunan. Kontigen ini diketuai
oleh Adik ____________________________

Seterusnya perbarisan lintas hormat dari kontigen pergerakan puteri islam


Malaysia.

Kontigen

seramai

20

orang

ahli

ini

diketuai

oleh

Adik ________________________________

Segak bergaya di belakang Kontigen pergerakan puteri islam malaysia ialah


kontingen

kadet

remaja

sekolah

yang

diketuai

oleh

Adik

______________________________. Kontigen ini mempunyai 20 orang ahli.

Perbarisan lintas hormat seterusnya adalah dari kontigen rumah kuning. Kuning
melambangkan

warna

diraja.

Kontigen

ini

diketuai

oleh

Adik __________________________ Kontigen ini mempunyai seramai 61


orang ahli.

Kontijen seterusnya ialah Rumah Biru. Biru melambangkan perpaduan.Ini


menunjukkan mereka bersatu padu untuk membentuk sesebuah pasukan yang
mantap. Kontigen ini diketuai oleh Adik _______________________________
dan diwakili seramai 61 orang ahli.

Seterusnya perbarisan lintas hormat dari kontigen rumah merah. Merah


melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan. Kontigen ini diketuai
oleh Adik _________________________ dan mempunyai seramai 62 orang
ahli.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


Kejohanan sukan tahunan Sekolah Kebangsaan pekan rabu kali ke 50 diteruskan
dengan nyanyian lagu Negaraku.

Hadirin di minta berdiri.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Agar majlis kita pada petang ini diberkati oleh Allah S.W.T. majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Adik Zulkefli bin Ismail untuk mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan.

BACAAN DOA

Aminamin.amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan Adik Zulkefli bin


Ismail kepada atas bacaan doa sebentar tadi.

Majlis kita pada petang ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan. Majlis
dengan sukacitanya mempersilakan Adik Farah Aliya Aisyah bt Zaruddin untuk
mengetuai pembacaan ikrar kejohanan sekolah kebangsaan pekan rabu kali ke -50.

BACAAN IKRAR KEJOHANAN

Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda


komitmen para atlet dalam kejohanan ini.

ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS.

Yang Dihormati Encik Ahmad Nor Al-Zaidin b Ahmad Azzudin (Pegawai Khas
Adun Sg Manik ), Yang Dihormati Encik Mohamed bin Che Ree, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu,

Encik Mohd Hamdan bin Sakio Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu,

Tuan Haji Mohd Fauzi bin Darus Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ibrahim bin
Khalid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Norlida binti Nordin Penolong Kanan
Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu

Guru-guru besar sekolah-sekolah kelompok 2


AJK-AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu
Guru-guru dan kakitangan sekolah
Ibu bapa dan penjaga murid
Seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Hadirin hadirat,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Mohamad bin Che Ree Guru
Besar Sek. Keb. Pekan Rabu untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan

UCAPAN GURU BESAR

Majlis merakamkan ucapan Terima kasih kepada Encik Mohamad bin Che Ree atas
ucapan beliau sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin sekalian,
Kini, majlis menjemput Encik Ahmad Nor Al-Zaidin b Ahmad Azzudin (Pegawai
Khas Adun Sg Manik ) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
kejohanan sukan tahunan SK Pekan Rabu kali ke 50. Dengan segala hormatnya di
persilakan.

UCAPAN PERASMIAN

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ahmad Nor Al-Zaidin b
Ahmad Azzudin (Pegawai Khas Adun Sg Manik ) atas kesudian beliau merasmikan
kejohanan sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu kali ke 50 sebentar
tadi.

Sebagai tanda kenang-kenangan di persilakan En Mohamed bin Che Ree Guru


Besar SK Pekan Rabu untuk menyampaikan cenderahati kepada Encik Ahmad Nor
Al-Zaidin b Ahmad Azzudin (Pegawai Khas Adun Sg Manik )

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Murid-murid diminta berdiri


Seterusnya perbarisan lintas keluar dari kontingen-kontingen Pengawas Sekolah,
Pergerakan Puteri Islam Malaysia Kadet Remaja Sekolah, dan rumah-rumah
sukan.

PERBARISAN LINTAS KELUAR

Begitulah tadi. Berakhirnya majlis perasmian pembukaan Kejohanan sukan


tahunan kali ke-50. Maka marilah kita sama-sama menyaksikan acara sukan yang
seterusnya.

Acara-acara Kejohanan sukan Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu kali ke-50 akan
dimulakan sebentar lagi. Diminta kepada semua pegawai sukan untuk mengambil
tempat masing-masing. Dan diminta kepada semua murid yang mengambil bahagian
untuk bersedia.

PEGAWAI=PEGAWAI SUKAN DAN MURID MENGAMBIL TEMPAT.

Pegawai-pegawai sukan yang terlibat pada petang ini ialah.


(Rujuk buku program)

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN DIMULAKAN


Acara yang akan berlangsung sebentar lagi adalah.
(Rujuk buku program)

Majlis

diteruskan

lagi

dengan

penyampaian

hadiah

bagi

acara

.
Dijemput .. diiringi
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi acara ______________________________


Tempat pertama __________________________ dari rumah ____________
Tempat kedua ___________________________ dari rumah _____________
Tempat ketiga __________________________ dari rumah ______________

Acara sukan tahunan dihentikan untuk seketika

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada murid murid tahun 3,4, dan
5. Majlis mempersilakan,

PERSEMBAHAN MURID.

Persembahan ini adalah di bawah bimbingan Puan Yusmariyani, Puan Nor Zilha dan
Puan Nor Haida.

Kepaada belia, beliawanis, ibu dan bapa yang berminat untuk mengambil bahagian
dalam acara __________________________________(rujuk buku program)
Boleh mendaftarkan nama di meja urusetia.

ACARA SUKAN BERSAMBUNG


Acara sukan yang akan berlangsung sebentar lagi ialah..
Murid-murid diminta bersedia.

Selepas ini adalah acara penutupan kejohanan sukan tahunan pada hari ini.Diminta
kepada semua murid berada di rumah sukan masing-masing dan berkumpul di
padang. Diharap semua murid bersedia.

Bagi mengikhtiraf kejayaan para atlet yang telah Berjaya pada hari ini
Majlis dengan segala hormatnya menjemput_________________________
Untuk menyampaikan hadiah dan piala pusingan

PEMBERIAN HADIAH

Kini diumumkan olahragawan sekolah. Dipersilakan Adik


Untuk makluman semua beliau telah memenangi acara

Sekarang diumumkan olahragawati sekolah. Dipersilakan Adik ..


Beliau telah meraih pingat.....................

Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan
keseluruhan rumah sukan.Johan keseluruhan rumah sukan bagi kejohanan sukan
tahunan kali ke 50 jatuh kepada rumah . Dipersilakan ketua
rumah sukan untuk menerima piala pusingan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar kerana sudi untuk menyampaikan
hadiah dan piala pusingan.

Berakhir sudah Kejohanan sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu kali ke
50 pada petang ini. Kami mewakili warga SK Pekan Rabu menyusun sepuluh jari
memohom ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai