Anda di halaman 1dari 16

DASAR KURIKULUM SK ORAN

SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN


02500 MATA AYER,
PERLIS.
VISI
Melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam semua bidang pendidikan untuk
mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjelang tahun 2015
Misi
Untuk merealisasikan Visi, Kami warga Sekolah Kebangsaan Oran
memastikan Misi berikut dilaksankan dengan jayanya:
1.Memimpin, mengurus dan menyadbir sekolah dengan efikasi,
telus dan tulus
2.Meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan
PdP yang
berkesan.
3. Meningkatkan kecemerlangan Sahsiah melalui program bina
insan yang efisen
dan efektif.
4. Meningkatkan kecemerlangan Kokurikulum melalui
pendekatan yang inovatif

Moto
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Slogan
Sederap Langkah, Sehala Arah

SK ORAN

DASAR KURIKULUM SK ORAN

DASAR KURIKULUM SEKOLAH


1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah bidang utama atau core business bagi setiap guru dan muridmurid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan
pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus
perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.Sekolah Kebangsaan Tasek
Dermawan adalah antara sekolah harapan dan pernah tersenarai antara 10 buah
sekolah terbaik dalam Daerah Kinta Utara bagi keputusan Peperiksaan UPSR.
Menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang,suatu
bentuk program yang terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan
kebolehan antara pelajar untuk menghasilkan impak yang maksima.Seterusnya
menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan pelajar,bagi mencapai arah tuju
pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1: Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2: Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3: Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri.
3.0 DASAR
3.1: Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi
semua aspek pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk
membantu perkembangan potensi diri dalam diri pelajar dari aspek
jasmani,rohani,mantel dan
emosi .
3.2: Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana
sistem dan dasar
pendidikan kebangsaan.
3.3: Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.4: Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan
kurikulum semasa.
3.5: Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna
sekiranya program
akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik
mestilah diberikan

SK ORAN

DASAR KURIKULUM SK ORAN


keutamaan.
4.0 MESYUARAT
4.1: Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat ( 4 )
kali setahun mengikut
standard piawaian jabatan pelajaran bagi membincangkan pengurusan dan
pelaksanaan,masalah
dan isu kurikulum di sekolah.
4.2: Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di
dalam Buku
Pengurusan Kualiti Jabatan Pelajaran Perak atau PKPA 2/1991.
4.3: Mesyuarat Panitia Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit
mesyuarat mestilah
disediakan dalam tempoh seminggu.
4.3: Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 3 hari sebelum
tarikh mesyuarat.
4.4: Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum
mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam Mesyuarat
Panitia dan
maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha
Jawatankuasa.
4.5: Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak
terhadap pelaksanaan
kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Pihak Pentadbiran Sekolah beserta
Ketua-ketua Panitia
dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
5.1: Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling
Iktisas Bil 4 / 1986 .
5.2: Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam ,
motivasi dan bakat adalah
berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu
semua panitia mata
pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling
bekerjasama, saling
membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki
kecekapan dan
keberkesanan pengajaran.
5.3: Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada
TOV dan ETR dalam
pengurusan prestasi mata pelajaran.
5.4: Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategistrategi pengajaran
yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para
pelajar untuk belajar
dengan lebih baik.
5.5: Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas
mesyuarat kurikulum
SK ORAN

DASAR KURIKULUM SK ORAN


dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir sebagai penasihat.
Satu salinan minit
mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Guru Besar melalui
Setiausaha Kurikulum.
5.8: Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit
atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan panitia
sambil diselia oleh
ketua panitia.
6.0 SISTEM FAIL
6.1: Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
6.2: Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi
putih).
6.3: Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas
mestilah di bawah
pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran sekolah.
7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
7.1: Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) - Sepuluh ( 10 ) Mata Pelajaran.
7.2: Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) -Tiga belas ( 14 ) Mata Pelajaran.
8.0. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
8.1: Sukatan Pelajaran ( SP ),Huraian Sukatan Pelajaran ( HSP ),Rancangan Pelajaran
Tahunan ( RPT ) dan
Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) adalah dokumen rasmi kurikulum dan
mestilah sentiasa dirujuk
oleh setiap guru apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
8.2: Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia hendaklah
diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.
8.3: Satu salinan SP,HSP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia.
8.4: Guru mestilah dapat menghayati ,mengenalpasti dan boleh menterjemahkan
objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan
juga mempraktikkannya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,dengan itu setiap
guru harus mahir
tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata-mata pelajaran yang
diajar.
8.5: Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar
oleh guru yang telah
disahkan oleh Guru Besar mestilah dilampirkan bersama di dalam Buku
Rekod Mengajar .
8.6: Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar
hendaklah mengikut
format yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia bagi mata pelajaran
masing-masing atau
paling minimina mengikut pekeliling yang ditetapkan.
SK ORAN

DASAR KURIKULUM SK ORAN


8.7: Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam
Buku Rekod Mengajar
sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran. Oleh itu, Buku Rekod
Mengajar mestilah
lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap waktu pengajaran.
8.8: Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk
menilai tahap
pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan
penambahbaikan pada
masa hadapan.
8.9: Buku Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah
setiap hari Jumaat
persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan disahkan.
8.10: Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali
masuk ke kelas.
8.11: Setiap guru mestilah menghabiskan Sukatan Pelajaran sebelum bulan Oktober
setiap tahun.
8.12: Pendidikan Bestari Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada student
centered /
berpusatkan murid dan menggunakan ABM serta kemudahan ICT yang
disediakan. Kualiti
pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan guru juga harus menguasai
kaedah-kaedah
terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui aktiviti
perkembangan staf.
9.0. JADUAL WAKTU
9.1: Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.
9.2: Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah
dengan
persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.

9.3: Dasar pengagihan mata pelajaran ,keutamaan diberikan kepada guru


opsyen dan
kepakaran guru.

9.4: Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil.
9.5: Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu
9.6: Kelas Komputer untuk mata pelajaran teras diwujudkan setiap minggu dan
jadual penggunaan
makmal komputer turut disediakan.
9.7: Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan
bercuti rehat ataupun
menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Guru
Ganti . Guru yang
bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh
pelajar semasa
Jadual Waktu Ganti tersebut .Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan
dijalankan oleh guru ganti
yang terpilih.

SK ORAN

DASAR KURIKULUM SK ORAN


9.8: Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan
oleh Pihak Pentadbiran
Sekolah.
9.9: Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru
pengawas Bilik-bilik Khas
tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap.Satu salinan jadual
mestilah diserahkankan
kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru mata pelajaran terlibat. BilikBilik khas yang
terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber,
Makmal
Komputer,Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup,Surau, Bilik J-Qaf,Bilik
Seni ,Bilik APD dan Pusat
Akses.
9.10: Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses
pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar
dalam meningkatkan
ketrampilan dan potensi diri murid-murid. Oleh itu matlamat perancangan
strategik pusat sumber
oleh Guru Penyelaras Media mestilah mempunyai tujuhala ke arah tersebut
dan semua guru
penolong kanan beserta ketua - ketua panitia adalah tertakluk kepada
perancangan tersebut dan
perlu memainkan peranan masing-masing dengan baik.
10 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
10.1: Program PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2016.Justeru,Pengajaran dan
Pembelajaran bagi
mata pelajaran Sains dan Matematik boleh dilaksanakan menggunakan dwi
bahasa , Bahasa
Inggeris atau Bahasa Melayu.
10.2: Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan
berkualiti selaras dengan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT).
10.3: Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang
berkemahiran dalam ICT.
Oleh itu penggunaan peralatan ICT adalah amat digalakkan dan menjadi
keutamaan di dalam
menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan
bantuan Bahan Bantu
Mengajar yang lain.
10.4: Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris selaras
dengan dasar baru Kementerian Pelajaran iaitu MBMMBI iaitu Memartabatkan
Bahasa Melayu dan
Memantapkan Bahasa Inggeris.
10.4: Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam
proses pengajaran dan
SK ORAN

DASAR KURIKULUM SK ORAN


pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru,seterusnya meningkatkan
ketrampilan murid
dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan
awam . Ini adalah
kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang
berkualiti .
10.5: Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru
mata pelajaran ,
pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan
penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan
pelajar di dalam kelas .
10.6: Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah
menggabungkan pelbagai kaedah
dan kemahiran berdasarkan aras kebolehan murid. Oleh itu setiap orang guru
mestilah berusaha
meningkatkan ketrampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran
di atas secara
berterusan.
10.7: Guru matapelajaran dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi
pencapaian mata
pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan
berusaha membuat
tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan
Headcount Mata
pelajaran mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .
10.8: Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan
pembelajaran di luar
bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan.
10.9: Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan
budaya membaca,
belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan
budaya cintakan
ilmu.Murid-murid juga digalakkan belajar melalui Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS ).
10.10: Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan- soalan
bercapah ataupun HOTS
Higher Order Thinking Skills Questions.
11.0 GURU GANTI
11.1: Mana-mana guru yang berkursus,bercuti sakit atau diluluskan untuk Cuti
Rehat Khas perlu
memaklumkan kepada Guru Besar atau pihak pentadbiran sekolah lebih awal
untul disediakan
guru ganti bagi kelas guru tersebut.
11.2: Guru yang dipanggil berkursus perlu menyediakan bahan pengajaran untuk
kelas yang
ditinggalkan.
SK ORAN

DASAR KURIKULUM SK ORAN


11.3: Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang
telah diarahkan.
12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
12.1: Ujian Pengesanan - 2 kali setahun
12.2: PKSR - 2 kali setahun
12.3: Semua urusan peperiksaan yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti
dalam pendidikan
12.4: Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi
peperiksaan yang ditetapkan di
bawah Akta Pendidikan 1996.
12.5: Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan
pentaksiran berpusat serta
penekanan kepada penilaian formatif.
12.6: Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan
prosedur dan
mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat
sekolah Bil 02/2008
pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilangan
peperiksaan dan ujian
seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tahun,format
peperiksaan,jadual
pengawasan,rekod markah,syarat lulus,jadual spesifikasi ujian,content skill
dan post mortem
peperiksaan menggunakan program yang telah ditetapkan .
12.7: Jawatankuasa Headcount Sekolah dipertanggungjawabkan untuk
menguruskan semua data yang
berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji take off value dan
meletakkan ETR bagi
peperiksaan awam.
12.8: Format Peperiksaan
12.8.1: Ujian Pengesanan Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.2: PKSR Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.3: Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
12.8.4: Format Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi muridmurid tahap 2 iaitu
tahun 4,5,dan 6 serta tahap 1 iaitu bagi murid-murid tahun 2 dan 3.
12.8.5: Untuk murid tahun 1 peperiksaan dan penilaian adalah berasaskan
Kurikulum Standart Sekolah
Rendah yang baru diperkenalkan.
12.9 Jadual Pengawasan
12.9.1: Ujian diadakan serentak selama 4 hari minggu bagi semua tahun.
12.9.2: Jadual pengawasan disediakan oleh pihak pentadbiran sekolah.
12.9.3: Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam.

SK ORAN

DASAR KURIKULUM SK ORAN


12.10 Rekod Markah
12.10.1: Markah Peperiksaan dimasukkan dalam komputer melalui sistem SAPS.
12.10.2: Laporan prestasi mata pelajaran murid-murid diserahkan kepada ibu bapa
untuk
ditandatangani dan perbincangan tentang prestasi mata pelajaran muridmurid diadakan
semasa Hari Terbuka Sekolah yang dijalankan selepas peperiksaan.
12.11 Gred Pencapaian
12.11.1: Semua murid ( Tahun 1 hingga 6 ) - mengikut keputusan jawatankuasa
Kurikulum dan gred yang
telah ditetapkan iaitu:
80
60
40
20
0

100
79
59
39
19

markah
markah
markah
markah
markah

:
:
:
:
:

Gred
Gred
Gred
Gred
Gred

A
B
C
D
E

12.12 Jadual Spesifikasi Ujian


12.12.1: Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan
JSU mengikut tahap
kesukaran yang logik untuk para pelajar.
12.12.2: JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian
berikutnya.
12.12.3: Bagi soalan objektif,analisis item melalui program SP Chart/ PEDIA mesti
disediakan setiap kali
selepas ujian / peperiksaan.
12.12.4: Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia atau Penolong Kanan
Pentadbiran sebelum
dicetak.
12.13 Post- mortem Untuk Peperiksaan
12.13.1: Post Mortem secara bertulis harus disediakan oleh Ketua Panitia bagi mata
pelajaran masingmasing setiap kali peperiksaan dijalankan.
12.13.2: Kekuatan dan kelemahan soalan mahupun masalah murid-murid hendaklah
dikenal pasti bagi
tujuan pemulihan dan pengukuhan.
12.13.3 Semua guru diminta mengisi borang NKRS+W seperti yang ditetapkan oleh
pihak sekolah dan
diserahkan kepada PK Pentadbiran.
13.0 PEMANTAUAN
13.1: Pengajaran dan Pembelajaran
13.1.1: Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid di bilik darjah akan dicerap dua
kali dalam setahun
secara rasmi.
13.1.2Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk
menyusun jadual
SK ORAN

DASAR KURIKULUM SK ORAN


barisan pentadbir dan ketua-ketua panitia untuk menyelia dan memantau
bagi memastikan
pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah yang telah
dirancang.
13.1.3: Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk
meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan.Oleh itu
adalah penting guru
tidak membuat judgement statement tetapi mestilah membuat
statement berdasarkan
observation supaya penambaikan boleh berlaku.
13.1.4: Pengurusan dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia
dua kali setahun oleh
guru-guru penolong kanan.
13.1.5: Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun
bagi memastikan Dasar
Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.
13.1.6: Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja,buku latihan dan hasil
kerja pelajar
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus
dengan baik oleh pihak
pentadbiran sekolah.
13.1.7: Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan
lengkap pertengahan
dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh
Guru Besar untuk
dimaklumkan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya
diperbincangkan dalam
mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .
13.1.8: Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar / Penolong-penolong Kanan atau
oleh Ketua -ketua
Panitia.Manakala semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.
13.1.9: Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerapuntuk menetapkan tarikh
dan masa yang sesuai
untuk dicerap.
13.2: Pengurusan Panitia
13.2.1: Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru
Kanan Pentadbiran.
13.2.2: Penolong kanan akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun.
13.2.3: Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di pejabat.
13.2.4: Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan
Taktikal,dan Pelan Operasi.
13.2.5: Semua Panitia mesti menentukan sasaran kelulusan peperiksaan setiap
tahun berdasarkan
TOV,ETR dan headcount murid.
13.2.6: Pentadbiran sekolah perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan
PCG secara
berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
SK ORAN

10

DASAR KURIKULUM SK ORAN


13.3 Peperiksaan dan Penilaian
13.3.1: Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Guru
Besar dalam pengurusan
dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
13.3.2: Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti
dalam senarai tugas
tahunan.
13.4 Bilik-bilik Khas
13.4.1: Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
bertanggungjawab berdasarkan
Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
13.4.2: Penyeliaan adalah untuk bilik-bilik seperti berikut :
Bilik Mesyuarat
Bilik APD
Pusat Sumber
Bilik Perkembangan Staf
Stor-stor yang telah dikhaskan
Bilik J-Qaf
Surau
Pusat Akses
Makmal Komputer
Bilik SPBT
Bilik Setiausaha Peperiksaan
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Bengkel Kemahiran Hidup.
Makmal Sains
Bilik Pengawas
Bilik Seni
Bilik PPDa
Bilik Bahan Bantu Mengajar
13.4.3: Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa bilik-bilik
khas ini mestilah
diwujudkan.
13.4.4: Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.
13.5 Jawatankuasa Pemantauan
13.5.1: Guru Besar.
13.5.2: Guru-guru Penolong Kanan.
13.5.3: Ketua Panitia dan Penyelaras yang dilantik
13.6 Penyediaan Buku Latihan Murid
13.6.1: Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali
setahun bagi
memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
13.6.2: Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah
bilangan murid di dalam
setiap kelas yang diajar untuk semakan pihak pentadbiran sekolah.
13.6.3: Semua Penolong Kanan akan menyerahkan buku latihan murid mengikut
kelas yang diajar
SK ORAN

11

DASAR KURIKULUM SK ORAN


kepada Guru Besar untuk semakan.
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
14.1: Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat
Kewangan Sekolah.
Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan
bahan bantu
mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran dengan mengisi borang Nota
Minta.
14.2: Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti
mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3: 5-10% peruntukan untuk tahun semasa perlu direzab untuk pembelian ABM
bagi
kegunaan awal tahun berikutnya.
14.4: Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang
ada.
15.0 BUKU TEKS,BUKU KERJA,BUKU LATIHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
DAN BAHAN BACAAN
15.1: Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh
setiap pelajar dan
guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran.Maklumat
dan pengetahuan
asas dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar.
15.2: Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan
Buku Teks dan
mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 2 Oktober 1991.
15.3: Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh
guru bertanggungjawab
dan dibantu oleh Pengawas SPBT.
15.4: Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains selaras dengan
SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989.Buku Rekod Amali ini mengandungi
halaman yang bergaris
dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data,
maklumat, pemerhatian,
dan kesimpulan apabila pelajar menjalankan kajian atau eksperimen.Halaman
yang kosong boleh
digunakan untuk melukis gambarajah ,graf dan sebagainya.Penggunaan buku
ini dapat
memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi murid dalam
bentuk penulisan .
15.5: Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam
kelas ataupun sebagai
kerja rumah untuk tujuan pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam
bilik darjah.Guru
mata pelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan
disemak mengikut
tempoh yang telah ditetapkan .
SK ORAN

12

DASAR KURIKULUM SK ORAN


15.6: Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan
panitia atau guru
terlibat mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan
mengenalpasti masalah yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku serta mengambil tindakan
susulan.Pelajar yang
melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga
cara yang telah
dibincangkan dalam mesyuarat panitia .
15.7: Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat
panitia.
16.0 LATIHAN MINIMUM
16.1: Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan
proses pengkayaan
dalam topik-topik yang diajar.Oleh itu latihan minimum yang disasarkan
mestilah dilaksanakan
oleh semua murid dan disemak oleh semua guru matapelajaran.
16.2: Jumlah latihan minimum mata pelajaran telah diputuskan dan diterima di
dalam mesyuarat panitia
pertama setiap tahun.
16.3: Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana
dan tinggi mengikut
tahap kebolehan murid-murid.
17.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN
17.1: PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris untuk Program NILAM.
17.2: Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir
digalakkan membawa
murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton
video berkaitan
pelajaran.
17.3: Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru
Bahasa Melayu
untuk tempoh 6 bulan pertama persekolahan dan oleh guru-guru Bahasa
Inggeris untuk 6 bulan
berikutnya.
17.4: Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu
secara bergilir-gilir.
17.5: Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat
dan diserahkan
kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan .
17.6: Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.
18.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
18.1: Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dibuat
SK ORAN

13

DASAR KURIKULUM SK ORAN


berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah perlulah
menyokong
sepenuhnya semua program peningkatan akademik yang berfokus ke arah
kecemerlangan dan
ketrampilan diri serta sahsiah murid.
18.2: Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu
semua panitia dalam
merancang dan melaksanakan program akademik di peringkat sekolah.
18.3: Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid
mengingat dan
menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik mata pelajaran
,menajamkan kemahiran
berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai,dapat
meningkatkan kemahiran
berkomunikasi murid-murid terutamanya melalui penulisan,meningkatkan
penguasaan dan
pemerolehan ilmu pengetahuan,meningkatkan motivasi dan minat muridmurid untuk terus
belajar .
18.4: Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama
adalah program yang
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas dan pada masa
yang sama dapat meningkatkan ketrampilan diri murid-murid.Dilaksanakan
sepanjang tahun
dengan bimbingan guru.Manakala program jangka pendek adalah programprogram yang
dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk
peperiksaan awam
yang lebih berfokus kepada latihtubi,pendedahan teknik dan practice make
perfect juga
practice make permanent .
18.5: Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan
keberkesanan dan
kelancaran Program Kecemerlangan Akademik .
18.6: Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas
cadangan yang relevan
dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada
Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.
18.7: Semua program utama yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
berdasarkan keperluan panitia.
18.8: Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik
yang bertunjang
ke arah kecemerlangan murid.
18.9: Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi yang akan membantu
semua Panitia dalam

SK ORAN

14

DASAR KURIKULUM SK ORAN


merancang dan melaksana program peningkatan akademik.
18.10:Penglibatan HEM dan Unit Bimbingan Kaunseling adalah wajib bagi
penyelarasan dan kelancaran
Program Peningkatan Akademik.
19.0 PERKEMBANGAN STAF
19.1: Kursus Dalaman
19.1.1: Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas
kepada Guru Besar /
Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan
menggunakan format minit curai.
19.1.2: Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan
dan budi bicara
Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan
penganjur kursus.
19.1.3: Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu.
19.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
19.2.1: Dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil. 7 2003. Setiap
kakitangan awam wajib
menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari / 42 jam setahun.Dirancang
mengikut permintaan
guru berdasarkan keperluan.
19.2.2: Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil
untuk mendapatkan
maklumat dan perkongsian pintar.
19.2.3: Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru.
19.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus
19.3.1: Diperbanyak untuk keperluan guru lain berdasarkan keperluan.
19.3.2: Disimpan untuk rujukan panitia.
20.0 KAJIAN TINDAKAN
20.1: Semua Panitia mata pelajaran diwajib membuat satu kajian tindakan setiap
tahun.
20.2: Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan
sekolah.
21.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SERTA PEPERIKSAAN
21.1: Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan.
21.2: Percetakan 100 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat.
21.3: Bahan untuk cetakan 100 helai ke atas hendaklah direzo -Tempoh serahan
mestilah 3 hari
sebelum penggunaannya.
21.4: Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.
21.5 Guru diminta mencatat bahan yang perlu dicetak dalam buku mengikut format
yang disediakan
bagi tujuan kawalan.
SK ORAN

15

DASAR KURIKULUM SK ORAN


22.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
22.1: UPSR - Semua murid lulus setiap mata pelajaran ( Sekurang-kurangnya
dengan pangkat C )
22.2: Sasaran 40 orang murid untuk pencapaian 5A dalam UPSR.
22.3: Peperiksaan Dalaman semua murid lulus setiap mata pelajaran.
23.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
23.1: Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di
peringkat Daerah, Negeri
dan Kebangsaan.
23.2: Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam
pertandingan yang
dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.
24.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
24.1: Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku
keperluan pendidikan
negara .
24.2: Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan
pentadbir melalui
mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

SK ORAN

16

Anda mungkin juga menyukai