Anda di halaman 1dari 6

PERBEZAAN ANTARA LA NINA DAN EL NINO

El Nino dan La Nina berlaku disebabkan interaksi antara permukaan laut dan atmosfera di Pasifik Tropika.
Perubahan di lautan memberi impak kepada atmosfera dan corak iklim seluruh dunia.
Perubahan atmosfera ini seterusnya memberi impak kepada suhu dan arus lautan semula. Sistem ini
berulang daripada keadaan suam (El Nino) kepada neutral (La Nina sejuk) dengan purata pusingan antara 3
hingga 4 tahun.
Kedua-duanya adalah fasa ekstrem yang berlaku semula jadi dalam kitaran iklim yang dikenali sebagai El
Nino atau Ayunan Selatan (ENSO).
Kedua-dua terminologi merujuk kepada perubahan suhu permukaan laut pada skala besar di sekeliling
kawasan tropika Pasifik Timur.
Haba dan lembapan ini meliputi kawasan tropika ketika El Nino melanda tetapi ketika La Nina berlaku,
tiupan angin lazim timuran menjadi bertambah kuat sehingga menyebabkan cold upwelling di kawasan
perairan tropika dan Amerika Selatan meningkat.
Pada ketika ini, suhu permukaan laut di kawasan tropika boleh menurun sehingga 7 darjah F di bawah
normal.

Sumber Maklumat: Berita Minggu

El-Nino ialah satu fonomena atmosfera yang luar biasa di mana berlaku satu tiupan
angin yang bertiup,tetapi tidak berlaku dan melibatkan perubahan arus permukaan
yang memberi kesan atau masalah kepada sistem alam sekitar seperti perubahan
cuaca dunia.Kejadian el-nino menyebabkan sebahagian dunia mengalami cuaca
panas dan sebahagian dunia lain mengalami ribut dan banjir.
PROSES-PROSES KEJADIAN EL-NINO
Kejadian El-Nino terjadi dimana keadaan tiupan angin yang biasa angin akan bertiup
dari kawasan Lautan Pasifik iaitu dari benua Amerika Selatan menuju ke kawasan
Australia, Indonesia, Malaysia dan Negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Selain itu, tiupan angin juga menyebabkan berlaku arus lautan bergerak yang boleh
menyebabkan bahan-bahan dari dalam laut turut naik bergerak bersama-sama ke
tempat lain.Air laut juga panas akibat peningkatan suhu global telah menyebabkan
tekanan udaranya menjadi rendah.Dengan ini melemahkan, menghentikan, dan
mengubaah pola tiupan angin timuran dari darat ke laut atau dari timur
ke barat.Angin yang mengumpulkan lembapan akan melepaskan lembapan yang
dikumpulkan ke kawasan yang dibawanya serta menurunkan dalam bentuk hujan.

Oleh sebab itu, hujan monsun turun di kawasan tangah Lautan Pasifik dan bukan di
kawasan yang sepatutnya iaitu di Asia Tenggara dan Australia.Hal ini menyebabkan
berlaku cuaca panas, kemarau, dan suhu yang tinggi serta kadar hujan yang sedikit
dialami oleh Negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan lain-lain.
Pada masa yang sama juga, kawasan timuran Lautan Pasifik yang meliputi Negaranegara Amerika Selatan seperti Brazil, Ecuador, Peru, Argentina dan lain-lain
menerima pengaruh tiupan angun yang kencang menyebabkan berlakunya hujan
lebat, banjir terutama di persisiran pantainya apabila tiupan angin timuran berubah
dan bergerak dari barat ke timur.
KESAN-KESAN EL-NINO
Kejadian El-nino telah memberi kesan terhadap alam sekitar, antaranya ialah
memberi kesan terhadap tumbuhan. Dengan hujan yang lebat iaitu kesan daripada
El-nino akan menggalakkan pertumbuhan semak samun di kawasan cerun
pergunungan tepi pantai yang dipanggil chapparo.
Kesan yang lain ialah terhadap perubahan cuaca iaitu kesan angin. El-nino
menggalakan pembentukan angin yang kuat mengakibatkan taufan melanda
polysenia.Kepulauan Cooks, kepulauan dan Guam. El-nino juga menambahkan
kejadian siklon tropika di kawasan Lautan PasifikTengah berdekatan dengan Hawaii
pasifik selatan dan Barat Laut Pasifik antara garisan Longitud darjah dengan 180
T/B.
Selain itu juga memberi kesan kepada kenaikan suhu. Pada tahun 1997 terjadinya
El-nino yang terhebat sekali mengatasi tahun 1982/1983. pada tahun 1997 didapati
bahawa suhu permukaan lautan di luar pantai Ecuador dan Peru naik sebanyak 5
darjah celcius. Air panas ini kawasan seluas 14 juta km persegi iaitu lebih kurang
1.5 keluasan Kanada naik sebanyak 2-3 darjah dari suhu biasa.
Kesan yang lain ialah angin monsun. Kejadian monsun yang tidak menentu di
kawasan timur barat India dengan hujan yang lebat di beberapa tempatyang
menerima hujan 300 mm pada bulan jun. ENSO musim panas, hujan monsun di
India menjadi lebih kurang daripada keadaan biasa khasnya di bahagian barat laut
India. Di benua Afrika Tenggara dan Brazil Utara mengalami keadaan cuaca yang
lebih kering daripada biasa.
El-nino juga turut memberi kesan terhadap manusia iaitu kesan kepada sektor
perikanan. Arus panas yang melanda Pantai Ecuador menyebabkan arus panas
berpecah kepada 2 arah iaitu British Colombia dan ke Chile. Akibat daripada itu
banyak ikan di tepi pantai Peru dan Ecuador turut mengikut arus panas lalu
meyebabkan kekurangan ikan di industri Ecuador, banyak anjing laut mati kerana
kekurangan makanan menyebabkan bilangan anjing laut berkurangan sewaktu Elnino melanda.

Selain itu ia juga memberi kesan kepada sektor pelancongan. Kenaikan arus suhu
lautan telah membawa kemusnahan terhadap terumbu karang dan hakisan tepi
pantai. Akibatnya semua keindahan pelancongan. Kebakaran hutan menyebabkan
kejadian jerebu serta menjejaskan kegiatan pelancongan dan menyebabkan
pelancong asing tidak berminat lagi untuk melancong ke Negara Asia Tenggara.
Disebabkan bencana ini, musim dingin di British Colombia menjadi lebih sederhana
dan kawasan tersebut turut mengalami masalah salji berkurangan pada musim
dingin. Akibat daripada El-nino melanda, kegiatan sukan pelancongan musim dingin
turut terjejas.
Kesan yang lain ialah kegiatan pertanian. Kebakaran hutan menyebabkan keadaan
udara yang kotor (jerebu) telah mengurangkan proses fotosintesis tanaman. Ini
akan mengurangkan hasil kepada pertanian. Keadaan kemarau yang berlaku di
lembangan Lautan Pasifik semasa El-Nino menyebabkan kerosakan tanaman bijirin
di Australia, hasil tanaman kopi turun di Sumatera, hasil pengeluaran ladang
jagung, kelapa, dan sawah padi di Filipina turut terjejas, dan kambing biri-biri di
Australia mati akibat suhu panas yang melampau.
LA-NINA
La nina merupakan satu fenomena luar biasa yang melibatkan perubahan arus
permukaan laut dan tiupan angin di lembangan Pasifik yang menyebabkan
sebahagian dunia mengalami ribut dan banjir. La nina bererti The Little Girl a.k.a el
Viejo old man.
PROSES-PROSES KEJADIAN LA-NINA
Pembentukan La nina berlaku disebabkan tumpuan pancaran cahaya matahari
menyebabkan lautan pasifik mengalami pemanasan luar biasa. Keadaan laut yang
panas menyebabkan banyak arus naik, udara akan panas lalu mewujudkan
kekosngan di atmosfera. Sel kekosongan ini aan menarik angin timuran ke kawasan
sel lalu meningkatkan kekencangan angin timuran. Angin timuran yang semakin
kencang menolak lebih banyak arus panas menuju ke kawasan perairan Asia
Tenggara menyebabkan suhunya lebih panas daripada biasa. Ini mengakibatkan
udara di permukaan lautan menjadi panas dan naik membentuk awan
mengakibatkan kejadian hujan yang lebat di kawasan Asia Tenggara.
La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi
Pasifik Tengah dan Timur lebih sejuk dari keadaan biasa apabila Arus Humbolt
membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini. Semasa La Nina, angin timuran
bertambah kuat dan kejadian putaran sejuk sepanjang pantai barat benua Amerika
Selatan meningkat.
Sepanjang waktu ini, suhu air laut sepanjang Khatulistiwa boleh jatuh sebanyak 14
darjah Celsius. Semasa tahun-tahun La Nina, monsun meningkat di Asia
Tenggara dan Australia berlawanan dengan tahun-tahun El Nino. Sistem putaran

keadaan panas (El Nino), biasa dan sejuk (La Nina) berlaku setiap tiga hingga empat
tahun.
KESAN-KESAN LA-NINA
Kejadian La-nina telah memberi kesan terhadap manusia iaitu dari sektor
pelancongan. Kenaikan arus lautan membawa kemusnahan kawasan terumbu
karang dan tanpa terumbu karang, hakisan tepi pantai menjadi lebih serius lalu
merosakkan pantai yang indah dan menjejaskan kedatangan pelancongan.
Selain itu, kesan yang lain ialah kepada Sektor pertanian. Banjir la nina merosakkan
kawasan pertanian. Contohnya: kawasan tanaman padi. Petani akan mengalami
kerugian dan Negara terpaksa mengimport lebih beras dari Negara jiran. Keadaan
ini menggalakkan aliran keluar wang Negara. Kawasan tebu di utara Queensland
musnah akibat siklon rona. Kerosakan oleh siklon rona terhadap tanaman dan
infrastruktur bernilai RM 150 juta.
Selain itu juga, La Nina memberi kesan terhadap sektor perikanan. Kegiatan
upwelling/ pembuakan nutrien dari dasar laut lalu menyebabkan pertumbuhan
plankton yang menggalakkan pembiakan ikan. Contohnya pada La nina 1999,
nelayan Ecuador mendaratkan 90000 tan ikan tuna berbanding hanya 50000 tan
pada El nino 1998.
Disamping itu, juga menyebabkan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya
penularan wabak taun akibat air yang tidak bersih. Peningkatan jangkitan denggi
melalui nyamuk AEDES. La nina yang membawa hujan lebat menyebabkan penyakit
yang dibawa nyamuk seperti MVE (Murray Valley Encephalitis) merebak di tenggara
Australia.
Selain itu, turut menyebabkan kerosakan harta benda, infrastruktur dan kehilangan
nyawa. Banjir yang berlaku menyebabkan kerosakan harta benda, rumah
tenggelam, perabot musnah dan kerugian wang ringgit. Contohnya: di kemboja,
banjir la nina menyebabkan 8 orang kanak-kanak mati lemas dan beribu-ribu
kehilangan tempat tinggal di selatan wilayah kompot. Tauan yang berlaku
menyebabkan kerosakan infrastruktur di kawasan pelancongan. Ramai kanak-kanak
menjadi mangsa banjir kerana menyangka banjir sebagai satu pesta air.
La-Nina juga memberi kesan terhadap alam sekitar. La nina menyebabkan hujan
yang sangat lebat di kawasan asia tenggara. Hujan yang lebat menyebabkan banjir
yang besar berlaku. Contohnya di Filipina, hujan lebat yang turun telah
menyebabkan tanah runtuh berlaku.
Selain itu, kesan lain apabila selepas ribut siklon La nina memusnahkan satu
kawasan hutan, kesan pertumbuhan baharu akan berlaku kerana pokok yang
tumbang akan mereput lalu membebaskan nutrient ke dalam tanah bagi
membolehkan tumbuhan asal tumbuh dengan cepat. Air sungai yang melimpah ke

tepi lautan menyebabkan suhu lautan direndahkan. Suhu air lautan yang rendah
dengan faktor mendapan tanah dari air ini menyebabkan kematian terumbu karang
tepi pantai.Banyak kanggaru mati kerana banyak pokok lumholt kehilangan
daunnya akibat dilanda siklon. Seterusnya menyebabkan ekosistem hutan rosak
kerana kehilangan rantaian makanan dan habitat yang musnah mengakibatkan
populasi haiwan akan berkurangan.
Disamping itu juga, ia memberi kesan kepada kenaikan Arus Lautan. La nina pada
tahun 1998/99 mengakibatkan kawasan pantai New Zeland mengalami kenaikan
arus lautan menyebabkan ombak kuat menyerbu tembok pantai St. Clair Esplanade
sehingga menggegarkan jalan raya yang berdekatan. Aras air tasik Wakatipu naik
50 mm dalam sejam lalu membanjiri 1/3 kawasan berdekatan.
Kesan yang lain ialah kerpasan. La-Nina menarik jet stream Pasifik lebih ke utara
sehingga sampai ke Kanada Barat menyebabkan bahagian barat dan tenggara
Amerika Syarikat mengalami kekurangan kerpasan.
El Nino-Southern Oscillation (ENSO)
EL-Nino dan La-Nina adalah fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali
sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation-(ENSO). El Nino dalam
bahasa Sepanyol bermakna Jesus Child manakala El Nino pula bermakna Girl
Child dan dirujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut
merintangi timur pasifik tropika. Kebiasaannya, lautan Pasifik senantiasa ditiupi
angin timuran. Hembusan angin timur ke barat yang meniup air laut hangat jauh
dari lautan bahagian timur sebelah Peru dan Chile menuju ke baratlautan Pasifik,
mengarah pantai Australia dan Kepulauan Filipina.
Permukaan air ini diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt
Current yang sentiasa datang dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan
suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik menjadi lebih
sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dalam tahun-tahun terjadinya El Nino,
angin timuran berkurangan.
Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar
balik merintangi lautan Pasifik. Ini mengakibatkan memperlahankan kejadian Arus
Humbolt yang sejuk, menyebabkan timur Pasifik, yang sepatutnya menjadi sejuk,
menjadi hangat sebaliknya. Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya,
ianya menaikkan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera, yang mana
menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat.
Berbeza dengan El Nino, La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk
dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur lebih sejuk dari keadaan biasa
apabila Arus Humbolt membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini. Semasa La Nina,
angin timuran bertambah kuat dan kejadian putaran sejuk sepanjang pantai barat
benua Amerika Selatan meningkat. Sepanjang waktu ini, suhu air laut sepanjang
Katulistiwa boleh jatuh sebanyak 14 darjah Celsius. Semasa tahun-tahun La Nina,

monsun meningkat di Asia Tenggara dan Australia berlawanan dengan tahuntahun El Nino. Sistem putaran keadaan panas (El Nino), biasa dan sejuk (La Nina)
berlaku setiap tiga hingga empat tahun.
El-nino mempunyai pasanganya sendiri yang terbentuk daripada putaran selatan
atmospera (Southern Oscillation).Percamtuman antara El nino dan Putaran Selatan
dikenali sebagai EL-NINO SOUTHERN OSCILLATION(ENSO). Jelas apabila E nino
berkombinasi dengan pasanganya pada masa yang sama ia mempunyai kuasa
berlipat kali ganda daripada El nino biasa dalam mengubah nasib cuaca dunia.Jadi
sebenarnya bukan fenomena El nino biasa yang melanda dunia kini tetapi ia adalah
Enso.
Kejadian enso berkait rapat dengan dengan perbezaan suhu permukaan laut
(sst),dan keadaan atmosfera sehingga boleh mengubah haluan angina.perbezaan
suhu permukaan laut (sst) telah melemahkan tiupan angina monsoon timur
laut.kajian menunjukkan gradian atau kecerunan sst laut china selatan
merosot,hujan yang sepatutnya turun di bahagian asia teggara tidak berlaku
sebaliknya berpindah ke bahagian kebahagian tengah lautan pasifik dan timur
kawasan pasifik.
Apa yang berlaku di bahagian timur pasifik adalah berbeza dengan bahagian barat
pasifik. Sebagai contoh,ENSO telah menyebabkan tekanan udara rendah wujud di
sepanjang musim panas di pantai California sehingga berlakunya kelembapan yang
tinggi di Teluk Area dan kawasan tadahan Los Angles.Inimemungkinkan berlakunya
kejadian taufan tornado di beberapa tempat di pesisir pantai Amerika Syarikat
terutamanya di Flourida,Santa Rosa dan Los Angles sendiri berikutan daripada
perubahan angina pusat (trade wind) menuju ke arahnya..Tidak hairanlah kawasan
ini sering menjadi kawasan yang menerima kejadian ribut taufan yang kuat dan
mengorbankan banyak nyawa dan merosakkan harta benda.

Anda mungkin juga menyukai