Anda di halaman 1dari 2

ArtikelModel Konseptual Pendidikan Guru

Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Guru


(FPG) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang disepadukan merentas semua disiplin mata pelajaran
serta program yang dirancang. Model Konseptual Pendidikan Guru
mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama iaitu kendiri,
kemasyarakatan dan ketuhanan.
Dimensi Ketuhanan menganjurkan peningkatan ilmu, pengahayatan dan
amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.
Kemasyarakatan menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan
sebagai agen perubahan, manakala,
Kendiri menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan,
patriotisme, pemupukan budaya ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti
mulia.

Model Tiga Segi Pendidikan Guru


Di bawah 3 dimensi utama tersebut, ia merangkumi 3 aspek asas:
1.
1. Kemahiran: berkaitan dengan perkembangan dan
kepentingan pendidikan dalam kehidupan.
2. Pengetahuan: kemahiran ikhtisas yang merangkumi
kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran bertujuan
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembalajaran.

3. Nilai: merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, pelakuan


guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan,
patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion
keguruan.
Ketiga-tiga aspek disepadukan dan merentasi semua disiplin dan program
perguruan yang dirancangkan.Disamping itu model tersebut menekankan
matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu
berdasarkan domain potensi individu iaitu:

Intelek

Rohani

Emosi

Jasmani

Anda mungkin juga menyukai