Anda di halaman 1dari 7
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA -KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. ‘ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E LEVEL 4 BLOCK £2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel: +603-8884 9302 62604 PUTRAJAYA Fox: +603-8888 6580 MALAYSIA Website: hipiwww.moe.gov.my/ KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.5 (2) OG Februari 2014 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Tuan/Puan, SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 6 TAHUN 2014 GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN GURU PEMULIHAN KHAS LINUS. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di.atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan perjawatan Guru Pemulihan Khas LINUS secara pindah butiran ke Jabatan Pendidikan Negeri. Guru-guru tersebut ditempatkan di bawah aktiviti Pejabat Pendidikan Daerah bagi melaksanakan program LINUS di sekolah-sekolah. 3. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia _ telah menyediakan satu garis panduan yang bertujuan memastikan segala urusan berkaitan perkhidmatan Guru Pemulihan Khas LINUS dapat dilaksanakan dengan teratur, seragam, cekap dan berkesan. Bersama-sama ini disertakan garis panduan yang dimaksudkan untuk perhatian dan tindakan YBhg. Datuk/Tuan/Puan. 4. Kerjasama Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan dimohon mengambil tindakan sewajamnya dan memaklumkan kandungan surat siaran_ ini: kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, TO” HAJ! wi TUMIN Timbalan Ketua Perfgarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia s.k; 1. Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Pendidikan Malaysia 2. Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Pendidikan Malaysia 11 3. Setiausaha Sulit Kanan Kepada Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia | 4. Setiausaha Sulit Kanan Kepada Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia II 5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 8, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 9. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) 10. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) 141, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 12. Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia 13.Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia 14, Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia 15. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN GURU PEMULIHAN KHAS LINUS TUJUAN 41. Garis panduan ini bertujuan memastikan segala urusan perkhidmatan Guru Pemulihan Khas LINUS dapat dilaksanakan dengan teratur, seragam, cekap dan berkesan. LATAR BELAKANG 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan 1100 perjawatan Guru Pemulihan Khas LINUS secara pindah butiran ke Jabatan Pendidikan Negeri. Jabatan Pendidikan Negeri diaran menempatkan Guru-Guru Pemulihan Khas tersebut di bawah aktiviti Pejabat Pendidikan Daerah bagi melaksanakan program LINUS di sekolah-sekolah. DEFINISI 3. Dalam garis panduan ini; 3.1 3.2 3.3 3.4 36 “Kementerian Pendidikan Malaysia” bermaksud Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah-sekolah di bawah KPM; “Ketua Jabatan” bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah agensi di peringkat ibu pejabat iaitu termasuk Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah Pelajaran, Ketua Perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai Ketua Jabatan; “Sekolah” bermaksud institusi yang berfungsi sebagai pusat pendidikan di bawah pentadbiran KPM; “Calon” bermaksud seorang warganegara yang dilantik sebagai Guru Pemulihan Khas; “Guru Pemulihan Khas LINUS” bermaksud individu yang dilantik untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khusus bagi murid yang lemah dalam penguasaan pembelajaran literasi dan numerasi di kelas pemulihan, STANDARD OPERATING PROSEDURE (SOP) PERKHIDMATAN GURU PEMULIHAN KHAS. 4, ‘SOP bagi perkhidmatan Guru Pemulihan Khas LINUS adalah seperti berikut: 44 42 43 Guru Pemulihan Khas LINUS yang dilantik dikehendaki merujuk kepada perkara-perkara berikut; 414 41.2 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menentukan agihan waran perjawatan yang diluluskan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Surat Pelantikan sebagai Guru Pemulihan Khas LINUS dikeluarkan oleh Pengarah JPN atau mana-mana pegawai yang bertanggungjawab bagi pihak Pengarah Pendidikan Negeri Urusan Penempatan Guru Pemulihan Khas LINUS 4.2.41 42.2 4.2.3 Penempatan Guru Pemulihan Khas LINUS di sekolah adalah secara pentadbiran berdasarkan keperluan opsyen yang ditentukan oleh PPD. Guru Pemutihan Khas LINUS mesti ditempatkan di sesebuah sekolah berdasarkan kepada keperluan murid pemulihan (Tahun 1 hingga Tahun 6). Keutamaan penempatan / pelantikan Guru Pemulihan Khas LINUS adalah kepada sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan murid pemulihan yang ramai (tahun 1 hingga tahun 6). Surat penempatan/ pelantikan perlu. menyatakan _maklumat perkhidmatan seperti gaji, elaun, cut, pertukaran/ penempatan, Buku Rekod Perkhidmatan, Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Urusan Perkhidmatan Guru Pemulihan Khas LINUS: 43.4 43.2 43.3 43.4 Pembayaran emolumen dan elaun adalah di bawah tanggungjawab PPD. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Guru Pemulihan Khas LINUS akan dinilai oleh Guru Besar (Ketua Jabatan) di sekolah di mana guru berkenaan bertugas. Kelayakan cuti Guru Pemulihan Khas LINUS adalah seperti guru di sekolah, iaitu Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 7 hari setahun. Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) Guru Pemulihan Khas LINUS- di simpan di PPD tetapi dikemaskini oleh pihak_sekolah. 2 43.5 Waktu bertugas Guru Pemulihan Khas LINUS adalah mengikut jadual waktu yang disediakan pihak sekolah. (rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas). 4.4 Urusan Pertukaran Guru Pemulihan Khas LINUS 444 442 4.4.3 444 445 Guru Pemulihan Khas LINUS yang ingin bertukar : () Perlu mengisi borang secara manual. yang boleh dimuat turun dari laman web KPM sistem pertukaran guru atas talian e-Gtukar. (li) Permohonan pertukaran hendaklah dihantar ke Unit Perkhidmatan di PPD / JPN mengikut peringkat permohonan (pertukaran dalam negeri / antara negerr). (il) Unit Perkhidmatan di PPD / JPN perlu bertanggung jawab untuk memanjangkan permohonan tersebut kepada Unit Pengurusan Sekolah (PPD / JPN) untuk dipertimbangkan semasa mesyuarat pertukaran. (iv) Permohonan tersebut akan diselaraskan bersama_ proses Permohonan Pertukaran Guru Antara Daerah / Negeri / Bahagian (e-GTukar on-line) Permohonan pertukaran Guru Pemulihan Khas LINUS tersebut mestilah mendapat pengesahan Guru Besar sekolah di mana guru berkenaan bertugas. Pertukaran Guru Pemulihan Khas LINUS adalah secara “back to back” dalam kumpulan guru opsyen pemulihan, dan boleh dibuat ‘secara terbuka antara guru pemulihan biasa. Guru Pemulihan Khas LINUS boleh memohon untuk meletakkan jawatan Guru Pemulihan Khas LINUS dan kembali_ bertugas sebagai Guru Pemulihan dengan syarat_ada_pengganti. Namun demikian PPD perlu menggantikan kekosongan Guru Pemutihan Khas LINUS dengan guru yang bersesuaian (beropsyen Pemulihan, Matematik dan Bahasa Malaysia). Syarat dan kriteria pertukaran Guru Pemulihan Khas LINUS adalah seperti berikut (i) Terdapat keperluan dan kekosongan jawatan di tempat yang dimohon. (i) Berkhidmat sekurang-kurangnya 4 tahun di bawah perjawatan PPD sebagai Guru Pemulihan Khas LINUS 3 (iii) Guru Pemulihan Khas LINUS tidak dibenarkan berpindah dari sesebuah sekolah sekiranya masih terdapat murid pemulihan di sekolah berkenaan (murid Tahun 1 hingga Tahun 6). (jv) Guru Pemulihan Khas LINUS tidak dibenarkan berpindah sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari sesebuah sekolah. Ini berfujuan membolehkan guru besar membuat penilaian prestasi (LNPT) guru berkenaan. 45 Bidang Kuasa/ Agihan Tugas (PPD-Sekolah-Guru Pemulihan Khas LINUS) Perjawatan Penempatan Gaji & Elaun Permohonan pertukaran Buku Rekod Perkhidmatan (disimpan oleh PPD) Kenaikan Pangkat ‘Anugerah Perkhidmatan ‘Cemerlang (APC) Persaraan + LNPT + Cuti (CRKINCICuti Belajar) + Jadual bertugasimengajar + Buku Rekod Perkhidmatan (dikemaskini oleh pihak sekolah) + Coaching & Mentoring + BRMIS Bll) PENUTUP 5. SOP Perkhidmatan Guru Pemulihan Khas ini adalah berdasarkan surat pekeliling perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa. Semua terma dan syarat yang telah dinyatakan juga tertakluk kepada keperluan semasa Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia Februari 2014

Anda mungkin juga menyukai