Anda di halaman 1dari 5

Name

: Norhanani Bt Kamaruddin

IC

: 900923 05 5100

Workplace

: Sk Kuala Lawas, Lawas, Sarawak

CEE 571 Physical Education and Sports Coaching


Assignment 17

1.0 PENDAHULUAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan
sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga
dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan
kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas
kesedaran

inilah,

maka Sekolah

Kebangsaan

Kuala

Lawas

akan

mengadakan

satu Kejohanan Olahraga Trek dan Padang menjurus kepada pembentukan insan yang
seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri muridmurid sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.0 RASIONAL
Rasional Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diadakan adalah seperti berikut :
i.

Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan Kuala


Lawas dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan
olahraga

ii.

Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga.

iii.

Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

3.0 MATLAMAT
Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid dengan
acara-acara sukan olahraga serta memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya
sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan
olahraga bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

4.0 OBJEKTIF
Melalui Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini, diharapkan guru dapat:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.


Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
peringkat yang lebih tinggi.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh

: NOVEMBER 2014

Masa

: 7 PAGI 2 PETANG

Tempat

: SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA lAWAS

6.0 SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Kuala Lawas.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
1
Pingat
1. Pingat acara olahraga individu.
Emas
Perak
Gangsa

KUANTITI

JUMLAH

26 x RM5
26 x RM5
26 x RM5

RM130
RM130
RM130

Pingat acara olahraga pasukan.


Emas
Perak
Gangsa

4 x4 x RM5
4 x4 x RM5
4 x4 x RM5

RM80
RM80
RM80

1.
2.
3.
4.

Piala Kejohanan
Juara
Naib Juara
Tempat Ketiga
Olahragawan dan olahragawati

1x RM25
1 X RM20
1x RM15
2 X RM10

RM25
RM20
RM15
RM20

1.
2.
3.
4.

Hamper
Juara
Naib Juara
Ketiga
Keempat

1 X RM30
1 x RM30
1 x RM20
1x RM20

RM30
RM30
RM20
RM20

Makanan /Minuman
Pegawai /guru/ staf

100 x RM5

RM500

Bayaran Pelepas

1 x RM120

RM 120

2.

2.

3.

4.

5.

JUMLAH

RM2210

8.0 PENUTUP
Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diharapkan dapat memberikan peluang
kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Kuala Lawas merasai sendiri pengalaman
menyertai sukan olahraga. Selain itu,

kejohanan ini juga diharapkan dapat

meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta


menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga.

Assignment 18
LAPORAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA LAWAS
Pada hari Khamis yang lalu, Sekolah Kebangsaan Kuala Lawas, telah
mengadakan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 8:00 pagi bertempat di
padang sekolah. Pada pagi itu, kesemua olahragawan beratur mengikut rumah masingmasing untuk masuk ke padang. Kami berkawad kaki mengikut rentak muzik. kami
memberikan tabik sebagai tanda hormat kepada guru-guru dan ahli PIBG. Sejurus
selepas itu, Ketua Kontinjen dikehendaki membaca ikrar. Pengerusi PIBG turut dijemput
berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut.

Selepas itu bermulalah acara. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah


acara 100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat
jauh dan tarik tali turut dipertandingkan. Pengerusi PIBG dan Guru Besar) serta
beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan juga dijemput untuk menyampaikan
pingat dan hadiah kepada semua pemenang. Mereka juga mengucapkan tahniah
kepada pemenang.

Sebelum acara berakhir, guru besar mengumumkan keputusan temasya sukan


pada hari tersebut. Johan keseluruhan bagi acara sukan tahunan sekolah jatuh
kepada rumah Kuning, Naib Johan pula disandang oleh rumah Biru manakala rumah
Merah mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah Nur Adriana dari rumah
Kuning,manakala olahragawan pula ialah Mohd Azamani juga dari rumah Kuning.
Sebelum pulang, guru besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru besar
juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta
yang kalah.
Dengan berakhirnya sukan tahunan sekolah, dapat dilihat sukan tahunan pada tahun
ini mencapai matlamat utama iaitu memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada
murid Sekolah Kebangsaan Kuala Lawas dalam meyertai acara-acara yang

dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga. Hal ini kerana penglibatan yang
menggalakkan dan menyeluruh dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Kuala Lawas.
Selain itu, dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam
acara-acara olahraga dan melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental
dan fizikal. Pada tahun hadapan, diharap dapat membuat penambahbaikan dari segi
penggunaan alatan sukan supaya dapat menyediakan alatan yang sesuai dengan
setiap acara yang dipertandingkan.

Disediakan oleh,

NORHANANI KAMARUDDIN
Setiausaha Sukan
Sekolah Kebangsaan Kuala Lawas