Anda di halaman 1dari 24

PENDAHULUAN

Sosiolinguistik

adalah

salah

satu

bidang

utama

dalam

disiplin

linguistik. Sosiolinguistik tertumpu kepada dua entiti iaitu bahasa dan


masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai
satu struktur yang mempunyai hubungan yang rapat antara kedua-duanya.
Bidang sosiolinguistik merupakan satu bidang yang mengkaji bahasa dan
masyarakat yang sangat luas. Ia menumpukan kepada bahasa dalam
konteks sosial dan kebudayaan. Melalui bahasa, manusia dapat berhubung,
menyampaikan
juga mereka

buah fi kiran

dapat mengeratkan

dan perasaan.

Dengan bahasa

hubungan antara satu sama lain

sebagai anggota satu masyarakat.


Bahasa Melayu yang terdiri dari pelbagai dialek dan ragam sebutan,
perbendaharaan
bermaksud

kata

bentuk

dan

bahasa

tatabahasa.
yang

Wujud

berbeza

bagi

variasi
maksud

bahasa

yang

yang

sama.

Perubahan berlaku dalam pelbagai sudut sosiolinguistik masyarakat seperti


struktur, nilai, organisasi dan sistem sosial yang akan mempengaruhi aspek
lain. Penyesuaian atau penggantian fitur yang berlaku dalam bahasa ini
membawa kepada perubahan lain terutama dalam konteks bahasa dari
peringkat ke peringkat dalam perkembangan sejarahnya.
Bahasa dan budaya mempunyai perhubungan dan penggunaan yang
erat serta mempunyai pelbagai fungsi, iaitu penggunaan bahasa untuk
pelbagai tujuan bagi menggambarkan sesuatu suasana, menyampaikan

maklumat antara penutur dan pendengar, menyatakan atau mengujarkan


perasaan dan sebagainya. Perubahan bahasa berlaku pada banyak segi
kebahasaan seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, kosa kata,
ungkapan, sebutan, laras, wacana, tatabahasa dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, Kepelbagaian bahasa membawa pengertian


bermacam-macam jenis bahasa. Kepelbagai bahasa ini juga turut dikenali
sebagai kelainan bahasa. Kepelbagaian bahasa merangkumi sama ada besar
atau kecil, tinggi atau rendah, dan termasuklah juga aspek dialek-dialek.
Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan kelainan tinggi dan kelainan
rendah dalam bahasa.

KELAINAN BAHASA BERTARAF TINGGI


Bahasa tinggi ialah bahasa baku atau bahasa standard dengan
penggunaan kosa kata dan nahu yang betul. Ianya bahasa yang digunakan
untuk bahan cetakan kekal. Bahasa tinggi hanya sesuai untuk situasi rasmi
dan baku (awam @ persendirian). Bahasa bukan sahaja bertindak sebagai
lambang penyatuan, tetapi berfungsi sebagai alat yang melambangkan
pengasingan apabila dikaitkan dengan nasionalisme. Ragam bahasa baku
menekankan

kerapian,

kejelasan,

dan

ketepatan

baik

alam

susunan

mahupun makna.
Bahasa baku menjalankan fungsinya dalam pelbagai bidang. Fungsinya
yang paling besar ialah menjadi bahasa pentadbiran, bahasa pendidikan
atau ilmu, dan bahasa kesusasteraan. Dengan demikian bahasa baku
mengalami proses kecendekiaan untuk memastikan fungsinya itu berkesan.
Kecendekiaan bahasa ialah proses yang menyediakan sesuatu bahasa
untuk membolehkannya membuat kenyataan-kenyataan yang tegas dan

cekap. Maksudnya, bahasa itu mestilah berupaya untuk menyatakan idea


yang kompleks dengan teratur dan licin, melalui kosa kata dan perkataan
yang tepat dan berkesan
Ciri-ciri Bahasa Melayu Tinggi (BMT) adalah:
(i) Menggunakan sistem ejaan yang lengkap dan betul.
(ii) Menggunakan tatabahasa yang betul.
(iii) Menggunakan sistem morfologi (penambahan) yang betul.
(iv) Menggunakan sistem sendi yang beul.
(v) Menggunakan perbendaharaan kata yang betul.
(vi) Menggunakan semantik (makna) yang betul.
(vii) Menggunakan bunga-bunga bahasa yang betul.
(viii) Menggunakan sistem panggilan yang betul.
(ix) Menggunakan adab-adab berbahasa yang betul.

Bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, sebagai
bahasa baku atau standard. Bahasa Melayu tinggi tidak dapat dijelmakan melalui bahasa Melayu

basahan, dan sering dikaitkan dengan bahasa persuratan. Bahasa Melayu tinggi juga bukan
bahasa Melayu pertuturan (kolokial).
Oleh sebab penggunaan jenis bahasa baku ini berlaku dalam situasi
rasmi, maka perlulah ditentukan sifat bahasa ini benar-benar seragam dan
mantap pula penggunaannya. Proses pembakuan bahasa berlaku pada
banyak tahap antaranya tahap pembakuan sistem tulisan, pembakuan
sistem ejaan, pembakuan kosa kata, pembakuan tatabahasa dan pembakuan
sebutan.

Pembakuan Sistem Tulisan


Pembakuan sistem tulisan bermaksud usaha memantapkan sistem huruf
yang digunakan untuk menulis menggunakan bahasa tersebut. Pembakuan
dalam sistem tulisan berlaku apabila sistem tulisan rumi diterima sebagai
tulisan rasmi bagi bahasa kita. Proses pembakuan ini dilakukan melalui
pernyataan dalam perlembagaan persekutuan.
Pada umumnya, ada dua jenis bahasa tulisan, iaitu:

i.

Bahasa tulisan umum: tidak mementingkan semua ciri bahasa tulisan


tetapi diterima umum kerana ada kelaziman tertentu.
penggunaannya

seperti

dalam

akhbar,

majalah,

risalah,

Contoh
iklan,

sepanduk, dan lain-lain.


ii.

Bahasa tulisan rapi: terancang, tersusun, dan disunting dengan teliti.

Pembakuan Sistem Ejaan

Pembakuan sistem ejaan ialah proses yang menentukan sistem ejaan


sesuatu bahasa itu bersifat baik dan mantap. System ejaan rumi dirumuskan
system penulisannya sejak abad ke-20. R. J. Wilkinson (1904) telah berhasil

menyusun asas system ejaan Rumi Bahasa Melayu. Bagi tulisan Rumi
bahasa kita, tahap pembakuan yang terakhir adalah pada tahun 1972.
apabila kita ( bersama-sama Indonesia) bersetuju untuk menerima sistem
penggunaan ejaan baharu. Di Malaysia, system Ejaan Rumi Baharu ialah
Ejaan Zaba. Setelah itu, Zaba telah memperkemaskannya sehingga
menjadi satu system yang digunkan di sekolah selama 30 tahun.
Rancangan pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula
pada tahun1904 dan disempunakan pada tahun 1972. Antara sistem
ejaan rumi yang pernah wujud ketika itu ialah:
a) Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)- ejaan sekolah Melayu di
Malaya
b) System ejaan Zaba (1949) ejaan sekolah hingga 1972
c) System Ejaan Fajar Asia ejaan majalah Fajar Asia (1945-1954)
d) System Ejaan Rumi Kongress 1956 ejaan Asas 50 (Angkatan
Sasterawan 50)

Pembakuan Sebutan

Pada amnya, boleh dikatakan bahawa bahasa Melayu telah mantap dari segi

proses pembakuannya. Sudah wujud bahasa Melayu baku dari segi sistem
tulisan, ejaan rasmi, kosa kata dan tatabahasa. Pembakuan sebutan sahaja
yang masih belum mantap, kerana aspek ini susah untuk dicapai. Namun,
usaha untuk menyeragamkan aspek sebutan sudah dimulakan sejak tahun
1989, iaitu kira-kira 19 tahun dahulu. Dalam masa yang agak panjang itu,
proses itu telah berjalan dengan baik, dan jika tidak diusik oleh mana-mana
pihak pasti ia akan berhasil.
Bahasa lisan dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
i.

Bahasa lisan subbaku: bahasa lisan yang tidak terkawal, mengandungi


unsur tempatan atau bersifat individu (ideolek).

Jenis bahasa yang

tergolong dalam kategori ini ialah dialek dan bahasa pasar.


ii.

Bahasa

lisan

umum:

adanya

unsur

bahasa

basahan,

seperti

kependekan dan penggunaan kata ganti nama yang kurang rasmi


tetapi masih mengekalkan bentuk panggilan hormat dan bersopan.
iii.

Bahasa

lisan

terkawal:

diungkapkan

menggunakan bahasa terkawal.


intonasi amat dipentingkan.

dalam

konteks

rasmi,

Sistem panggilan, tatabahasa dan

Bahasa Rasmi
Bahasa Rasmi merupakan bahasa tinggi yang digunakan dalam pentadbiran
dan segala urusan rasmi. Ini termasuklah dalam sebaran am (media massa),
pentadbiran

perniagaan,

surat-surat

rasmi

kerajaan

seperti

borang

permohonan, dokumen peribadi yang merangkumi surat beranak, kad


pengenalan, minit mesyuarat, urusan pos bangunan syarikat, dewan dan
bilik kuliah universiti, pertunangan, pernikahan, dan perkahwinan dan
sebagainya hanya bahasa tinggi digunakan.
Bahasa tinggi adalah bahasa yang digunakan dengan kawalan rapi. Dengan
perkataan lain, bahasa rasmi ini adalah bahasa persuratan. Dalam dunia
persuratan, penggunaan bahasanya dikawal dengan rapi, yakni dikawal
berasaskan bahasa bertulis. Oleh sebab itu ejaannya dikawal supaya tiada
yang salah, sebutan setiap huruf diucapkan dengan betul, perkataan dan
imbuhan lengkap digunakan, frasa dan ayat dibentuk dengan sempurna,
perkataan-perkataannya dipilih secara berhati-hati supaya sesuai dengan
maksud yang hendak disampaikan. Setiap ayat dan paragraf pula diucapkan
dengan intonasi yang sesuai dan sempurna.
Contoh:
a. Semoga Ramadhanmu sempurna,
Hakikatnya seharum cendana,
Iktikadnya seagung singgshsana,

Makrifatnya seanggun kencana,


Lebaranmu bermakna.
Diiringi ikhlas, dilindungi ihsan, dipayungi insaf
Ampunilah dan minta diampuni,
Selamat berpuasa dan solat tarawih,
Semoga ibadat kita diberkati Allah swt, insyaAllah.
Selamat Hari Raya, Salam daripada kami sekeluarga.

Contoh ucapan dalam majlis rasmi:


Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri
Besar Selangor, diiringi Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim,
Pengarah Pelajaran Negeri Selangor masuk ke dewan.
Hadirin yang dihormati, Lagu Negaraku akan dinyanyikan. Sekalian hadirin
diminta kerjasama berdiri.
Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan untuk
berhimpun serta memeriahkan sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Daerah
Kuala Selangor
dialah ibu dialah bapa
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam bahagia. Yang Berhormat Tan


Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin
Hj. Abdul Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Selangor

Contoh Minit Mesyuarat :


GABUNGAN GENERASI MELAYU SELANGOR (GENG SELANGOR)
Tarikh : 28 Mac 2011 (jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Perhentian Kompleks Belia & Sukan Negeri Selangor
KEHADIRAN :
1) En. Amirul Hakim bin Mohd Nor - Presiden
2) En. Hafizuddin bin Aini Timbalan Presiden
3) En. Izham Azim bin Mokhtar Naib Presiden
4) Cik Nurul Iman binti Azhan Ketua Penggerak
5) En. Khairul Azlan bin Ariffin Ahli Jawatan Kuasa
6) Pn. Rosmawati binti Mohamad Ahli Jawatan Kuasa
AGENDA 1 : ALUAN PENGERUSI
1.1.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh
En. Amirul Hakim bin Mohd Nor, President memulakan salam dan
mengajak semua yang hadir membaca Al-Fatihah untuk memberkati
mesyuarat pada petang ini...
AGENDA 2 : PERLANTIKAN SETIAUSAHA, PEN. SETIAUSAHA &
BENDAHARI

Pengerusi memohon persetujuan semua untuk membuat perlantikan


ketiga-tiga jawatan penting dan telah dipersetujui oleh semua yang
hadir
AGENDA 3 : AHLI JAWATANKUASA TAMBAHAN
Majlis telah mendapat persetujuan semua yang hadir untuk melantik 3
ahli jawatankuasa tambahan
AGENDA 4 : PERANCANGAN PROGRAM APRIL- JULAI 2011
Pengerusi memaklumkan akan melaksanakan beberapa program untuk
bulan april hingga julai 2011 dengan peruntukkan yang telah
diperolehi antaranya:

Sukaneka Rakan Muda Bestari

Kejohanan Futsal Rakan Muda

Eksplorasi Rimba Tasik Kenyir

..

Bahasa Kebangsaan
Bahasa Kebangsaan adalah merupakan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran
dan bahasa pengantar sesebuah negara. Bahasa ini juga kerap digunakan di
arena media massa sama ada elektonik mahupun cetak. Di negara kita,
kesemua pusat pengajian tinggi menggunakan bahasa kebangsaan dalam
segala urusan di samping menggunakan lain. Bahasa Kebangsaan ini juga
turut digunakan di dalam sistem pemerintahan negara, parlimen, majlis
konvokesyen dan menjadi bahasa pengantar di seluruh sekolah kebangsaan
di negara kita. Bahasa Kebangsaan ini sudah tentu menjadi kemegahan dan

kebanggaan bagi sesebuah negara. Kemegahan dan kebanggaan terhadap


bahasa kebangsaan ini tercetus atas sebab faktor-faktor berikut;
a. Penutur bahasa bersikap positif terhadap bahasa berkenaan
b. Ketaatan bahasa terutama di kalangan para nasionalisme
Bahasa menggambarkan kemerdekaan dan kedaulatan Negara
c. Menjadi indentiti bagi sesebuah Negara
d. Memiliki sejarah kegemilangan
Menjadi bahasa peribumi
e. Menjadi bahasa lingua franca
f. Ramai mengetahui dan boleh menutur bahasa tersebut
g. Bahasa yang berkemampuan

KELAINAN BAHASA BERTARAF RENDAH


Penggunaan Bahasa Slanga
Kamus Dwibahasa mendefinisikan slanga sebagai kata-kata,ungkapan dan
lain-lain yang biasa digunakan dalam percakapan sahaja dan tidak sesuai
digunakan dalam penulisan. Bahasa ini biasanya digunakan oleh golongan
remaja atau kelompok sosial tertentu untuk tujuan berkomunikasi. Kata kata
slanga ini biasanya diambil daripada kata-kata biasa dan diberi erti tertentu
sehingga orang yang bukan ahli kumpulan tersebut tidak akan
memahaminya. Aspek geografi memainkan peranan penting dalam

pengwujudan slanga ini. Umpamanya bagi perkataan saya dan awak,


perkataan yang kerap digunakan ialah gua dan lu bagi negeri-negeri seperti
Selangor, Johor dan Kuala Lumpur. Bagi Kedah dan Pulau Pinang ialah aku
dan hang. Di Kelantan pula kawe dan demo. Bagi golongan yang
berpendidikan pula, istilah yang selalu digunakan ialah I dan you.
Contoh Bahasa Slanga :
Fulamak, lagu baru Emy Search mantaplah brader. Dia punya tarik sikit
punya garing, gua tangkap lentuk, gua cakap lu.
Usha/Ushar - pandang/ melihat sesuatu, jika hendak mendekati lelaki atau
perempuan perkataan ini boleh digunakan.
Cth ayat: aku nk usha awek tu la
Tibai/Bedal - dua perkataan ni membawa maksud pukul, tetapi boleh juga
membawa maksud main hentam.
Cth ayat: tibai jela jawapan dier!
Sengal sengal membawa maksud lenguh2, tapi di salahgunakan
membawa maksud entah apa-apa
Cth ayat: eh sengal lah kau ni.

Penggunaan Bahasa Basahan


Bahasa basahan atau bahasa tidak formal biasanya digunakan dalam
pertuturan seharian. Zaba menggunakan istilah bahasa cakap mulut untuk

menjelaskan bahasa basahan ini. Disebabkan sifatnya yang tidak formal,


maka bahasa basahan yang digunakan banyak dipengaruhi bahasa-bahasa
daerah..
Bahasa basahan ini juga ditandai dengan struktur ayat yang lebih pendek.
Umpamanya ayat, Kamu hendak ke mana akan menjadi , Nak ke mana?
Atau Awak sudah makan atau belum akan menjadi Dah makan belum!.
Selain itu bahasa basahan ini juga tidak mementingkan kegramatisan ayat
atau tatabahasa. Soal ayat tergantung, ayat tidak mempunyai subjek atau
predikat, perkataan tidak sesuai dan sebagainya jarang diambil perhatian.
Yang penting ialah orang lain memahami apa yang diperkatakan .
Contoh :
a) Siapa yang menyuruh awak datang ke mari? Siapa suruh datang?
b) Emak pergi ke pasar Emak pergi pasar.

c) Bila awak hendak mendirikan rumahtangga? Bila nak kahwin.


Bahasa Baku
Mengapa
bagaimana
hendak
ambil

Bahasa Basahan
kenapa
Macam mana
nak
ambik

sudah
pula
tidak

dah
pulak
tak

Penggunaan Bahasa Pasar


Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasabahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu
kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan
antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa
Melayu

Sesetengah daripada ungkapan atau perkataan daripada bahasa pasar ini


telah meresap masuk ke dalam bahasa Melayu sehingga kebanyakan orang

tidak mengetahui bahawa bahasa itu berasal daripada bahasa pasar,


bukannya bahasa Melayu yang sebenar.
Antaranya ialah ungkapan :
Apa boleh buat, apa mau, kasi tau , banyak mahal , sedikit masa , cukup
pandai , jangan bilang sama dia , ini orang , dia punya rumah , nanti sikit jam
, itu macam la , saya punya anak.
Contoh ayat :

Itu budak sudah curi saya punya dua ayam


Sana punya olang ada baik
Kita olang ada satu payung
Pandai punya orang
Dia punya rumah
Jahat punya budak
Dia punya bini
Ini punya buku manyak mahal
Banyak lebat/cantik/mahal
Itu dia punya adik

Penggunaan Bahasa Dialek


Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh
sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai
bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada
bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan
kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk
dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Faktor-faktor

yang

menimbulkan

dialek

terdiri

daripada

faktor-faktor

geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya.


Faktor politik contohnya telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unitunit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau
Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan
Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek.
Contohnya :
Awak : -Terengganu: mung
- Kelantan: demo
-Kedah/Penang: hang
-Sarawak: kitak
-Negeri sembilan: jang
Gaduh : -Terengganu: gocoh
-Kelantan: gomo
-Kedah: kelahi

Saya : -kebanyakan negeri: aku


-kelantan: kawe
-Negeri sembilan: den
-sarawak: kamek

Penggunaan Bahasa Rojak


Bahasa rojak ini sebenarnya berkait rapat dengan mentaliti dan tanggapan
rakyat Malaysia sendiri terhadap bahasa.Jika diperhatikan, penggunaan

bahasa rojak lebih selesa dan agak seronok untuk dipertuturkan.Ini adalah
kerana, jika bercakap secara bahasa malaysia formal,kita dapat merasakan
kebanyakan masyarakat tidak mahu dirinya dilihat sebagai seorang yang
terlalu formal. Kita akan berasa ralat apabila kita dengar orang berkata :
a. "boleh saya pinjam telefon bimbit saudara?", tetapi kita akan lebih
selesa dengan "Boleh I pinjam u punye handphone tak?".
b. "saya akan sambung pelajaran membuat ijazah," tetapi kita akan lebih
selesa dengan, "I akan sambung degree".

Kedua dua contoh tadi boleh lah menunjukkan bahawa kebanyakan


kita menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan seharian. Mungkin
ada pihak yang menaikkan isu ini kerana 'geli' mendengar bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris diperadukkan..Cuma yang menjadi isu
ialah, ditakuti bahasa rojak ini telah terbawa- bawa dalam penulisan
atau bahasa persuratan.Dan ini jelas sepatutnya tidak boleh berlaku
untuk mendaulatkan keaslian bahasa .

Selain itu , kita juga dapat melihat deretan papan papan tanda ataupun
papan-papan iklan di pelusuk negara yang secara terang dan jelas telah
merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Di plaza tol lebuhraya kini
terdapat bahasa papan tanda yang berbunyi, Lorong Touch n Go.
Bahasa apakah ini?. Inilah bahasa rojak rasmi. Inilah juga yang dikatakan
pandai meniru tetapi tidak pandai menuras. Satu kerja yang memalukan

bangsa sendiri. Kenapa tidak dipakai saja istilah Lorong pacu segera
atau Lorong tekan & pacu. Secara jelas penggunaan bahasa Melayu di
perkotak- katikkan.
Penggunaan bahasa Melayu yang salah dalam media massa
Memang tidak dinafikan bahawa media elektronik seperti radio dan
televisyen sepatutnya memainkan peranan yang penting usaha pihak
kerajaan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu baku. Malangnya , di
radio dan televisyen Malaysia, kerap kali juga kita mendengar orang
menyebut sesuatu perkataan atau ayat yang tidak tepat atau salah sama
sekali sehinggakan maknanya berubah jikalau disebut salah. Misalnya :
a) tempoh dengan tempuh
b) selok dengan seluk
c) lewat dengan liwat
d) cucuk dengan cocok
e) golongan dengan gulungan

Selain itu terdapat juga kesilapan seperti mengulangi kata jamak mereka
sebagai mereka-mereka atau para guru sebagai para-para guru.

Pemendekkan kata-kata atau istilah dalam Internet

Dewasa ini sekiranya kita singkap lelaman di internet terutamanya lelaman


email dan chat kita mungkin akan terperanjat tatkala melihat betapa
ramainya atau boleh dikatakan hampir kesemua pengunjung lelaman itu
mengeksploitasikan kemudahan bahasa tulisan tersebut dengan pelbagai
bahasa tulisan yang serba luas. Perkataan perkataan seperti :
Kang ( nanti ),
dowang ( mereka ),
wokay ( baiklah ),
chat ( sihat )
Contoh Penggunaan Akronim Bahasa Melayu di Ruang Siber
Kependekan item kerana pengguguran Maksud dalam bahasa Melayu
- amik > ambil
- tau > tahu
- sapa> siapa
- aje >sahaja
- sket >sikit
- iter >cerita
- paun > tahun
- enin >pening

KESIMPULAN

Daripada penjelasan mengenai neka-neka bahasa di atas tadi,


dapatlah kita lihat bahawa penggunaan bahasa rasmi yang mematuhi
peraturan-peraturan tatabahasa dan budi bahasa yang dikatakan bahasa
tinggi itu ialah bahasa yang rapi, atau lebih mudah dikenali dengan
panggilan bahasa persuratan, iaitu bahasa yang digunakan oleh orang
terpelajar atau berbudi bahasa

adalah bahasa yang kita panggil Bahasa

Tinggi. Penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan yang tidak


mematuhi semua peraturan tatabahasa dan budi bahasa pula adalah Bahasa
Rendah.
Pada tahap ini perlulah pula kita kita mengetahui satu konsep penting
bagi menentukan sama ada bahasa yang kita gunakan itu adalah sopan atau
tidak. Yakni, adakah bahasa yang kita gunakan itu berbudi bahasa atau tidak.
Perkara penting yang perlu kita ingati adalah bahawa setiap neka bahasa ini
mempunyai konsep penggunaannya.
Apabila kita menggunakan neka bahasa yang bersesuaian dengan
konteks penggunaannya maka kita dilihat sebagai orang yang berbudi
bahasa. Apabila kita menggunakan neka bahasa rendah dalam konteks
bahasa tinggi, kita dilihat sebagai orang yang yang tidak berbudi bahasa,
yakni kurang sopan, malah kurang ajar.
Kemahiran kita menggunakan kata ganti nama, sistem panggilan,
sistem gelaran atau peadan taraf yang betul dapat menimbulkan iklim
komunikasi yang positif. Namun demikian, dalam peraturan menggunakan

bahasa, kita sentiasa dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi kita


dengan

memberi

perhatian

kepada

aspek-aspek

lain

dalam

bahasa

komunikasi.

Biblograf
1. http://abubakar69.blogspot.com/2011/05/bbm-3204-sosiolinguistikkepelbagaian.html
2. http://www.google.com/search?hl=en&q=bahasa%20dialek
3. http://www.scribd.com/doc/18433659/Tugasan-Linguistik-DanSosiolinguistik-Upload
4. http://www.scribd.com/doc/2676018/contoh-teks-pengacara-Hari-Guru
5. http://dymm.perlis.gov.my/portal/index.php?
option=com_content&view=article&id=17:contoh-surat-memohonmelawat&catid=13:surat-rasmi-jabatan&Itemid=13
6. http://www.gengterengganu.com/v2/penulisan/737-contoh-minitmesyuarat-ahli-jawatankuasa

7. Abdullah Hassan, 1989. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Nik Safiah Karim, 1988. Sosiolinguistik Bahasa Melayu dalam
Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

9. Asmah Hj. Omar, 1978. Pengajaran Bahasa Malaysia dalam Konteks


Perancangan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
10.
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain ,1982. Pembinaan Bahasa
Melayu: Perancangan Bahasa di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai