Anda di halaman 1dari 37

Dari mana datangnya cinta ……

dari SMS turun ke hati …..

Andai kau dapat melihat hatiku

Andai saja kau dapat membaca fikiranku

Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,

Menghiasi hari-hariku

Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku

Cintailah aku dengan kesungguhanmu

Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I

Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!

Hello..

Aku pencuri…

dan aku di sini nak curi hati kau!!!

U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !

I nak belanja u gula-gula HACKS…..

faham tak ertinya?

H- Hanya

A- Aku

C- Cinta
K- Kau

S -Seorang

Luahan Cinta Ibarat Kentut…..

ditahan sakit….

dilepas malu….

dah keluar..fuhhh! Lega!!!

Jika kau hidup sehingga 100 tahun….

aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau…

Di bawah ini senarai yg aku tak suka ttg kau…

1…..

2……

3…..

4……

Apa nak buat?? Aku suka semuanya ttg kau!

Tekan ke bawah jika kau merinduiku….

Tekan lagi kalau masih rindu…..

Lagi….

Lagi….

Masih tekan lagi???


Nampak sangat rindu…..

Aku juga sedang merinduimu…

Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku

Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang
penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!

Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar
suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!

Aku terasa sesuatu dihatiku…ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu,
bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!

Apakah kasih sayang perlu diucapkan?

Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.

Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu…

Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu.
Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit…bukan cinta
palsu..bukan ada kepentingan….

Ini adalah cinta tanpa syarat….

Aku begitu menyintaimu…..


Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana
harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?

Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu…

Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu.
Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

Cintaku bukan ibarat kertas…..

Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala

dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…..

Jika mencintaimu satu kesalahan…biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat
dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu…

Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan
cintaku padamu….Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku

Aku tak dapat hidup tanpamu…..

kerana kaulah nyawaku……

Jika cinta itu dicukai..aku lah pembayar cukai paling tinggi!

Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku. Mana


mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan
terakhir.

Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,

Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,


Air mata kerana kekasih 1penyesalan,

Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

()” ‘ ‘()

(;

( O) saya kan,

(,(’”)(’”) selalu

ingat kat awak..

tiap2 malam

suara awak

lawak awak

sumer la..

()” ‘ ‘()

( (”)(”) rindunye..!!

()

( (’”)(’”)

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering
kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu
lain yang dibukakan bagi kita.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup
bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk
membetulkan kesilapannya
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita
inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu
bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih
bahagia.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan
seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat
kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat


kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki
satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu
lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu
tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu
melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya
menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus
asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai
kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya
takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang
tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu
memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain
yang lebih menyeronokkan.

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada
bentuk asalnya.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.

Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan
orang-orang di sekelilingmu menangis.

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat
kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan
daripada orang lain.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri
ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil
ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup


menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari


kejahatannya.

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk
diri dan menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu
kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu
menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu
positif terhadap kehidupan.

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk
meredakan api kemarahan dalam diri.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.


Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan
bukti unggulnya perasaan

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda


bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,

dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap


lama dengannya.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H

Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.


Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai
dengan keberanian

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak
terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana
membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak
kebatilan.

Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang
pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu
satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh
menipu semua orang pada masa yang sama

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang
amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan
pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire

Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat
menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih
bertandang, jangan harap ia akan datang kembali

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak
hutang -Anonim

Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta


belum tentu yang mengumpulkannya.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar.

Sesuatu yang benar, belum tentu baik.

Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.

Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan
orang.

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi,
runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang
terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan
membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah
manusia benar-benar terasa

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang
pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada
mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan
sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang
tidak dibela -Napoleon Bonaparte

Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk
meneruskan perjal

anan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.


Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang
manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam
sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,


tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia


seperti pelakunya.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat
menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat
musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna
hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka
memakannya.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita
kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum
pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat
bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus
melepaskannya pergi.
Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri
kamu ini.

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak
dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan
sakit hati di masa lalu.

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan
barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang


besar.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu


mengecewakan agama.

Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati
seseorang kecuali jika lurus lidahnya

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong
Hu Cu

Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang
hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga
anda sendiri hangus kerananya.

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah
ucapannya.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan
hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

Tentang Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang
diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan
tindakannya.

Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya
perlu seribu macam pengorbanan

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali

Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati
kehidupan

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai
rahsianya.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah


banyak lagi berharga

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa
kedana

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J.
Siegel
Setiap bunga mawar pasti ada durinya.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian
berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan
bunga ros berduri kerana harum baunya

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang
yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat
yang baik.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka
hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam
hidupnya.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang
menumpahkan darah.

Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci.
Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-
undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan

Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia
tetap mempunyai sejuta makna
Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar
dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah
menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan
sepenuh hati.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu
membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya.


Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas
kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan
adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk
memberi cita-cita itu bertumbuh.

Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.

Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula


bercakap kosong

Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada
orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana
amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said
Mustafa
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi

Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang
dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

Sebelum memberi nasi

hat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan


perbuatanmu.

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun


seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.

Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.

Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.

Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina

Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah
dan bukan cuba untuk menyelesaikannya

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah
AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis
SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang
pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah
orang itu -Whittier

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai
dengan keberanian

Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut,


tetapi mampu melantun kembali.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-
bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya


sekadar senyuman.

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan
itulah anda

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya


kebijaksanaan atau kemahiran.

~ Flower A. Newhouse

Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang.
Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.

Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia
menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina
di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi


sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi
dengan riak.

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi
kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Seburuk-buruk buta adalah buta hati.


Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam
kaki.

Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.

Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya
usia. ~Richard Brinsley Sheridan

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan


satu kesalahan lagi. ~ Confucius

Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah
tua seperti menulis di air.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.


Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan
pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang
jika ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika
anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir
itu ~Pepatah Arab

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.~ Lao Tze

Awal mula pohon ialah benih.

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula
anda menambah dukanya.

Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu


sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan


hatimu serendah mutiara di lautan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti
ia melihat.

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi
hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan
sepotong pesanan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda
miliki itu kepada teman anda.

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah
menyembah Tuhannya

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana
membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu
muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa.

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~ Samuel Johnson

Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.


Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih
baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang
dirasakan manisnya dalam hati…

Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun


terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup

Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.

Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik,
kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai
hati kita. Teta

pi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati
yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang
boleh membuang segala parut luka emosi

Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan
selalu bersinar buat selamanya.

Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan
itulah yang kita rasai saat ini.
Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang
lainnya.

Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari
tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara

Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.

Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.

Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.

Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,

itu adalah mulia dan terpuji.”

(La Roche)

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari
esok kita masih diberi peluang.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan


diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat
sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. ~ Marcus Aurelius

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ
tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia

Orang yang berkhianat selalu terhina.

Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain
tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~ Emerson

Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang,
melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah
mengukur dalamnya -Stahl P.J

Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan
semalam tidak dijadikan teladan.

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan
iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)

Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit
pun.

Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus
menyapu sama sepertimana

Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare


menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua
yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat
tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan
kerjanya dengan baik sekali.

Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita
ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa
terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan.
Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya

Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu
untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ~ Saidina Ali

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi
belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya
mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang
disuruh.

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah
merancang untuk gagal.

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah
orang itu.. ~Whittier

Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang


menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John
Petitsenn

Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu
cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan

Apakah diharapkan hujan tanpa awan.

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal
supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina
Ali)
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi
pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi
cahaya terang yang bersifat seketika cuma.

Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi
dari nenek moyang (Saidina Ali)

Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.

Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia
yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.

Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan


menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak
berteman..

Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,


dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu

Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan

Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri


Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana
yang dikehendakinya namun

selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa
dia tidak menyukai apa yang

telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada
mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu
miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua
yang kamu dengar.

Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain


menganggapnya sebagai batu lonjatan.

Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut dengan hasilnya.

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat
apa yang orang lain ada.

Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita
berikan padanya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika
berkedudukan tinggi,

memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah
Abdul Malik bin Marwan

Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib
kita suatu waktu dahulu.
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima
juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada
kelebihan.

Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suar

a ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.

Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah
bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu

Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa,
belum tentu hari ini kita akan berada di sini

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan
akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa
yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal
abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang
yang lebih atas daripadanya

dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan
akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana


mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau -Saidina
Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-
bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada
pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna
selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku
dan tidak tahu apa-apa.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan


yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert


Camus

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.


Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering
melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat
yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan
perkara yang betul.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik.

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana
sengaja lupa.

Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah


batinnya.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan
jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke
pelabuhan

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan
malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi


penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu
alasan untuk hidup sengsara

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.

Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang
jahil membuka keaibannya.

Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya
cuba membuat mereka meminati anda

Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak)


sebelum memulakan langkah .Hanya

mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan
sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-


kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan
tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin

Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan
kematian.

Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada


(bekas) kekasih menjadi sahabat.

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah
penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan ~Andre Colin

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak
dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -Soekarno

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
~Hukama

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu
belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh
kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln

Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari
kamu.

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al-Ghazali Bayruni

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -Beng Tju

Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil

Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap
sudut pantai keperluan hidup manusia

Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada
agama? ~ Benjamin Franklin

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran ~ Horatius

Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-
orang yang berakal.

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan ~
Mognon Me Lauhlin

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya
usia. ~Richard Brinsley Sheridan

Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang ~ Pepatah inggeris

Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.

Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ~ Rahmohan Ghandi


Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan

Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut,


tetapi mampu melantun kembali.

Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang


insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang
lain.