Anda di halaman 1dari 54

1.

0 Pendahuluan
1.1 Latar belakang kajian/ Konteks Kajian
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia
persekolahan kepada seorang kanak-kanak. Pengalaman prasekolahan dan pembelajaran
yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan
kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam
persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan pendidikan tidak formal yang
menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam
tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal.
Berikutan Akta Pendidikan 1996, Pendidikan Prasekolah telah diinstitusikan ke dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanakkanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk
sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Peruntukan ini
menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mempertingkatkan
kualiti pendidikan prasekolah.
Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan
kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak
yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan kea rah penyuburan potensi yang
optimum. Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada
perkembangan kanak-kanak secara menyuluruh, seimbang dan bersepadu. Pedekatan
pembelajaran yang fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria

dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajah serta
memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak.
Dalam perkembangan fizikal dan mental sepanjang zaman prasekolah, kanakkanak biasanya mengalami kekeliruan huruf (Rosner & Rosner 1990). Kekeliruan
tersebut biasanya hilang secara beransur-ansur apabila melangkah ke alam persekolahan.
Pembelajaran di sekolah dibahagikan kepada dua peringkat utama iatu belajar untuk
membaca dan membaca untuk belajar (Barnard et. Al. 1996, seperti yang dinyatakan
dalam Chua, 1992). Kanak-kanak boleh mengenal tulisan perkataan di persekitarannya
sebelum mereka mengetahui huruf abjad.
Brenna (1995, seperti yang dinyatakan dalam Jamilah Ahmad, 1999) pula
menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan yang mereka
ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya ketika mereka berdepan dengan
masalah huruf terbalik, iatu memberikan jawapan alternative b kepada huruf p yang
ditunjukkan. Selain daripada masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej
cermin juga wujud dan contoh kekeliruan yang sering di jumpai adalah kekeliruan antara
huruf b dengan huruf d dengan huruf d dan huruf p dengan huruf q (Higgins et. al.
1996, seperti yang dinyatakan dalam Norshazree Azwin, 2010).
Gibson dan Lewin (1975, seperti yang dinyatakan dalam Ruhaida, 2005) telah
mengenalpasti bahawa huruf dipelajari dengan mengenali ciri-ciri spartial yang tertentu.
Dalam kes ini, guru-guru sangat berperanan dalam membantu kanak-kanak pada tahap
awal membaca untuk membezakan huruf-huruf secara visual dengan menggunakan alat
bantuan mengajar seperti buku huruf dan penggunaan kad huruf.

Berdasarkan teori pembelajaran semasa (Adams 1990, seperti yang dinyatakan dalam
Mok, 2004), adalah lebih baik untuk memperkenalkan huruf besar terlebih dahulu
berbanding huruf kecil kepada kanak-kanak, dan memperkenalkan beberapa huruf pada
suatu masa berbanding banyak huruf bagi meningkatkan penguasaan pengetahuan
mereka terhadap bunyi dan huruf. Pendapat ini disokong oleh Rosner & Rosner (1990)
bahawa memperkenalkan huruf-huruf manuskrip kes rendah (huruf kecil) pada tahap
skala presepsi visual tidak sesuai di samping penggunaan mnemonic yang tidak efektif
serta kesalahan konsep pengecaman yang diamalkan oleh kanak-kanak tersebut ketika
mempelajari huruf buat kali pertama boleh memberi kesan fenomena huruf terbalik.
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Masalah mengenal huruf merupakan satu masalah yang dihadapi oleh murid-murid
prasekolah yang lambat menguasai abjad dalam Bahasa Malaysia. Seandainya
permasalahan ini tidak diatasi dari awal, dikhuatiri bahawa masalah ini akan meruncing
sehinggalah murid tersebut ke sekolah rendah. Kegagalan murid-murid ini menguasai
kemahiran abjad dalam Bahasa Malaysia akan menyebabkan mereka lambat untuk
mengikuti pelajaran dan ketinggalan berbanding dengan murid yang lain. Sepatutnya
murid-murid ini telah didedahkan terlebih dahulu dengan abjad oleh ibu bapa dirumah
sebagai alternatif awal sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenarnya.
Semasa saya menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putera
ini saya dapati bahawa kanak-kanak disini masih lagi tidak dapat membezakan hurufhuruf dalam subjek Bahasa Malaysia seperti huruf kecil b dengan d, dan p dengan q
meskipun sudah melangkau ke bulan Mac. Mereka boleh menyebut dengan jelas apa
yang diujar oleh guru tetapi akan lupa kembali dalam masa yang singkat. Dapat dilihat
3

bahawa mereka mengalami kekeliruan huruf ekoran mengambil masa yang agak lama
apabila ditanya kepada mereka.
Seandainya murid-murid ini masih lagi tidak dapat membezakan huruf maka akan
timbul pula permasalahan yang lain seperti lambat membaca. Hal ini akan menimbulkan
permasalahan kepada murid tersebut tatkala mereka melangkah ke tahun 1 nanti. Oleh
itu, guru perlu merangka pelbagai stratergi yang lebih berkesan dan menarik dalam usaha
untuk membantu murid menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Semasa sesi pembelajaran berlangsung, teknik soal jawab seringkali digunapakai
oleh saya dalam proses untuk membuat pemerhatian ke atas murid. Penialaian dilakukan
berdasarkan maklum balas yang diberikan. Kebanyakan murid telah meguasai abjad dan
telah dapat membaca ayat-ayat atau frasa pendek. Namun begitu, masih terdapat
beberapa orang murid yang masih lagi tidak dapat membaca dengan baik ekoran masalah
kekeliruan yang dihadapi. Apabila saya menyuruh mereka menyebut huruf abjad yang
ditunjukkan, murid yang tidak tahu hanya akan berdiam diri. Disebabkan oleh
permasalahan ini, saya telah memilih dan mengubahsuai sendiri teknik yang sesuai untuk
dilaksanakan dalam usaha untuk membantu menyesaikan masalah yang dihadapi oleh
murid-murid prasekolah ini.
Saya mendapati bahawa kekeliruan huruf dalam kategori pengenalan huruf adalah
lebih tinggi daripada kekeliruan penulisan huruf. Kanak-kanak yang mengalami
permasalahan kekeliruan ini tidak semestinya membuat kesilapan semasa proses
menyalin semula. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak
prasekolah membezakan huruf yang hamper sama seperti b dan d secara serentak

supaya masalah kekeliruan terhadap bentuk dan bunyinya melalui teknik Thumbs Up,
thumbs Down.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan


Dalam sesebuah masyarakat, nilai murni amat perlu diterapkan bagi mewujudkan suasana
seimbang dari segi rohani dan juga jasmani. Usaha penerapan nilai murni ini perlu
dilakukan pada peringkat awal proses sosialisasi, iatu semasa individu itu berada pada
peringkat persekolahan, selain penerapan nilai yang diterapkan oleh ibu bapa tatkala
berada di rumah.
Dalam Falsafah Pendidikan Negara, diharapkan agar generasi muda yang dididik
mempunyai asas dalam bidang pendidikan di Malaysia telah diusahakan lonjakan
berganda dari semua aspek bagi menentukan tahap pendidikan negara setaraf dengan
sistem pendidikan terbaik di dunia. Falsafah tersebut menggambarkan bahawa matlamat
dan hasrat pendidikan negara tidak akan terlaksana tanpa asas, membina dan
memperkembangkan pendidikan atas landasan nilai murni yang luhur. Falsafah ini
digubal dan dilaksanakan pada tahun 1998 bertujuan memberikan penekanan pada
pembangunan potensi individu secara menyeluruh.
Penerapan nilai ialah perlakuan standard yang menjadi pegangan ahli masyarakat,
ditentukan oleh masyarakat tersebut (Supeka et,al., 1976). Tujuan penerapan nilai adalah
untuk mempengaruhi diri individu dengan nilai tertentu yang berbentuk universal dan
mutlak, yang difikirkan baik dan sesuai.
Nilai bermain juga boleh membantu kanak-kanak supaya berupaya untuk
menguruskan sesuatu (Fower 1980; Pellergini 1984, seperti yang dinyatakan dalam
Saayah, 2005). Sifat-sifat pengurusan ini sebenarnya ada dalam setiap permainan.
6

Pengurusan untuk menyelenggarakan peraturan-peraturan inilah yang memperkuatkan


dan menyenangkan untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalahan iatu
apabila kanak-kanak dapat melihat hubungkaitnya.
Oleh itu, untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran lebih aktif, saya telah memilih intervensi pergerakan Thumbs Up, Thumbs
Down untuk membantu kanak-kanak membezakan abjad p dengan q dan b
dengan d dalam aspek penguasaan bahasa. Diharapkan melalui pengkajian ini ianya
dapat memberikan manfaat kepada guru-guru seterusnya menyumbang ke arah
pembangunan potensi kanak-kanak secara menyeluruh.

2.0 Fokus kajian


2.1 Isu Kajian/Isu keperihatinan
Tinjauan awal telah dilaksanakan selama seminggu di Prasekolah SK Bandar Baru Putera
yang melibatkan 25 orang murid. Melalui tinjauan awal dan perbincangan dengan guru
Prasekolah SK Bandar Baru Putera berkaitan penguasaan murid dari aspek bahasa,
terdapat lima orang murid yang telah dikenalpasti mengalami masalah kekeliruan huruf
b dengan d dan p dengan q.
Pada peringkat awal, saya telah menjalan tinjauan awal secara individu. Alternatif
atau cara yang digunapakai adalah melalui kaedah sebutan yang mana saya akan
menyebut huruf dan murid dikehendaki untuk menunjukkan huruf yang disebut dengan
menggunakan jari. Bahan bantu yang saya gunakan adalah kad imbasan yang terdapat di
kelas prasekolah. Segala maklum balas dan juga kesalahan telah saya catatkan dalam
bentuk catatan ringkas di dalam diari peribadi. Saya telah menjalankan satu ujian awal
dalam slot modul asas selama 40 minit di dalam kelas. Media yang digunakan adalah
buku menyalin abjad yang dimuat turun dari laman sesawang.
Di samping itu juga, saya telah mengumpulkan lembaran kerja responden untuk
membuat diagnostik terhadap permasalahan yang dikaji. Aspek yang diteliti berfokus
kepada tulisan mereka seperti penulisan nama, tarikh dan sebagainya. Hasil kerja murid
telah saya muat masuk kedalam portfolio individu kanak-kanak diprasekolah sebagai
bahan belajar guru. Pengecaman murid-murid yang bermasalah turut dilakukan
berdasarkan hasil kerja yang dikumpul.

Murid-murid di Prasekolah Permata terdiri daripada 13 orang lelaki dan 12 orang


perempuan. Murid di dalam kelas ini sememangnya aktif dalam apa jua aktiviti sama ada
yang dirangka oleh guru mahupun aktiviti-aktiviti sampingan yang lain. Kesemua mereka
tiada mengalami sebarang masalah kesihatan. Mereka juga datang daripada latar
belakang keluarga yang berpendidikan.
Pada peringkat awal, saya beranggapan bahawa kesemua murid di dalam kelas ini
sudah mengenal huruf dan kenal akan bentuk disamping menyebut setiap satu huruf
dengan betul. Hal ini merujuk kepada rancangan pengajaran tahunan prasekolah yang
mana sepatutnya, murid pada peringkat sudah mengenal huruf A-Z dengan baik. Tinjauan
awal dilakukan semasa pelaksanaan slot modul bertema (BM) yang mana saya ada
memasukkan unsur membaca di dalam slot tersebut. Sepertimana yang sedia maklum,
kanak-kanak pada peringkat ini masih lagi mempunyai tahap pemerolehan bahasa yang
lemah. Kebanyakan daripada kalangan mereka ini adalah merupakan pertama kali
menjejakkan diri ke sekolah. Justeru, semasa proses membaca tersebut saya membantu
murid untuk menyebut dan membunyikan huruf secara satu persatu. Daripada respon dan
maklum balas yang diterima, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa orang murid yang
dikenalpasti mengalami masalah kekeliruan ini.
Hal ini jelas dapat dibuktikan tatkala guru mengarahkan murid untuk menyebut
huruf yang di tunjuk pada papan putih. Jawapan yang diberikan adalah salah dan guru
bertindak untuk memurnikan jawapan murid tersebut. Pada peringkat tinjauan seterusnya,
saya menggunakan lembaran kerja sebagai kayu pengukur kepada penguasaan abjad
murid. Lembaran kerja ini memfokuskan ke penulisan huruf yang mana ianya
memerlukan murid untuk menyalin semula huruf yang terdapat pada lembaran kerja yang
9

diberi. Melalui penelitian hasil kerja yang diberikan, dapat dilihat bahawa terdapat
beberapa orang murid mengalami masalah kekeliruan ini yang mana mereka tidak dapat
membezakan antara huruf p dengan q dan b dengan d.
Dalam usaha untuk mengatasi permasalahan ini, saya telah memikirkan satu
kaedah ringkas yang diyakini dapat membantu murid mengatasi masalah kekeliruan yang
membelenggu diri mereka. Intervensi Thumbs up, thumbs down telah dipilih sebagai
alat kajian bagi membantu murid di Prasekolah Permata untuk mengecam dan

membanding beza huruf yang hampIr sama dari segi bentuk dan sebutan iatu b dengan
d dan p dengan q.
Rajah 1: Aplikasi teknik semasa slot pengajaran di dalam kelas

10

2.2 Tinjauan Literatur


Kajian literatur ini mengandungi penulisan berkaitan perkembangan dan kekeliruan murid dalam
mengenal dan mengecam huruf menurut pendapat beberapa tokoh pengkaji tempatan mahu pun dari
luar negara yang membincangkan tentang isu atau hal yang berkaitan dengan masalah ini.
Pembelajaran di sekolah dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu belajar untuk membaca
dan membaca untuk belajar (Bernand et al.1996). Menurut beliau untuk peringkat pertama iaitu
peringkat belajar untuk membaca, terdapat proses yang dinamakan nyah-kod (decoding) yang
melibatkan penterjemahan huruf kepada bentuk fonologikal dan bahasa. Sementara satu lagi proses
yang terlibat ialah kefahaman (comprehension), iaitu proses yang lebih kompleks dan melibatkan
pengekstrakan makna dari fonologikal yang dihasilkan. Isu kekeliruan dan kelewatan perkembangan
pembelajaran di kalangan kanak-kanak dikenali sebagai disleksia.
Menurut Gibson & Lewin (1975) pula, beliau telah mengenalpasti bahawa huruf dipelajari
dengan mengenali ciri-ciri spatial yang tertentu. Dalam kes ini beliau berpendapat bahawa guru-guru
sangat berperanan dalam membantu kanak-kanak pada tahap awal membaca untuk membezakan
huruf-huruf secara visual dengan menggunakan alat bantuan mengajar seperti buku huruf dan
penggunaan kad huruf.
Berdasarkan

Teori

Pembelajaran

Semasa

(Adams

1990),

adalah

lebih

baik

untuk

memperkenalkan huruf besar terlebih dahulu berbanding huruf kecil kepada kanak-kanak, dan
memperkenalkan beberapa huruf pada satu-satu masa berbanding banyak huruf bagi meningkatkan
penguasaaan pengetahuan mereka terhadap bunyi dan huruf. Pendapat ini telah disokong oeh Rosner
& Rosner (1990) bahawa memperkenalkan huruf-huruf manuskrip kes rendah (huruf kecil) pada
tahap skala persepsi visual yang tidak sesuai di samping penggunaan mnemonic yang tidak efektif
serta kesalahan konsep pengecaman yang diamalkan oleh kanak-kanak tersebut ketika mempelajari
huruf buat kali pertama boleh memberi kesan fenomena huruf terbalik.

11

Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan


yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, seperti ketika mereka
berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternatif b kepada p yang
ditunjukkan. Selain dari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud
dan contoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara huruf b dengan huruf d dan
huruf p dengan q ( Higgins et al.1996).
Melalui jurnal Fakulti Pendidikan Universiti Pendidikan Universiti Malaya, Jilid 11, (1984/85)
yang bertajuk Masalah Kanak-kanak Mengenal Abjad: satu analisis menunjukkan bahawa satu
kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka
mengalami kesukaran memadankan bentuk huruf kecil seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k. Kajian
Popp (1964) juga menunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad dalam usaha
memadankan bentuk-bentuk huruf kecil seperti b-d,p-q, b-q, dan d-p yang dinamakan masalah
pembalikan huruf (reversal of letters). Penulis juga menekankan bahawa mengenal abjad dari segi
bentuk dan namanya adalah penting pada peringkat permulaan awal mengenal abjad sebagai
peringkat permulaan kanak-kanak belajar membaca.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak juga sebenarnya mempunyai pengalaman dan pengaruh
kegemaran tersendiri terhadap sistem simbol seperti cetakan huruf, nombor, geometri dan sebagainya
(Haensly & Lee 2000). Terdapat masa-masa tertentu pada awal usia kanak-kanak untuk mereka mula
belajar mengenal huruf dan seterusnya membaca. Kesediaan untuk membaca mengambil kira tahap
kematangan fizikal dan neurologikal untuk memudahkan kanak-kanak tersebut memahami arahan
bagi melicinkan proses pembelajaran.
Selain itu, Leornard Bloomfield (Chall, J.S.1967, halaman 29) seorang ahli bahasa telah
memperkenalkan kaedah abjad sebagai langkah pertama dalam pengajaran bacaan permulaan.
Kanak-kanak perlu diajar mengenal simbol-simbol perkataan yang mudah dan diketahui mereka.
Beliau menekankan pengajaran huruf-huruf abjad dahulu sebelum perkataan dan ayat. Oleh itu,
12

bersesuaian dengan kenyataan ini, bahawa penggunaan Loket 3D dapat dikaitkan sebagai langkah
pengajaran dalam bacaan permulaan.
Sebarang pengalaman pada usia awal kanak-kanak yang melibatkan proses pembelajaran
mungkin boleh menjejaskan perkembangan membaca. Kanak-kanak dengan usia yang lebih muda
sebenarnya memerlukan pendekatan pengajaran yang berlainan berbanding kanak-kanak yang lebih
dewasa. Aktiviti-aktiviti yang memberikan pendedahan dan pengalaman yang bermakna dari segi
akademik mesti diutamakan.
Snow et al. (1998) telah mendapati bahawa kanak-kanak yang kurang mendapat pendedahan
akademik lebih cenderung untuk menghadapi masalah membaca. Pencapaian yang memuaskan
dalam kemahiran membaca bergantung kepada berapa banyak dan bilakah pendedahan terhadap
pembacaan dimulakan terhadap kanak-kanak tersebut. Waktu pendedahan adalah pelabagai iaitu 4
tahun, 5 tahun atau ketika kanak-kanak tersebut mengikuti kelas prasekolah iaitu 6 tahun.
Meningkatkan kebolehan membaca di kalangan murid penting kerana mahir membaca adalah
laluan utama untuk mahir dalam kemahiran akademik yang lain. Murid yang mahir membaca
menggunakan lebih banyak bahan bacaan bercetak dan ini memberi banyak kelebihan dalam
meningkatkan kemahiran membaca sepanjang sesi persekolahan. Pembelajaran membaca selalunya
memerlukan arahan yang jelas. Sebelum murid boleh membaca mereka perlu memahami prinsip
abjad (alphabetic principle) iaitu idea bahawa huruf di dalam perkataan yang bercetak menghasilkan
bunyi jika dituturkan dengan cara yang sistematik.
Menurut Linnea Ehri (1999 dlm. Carol K. Sigelman, 2003) terdapat empat langkah dalam proses
belajar membaca. Pertama; fasa praabjad iaitu fasa ini mengingat semula turutan visual tertentu
untuk mengingat perkataan. Mereka boleh mengingat semula huruf pada gambar yang pernah dilihat
dalam buku dan mengingat perkataan yang pernah disebut oleh ibu atau orang dewasa. Mereka
boleh mengenal pasti perkataan berdasarkan perbezaan bentuknya dalam bahan bercetak. Kedua;

13

Fasa sebahagian abjad. Pada fasa ini mereka belajar bentuk dan bunyi huruf dan menggabungkannya
dengan bunyi tertentu. Murid mula menghubungkan satu huruf awalan dalam perkataan dan dengan
bunyi perkataan. Secara amnya murid mengenal huruf awalan bagi perkataan sebelum mengenal
huruf lain (Traiman & Broderick, 1988 dlm. Carol K. Sigelman & Elizabeth A. Rider, 2003).
Ketiga; Fasa huruf penuh. Pada fasa ini murid memperoleh kesedaran fonologi iaitu sensitiviti
sistem bunyi dalam bahasa yang membolehkan mereka menyebut suku kata dalam perkataan. Murid
yang mempunyai kesedaran ini boleh membezakan bunyi perkataan bercetak yang berbeza,
mengekod perkataan yang tidak pernah dilihat dan boleh menguasai bacaan perkataan baru yang
diberikan dengan menukar huruf berdasarkan pengetahuan yang sedia ada.

Keempat; Fasa

pengukuhan abjad. Pada fasa ini huruf yang lazimnya digabungkan bersama-sama sebagai satu unit.
Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia meliputi keupayaan
membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi
secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu membaca, ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara
langsung dan sedar dengan bahan bacaannya. Dia mencuba menyelami pemikiran dan idea yang cuba
disampaikan oleh pengarang. Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna dia
telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha besar antara dirinya dengan lautan
ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya.
Kemahiran membaca adalah kemahiran bahasa yang amat penting untuk dikuasai oleh seseorang
individu. Kita mungkin tidak dapat bersama-sama dengan orang lain sepanjang masa, oleh itu
melalui bacaan sahaja, kita dapat memahami mesej yang disampaikan oleh orang lain. Bacaan boleh
diertikan secara luas dan tidak hanya terhad kepada maksud membunyikan tulisan atau barking at
words semata-mata. Membaca secara senyap dengan memberi penekanan kepada memahami apa
yang dibaca adalah sangat penting. Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa terdapat
banyak kaedah yang boleh digunakan dengan sistematik bagi mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran.
14

Oleh kerana kemahiran membaca dipengaruhi oleh pengenalan huruf, kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti masalah kekeliruan huruf b-d-p-q dari segi sebutan dan pengecaman di kalangan
kanak-kanak prasekolah berbangsa Melayu.
Jelasnya di sini, kajian-kajian lepas dan beberapa pendapat tokoh ilmuan menunjukkan bahawa
pembelajaran mengenal dan membezakan abjad memerlukan medium bacaan yang sesuai dengan
peringkat umur golongan sasaran dan keberkesanannya telah dibuktikan dapat membantu
peningkatan tahap kemahiran mengenal abjad yang diharapkan.

7.1 Teori Kemahiran Membaca


Dalam teori membaca, terdapat tiga pendekatan utama yang sering digunakan iaitu pendekatan
konseptual, pendektan empirikal dan pendekatan eksperimental.
i)

Pendekatan Konseptual

Pendekatan ini diilhamkan oleh Kennet S. Goodman. Beliau berpendapat bahawa membaca
merupakan proses komunikasi antara pembaca dan bahan bacaan yang dibacanya. Namun demi
memperbaiki kelemahan pendekatan ini , kajian semula telah dilakukan. Oleh hal yang demikian,
muncul Teori Transformatif Generatif (TTG) oleh Noam Chomsky. TTG memperkenalkan satu model
membaca yang dipanggil Goodmen (The Gidman Model of Reading) yang menekankan bahawa
membaca berada dalam kumpulan yang sama dengan merakam, mengekod, menyahkod dan akan
berakhir dengan kefahaman dan komprehensif.
ii) Pendekatan Empirikal
Pendekatan ini meliputi pengalaman dan proses penghayatan membaca kerana menganggap membaca
sebagai suatu proses berfikir dan suatu set kemahiran. Selain itu, membaca juga ditakrifkan sebagai
suatu aktiviti visual dan juga sebuah pengalaman berbahasa.

15

iii) Pendekatan Eksperimental


Pendekatan ketiga ini memandang bahasa sebagai suatu proses atau perlakuan mendapatkan makna
melalui pembacaan.Pendekatan ini melibatkan kaijian tertentu yang dilakukan terhadap satu set
tingkah laku membaca yang dapat diperhatikan , dikaji dan kemudiannya dianalisis untuk dijadikan
suatu teori.

7.2Teori-teori Proses Membaca


a) Model Bottom Up
Model membaca dari bawah ke atas ini dibincangkan oleh beberapa orang pengkaji.
Namun demikian , tokoh utama yang banyak mengkaji model ini ialah Gough (1972, 1985).
Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenal pasti
maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibacanya melalui siri perbuatan yang berterusan.
Proses ini bermula secara linear iaitu bermula dengan mengecam dan mengenal pasti huruf,
menghubungkan ciri-ciri bagi mengenal huruf, menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan
iaitu fonem, menghubungkaitkan perkataan-perkataan dan akhirnya menghasilkan proses
membina ayat, paragraf dan semantik. Model ini sangat bermanfaat bagi golongan membaca yang
lemah dalam bahasa pertama dan bahasa kedua. Hal ini demikian kerana, golongan ini lebih
memfokuskan tahap perkataan bagi teks daripada makna secara global.
b) Model Top Down
Model membaca atas ke bawah ini berasaskan model psikolinguistik oleh Goodman
(1967, 1970) dan Smith (1971, 1978). Model ini memberi penekanan terhadap pembaca dan
pergerakan bahan bacaannya yang masih lagi bersifat linear tetapi bergerak dari atas ke bawah.
Tambahan lagi teori ini mengemukakan fenomena di mana makna tidak terdapat di dalam teks
yang dibaca tetapi makna diberikan oleh pembaca itu sendiri. Pembaca akan memahami teks yang
dibaca walaupun tidak mengenal setiap perkataan yang dibaca.

16

Demikian hal itu, pembaca akan menggunakan makna dan isyarat bahasa serta
pengetahuan bahasa yang sedia ada bagi mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali. Hal ini
demikian kerana, fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat, pragraf dan keseluruhan
bahan bacaan. Di samping itu, perkara penting dalam bacaan adalah jumlah dan jenis maklumat
penting yang diperoleh semasa melakukan aktiviti bacaan. Model Atas ke Bawah ini
menunjukkan bahawa pemahaman teks adalah lebih penting berbanding penggunaan bahasa dan
maklumat.
c) Model Interaktif
Model interaktif merupakan model pembelajaran yang bersifat kognitif. Antara tokoh
utama dalam model interaktif ialah Stanovich 1980 dan Rumelhart, 1990. Berdasarkan model ini,
pembaca mendapatkan makna daripada bahan bacaan yang dibaca melalui struktur permukaan
bahasa, struktur dalaman bahasa serta melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Tambahan
lagi, proses interaktif ini menggunakan cetakan sebagai input dan makna sebagai out put.
Model Atas ke Bawah dan Bawah ke Atas boleh timbul secara silih berganti atau serentak
dalam proses membaca bergantung kepada pembaca dan juga teks. Model ini mencadangkan
pembaca membina makna dengan cara memilih maklumat daripada semua sumber makna tanpa
mematuhi mana-mana arahan. Namun begitu, pembaca hendaklah menggunakan semua peringkat
proses membaca.
d) Model Transaktional
Penyelidik utama dalam bidang penyelidikan bacaan berasaskan teori transaktional ialah
Louise Rosenblatt yang juga merupakan pelopor teori. Beliau bersama rakannya bernama Dewey
dan Bently mencadangkan bahawa pembelajaran bukan merupakan interaksi tetapi pembelajaran
adalah transaksi.
Dalam model transaktional ini, membaca merupakan proses membina makna daripada
kombinasi pembaca tertentu, pada masa atau konteks tertentu, dengan teks tertentu. Ia merupakan
suatu transaksi antara pengarang, pembaca dan teks.
Jelasnya lagi , membaca adalah aktiviti memilih iaitu pembaca membawa perasaan,
sikap, jangkaan, dan tujuan untuk setiap teks dan ia mambawa kepada makna atau penimbulan.
17

Namun demikian, pendirian pembaca yang akan menentukan pengalaman yang diperoleh
daripada teks itu. Kesimpulannya, model transaktional ini menunjukkan bahawa membaca
merupakan proses yang melibatkan pembaca, masa atau konteks serta teks yang menghasilkan
makna yang tersendiri.

5.4 Pendekatan Dalam Mengajar Membaca


Untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu kemahiran membaca itu dengan betul,
terdapat

beberapa langkah atau pendekatan yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu

pelajar. Dalam konteks ini, ia merangkumi beberapa aspek. Antaranya, pengalaman pelajar, teks yang
digunakan

serta kebolehan pelajar.

1. Pendekatan Membaca Asas


Menurut Yahya Othman (2004), pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca
yang biasa di mana ia menggunakan pelbagai kemahiran. Antaranya ialah tujuan rekreasi,
mencari maklumat serta bimbingan. Dalam pendekatan ini juga, ia turut menekankan tentang
kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara yang diajar sebelumnya. Ia bermaksud
sentiasa membuat latihan terhadap sesuatu yang telah diajar. Dalam pengajaran membaca juga,
penambah bahan kepada perkara yang telah diajar merupakan salah satu cara yang boleh
membantu pelajar dalam menguasai kemahiran membaca mereka.
Seterusnya, dalam pendekatan ini pola dan perbendaharaan kata turut dipandang serius.
Ia bermakna guru perlu menjelaskan terhadap perkara ini kepada pelajar dengan tepat. Hal ini
kerana, supaya bilangan perkataan yang digunakan oleh pelajar dapat dikira dengan tepat dalam
waktu-waktu yang tertentu. Malah, perkara yang lebih penting dalam pendekatan ini ialah guru
perlu memikirkan kebolehan serta pengalaman yang dimiliki oleh pelajar dalam peringkat
menguasai kemahiran membaca.
Pendekatan ini mempunyai prinsip-prinsip yang tertentu. Antaranya ialah pengajaran
perkembangan kemahiran. Ia merujuk kepada guru menekankan aspek yang penting dalam
18

pengajaran. Sebagai contoh, semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru menulis di
papan hitam. Kemudian, guru membulatkan perkara yang penting yang ingin di tekankan. Malah,
dalam pendekatan membaca asas juga turut meliputi membaca secara terarah. Ia nya terbahagi
kepada lima cara, iaitu motivasi, persediaan latar belakang, menetapkan tujuan, membaca semula
secara senyap ataupun lisan secara terarah dan juga tindakan balas dan perluasan.
Dalam konteks motivasi, ia berdasarkan latar pengalaman, kuiz, menyelesaikan masalah
dan sebagainya. Guru boleh melakukan kuiz di dalam kelas agar pelajar lebih bersemangat untuk
belajar dan mereka lebih memahami terhadap perkara yang diajar. Seterusnya ialah persediaan
latar belakang. Ia merujuk kepada perkataan yang sukar atau asing , disebut oleh guru. Kemudian,
meminta pelajar menggunakannya dalam konteks perbualan ataupun dalam karangan yang dibuat.
malah, guru juga boleh meminta pelajar meneka makna perkataan asing yang digunakan itu.
Malah, dalam konteks ini guru dan pelajar perlu menetapkan tujuan. Ia bermakna apakah hasil
yang bakal diperoleh apabila membaca sesuatu teks. Sama ada ia hasilnya akan memberikan
unsur humor, menyelesaikan masalah atau sebagainya. Pelajar juga boleh membaca secara senyap
atau lisan secara terarah. Cara ini menunjukkan bagaimana guru membiarkan pelajar membaca
dengan senyap atau menghayati teks terlebih dahulu sebelum menjawab sesuatu soalan. Pada
masa ini, guru boleh membantu pelajar secara individu dan secara tidak langsung dapat
membantu pelajar yang lemah.

2. Pendekatan Teknologikal
Pendekatan ini menekankan keupayaan menghasilkan pengajaran berurutan yang dapat
dilakukan semula pada masa yang lain. Malah, ia turut menekankan perkara yang dapat dirasai
oleh panca indera serta diberikan bukti kebenarannya.
Dalam pendekatan ini juga terdapat beberapa aspek. Antaranya ialah berkenaan dengan
objektif tingkah laku. Pelajar perlu memahami dan mengenal pasti perkataan, objektif terhadap
sesuatu pemahaman serta kemahiran belajar. Seterusnya ialah ujian kriteria bagi setiap objektif. Ia

19

menentukan status dan kedudukan individu dengan merujuk kepada domain tingkah laku. Sebagai
contoh kemahiran membaca atau beberapa kemahiran lain dalam kemahiran membaca.
Pada masa yang sama, rangsangan yang diberikan hendaklah sesuai dengan setiap
objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, strategi pengajaran juga perlu digunakan dalam
pendekatan teknologikal ini. Ia merujuk kepada strategi yang wujud dalam bentuk bahan,
program pelajaran atau aktiviti pelajar yang memerlukan tindak balas. Di samping itu, strategi
melalui contoh dan penerangan membantu mereka mencapai objektif yang telah pun ditetapkan.
Walau bagaimanapun, bagi sesetengah sistem pengajaran, ia hanya menawarkan sumber khusus.
Seperti muka surat tertentu buku kerja, kuiz dan sebagainya. Sebagai guru, perlunya kreativiti
dalam diri guru tersebut.
Hal ini kerana setiap pelaksanaan pengajaran yang menarik, akan membantu pelajar
dalam menguasai kemahiran membaca. Aspek terakhir dalam pendekatan ini ialah sistem
penyimpanan rekod.
3. Pendekatan Mengajar Bacaan Peringkat Awal
Untuk melaksanakan pendekatan ini, terdapat beberapa peringkat asas yang perlu dilaksanakan
oleh guru. Antaranya ialah :-

Pendekatan Binaan (Sintektik)


1) Kaedah abjad- Dalam konteks ini dlihat guru melatih pelajar untuk menyebut dan
menghafal abjad.
2) kaedah suku kata- Memperkenalkan kepada pelajar dari aspek vokal dan konsonan. Huruf
konsonan + huruf vokal menjadikan ia satu suku kata. Dalam suku kata pula terdapat
suku kata terbuka, dan suku kata tertutup.
3) Kaedah fonik Berkenaan dengan bunyi huruf dan bukannya nama huruf. Kemudian
huruf akan digabungkan menjadi perkataan.
Pendekatan Cerakinan (analitik)

20

1) Kaedah perkataan Ia lebih menjurus kepada memperkenalkan perkataan kepada pelajar


dengan menggunakan kad perkataan. Dalam erti kata lain, guru boleh menggunakan
akronim bagi memudahkan pelajar untuk mengingat perkataan-perkataan yang tertentu.
Malah, pendekatan ini juga akan memudahkan pelajar untuk mengingati makna perkataan
tersebut.
2) Kaedah ayat dan cerita Lebih memberi penekanan kepada ayat sebagai unit yang
bermakna dalam bacaan. Malah ia lebih menumpukan kepada bahan bacaan yang lebih
berbentuk cerita.

3.0 Objektif kajian


3.1 Objektif umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam usaha untuk
membezakan bentuk huruf b dengan d dan p dengan q dalam aspek penguasaan
Bahasa Malaysia.
3.2 Objektif khusus
3.2.1

Murid boleh membezakan bentuk dan menyebut huruf b dengan d dan


p dengan q melalui intervensi Thumbs up, thumbs down

21

3.2.2

Murid dapat membezakan abjad dengan abjad b dengan d dan p


denganq dalam subjek Bahasa Malaysia melalui intervensi Thumbs up,
thumbs down.

4.0 Soalan Kajian


Beberapa persoalan yang dikemukakan dalam kajian ini, iaitu:
4.1 Adakah intervensi pergerakan Thumbs up, thumbs down dapat membantu murid
meningkatkan tahap penguasaan perbezaan abjad atau huruf b, d , p , q dalam
matapelajaran Bahasa Malaysia?
4.2 Bagaimanakah intervensi pergerakan Thumbs up, thumbs down dapat membantu
murid meningkatkan penguasaan perbezaan abjad atau huruf b, d , p , q dalam
matapelajaran Bahasa Malaysia?
4.3 Adakah penggunaan intervensi Thumbs up, thumbs down dapat menarik minat
murid untuk mempelajari kemahiran mengenal dan menulis huruf vokal?

22

5.0 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada murid prasekolah SK Bandar Baru Putera
Jalan Bercham di Ipoh, Perak. Kumpulan sasaran terdiri daripada lima orang murid yang
berusia enam tahun.
Seramai tiga orang lelaki dan dua orang perempuan telah dipilih untuk menjadi
responden kajian. Kesemua mereka berbangsa Melayu. Kelima-lima orang murid ini datang
daripada keluarga yang berlatar belakang sederhana. Murid-murid yang dipillih ini tinggal di
sekitar taman perumahan berhampiran dengan kawasan sekolah. Kebanyakan ibu bapa
mereka adalah merupakan penjawat awam yang bertugas sebagai polis di Kem Polis yang
berdekatan.
Pemilihan responden dilakukan semasa pelaksanan proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Saya seringkali menggunakan teknik soal jawab untuk membuat pemerhatian
ke atas murid seterusnya membuat penialain sama ada mereka telah menguasai abjad atau
sebaliknya.
Responden dilihat sudah mengenal kebanyakan huruf tetapi masih mengalami masalah
kekeliruan abjad b, d, p, q dalam subjek Bahasa Malaysia. Di harapkan agar kaedah
pergerakan Thumbs up, thumbs down ini dapat membantu meningkatkan penguasaan
23

murid dalam membezakan bentuk huruf di samping mengenal dengan lebih jelas abjad
p,q,b, d dalam subjek Bahasa Malaysia

6.0 Tindakan Yang Dijalankan


6.1 Model Kajian Tindakan Yang Digunakan
Penyelidikan ini mengaplikasikan model penyelidikan tindakan
(Model Kemmis Taggard, 1988) seperti Rajah 1 berikut:

Membuat tinjauan terhadap hasil kerja

Mengenalpasti kekurangan

murid

murid serta permasalahan yang


dihadapi dalam pengajaran dan
pembelajaran

Membuat tinjauan terhadap


hasil kerja murid
Melaksanakan tindakan
mengikut perancangan yang
telah ditetapkan

24

Mengumpul data dan analisis


Refleksi

2
Tindakan
Tindakan

Refleksi

RajahPemerhatian
1: Model Kemmis Taggard, 1988.
Pemerhatian

Menurut Lewin (1952, seperti yang dinyatakan dalam Abdul Rahman, 1995) penyelidikan
tindakan dilaksanakan untuk melihat perhubungan serta interaksi manusia. Beliau mendapati
cara yang paling sesuai dalam perkembangan diri adalah melalui inkuiri diri sendiri dan
hubungannya dengan orang lain. Dapatan yang diperoleh memberi gambaran terhadap
penglibatan serta pertalian antara gaya hidup, persepsi dan tingkah laku individu dengan
sosial masyarakat. Lewin (1952, seperti yang dinyatakan dalam Abdul Rahman, 1995)
menjelaskan penyelidikan tindakan dilakukan melalui beberapa episode sebagai lingkaran
beberapa tahap. Setiap tahap ini mempunyai beberapa langkah iatu rancangan, tindakan,
perhatian dan refleksi sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 2 berikut.

25

Rajah 2. Kitaran Penyelidikan berlingkaran tradisi


Mengikut Kurt Lewin (1952, seperti yang dinyatakan dalam Mok, 2010), proses
penyelidikan tindakan ditinjau sebagai sesuatu kitaran tindakan kajian berlingkaran yang
merangkumi empat peringkat : merancang, bertindak, memerhati, dan membuat refleksi
seperti rajah 2 yang ditunjukkan. Rancangan merangkumi analisis masalah dan perancangan
stratergi, tindakan merujuk kepada pelaksanaan stratergi tersebut, pemerhatian meliputi
penilaian tindakan dengan kaedah dan teknik yang sesuai dan refleksi ialah menganalisis dan
menginterpretasikan dapatan penilaian serta terhadap proses penyelidikan tindakan secara
keseluruhan.
Menurut Rubin et.al (1983) dan Frost (1992, seperti yang dinyatakan dalam Saayah,
2005), permainan mempunyai beberapa faktor disposisi yang boleh membezakan main
dengan tingkah laku atau aktiviti yang lain. Kepentingan aktiviti-aktiviti permainan bagi
kanak-kanak prasekolah dapat dilihat berdasarkan penekanan

dalam pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak pada peringkat ini lebih menekankan pendekatan Belajar Melalui
bermain kerana ianya boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari pelbagai sudut
ataupun aspek iatu fizikan, kognitif, mental, bahasa, dan sosio emosi. Bagi tujuan ini,
aktiviti-aktiviti yang dirancangan telah memberi keutamaan kepada semua aspek
perkembangan sebagai landasan bagi membantu mengembangkan aspek-aspek yang lain.
Saya telah menggunakan pergerakanThumbs Up, Thumbs Down sebagai langkah
intervensi untuk membantu murid-murid mengatasi masalah kekeliruan huruf dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Melalui aktiviti pergerakan Thumbs Up, Thumbs
Down ini, ianya sedikit sebanyak membantu saya untuk mengenalpasti punca yang

26

menyumbang kepada kesukaran murid untuk membezakan abjad b dengan d dan p


dengan q.
Semasa proses pelaksanaan aktiviti, dapat dilihat bahawa murid-murid menghadapi
masalah dalam kemahiran membaca. Fauziah Tahiruddin (2000, seperti yang dinyatakan
dalam Jamilah Ahmad, 1999) menyatakan antara permasalahannya ialah pelajar pemulihan
mudah lupa perkataan yang dibaca. Daya ingatan mereka adalah singkat. Justeru, latihan
bacaan secara berulang perlu diberikan demi untuk membantu mereka mengingati akan
perkataan ataupun huruf yang dibaca. Masalah ini barangkali disebabkan oleh kurangnya
tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas.

27

6.2 Tindakan Yang Dijalankan


Dalam kajian yang dijalankan ini, saya sebagai pengkaji telah merancang dan melaksanakan
satu bentuk intervensi pergerakan mengenal huruf yang menggunakan kedua-dua belah
tangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh subjek kajian iaitu masalah mengenal
huruf dan salah tafsir huruf dalam kalangan murid prasekolah. Dalam satu kajian yang
dilakukan oleh Popp (1964) yang dinyatakan dalam Ai Hong Chen & Noor Suriani
Mohamad (2002) juga menekankan bahawa mengenal abjad dari segi bentuk dan namanya
adalah penting pada peringkat permulaan awal mengenal abjad sebagai peringkat permulaan
kanak-kanak belajar membaca.
Saya telah memilih untuk menggunakan teknik pergerakan tangan ini untuk membezakan
abjad kerana, saya merasaskan bahawa aktiviti pergerakan seumpama ini adalah fleksibel
dan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan dimana anda berada. Hal ini kerana,
aktitiviti Thumbs up, thumbs down ini lebih memfokus kepada gerakan tangan disamping
penggunaan alat bantu yang lain. Intervensi ini turut boleh diaplikasi dalam tunjang fizikal
dan estetika dari sudut kreativiti pada bahagian nyanyian dan pergerakan. Intervensi ini
28

dirasakan amat mudah untuk diikuti oleh murid oleh kerana ianya tidak memerlukan
sebarang bahan bantu sebagai pendokong kepada pelaksanaan intervensi.
Intervensi ini dapat menarik minat dan mengukuhkan penguasaan murid terhadap proses
membezakan huruf. Intervensi dijalan 2 kali seminggu berpandukan kepada jadual yang
dberikan oleh pihak sekolah. Di samping itu, saya juga turut merancang untuk melaksanakan
satu bentuk permainan mengenal huruf yang menggunakan doh untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh murid-murid iaitu masalah kekeliruan huruf p dengan q dan b
dengan d. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Popp (1964) yang dinyatakan dalam Ai
Hong Chen & Noor Suriani Mohamad (2002) juga menekankan bahawa mengenal abjad dari
segi bentuk dan namanya adalah penting pada peringkat permulaan awal mengenal abjad
sebagai peringkat permulaan kanak-kanak belajar membaca. Saya telah memilih
menggunakan doh untuk membentuk huruf kecil kerana murid prasekolah berpeluang untuk
menguli dan menggentel dan disamping itu murid prasekolah dapat membantu mereka untuk
mengingat huruf kecil tersebut disamping untuk menguasai peringkat prabacaan. Menurut Ai
Hong Chen & Noor Suriani Mohamad (2002), adalah penting guru-guru membantu kanakkanak pada tahap awal membaca untuk membezakan huruf-huruf secara visual dengan
menggunakan alat bantu mengajar.
Menurut Bustam Kamri (2010) pengajaran abjad atau huruf dalam bentuk kertas tugasan
atau buku kerja dan apa jua jenis pengajaran formal kepada kanak-kanak tidak memberi
kebaikan. Montessori yang dinyatakan dalam Nor Hashimah & Yahya (2003) percaya
pengalaman sangat penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut Froebel dinyatakan
dalam Nor Hashimah & Yahya (2003) permainan konstruktif yang melibatkan pergerakan
motor halus seperti menggentel dapat memberi peluang kanak-kanak belajar sesuatu dan
29

dapat melibatkan kemahiran manipulatif. Melalui penggunaan doh, menurut National


Association For The Education Of Young Children (2005) yang dinyatakan dalam Swartz
(2005) membantu kanak-kanak membina kemahiran literasi iaitu dapat pengalaman bernilai.
Simbolik

dan

permainan

konstruktif

dalam

mengunakan

doh

membolehkan

memperkembangkan kebolehan berbahasa. Menurut Swartz (2005) penggunaan doh


menyediakan aktiviti yang menarik dan pengalaman yang berharga kepada kanak-kanak dan
kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu dengan cepat melalui memanipulasi bahan dimana
mereka boleh melihat kesan tersebut di hadapan mereka. Pengalaman kreatif dengan
menggunakan bahan seperti penggunaan doh membolehkan kanak-kanak berpeluang
mempelajari aktiviti yang mendatangkan banyak manfaat
Selain tu, saya sebagai pengkaji juga turut merancang untuk melaksanakan satu aktiviti
permainan yang di panggil Binggo Pintar sebagai salah satu intervensi yang membantu
murid-murid untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi. Aktiviti Binggo Pintar ini
lebih memfokus kepada kemahiran murid untuk mengecam bentuk huruf p dengan q
dan b dengan d dengan betul. Dengan penggabungjalinan bersama teknik Thumbs up,
thumbs down, saya yakin bahawa murid mampu untuk membezakan bentuk dan menyebut
bentuk huruf p dengan q dan b dengan d dengan betul. Konsep penggabungjalinan
intervensi dapat dilihat semasa pelaksanaan aktiviti Binggo Pintar. Murid terlebih dahulu
melakukan pergerakan Thumbs up, thumbs down disusuli dengan proses mengecam dan
menggariskan huruf pada lembaran yang disediakan.

30

Gambar 1: Contoh lembaran kerja permainan Binggo Pintar


Jadual 1
Jadual Pelaksanaan Tindakan
Tarikh

Masa

Tempat

27 Julai 2015

Wasktu rehat

Kelas

28 Julai 2015

Waktu rehat

Kelas

Aktiviti
Ujian Sebelum Intervensi
Intervensi 1
(Thumbs Up, Thumbs
Down)

Selepas waktu

Kelas

persekolahan
29 Julai 2015

Waktu rehat

Intervensi 2
(Permainan bongkah)

Kelas

Intervensi 3
(Bingo pintar)

Selepas waktu

Kelas

persekolahan
30 Julai 2015

Waktu rehat

Intervensi 4
(Bentuk saya)

Kelas
31

Aktiviti susulan

Lembaran kerja
Selepas waktu

Kelas

persekolahan
31 Julai 2015

Waktu rehat

Aktiviti susulan
Lembaran kerja

Kelas

Ujian Selepas Intervensi

Jadual 2 menunjukkan pelaksanaan kajian selama seminggu dari 27 Julai 2015 hingga 31
Julai 2015 yang merangkumi tindakan ujian sebelum intervensi hingga ujian selepas
intervensi. Kesemua tindakan ini telah dijalankan di ruang perbualan pagi di Prasekolah
Permata.

Dengan adanya ruangan ini, saya dapat menjalankan aktiviti intervensi saya

dengan lancar tanpa takut diganggu oleh murid-murid lain atau perlu bahan-bahan bantu
intervensi saya ke tempat yang lain.
Aktiviti susulan adalah seperti latihan-latihan berbentuk lembaran kerja. Latihan latihan
ini bertindak sebagai penyokong kepada keberkesanan intervensi yang telah saya jalankan.
Data yang diperoleh akan dimuat naik dan diinterpretasi dalam bahagian analisis data. Di
samping itu juga, latihan-latihan ini juga bertindak sebagai kayu pengukur terhadap
kemampuan dan kebolehan murid dalam menguasai kemahiran mengenal dan membezakan
huruf.

32

7.0

CARA PENGUMPULAN DATA


Semasa menjalankan aktiviti intervensi dengan responden yang telah dipilih, saya telah
menggunakan tiga teknik pengumpulan data untuk mengumpul data yang diperoleh.
Antaranya termasuklah teknik-teknik yang sering digunakan dalam kajian tindakan, iaitu
ujian Pra dan Pos, pemerhatian serta gambar foto.
TEKNIK

INSTRUMEN

Ujian Sebelum Dan Selepas Intervensi

kertas ujian

Pemerhatian

senarai semak

Gambar Foto

foto

Rajah 1: Teknik Mengumpul Data dan Alat Instrumen

7.1 Ujian sebelum dan selepas intervensi


Kaedah ujian telah digunakan sebagai alat pengumpulan data bagi menguji tahap
penguasaan murid-murid ke atas kemahiran membezakan abjad b dengan d dan p
33

dengan q. Kaedah ujian yang digunakan adalah Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi.
Ujian sebelum intervensi adalah merupakan ujian yang dijalankan ke atas murid-murid
yang telah dikenalpasti sebagai sasaran kajian pengkaji sebelum intervensi
dijalankan. Ujian selepas intervensi pula, dijalankan setelah aktiviti-aktiviti
intervensi untuk menguji pencapaian responden selepas menjalankan intervensi. Keduadua ujian yang diberikan sebelum dan selepas intervensi mempunyai kandungan yang sama bagi
membandingkan perbezaan tahap penguasaan responden pada permulaan dan akhir intervensi.
Dalam penyelidikan tindakan ini, ujian pra dan pos yang dijalankan adalah berdasarkan
kemahiran-kemahiran tertentu yang ingin dikuasai oleh responden, iaitu kemahiran mengenal
dan membezakan huruf. Guru menggunakan kad huruf sebagai media utama kepada kumpulan
sasaran yang dipilih semasa menjalankan ujian sebelum intervensi. Murid-murid dikehendaki
menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru Kemudian, satu set lembaran kerja telah diberikan
kepada murid yang mana lembaran ini memerlukan murid untuk membulatkan huruf dengan
berpandukan arahan daripada guru (Sila rujuk lampiran). Pada akhir sesi ujian, kesemua
lembaran kerja telah dikumpul dan hasil dapatan bagi setiap responden telah dicatatkan dalam
senarai semak sebaik sahaja anilisis selesai dilakukan.
7.2
Pemerhatian
Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti sejauhmanakah tahap
penguasaan murid dalam proses membezakan abjad b dengan d dan p dengan q. Sebarang
permasalahan yang terjadi semasa pelaksanaan aktiviti telah saya rekodkan pada ruangan catatan
yang disediakan. Hal ini bagi memudahkan urusan atau proses analisis data yang
diperoleh.Menurut Chow (2001), strategi pemerhatian merupakan suatu aktiviti pengumpulan
data dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kaedah pemerhatian adalah teknik
yang berkesan dalam pengumpulan data untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku
dalam bilik darjah.
34

Oleh itu, saya menggunakan senarai semak untuk mencatat tahap penguasaan muridmurid terhadap kemahiran membezakan abjad b dengan d dan p dengan q. Tujuannya
adalah untuk menentukan keberkesanan intervensi

Thumbs Up, Thumbs Down dalam

meningkatkan penguasaan murid untuk membezakan abjad b dengan d dan p dengan q.


Sebelum intervensi dijalankan, saya telah memerhati dan menentukan murid-murid yang tidak
boleh menguasai atau mengenal huruf dengan sepenuhnya melalui pemerhatian yang dilakukan
tatkala sesi soal jawab dilakukan.
Seterusnya, saya membuat penelitian terhadap hasil lembaran kerja yang diberikan. Saya
telah menggunakan senarai semak untuk mencatat tahap penguasaan setiap murid bagi
memudahkan urusan menganalisis data.
Bagi setiap intervensi yang telah dilaksanakan, saya turut menggunakan senarai semak untuk
mencatat data perkembangan responden saya. Selain itu, saya juga telah menggunakan senarai
semak untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan murid dalam membezakan abjad b dengan
d dan p dengan q.
.
7.3
Gambar Foto
Di samping itu, saya telah menggunakan gambar foto untuk merekodkan situasi semasa saya
menjalankan aktiviti intervensi. Menurut Rosinah Edinin (2011), gambar foto dan video boleh
dijadikan sebagai data penting yang dapat memberi maklum balas tentang sesuatu yang dikaji.
Oleh itu, saya memilih teknik ini untuk membantu saya mengumpul data yang diperlukan dalam
kajian saya ini. Saya telah meminta tolong daripada rakan praktikum saya untuk membantu
mengambil foto dan membuat rakaman video semasa saya sedang menjalankan intervensi.
Dengan adanya gambar foto yang ditangkap, saya dapat mengimbas kembali keadaan semasa
menjalankan intervensi dan juga sebagai bukti serta sokongan bagi penyelidikan tindakan ini.
Video turut diambil bagi mengelakkan diri saya daripada tertinggal mana-mana bahagian yang
penting.
35

Selain itu, gambar foto juga boleh membantu pengkajian mengenal pasti tahap
penguasaan responden terhadap kemahiran mengenal dan membezakan abjad b dengan d dan
p dengan q. Hal ini demikian kerana foto keadaan murid dan senarai semak akan diambil
semasa dan selepas menjalankan ujian pra dan pos. Dengan ini, pengkaji boleh membuat
perbandingan antara kedua-dua set foto ini bagi membantu meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan terhadap data yang dikumpul.

8.0

ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI


Setelah segala data yang diperlukan telah diperolehi, penganalisisan data telah dijalankan
36

melalui instrument yang dipilih. Hasil dapatan yang diperolehi selepas menganalisis data telah
dikumpul dan ditunjukkan melalui jadual, graf dan gambar rajah serta diinterpretasikan menjadi
kesimpulan. Saya telah mengenal pasti hasil pelaksanaan tindakan yang akan dilaksanakan, iaitu
menilai kejayaan intervensi pergerakan Thumbs Up, Thumbs Down dalam meningkatkan
kemahiran murid membezakan abjad b dengan d dan p dengan q bagi murid-murid
prasekolah. Oleh itu, saya telah menggunakan tiga cara untuk menganalisis data yang akan
diperolehi selepas menjalankan intervensi seperti dalam gambar rajah yang berikut.
INSTRUMEN

CARA MENGANALISIS

Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi

Jadual dan graf


-

Peratusan jawapan yang betul dalam


ujian yang diberikan sebelum dan
selepas intervensi (%)

Senarai Semak

Jadual dan graf


-

Jumlah dalam petak.

Gambar Foto

Gambar rajah
-

Gambar-gambar yang diambil semasa


menjalankan intervensi

Gambar Rajah

Teknik Menganalisis Dat

Bagi mengumpul data untuk kajian ini, saya telah membuat perancangan untuk menggunakan
kaedah pemerhatian melalui senarai semak semasaenjalankan intervensi. Data yang dianalisis
membolehkan saya mendapatkan maklumat agar saya mendapat pemahaman yang lebih teliti dan
mendalam tentang permasalahan dan melihat sama ada responden menunjukkan peningkatan
37

dalam ujian sebelum dan selepas intervensi setelah intervensi dijalankan.


Melalui pemerhatian yang dijalankan, didapati bahawa murid-murid mengalami masalah
kekeliruan abjad pada tahap yang lemah untuk 4 abjad iatu abjad b dengan d dan p dengan
q. Dengan menggunakan senarai semak yang telah disediakan, saya akan menanda symbol /
sekiranya responden dapat menyebut huruf dengan betul. Hal ini menunjukkan bahawa
responden telah menguasai dan dapat membezakan huruf tersebut. Namun begitu, sekiranya
responden gagal menyebut salah satu daripada huruf yang diuji, maka saya akan menandakan
simbol x yang menunjukkan bahawa responden tersebut masih lagi belum menguasai dan
membezakan huruf-huruf tersebut.
Pemerhatian berfokus kepada kumpulan sasaran yang telah dipilih iatu seramai lima orang
murid. Sebarang kesilapan sepanjang proses pelaksanaan intervensi akan dicatat dalam ruangan
yang telah disediakan. Hasil pemerhatian dibuktikan melalui data yang dirumuskan oleh
pengkaji.

Jadual 3
Analisis intervensi kali pertama melalui senarai semak pemerhatian

38

No

Nama

Jumlah

1.

Murid A

4/4

2.

Murid B

3/4

3.

Murid C

2/4

4.

Murid D

4/4

5.

Murid E

2/4

Jadual 3 menunjukkan senarai semak bagi intervensi kali pertama yang telah dijalankan pada
hari kedua dalam tempoh masa seminggu kajian. Berdasarkan jadual di atas menunjukkan
bahawa lima orang responden tidak dapat membezakan keempat-empat huruf dengan tepat.
Didapati kekeliruan yang ketara berlaku adalah pada huruf b dengan d dan p dengan q.
Daripada lima orang responden, hanya 2 orang sahaja yang berjaya memperoleh markah penuh.
Responden B hanya mengalami kekeliruan huruf b dengan d. Responden C dan E
mendapat markah yang sama iatu 2 daripada 4 markah. Kedua-dua responden mengalami
kekeliruan huruf yang sama iatu b dengan d dan p dengan q. Dalam intervensi kali
pertama, responden A dan D mendapat markah yang paling tinggi iatu sebanyak 4 daripada 4
markah. Dapat dilihat bahawa, responden A dan D menunjukkan tahap penguasaan huruf yang
baik berbanding murid yang lain.
Jadual 4
Analisis intervensi kali kedua melalui senarai semak pemerhatian
No

Nama

39

Jumlah

1.

Murid A

4/4

2.

Murid B

3/4

3.

Murid C

3/4

4.

Murid D

4/4

5.

Murid E

2/4

Jadual 4 telah menunjukkan senarai semak bagi intervensi kali kedua yang telah dijalankan
pada hari yang sama. Kelima-lima responden telah menjalankan intervensi yang kedua.
Keseluruhannya, keputusan yang dicatat adalah lebih kurang sama dengan keputusan intervensi
bagi kali yang pertama. Ini menunjukkan bahawa tiada sebarang perkembangan yang drastik
dalam intervensi yang kedua. Perbezaan hanya berlaku pada responden C di mana dia telah
mendapat 3 daripada 4 markah berbanding markah yang diperolehinya pada kali pertama iatu
sebanyak 2 daripada 4 markah secara keseluruhan. Masalah kekeliruan huruf yang sama berlaku
pada kelima-lima responden iatu masalah untuk membezakan abjad b dengan d dan p
dengan q.

Jadual 5
Analisis intervensi kali ketiga melalui senarai semak pemerhatian
No

Nama

Jumlah

1.

Murid A

3/4

40

2.

Murid B

3/4

3.

Murid C

3/4

4.

Murid D

3/4

5.

Murid E

2/4

Jadual 5 menunjukkan senarai semak bagi intervensi kali ketiga yang telah dijalankan pada
hari ketiga dalam minggu kajian. Kelima-lima responden telah menjalan intervensi untuk kali
yang ketiga. Rajah tersebut telah menunjukkan empat responden mendapat markah yang sama
iatu 3 daripada 4 markah dimana kekeliruan huruf berlaku antara abjad b dengan d pada sesi
pertama aktiviti permainan di jalankan.
Majoriti responden melakukan kesilapan tatkala membezakan huruf p dengan q melalui
aktiviti yang dijalankan. Manakala murid D pula mengalami masalah kekeliruan semasa untuk
membezakan huruf d dengan d. Murid E dilihat masih lagi berada pada tahap yang sama di
mana hasil daripada tiga-tiga intervensi yang telah dijalankan, murid E masih lagi memperoleh
skor yang sama iatu 2 daripada 4 markah secara keseluruhan.
Jadual 6
Analisis intervensi kali keempat melalui senarai semak pemerhatian
No

Nama

Jumlah

1.

Murid A

4/4

2.

Murid B

4/4

3.

Murid C

4/4

41

4.

Murid D

4/4

5.

Murid E

4/4

Jadual 6 menunjukkan senarai semak bagi intervensi kali keempat yang di jalankan pada hari
ketiga dalam minggu kajian. Dapat dilihat bahawa, kelima-lima orang responden menunjukkan
tindak balas yang positif terhadap intervensi yang dijalankan. Kesemua responden mencatat
markah yang penuh untuk intervensi kali keempat yang telah saya jalankan.
Kesemua responden dapat menunjukkan tahap penguasaan huruf yang baik melalui aktiviti
yang telah dijalankan. Responden berjaya membezakan huruf b dengan d dan p dengan q
dengan betul tanpa ada sebarang permasalahan. Masalah kekeliruan disni, tidak dapat dilihat
sama sekali memandangkan guru bertindak sebagai pembimbing semasa intervensi dijalankan di
dalam ruangan kelas. Kelima-lima orang responden melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
dan berjaya melaksanakan tugasan dengan jayanya.
Jadual 9
Analisis data berdasarkan ujian sebelum dan selepas intervensi
No

Nama

Markah Penuh 4
Ujian Sebelum Intervensi

Ujian Selepas Intervensi

1.

Responden A

3/4

4/4

2.

Responden B

3/4

4/4

3.

Responden C

3/4

4/4

42

4.

Responden D

2/4

4/4

5.

Responden E

2/4

4/4

Jadual 9 menunjukkan jadual analisis data berdasarkan ujian sebelum dan selepas intervensi.
Markah penuh bagi kedua-dua ujian adalah 4. Berdasarkan data yang diperoleh, didapati bahawa
seramai dua orang responden iatu responden D dan E mendapat dua markah dalam ujian sebelum
intervensi. Namun, setelah menjalani intervensi Thumbs Up, Thumbs Down dan beberapa
aktiviti susulan, didapati bahawa terdapat perubahan besar dimana mereka berjaya mencapai 4
markah dalam ujian selepas intervensi. Responden A, B dan C menunjukkan sedikit peningkatan
setelah intervensi dijalankan di mana pada ujian selepas intervensi, ketiga-ketiga orang
responden itu tadi mencatatkan markah yang penuh iatu 4 secara keseluruhan.

Responden A

Responden B

Responden C

Ujian sebelum Intervensi

43

Responden D
Column1

Responden E

Rajah 10
Analisis markah responden berdasarkan ujian sebelum dan selepas intervensi
Rajah 10 menunjukkan bahawa analisis markah responden berdasarkan ujian sebelum dan
selepas intervensi. Markah penuh bagi ujian ini adalah 4 markah. Berdasarkan data yang
diperoleh, didapati bahawa dua orang responden mendapat dua markah sahaja dalam ujian
sebelum intervensi dan setelah menjalankan intervensi pergerakan Thumbs Up, Thumbs Down,
didapati bahawa terdapat peningkatan terhadap pencapaian responden dimana mereka berjaya
memperoleh 4 markah dalam ujian selepas intervensi. Terdapat tiga orang responden yang
mendapat 3 markah dalam ujian sebelum intervensi dan setelah membuat ujian selepas intervensi
didapati seorang kesemua mereka telah menunjukkan peningkatan dengan memperoleh markah
penuh secara keseluruhan

Analisis gambar foto intervensi pergerakan Thumbs Up, Thumbs Down

Rajah 4
44

Responden melakukan pergerakan Thumbs Up, Thumbs Down dengan bimbingan guru

Rajah 5
Responden membentuk huruf b dengan d dan p dengan q menggunakan bongkah kayu
Rajah 4 menunjukkan murid A dan B sedang melakukan intervensi pergerakan Thumbs Up,
Thumbs Down dengan bimbingan guru. Semasa proses pelaksanaan intervensi, guru
menggunakan kad bacaan huruf sebagai panduan kepada murid dalam usaha untuk membezakan
abjad b dengan d dan p dengan q. Intervensi dimulakan dengan mengarahkan murid untuk
melakukan pergerakan Thumbs Up terlebih dahulu. Sebaik sahaja murid selesai melakukan
pergerakan tersebut, guru mengarahkan murid untuk memfokuskan pandangan mata mereka ke
arah kedua-dua belah tangan. Pada masa yang sama, guru bertanya kepada murid berkenaan
bentuk huruf apakah yang seakan-akan sama dengan bentuk kedua-dua belah tangan mereka.
Dalam konteks ini, kemahiran visualisasi memainkan peranan yang penting. Murid A dan B tidak
mengambil masa yang lama untuk mengecam bentuk huruf yang seakan-akan sama dengan
pergerakan tangan yang mereka lakukan. Hal ini menunjukkan bahawa murid A dan B
mempunyai kemahiran visual yang baik dan berjaya mengecam bentuk huruf yang diuji melalui
45

intervensi yang dijalankan.


Proses pelaksanaan intervensi di teruskan lagi dengan meminta murid A dan B melakukan
pergerakan Thumbs Down sepertimana yang ditunjukkan dalam rajah 4. Murid A mengambil
masa yang lama untuk mengenal pasti huruf q dan akhirnya beliau hanya diam dan menyatakan
bahawa beliau tidak tahu. Hal ini berbeza dengan murid B yang mana beliau berjaya mengenal
pasti bentuk huruf p dan q dengan baik melalui intervensi pergerakan yang dijalankan. Murid
B dilihat berkeyakinan untuk mengutarakan jawapannya semasa guru bertanya bentuk huruf
apakah yang seakan-akan sama dengan kedua-dua belah tangan beliau. Dalam hal ini dapat
dilihat bahawa murid B telah mengecam dan menguasai keempat-empat abjad yang diuji dengan
baik.

Rajah 5 menunjukkan pelaksanaan aktiviti Permainan Bongkah. Aktiviti ini memerlukan


murid untuk membentuk huruf dengan menggunakan bongkah kayu sebagai media utama.
Sebelum aktiviti dijalankan, guru mengarahkan murid untuk melakukan pergerakan Thumbs
Up, Thumbs Down terlebuh dahulu. Hal ini adalah untuk memberikan panduan kepada murid
semasa proses membentuk huruf. Aktiviti dimulakan dengan membentuk huruf b dan d
terlebih dahulu. Murid A dan B dilihat berjaya membentuk huruf tanpa ada sebarang masalah.
Kedua-dua mereka berjaya membentuk huruf pada jangka masa yang sama. Seterusnya kita
beralih kepada aktiviti membentuk huruf p dengan q. Murid A dilihat mengalami kesukaran
semasa proses membentuk huruf q yang mana beliau mengalami kekeliruan terhadap bentuk
huruf tersebut. Namun begitu, dengan bantuan dan bimbingan akhirnya murid A berjaya
membentuk huruf q dengan jayanya. Dalam usaha untuk membantu murid A. saya telah

46

menggunakan kad bacaan huruf sebagai panduan. Di samping itu juga, saya turut mengarahkan
murid A melakukan pergerakan Thumbs Down sebagaimana untuk memberikan gambaran
visual yang jelas kepada murid A berkenaan dengan bentuk huruf q.

Rajah 6
Guru membimbing murid semasa aktiviti susulan dijalankan

47

Rajah 7
Responden membentuk huruf dengan menggunakan plastisin

Rajah 6 menunjukkan bahawa murid menjalankan aktiviti susulan dan bersama dengan guru.
Aktiviti susulan ini berbentuk latihan yang menyokong kebekersanan intervensi. Berpandukan
kepada rajah yang diberi, aktiviti yang dijalankan adalah latihan dengan menggunakan lembaran
kerja. Lembaran kerja tersebut memerlukan murid untuk mewarnakan huruf yang sama (sila
rujuk lampiran D). Berdasarkan kepada aktiviti itu tadi, kesemua murid dilihat berjaya menjawab
soalan yang diberi dengan betul. Saya bertindak sebagai pemerhati semasa aktiviti dijalankan.
Murid-murid tidak mengambil masa yang lama untuk menyempurnakan tugasan yang diberi.
Bentuk soalan yang disediakan, barangkali terlalu rendah arasnya. Secara keseluruhan, murid
dilihat berjaya menyiapkan lembaran kerja yang diberi dengan baik.
Rajah 7 menunjukkan murid C dan D menjalankan aktiviti Bentuk Saya. Murid-murid
kelihatan teruja untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut kerana mereka berpeluang untuk

48

bermain dengan plastisin. Aktiviti ini memerlukan murid untuk membentuk huruf di atas kertas
yang disediakan (sila rujuk lampiran E). Semasa pelaksanaan aktiviti, kedua-dua orang murid
dilihat berjaya membentuk huruf dengan baik. Murid C menunjukkan penguasaan yang baik di
mana beliau tidak mengambil masa yang lama untuk membentuk keempat-empat abjad yang di
arahkan iatu b dengan d dan p dengan q. Namun begitu, murid D menampakkan masalah
kekeliruan tatkala ingin membentuk huruf d dimana beliau telah melakukan kesilapan semasa
proses membentuk huruf tersebut. Dapat dilihat bahawa tahap penguasaan abjad bagi murid D
masih lagi berada pada tahap yang sederhana. Beliau mampu untuk menyebut kesemua huruf
dengan baik, namun apabila disuruh membuat perbandingan antara abjad b dengan d, beliau
masih lagi teragak-agak untuk menyatakan perbezaan antara kedua-dua abjad tersebut. Murid D
juga kelihatan kurang berkeyakinan berbanding dengan murid C. Murid C kelihatan aktif dan
bersungguh-sungguh semasa pelaksanaan aktiviti berbanding dengan murid D.

Rajah 8
Responden melakukan aktiviti susulan Sulam Saya

49

Rajah 8 dan 9 menunjukkan bahawa Murid A dan B melakukan aktiviti Sulam Saya
bersama dengan guru. Aktiviti ini adalah sebagai salah satu alternatif yang digunakan oleh guru
demi untuk membantu murid mengecam dan membezakan bentuk abjad b dengan d dan p
dengan q. Pada peringkat awal, guru bertanya kepada murid tentang huruf apakah yang mereka
lihat pada kad yang ditunjukkan. Sebaik sahaja murid menyebut huruf tersebut dengan betul,
maka guru akan memberikan seutas tali kepada murid untuk dimasukkan pada lubang yang
tersedia pada papan. Aktiviti ini berfokus kepada proses mengecam bentuk abjad, yang mana
pada akhir peringkat akhir pelaksanaan aktiviti, murid perlu memasukkan tali pada lubang yang
tersedia dengan berpandu kepada arah yang di tunjukkan.
Berdasarkan kepada rajah 8 dan 9, dapat dilihat bahawa murid A dan B tidak mempunyai
masalah untuk melakukan aktiviti Sulam Saya ini. Kedua-dua mereka berjaya memasukkan tali
tersebut mengikut lubang yang disedia dengan arah yang betul. Aktiviti ini juga sedikit sebanyak
dapat membantu murid-murid ini dalam bidang penulisan huruf. Saya turut menguji murid-murid
ini dengan mengarahkan mereka untuk menulis huruf b dengan d di atas kertas kosong
sebagai kayu pengukur terhadap keberkesanan intervensi yang dijalankan. Hasilnya, murid dapat
menulis huruf dengan cara dan arah yang betul.
50

Dapat dilihat bahawa, terdapat peningkatan terhadap penguasaan huruf oleh murid A yang
mana, pada aktiviti sebelum ini iatu Permainan Bongkah. Murid A mengalami masalah untuk
membezakan abjad p dengan q. Namun setelah beberapa peringkat intervensi telah dijalankan,
murid A dilihat semakin cekap dalam membezakan huruf-huruf yang diuji.

Rajah 10
Responden melakukan aktiviti Binggo Pintar
Rajah 10 menunjukkan murid E sedang melakukan aktiviti Binggo Pintar bersama-sama
dengan guru. Aktiviti Binggo Pintar ini lebih memfokus kepada kemahiran murid untuk
mengecam bentuk huruf p dengan q dan b dengan d dengan betul. Dengan
penggabungjalinan bersama teknik Thumbs up, thumbs down, saya yakin bahawa murid
mampu untuk membezakan bentuk dan menyebut bentuk huruf p dengan q dan b dengan
d dengan betul. Konsep penggabungjalinan intervensi dapat dilihat semasa pelaksanaan aktiviti
51

Binggo Pintar. Murid terlebih dahulu melakukan pergerakan Thumbs up, thumbs down
disusuli dengan proses mengecam dan menggariskan huruf pada lembaran yang disediakan.
Bertepatan dengan gambar di atas, aktiviti ini sememangnya mempunyai aras tahap
kesukaran yang agak tinggi. Dapat dilihat bahawa murid E beserta dengan rakan-rakan
responden yang lain mengalami masalah dalam usaha untuk mengecam bentuk huruf dan
mencari padanan yang selari. Terdapat banyak kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa
pelaksanaan aktiviti. Antaranya adalah seperti tersilap warna petak dan seumpamanya.

52

RUJUKAN
Buku
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2010). Pengantar Penyelidikan Tindakan: dalam
Penyelidikan Tindakan. Bangi: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Azizah Lebai Nordin dan Zainun Ishak. (1999). Pendidikan Prasekolah Untuk Guru. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Azizah Nordin. (2004). Pendidikan Awal Kanak-kanak: Teori Dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Azizah Nordin & Zainun Ishak. (2005). Pendidikan Prasekolah Untuk Guru. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: BPPDP, KPM
Chua Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Helen Bee, D. B. (2007). The Developing Child, 8th Edition. Boston: Pearson Education, Inc.
Hidayatul Akmal Hashim, N. M. (2010, Ogos 11). Cara Pemerolehan Bahasa Kedua.
Didapatkan Mac 6, 2011, daripada Retibasa: http://retibasa.blogspot.com/2010/08/carapemerolehan-bahasa-kedua_11.html
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mok S.S. (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan : Perancangan dan pelaksanaan
penyelidikan tindakan. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

53

Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-kanak Edisi Semakan Terkini. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Nani Menon. (2005). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Bentong: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian Secara Portfolio. Serdang:
Penerbit UPM.
Saayah Abu. (2007). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors.

54