Anda di halaman 1dari 1

Resepi Triple Chocolate Brownies

(Untuk ukuran acuan tin 4 segi 8 x 8 inci)


Bahan-bahan :
300gm Dark Chocolate (coklat gelap) - Saya pakai jenama Beryls - Jangan pakai
coklat susu sebab manis
100 gm butter - saya pakai jenama Anchor
100 gm gula
3 biji telur size A
1 tsp esen vanilla
125 gm tepung gandum
1/4 cawan chocolate chips
1/4 cawan white chocolate chips (coklat putih)
1/2 tsp garam
Jika suka boleh tambah walnut dan almond cincang kedalam adunan.
Cara-cara :
Panaskan oven suhu 160C
Potong coklat bar dan butter kecil-kecil dan cairkan keduanya sekali dengan
kaedah double-boiler sehingga cair sepenuhnya. Angkat dari api.
Masukkan gula, kacau sebati.
Masukkan esen vanilla
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap sebiji masuk, kacau dan kemudian
masuk sebiji lagi. Buat sehingga habis. Kacau sekejap je pakai senduk.
Masukkan tepung dan garam. Kacau rata tapi jangan over mix.
Masukkan chocolate chips. Simpan sedikit untuk tabur diatas
Tuang dalam acuan yang digris dan kemudian diletak kertas alas (parchment
paper). Kertas alas bagi lebih sikit keatas supaya senang nak tarik brownies dari
acuan.
Tabur lebihan chocolate chips diatas. Boleh juga tambah walnut atau almond.
Bakar pada suhu 160C selama 35-40 minit atau sehingga cucuk cake tester
keluar bersih. Jangan terlebih masak sebab nanti agak kering dan tak sedap.
Kena moist sikit baru sedap
Brownies ni sedap dimakan pada keesokan harinya.