1.Definisi morfologi
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al 2008),
morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi
struktur, bentuk dan pergolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan
susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit
bahasa yang bermakna.
Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal
atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Pegolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.Perkataan-
perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan ke dalam
golongan kata yang sama.
Kesimpulannya morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur,
bentuk dan pegolongan kata dalam bahasa Melayu.
1
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
2. Pergolongan kata
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,golongan kata dalam bahasa
Melayu terbahagi kepada empat, iaitu :
a. Kata nama
b. Kata kerja
c. Kata adjektif
d. Kata tugas
2
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Kata nama khas hidup bagi manusia boleh didahului oleh nama panggilan
atau gelaran.Contohnya :
- Datuk Sri Paduka Shaharudin
- Toh Puan Sri Norlini
- Profesor Ismail Abdullah
- Doktor Husna
Penggunaan kata gelaran seperti si dan sang turut boleh digunakan bagi
kata nama am yang sudah diberi pengertian khas.Contohnya :
- si mangsa
- sang pendeta
Kata nama khas hidup bukan manusia boleh menerima kata panggilan atau
gelaran.Contohnya :
- Sang Bedal
- Si Tompok
3
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkatan yang merujuk benda-benda
yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara,
tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang dan lain-lain.Contoh lain
selain daripada yang diberi di atas ialah:
- Sang Saka Merah Putih
- Universiti Malaya
- Iban
- Negeri Perak
- Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- Datin Sri
- Piala Sumbangsih
4
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Merupakan kata nama yang merujuk kepada manusia, iaitu bersifat hidup dan
mendukung makna nama am.Contoh kata nama am hidup bagi manusia :
- ibu
- tentera
- guru besar
- pendidik
- jutawan
b. Kata nama am hidup bukan manusia
Merupakan jenis kata nama yang terdiri daripada perkataan yang merujuk
benda-benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna nama
am.Contoh kata nama am hidup bukan manusia :
- lembu
- unta
- iblis
- jin
- pokok
- itik
c. Kata nama am tak hidup institusi
Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau
institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am.kata
nama institusi boleh dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan
daripada sebelum kata nama institusi tersebut.
Contoh kata nama am tak hidup institusi :
- sekolah
- pertubuhan
- dewan
- balai raya
- kelas
Contoh ayat :
Bantuan dalam bentuk komputer telah diserahkan kepada pertubuhan itu.
5
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi bersifat
konkrit.Kata nama golongan ini lebih merujuk kepada tempat dan dalam ayat
ia didahului oleh kata sendi nama ke dan dari.
Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit :
- lebuh raya
- pekan
- pondok
- danau
- waqaf
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang tidak hidup, bukan
institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang dan boleh disertai dengan
kata bilangan.Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak
berbilang :
- program
- kesedihan
- idea
- senyuman
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
Kata nama jenis ini merujuk kepada benda atau perkara yang bukan jenis
hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya, dan tidak dapat dibilang.
Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang:
- kemesraan
- hawa
- roh
- ketibaan
- kedamaian
6
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Asraf (2007) memberikan definisi kata ganti nama sebagai kata yang
mengambil tempat kata nama sebagai pengganti .Beliau membahagikan kata
ganti nama kepada lima, iaitu :
kata ganti diri
kata ganti Tanya
kata ganti tempat
kata ganti tunjuk
kata ganti tak tentu
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata ganti nama ialah perkataan
yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.Penggolongan
kata ganti nama adalah seperti berikut :
Kata ganti nama
tunjuk umum
Kata ganti nama
tunjuk
tunjuk
Kata ganti nama tunjuk merupakan perkataan yang menjadi pengganti kata
nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk
itu.
7
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Kata ganti nama tunjuk umum adalah kata ganti nama yang menunjuk pada
perkara atau benda.Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum iaitu itu yang
menunjuk pada yang jauh dan ini yang menunjuk pada yang dekat.Manakala
kata ganti nama tunjuk tempat merujuk kepada kata ganti nama yang
menunjukkan tempat yang terdiri daripada sini (menunjuk pada arah dekat),
situ (menunjuk pada arah agak jauh) dan sana (menunjuk pada arah
jauh).
Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk benda atau orang
dalam bentuk tanya.Terdapat tiga kata ganti nama diri Tanya iaitu apa yang
merujuk benda atau perkara, siapa yang merujuk orang dan mana yang
merujuk benda atau orang.
Kata ganti nama diri orang merupakan perkataan yang merujuk diri orang
tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.
Kata ganti nama diri orang pertama adalah seperti saya, aku, beta, patik,
kami dan kita.
Kata ganti nama diri orang kedua adalah seperti anda, saudara, engkau,
awak dan kamu.
Kata ganti nama diri orang ketiga pula ialah ia, dia, beliau, mereka dan nya.
b.Kata Kerja
Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), kata kerja ialah perkataan yang
menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.Frasa kerja terdiri
8
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata
bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan.
Penggolongan kata kerja
Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama, iaitu:
i. kata kerja aktif
ii. kata kerja pasif
9
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
c.Kata adjektif
Kata adjektif ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa
adjektif.Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur
keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.
d.Kata tugas
10
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa
untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat,
berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa atau sebagai kata pascakata.
ii.Kata praklausa
a. Kata seru
b. Kata tanya
c. Kata perintah
d. Kata pembenar
e. Kata pangkal ayat
11
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
d. Kata naïf
e. Kata pemeri
f. Kata sendi nama
g. Kata arah
h. Kata bilangan
i. Kata adverba
iv.Kata paskakata
a. Kata penekan
b. Kata pembeda
12
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
13
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
7. Sepanyol
8. Sevilla
9. Pulau Cebu
10. Filipina
11. Pulau Mactan
12. Melaka
13. Siam
14. Kuala sungai Brunei
15. Brunei
16. Eropah
17. Benua Amerika Selatan
Keseluruhan kata nama khas tak hidup dalam petikan satu merujuk kepada
nama tempat.Hanya satu perkataan sahaja kata nama khas tak hidup yang
merujuk kepada nama bulan dalam kiraan kalendar,iaitu Ogos.
14
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
14. pemerintah
15. pemberontak
Kata nama am hidup manusia yang terkandung dalam petikan satu merujuk
kepada manusia dalam bilangan sedikit dan ramai.
15
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
16
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Di dalam petikan pertama, terdapat kata kerja aktif tak transitif tanpa
pelengkap, iaitu kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau
penyambut.Contoh-contoh adalah seperti berikut:
1. Sultan pula telah berundur meninggalkan kota.
Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap di atas diikuti oleh unsur
keterangan, iaitu berfungsi sebagai memberikan maklumat tambahan.Dalam
ayat di atas, kata kerja berundur telah diikuti unsur keterangan iaitu
meninggalkan kota.
Kata kerja tersebut masih boleh berdiri sendiri jika unsur keterangan itu
digugurkan.
2. Pada tahun 1513, Panglima Awang mengikuti Magellan berpindah ke
Sepanyol.
Dalam ayat di atas, berpindah merupakan kata kerja manakala ke Sepanyol
adalah unsur keterangan.
Dalam petikan pertama ini juga terdapat kata kerja aktif tak transitif
berpelengkap yang menjadikan ayat di dalam petikan ini sempurna.Kata kerja
jenis ini mempunyai pelengkap untuk menyempurnakan maksud
ayat.Pelengkap ialah unsur atau keterangan yang hadir selepas kata kerja tak
transitif untuk menyempurnakan maksud ayat.Contoh kata kerja aktif tak
transitif berpelengkap ialah:
1. Novel yang diterbitkan pada tahun 1958 itu ditulis berdasarkan kisah
benar.
Dalam ayat di atas ditulis merupakan kata kerja tak transitif manakala
berdasarkan kisah benar merupakan pelengkap.
2. Beliau mengetuai satu pasukan pejuang untuk menentang Portugis.
3. Esoknya mereka berjaya membunuh beberapa orang askar Benggali
Putih.
Dalam ayat 2 dan 3,perkataan yang condong itu ialah kata kerja aktif tak
transitif, sementara unsur yang mengikutinya ialah pelengkap.Ayat-ayat akan
menjadi tidak sempurna sekiranya pelengkap digugurkan.Sebagai contoh:
- Beliau mengetuai satu pasukan pejuang untuk menentang.
17
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
18
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
19
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
4. daun
5. batang
6. ulam
7. salad
20
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Dalam petikan kedua juga terdapat kata kerja aktif transitif.Kata kerja ini
mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan
maksudnya.Contoh kata kerja aktif transitif yang terdapat dalam petikan
kedua ialah:
1. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga tiga hingga lima meter serta
mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun.
2. Teknologi memproses pelbagai hasilan roselle juga telah disediakan
oleh MARDI untuk dimanfaatkan oleh usahawan yang berminat.
Dalam ayat-ayat di atas kata kerja mengeluarkan dan memproses merupakan
kata kerja transitif.
21
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Bahagian B: Sintaksis
1. Definisi ayat majmuk berdasarkan buku Tatabahasa Dewan.
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal
atau lebih, dan pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu
sehingga menjadikannya ayat baharu.
Pernyataan di atas menjelaskan bahawa ayat-ayat yang terbentuk hasil
daripada gabungan dua ayat atau lebih, digolongkan sebagai ayat
majmuk.Dua ayat atau lebih ayat yang membentuk ayat majmuk dihubungkan
dengan kata sendi dan kata hubung.
Contoh ayat majmuk adalah seperti berikut:
1. Adik menyanyi sambil menari.
Ayat di atas adalah gabungan daripada ayat:
a. Adik menyanyi
b. Adik menari.
Apabila dua ayat ini dicantumkan, subjek yang sama pada ayat yang kedua
digugurkan dan tidak diulang.Sebagai contoh,perkataan adik pada ayat kedua
tidak diulang apabila kedua-dua ayat itu digabungkan.
Contoh-contoh lain ayat majmuk ialah:
a. Emak sedang memasak manakala ayah mencuci kereta.
b. Aman menangis kerana diganggu oleh abangnya.
c. Din berbaring di atas katil lalu tertidur.
Perkataan yang bergaris merupakan kata yang menghubungkan dua ayat.
Terdapat tiga jenis ayat majmuk yang dikenalpasti,iaitu:
1. Ayat majmuk gabungan
2. Ayat majmuk pancangan
3. Ayat majmuk campuran
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih
yang disatukan dengan kata kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan
sebagainya.manakala ayat majmuk pancangan pula ialah di mana terdapat
satu ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan dan
menjadi sebahagian ayat induk.ayat majmuk campuran pula ialah ayat yang
terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk.
22
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
23
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
24
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
25
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
26
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Bibliografi
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul Hamid
Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr. Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr. Seman Salleh dan Munsyi
Zainal Abidin kasim. (2008). Pembelajaran Morfsintaksis Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
http://www.tutor.com.my/tutor
http://www.ideal.upmedu.my/~ideal/tugasan/bacelor/BBM3202 minggu
o5.ppt.
27
SHAHARUDIN BIN BITAH
SEMESTER SEPTEMBER 2008