Anda di halaman 1dari 1

Apa2pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips

nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti
dibawah ini.

• Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil


Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu
Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

• Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk


Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap
Juga Naik.

• Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet


Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih
Selamat.

• Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat
Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan
Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

• Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah


Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar
Lemak.

• Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang
Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa
Yang Singkat.

• Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada
Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih
Sekali Dalam Seminggu.

• Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika
Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan
Risau… Sesekali Tidak Mengapa.