Anda di halaman 1dari 56

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


TUGASAN SEMESTER 5
WAJ3121
KOKURIKULUM - OLAHRAGA

NAMA PELAJAR

HOI ZING YIT

ANGKA GILIRAN

2013101340182

NO. MATRIK

IPGKSM : 6761

NO. KAD PENGENALAN 930713-02-5517


KUMPULAN / UNIT

PISMP SEM 4 RBT SJKC

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING EN. SUKRERI @ SYUKRI BIN


MOHAMAD ZIN

SEJARAH
OLAHRAGA

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN


Berlari , melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi
manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai
makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan
diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya dipertandingkan.
Dari masa ke semasa , kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan
yang menarik , sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak
dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olaraga (athletics) yang merangkumi acaraacara berlari , melompat dan melontar . Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga
ini dikenali sebagai olaragawan ( lelaki ) dan olaragawati ( perempuan ).

SEJARAH AWAL
Berdasarkan catatan sejarah ' olahraga' dipercayai bermula lebih kurang
1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno . Ini bermakna , olahraga ini sudah
diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga
merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan
pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya
tamadun manusia.
Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga,
walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan , tetapi lebih
kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports , acara
pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan
Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi . Beliau
melompat sejauh 23 kaki 1 inci.

PERKEMBANGAN AWAL
Olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan
Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun
sekali dan terus berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi . Tetapi ia terus
dimatikan oleh Maharaja Rom, Theodosius.
Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu , manusia
tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari
sebarang pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara
lain meneruskan pertandingan . Ini berlarustan sehingga abad ke 17.
Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di
Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun
kemudian ,kelab olaraga pertama dunia ditubuhkan.Kelab itu ialah The Necton
Guild. Selepas itu semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian
dalam sukan ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olaraga peringkat Universiti telah
ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini
masih wujud hingga sekarang.
Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di
England. Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang
sama olahraga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga
kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club
di England dengan Ireland.
Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan
menggalakkan dari negara itu. Menjelang abad ke -20, ramai ahli olahraga Amerika
Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu
menguasai banyak pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak
diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913,
namun daripada senarai pemenang pada awal abad ke 20 menunjukkan
sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika Syarikat.
Dari tahun ke setahun , sukan olahraga telah benyak berkembang ke
beberapa buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet
bertaraf dunia turut meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-

atlit Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya


daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet
Amerika Syarikat ini.
Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya
dalam sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi
ukuran kepada peserta -peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan
atlet-atlet Amerika Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan
cabaran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini,
peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet
Amerika Syarikat , Eropah, Australia dan New Zealand.
Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan
Asia yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai
masih belum memberansangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu
menyaingi malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah,
khusunya dalam sukan Olimpik.
Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat.
Pelbagai kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan ,
kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan.
Sejak tahun 1926, kejohanan kebangsaan telah diadakan .
Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian
dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa.
Walaupun kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita,
namun di peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel,
kita pernah mencapai kejayaan.
Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi
kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam
kejohanan atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan
atau pesatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik.
Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece
( tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno ), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah
olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga ,

tidak mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik
tidak dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung
dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang yang bertangungjawab untuk
menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik
yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada
jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta
luar. Olaraga merupakan acara yang pertama dipertandingkan .
Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh . Pada Sukan Olimpik yang
diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian
termasuk Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang penting di dalam
sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang
penting di dalam hidup ialah berusaha'.
Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di
Melboune, iaitu di dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat berat dan
renang. Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali
pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah
Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia
terdapat lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut
serta.
Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada
satu pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona
pada tahun 1992. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah
mencatat sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan. Bagaimanapun
semangat Olimpik dan kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada
penyertaan kebanyakan negara, termasuklah Malaysia.
Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas,
iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan
wang berjuta-juta ringgit telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah
penyertaan ahli-ahli sukan profesional ke dalam sukan ini , walaupun mendapat
tentangan , namun telah meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan
yang terlibat.

Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab keatas setiap aktiviti dan


kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olaraga Amatur Antarabangsa
(International Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun
1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu menerusi
persatuan negara msing-masing ini termasuklah negara kita.
Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun
mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet terkenal di
dunia telah digolongkan sebagai olahragawan profesional , maka skop , peranan
dan fungsi badan dunia ini sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satusatunya persekutuan yang mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang
dicapai oleh eseorang atlet.
Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik ,
Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya , terdapat pula badan lain yang
bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya , untuk Sukan Olimpik
terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis
Sukannya sendiri. Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan
pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga
tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan
undang-undang yang berkaitan dengan bidang sukan ini.
Bagi menganjurkan sesuatu perjumpaan olahraga, sebuah jawatankuasa
khas biasanya dibentuk, yang terdiri daripada pelbagai bidang individu. Mereka ini
menguruskan segala perancangan, persediaan, penajaan dan sebagainya. Malah
dalam kejohanan olahraga sekolah pun persediaan yang diadakan melibatkan
kakitangan sekolah serta sebahagian besar murid.
Olahraga Wanita
Sejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku kepada
kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita bukan
sahaja dilarang mengambil bahagian, malahan menonton juga tidak dibenarkan,
termasuklah Sukan Olimpik Kuno yang diwujudkan pada zaman sebelum masihi
lagi. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, kaum wanita telah mengadakan
kejohanan olahraganya sendiri.

Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-tahun
sebelum masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki. Walaupun
semasa olahraga sudah berkembang kekebanyakan negara Eropah, termasuk ke
England, Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu menguruskan
sukan ini untuk kaum wanita.
Menyedari peryertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama dunia,
maka pada tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita
diperingkat dunia iaitu Federation Sportive Feminine International. Tujuan utama
penubuhan ketika itu ialah untuk mencadangkan agar Sukan Olimpik tahun 1924
dibuka untuk kaum wanita. Namun untuk Sukan Olimpik pada tahun itu, Majlis
Olimpik Antarabangsa menolaknya. Dalam Sukan Olimpik tahun 1928, barulah
diadakan acara olahraga untuk wanita. Sejak itu penyertaan peserta-perta wanita
dalam Sukan Olpimpik tidak pernah dilupai.

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga


Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic
Sports.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.
Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama.
Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan
pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga
antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya.
Pada 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya.Nama
kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya.Pada 1940 hingga 1948,
aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.
Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya Amateur
Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.
Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturanperaturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah
diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari
luar negara.
Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada Malaysia
Amateur Athletics Union (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk
Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU
diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

ACARA-ACARA
OLAHRAGA DI
MALAYSIA

ACARA-ACARA OLAHRAGA DI MALAYSIA


Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1.

Acara balapan

2.

Acara-acara padang

Acara Balapan
Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang
ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi
sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan
termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak
sedarhana dan jauh dan berjalan kaki.
Acara balapan ialah :1.

Lari Pecut

a)

100 meter

b)

200 meter

c)

400 meter

2.

Lari berganti-ganti

a)

4 x 100 meter

b)

4 x 200

c)

4 x 400

3.

Lari berpagar

a)

100 meter wanita

b)

110 meter lelaki

c)

400 meter

4.

Steeplechase

a)

3,000 meter

5.

Lari jarak sedarhana dan jauh

a)

800 meter

b)

1,500 meter

c)

3000 meter

d)

5000 meter

e)

10,000 meter

6.

Berjalan kaki

a)

20 km

b)

50 km

Acara-acara Padang
1.

Acara lompatan

2.

Acara balingan

Terdapat dua jenis acara lompatan:


a)

untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah

b)

untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.

1.

Acara Balingan :

a)

lempar cakera

b)

rejam lembing

c)

lempar tukul

d)

lontar peluru.

Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain
yang dipertandingkan dalam temasya olahraga :

a)

Decathlon

b)

Penthathlon

c)

Marathon

d)

Merentas desa

ACARA BALAPAN

ACARA BALAPAN
Pengenalan Acara Lari Pecut
Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagianbahagian anggota badan iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara
olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi
seperti tanaga anaerobic untuk membuat larian sepantas mungkin.
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa
kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan
dengan acara-acara lain. Larian pantas in pula bergantung kepada beberapa faktor
seperti jarak, kelajuan, angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari
yang mengambil bahagian dan mungkin insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan
aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari
dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak
sedemikian.

Sejarah Acara Lari Pecut


Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang
pernah dicatatkan. Pada zaman ollimpik kuno,larian bermula dengan blok permulaan
yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat
daripada ketulan abut marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak
kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetapwalaupun saiz kaki mereka berbeza.
Perkembangan lari pecut pada abad ke-19 terbatas kerana tiada undang-undang
dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat.
Pelbagai cara permulaan digunakan,sehingga menjadi masalah mengenai cara yang
mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk
dijadikan acara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu
larian. Antara permulaan awal ialah pencil start , di mana para atlet berlari 20 meter
pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan pesetujuan dan

tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di australia gaya ini
dikenali sebagai kangaroo start.
Sebelum 1921, kebanyakan pertandunagn hanya untuk lelaki sahaja.
Pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte
Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh
Harald Andersson dari Swisszerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Merlis
Gohr dari German pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang
dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1948. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah
orang pertama yang Berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee
Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia
telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di
bawah 50 saat oleh Irene Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat
pada tahun 1974

Alatan Yang Digunakan


Dalam acara balapan atau larian, tidak banyak alatan yang digunakan. Bagi acara
lari pecut 100 meter, alatan dan kemudahan yang diperlukan adalah
i.

trek larian 100 meter

ii.

blok permulaan

iii.

kasut (spike)

Teknik mula dan lari pecut


Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu berdiri dan gaya
dekam. Kebiasaannya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut.
a. gaya berdiri
i.

persediaan

peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula


sebelum arahan ke garisan diberi.

ii.

ke garisan

pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki


hadapan rapat kepada garisan mula tana menyentuhnya, kaki
belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40sm dan
mengimbang badan.

bengkokkkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki


hadapan

condongkan berat ke hadapan.

kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan


bertentangan dengan kaki hadapan.

iii.

sedia

condongkan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke


hadapan

bengkokkan lutut kaki ke hadapan dan kaki belakang tolak ke


tanah

badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan


pistol ataupun wisel.

iv.

mula

pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan


dengan menolak kaki hadapan.

b. gaya dekam
Berikut adalah langkah-langkah dalam gaya dekam:
i.

daripada kedudukan sedia dalam gaya berdiri, badan di rendahkan


ke bawah.

ii.

melutut dengan kaki belakang.

iii.

kedua-dua tangan menyentuh tanah dan diletakkan seberapa dekat


yang boleh dengan titik atau garis mula

iv.

penyesuaian dibuat mengikut keselasaan masing-masing.

Terdapat 3 gaya dekamyang harus diketahui oleh para pelajar, iaitu:


a) gaya peluru (kedua-dua belah kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung kaki
belakng ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan)
b) gaya sederhana (lutut kaki belakang selari dengan hujung kaki hadapan)
c) gaya panjang (lutut kaki belakang selari denagn bahagian tumit kaki
hadapan)
Kesesuaian dan keberkesanan sesuatu gaya yang digunakan dipengaruhi oleh
faktor-faktor seperti berikut:
bentuk badan peserta (tinggi/rendah)
masa tindak balas peserta
kekuatan kaki
koordinasi yang cekap

Fasa-Fasa Larian
Terdiri daripada 3 fasa:
1. fasa permulaan
2. fasa larian:
a) fasa pecutan

b) fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan


c) fasa larian selekoh
3. fasa penamat

Fasa permulaan terdiri daripada 3 bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan
gaya panjang.
i.

mulakan larian tanpa blok permulaan

gaya peluru

berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak
kaki.

hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki


hadapan.

ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

gaya sederhana

berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak
kaki

lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki


hadapan

ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

gaya panjang

berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak
kaki

lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki


hadapan


ii.

ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

memulakan larian dengan blok permulaan

gaya peluru

blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan.

blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan


blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan

gaya sederhana

letakkan blok pertama dua tapak dari garisan permulaan

blok belakang dua tapak dari bahaguan hadapan blok hadapan

gaya panjang

blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan

blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan

Menggunakan Blok Permulaan


Blok mulaan digunakan adalah bertujuan untuk meghasilkan suatu tolakan yang
lebih berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Cara menyediakan blok
mulaan adalah seperti berikut:
i.

jarak blok mulaan dari garis mula hendaklah memberi


keselesaan, imbangan dan kecekapan mekanikal kepada
penggunanya ketika dalam keadaan sedia.

ii.

jarak di antara bahagian hadapan blok mulaan dengan bahagian


garis mula adalah di antara 30-48sm.

iii.

jarak di antara bahagian belakang blok permulaan dengan


bahagian hadapan blok mulaan adalah bergantung kepada jenis
gaya dekam yang digunakan.

iv.

melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok


mulaan dan jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu.

v.

tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan


untuk memijak bahagian belakang blok mulaan.

vi.

pastikan blok mulaan dipasang dengan ketat dan kuat.

ke garisan
berjalan menuju ke blok mulaan dan berdiri dengan blok itu berada
di bawah kedua-dua belah kaki yang dikangkangkan.
dekan dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke atas blok
letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula. jarak di
anatar kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan
bidang bahu
sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan keselesaan dan
keseimbangan yang maksimum

keadaan sedia
tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu
luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan.
tekan kedua-dua belah kaki dengan ke atas blok mulaan

Berlepas Dari Blok Mulaan


Pada fasa ini, ianya merupakan suatu tindakan ledakan. Semasa ia dilakukan,
kedua-dua belah kaki pelari menolak blok mulaan dengan kuat dan pantas. Tangan
pelari diihayun untuk membantu pelepasan keseluruhan badannya dari blok mulaan
tadi. Bagi memastiakn pelari dapat berlepas dengan pantas dan sempirna, dia
mestilah melakukan pergerakan-pergerakan yang berikut:

bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan


serta merta.

jarak langkah yang pertama dilaukan secara sederhana, tidak


perlu panjang dan tidak terlalu pendek.

Mulaan di bahagian selekoh lorong larian


Sekiranya pelari harus memulakan larian dari bahagian selekoh lorong larian, dia
hendaklah memasang blok mulaan secara bersudut. Cara ini membolehkan pelari
tersebut bergerak dengan lurus ke bahagian dalam lorong lariannya.

Menamatkan Perlumbaan Lari Pecut


Semasa menuju ke garisan penamat, seseorang pelari tidak digalakkan melonpat ke
garisan tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan
kepantasannya. Amalan ini hendaklah ditegaskan oleh guru sepaya murid faham
dengan maksud lari terus melintasi garisan penamat. Biasanya dalam perlumbaan
lari pecut, apabila tiba di agrisan penamat, pelari akan:
mendepakan tangannya ke belakang dan bandannya
digerakkan ke hadapan
memusingkan sebe;ah bahunya ke hadapan pada saat-saat
akhir
menundukkan kepalanya
Tanpa mengira gaya apa yang digunakan ketika sampai di garisan penamat,
kedudukan pelari-pelari akan ditentukan mengikut susunan bahagian tubuh mereka
iaitu bahagian torso yang jelas mencecah alur menegak terdekat garisan penamat.

Pengenalan Lari Berganti-Ganti


Kebanyakan kanak-kanak memang tertarik kepada perlumbaan lari berganti-ganti.
Oleh itu, motivasi atau keinginan mereka untuk mengambil bahagian dalam
pelajaran yang memerlukan mereka lari berganti-ganti tidak akan menjadi masalah.
Peehatian utama guru hendaklah diberi kepada pegajaran pertukaran baton yang
cekap dan pemahaman prinsip-prinsip asas dalam perlumbaan lari berganti-ganti.
Para pelajar hendaklah didedahkan kepada teknik asas memberi dan menerima
baton. Peluang pembelajaran ini akan menambahkan lagi keyakinan dan
keseronokkan mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam latihan olahraga.
Sejarah Olahraga Jenis Lari Berganti-Ganti
Acara olahraga ini berasal dari amerika syarikat. Punca lahirnya acara ini
disebabkan oleh perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekpres) di mana suratsurat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain. Perlumbaan
dimulakan dengan seorang membawa bendera dan menyampaikan kepada pelari
lain yang meneti di hadapan (dimulai di universiti pensylvania, amerika syarikat).
Punca yang kedua ialah mengisahkan permainan pasukan ahli bomba. Ahli bomba
daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas dan menyentuh kereta
bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.
Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan di pertandingkan
dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.
Alatan Yang Digunakan Dalam Acara Lari Berganti-Ganti
Alatan yang digunakan ialah :

i)

Blok permulaan

Blok permulaan digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti. Blok permulaan
akan digunakan oleh pelari pertama. Blok permulaan haruslah boleh disesuaikan
mengikut keselesaan atlit. Cara mengukur blok untuk keselesaan atlit boleh
dilakukan seperti:
a) eletakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki dari garis
permulaan.
b) Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan.
c) Pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki daripada garis
permulaan
ii)

Baton

Baton adalah alat yang paling penting dalam acara lari berganti-ganti. Baton
berbentuk tiub bulat berongga dan permukaan licin diperbuat daripada kayu logam
atau apa jua bahan yang keras sebatang penuh, berukuran tidak lebih daripada
30cm dan tidak kurang daripada 28cm. Ukur lilitnya hendaklah antara 12cm dan
13cm yang beratnya tidak kurang daripada 50g. Ia wajar diwarnakan supaya
senang dilihat ketika dibawa lari. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian.
Penyerahan baton kepada rakan sepasukan dilakukan di dalam zon penukaran
20meter.

*alatan lain yang perlu dalam acara lari berganti-ganti adalah seperti pakaian dan
kasut lari yang sesuai dan menepati peraturan yang telah ditetapkan.

Teknik Pertukaran Baton


Terdapat dua teknik utama yang digunakan semasa penukaran baton iaitu:
a) Pergerakan keatas (upsweep) dan
b) Pergerakan ke bawah (downsweep)

a) Pergerakan ke atas (upsweep)


Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada
penerima baton dengan menghayunkannya dari bawah ke atas.
Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima
baton. Tapak tangan penerima baton menghadap ke bawah
Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang
berbentuk v yang dibentuk ibu jari kelingkingnya.

b)

Pergerak
an ke
bawah
(downsweep)
dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada
penerima baton dengan menghayunkan dari atas ke bawah.
tapak tangan penerima baton menghadap ke atas. apabila baton
dihantar kepadanya, dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas
baton tersebut.

Gaya Penukaran Baton


Semasa penukaran baton, terdapat dua gaya utama yang digunakan iaitu:
a) Gaya selang seli cara pandang
b) Gaya selang seli tanpa pandang
a) Gaya selang seli cara pandang
Gaya ini dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
4x400meter.
Penerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan
pemberian baton kepadanya.

b) Gaya selang seli tanpa pandang


Biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
4x100meter.

Mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa


baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima
baton yang berada di hadapannya akan menghulurkan tangan ke
belakang untuk menerima baton.
Semasa penukaran baton berlaku, penerima baton tidak menoleh
kebelakang. Pembawa baton akan member isyarat supaya penerima
batonyang berada di hadapannya akan menghulurkan tangan ke
belakang untuk menerima baton.

Gaya Persediaan Dalam Penerimaan Baton


Peserta yang sedang menunggu dalam zon pertukaran baton dan bersedia untuk
menerima baton boleh menggunakan dua gaya persediaan yang biasa digunakan
seprti berikut:

a)

Zon Penukaran Baton

b)

Setiap zon penukaran baton adalah sepanjang 20meter dengan adanya satu garisan
pembahagi di tengah-tengahnya. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon
penukaran baton. Penyerahan baton bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari
yang menerima dan selesai apabila baton telah benar-benar berada dalam
genggaman pelari penerima baton. Kebiasaanya, penerima baton akan membuat
satu tandaan (check mark) yang jaraknya lebih kurang 15-18 tapak kaki ke belakang
garisan mula zon penukaran baton. apabila pembawa baton berlari sampai ke
tandaan yang dibuat itu, penerima baton akan terus berlari dam menunggu isyarat
daripada pembawa baton untuk menerima baton dalam zon penukaran baton.

a) Cara memberi baton


Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton. Pelari hendaklah memberi
isyarat kepada penerima baton. Pelari hendaklah menghulurkan baton dengan
tangan yang lurus. Perhatikan gambar rajah di atas, tangan penerima dan letakkan
bahagian hujung baton ke dalam tangan penerima.

b) Cara menerima baton


Penerima haruslah sentiasa berada dalam keadaan sedia. Dia haruslah menoleh
untuk memandang pelari yang membawa baton. Penerima harus menyediakan
tandaan. Dia hendaklah berlepas sebaik sahaja pelari yang membawa baton
melepasi tandaan tersebut. Jangan sesekali menoleh ke belakang semasa berlari
(gaya tanpa pandang). Penerima hendaklah menghulurkan tangan dengan lurus ke

belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang membawa baton.


Penerima haruslah memegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.
c) Semasa dan selepas penukaran baton
Sekiranya baton yang dibawa terjatuh semasa penukaran, pembawa baton yang
berkenaan dikehendaki mengutip baton yang terjatuh itu semula dan
memberikannya kepada pelari yang menunggu. Pemberi baton hendaklah berlari di
tepi penerima baton semasa penukaran baton untuk mengelakkan pertembungan
sesame sendiri. Sbelum dan atau selepas menyerahkan baton, pemberi baton
hendaklah berada dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan tidak
berhalangan supaya tidak menghalang peserta-peserta lain.

4.2.4 Panduan Mengatur Pelari-Pelari (4x100 Meter)

Pelari pertama

permulaan gaya sama dengan permulaan 100 meter. bezanya pelari


membawa baton pada tangan kanan. oleh itu kedudukan bersesuaian
dengan baton.

dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan.lutut berada di


bawah tapak kaki dan tangan dalam keadaan longgar. siku hendaklah
lurus, ibu jari dan jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.

berat badan terletak pada tangan dan kaki hadapan. tangan dibuka luas
untuk menyokong bera badan dan keselesaan kaki.

kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau


diangkat sedikit agar pendangan ditumpu pada jarak antara 3 meter
hingga 5 meter. permulaan menggunakan blok permulaan.

dapat memulakan larian dengan baik

pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang


cekap semasa menerima baton.

berlari sebaik sahaja isyarat pistol dibunyikan oleh pelepas.

berlari pada selekoh pertama (pantas di selekoh)

Pelari kedua

merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus.

cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kirinya.

Pelari ketiga

bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri

lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian
selekoh)

bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan
kanan)

lari di sebelah dalam lorong sendiri.

Pelari keempat

bersedia dalam mula berlari dalam keadaan berdiri.

pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.

tamatkan larian di garisan penamat.

pelari yang penuh keazaman dan tenang

Peraturan-peraturan lari berganti-ganti:1. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia hendaklah
diambil balik oleh atlit yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan
lorongnya untuk mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan
jarak yang patut dihabiskannya dan tidak mengganggu atlit lain.
2. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon penukaran baton. Kadudukan
baton yang akan jadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh. Pertukaran
baton di luar zon penukaran akan megakibatkan pembatalan.
3. Peserta yang sengaja mengganggu peserta lain dengan melintas keluar dari
lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya akan mebgakibatkan
pasukannya dibatalkan.
4. Bantuan dengan mendorong atau cara lain juga akan menyebabkan
pembatalan.

ACARA PADANG

ACARA PADANG
Pengenalan Acara Lontar Peluru
Sebagai acara sukan dalam olahraga yang dipertandingkan dalam kebanyakan
perjumpaan olahraga. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Di peringakat sekolah
diperkenalkan untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Teknik lontaran
yang digunakan diperbaiki dari masa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan
peningkatan dalam lontaran. Begitu juga dengan kaedah lontaran. Begitu juga
dengan kaedah latihan turut ditingkatkan.
Lontar peluru memerlukan atlit yang berbadan besar,tegap dan kuat, tetapi ini
bukanlah syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang atlit.
Pelontar haruslah mengealpasti latihan yang bersistematik di bawah pengawasan
jurulatih khusus untuk acara ini.
Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga.
Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza
mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah
seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya
berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry OBrien.
Sejarah Acara Lontar Peluru
Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan
acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktivit melontar
batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan
Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar
peluru, berdasarkan pertandingan melontarbatu yang mereka lakukan ketika itu.
Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di
kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat
sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah Negara yang
mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap
kegiatan sukan sebagai sangat menarik dan akhirnya menjadi acara olahraga yang
dipertandingkan.

Dari sini bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru
diperbuat daripada besi seberat 16paun. Acara ini telah diterima untuk
dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahu 1896. malah bentuk kawasan lontaran
ini terus digunakan untuk Suka Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Namun begitu
tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru. Akhirnya pada tahun
1950-an seoarang atlit lontar peluru telah menonjol dalam acara ini.
Beliau ialah Perry OBrien dari amerika syarikat telah mencipta teknik lontaran baru
yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.
Alatan Yang Digunakan
Peralatan yang digunakan dalam acara ini adalah terdiri daripada peluru besi yang
mempunyai saiz dan berat tertentu bergantung kepada penyertaan atlit lelaki atau
wanita peringkat kelas bagi peserta sekolah menegah dan rendah.
Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang
sesuai. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau bahan yang kukuh dan
tidak licin.permukaan bulatan mestilah rata dan 14mm-26mm ke bawah pada
bahagian ke atas gelong bulat

Kemahiran asas lontar peluru


1) Pegangan

Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah.

Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru.

Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu.

2) Persedian

Jenis-jenis gaya lontar peluru


Lontar Peluru Gaya Berdiri

Berdiri sisi.

Buka kaki seluas bahu.

Bahu kiri menghadap arah lontaran.

Bengkokkan badan serendah mungkin.

Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.

Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke


hadapan.

Gerakkan siku serta tangan ke atas.

Lepaskan peluru.

Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Lontar Peluru Gaya Parry OBrien

Ada
4

Fasa :1) Fasa persediaan

Bengkokkan badan.

Bengkokkan kaki kanan.

Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.

2) Fasa Gelongsoran

Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak


gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan.

Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah


bahagian atas badan.

Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.

Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.

Bahu menghadap arah lontaran..

3) Fasa Lontaran

Siku kanan diangkat tinggi.

Kaki kiri masih menyentuh bulatan.

Peluru dilepaskan.

4) Fasa Pemulihan

Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.

Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Lontar Peluru Gaya Lontaran Sisi

Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari


garisan tengah bulatan lantaran. Tentukan kedudukan peluru
adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.

Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke


hadapan.

Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.

Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan


peluru keluar.

Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan Lontaran


Teknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat
dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu
kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti
berikut:

Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran.


Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di
belakang.

Angkat kaki kiri sedikit.

Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam


kawasan lontaran.

Pusingkan bahu dan pinggang kea rah lontaran.

Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

Pengenalan Lompat Jauh


Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlit mencuba
mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang ditujui. Acara ini adalah salah satu
acara yang diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan
membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat, atlit mestilah membuat
pelarasan bagi membetulakan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan
kaki. Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat jauh
perlulah menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat
utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan
berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa
gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah uatama pelompat jauh
adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum
melonjak. Di saping itu pelompat jauh haruslah meningkatkan komponen kelajuan,
kekuatan otot dan kuasa ekposif.

Sejarah Acara Lompat Jauh


Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawall tahun 708 sebelim
masihi iaitu dalam sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut,
lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta.
Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada
lompatan yang dibuat kini. Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada
tembikar dan corak-corak lukisan yang dibuat pada zaman itu, lompatan dibuat
secara berkali-kali oleh peserta Sparta, sama ada lompatan dalam bentuk multiple,
double-triple atau quin-triple.
Selain itu, terdapat juga fakta menyatakan bahawa lompat jauh berasal dari sukan
zaman purba di Greece dalam gaya lompat jauh berdiri. Pada masa itu, pelompat
melompat dengan memegang beban yang dinamakan halteres pada kedua belah
tangan. Berat tersebut di antara 0.9kg hingga 4.5kg, dan ia dipercayai dapat
membantu untuk memberi kesan lompatan yang lebih jauh. Ini terbukti dalam tahun
1854, J.Howard yang melompat sejauh 9.02meter sebenarnya mendapat 2.4meter
hasil daripada beban yang digunakan. Pelompat yang melompat dari threshold

(tempat lonjakan) dan mendarat di skemma (tempat mendarat). Pada masa ini
acara lompat jauh ialah lompat jauh berlari.
Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh termasuk
sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu
acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkar
dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari masa ke semasa sehinggalah
kepada bentuk lompatan yang ada sekarang.
Walaupun lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari berbanding
acara-acara lompatan yang lain, tidak bermakna semua orang mampu
melakukannya dengan baik. Teknik lompatan dan peraturannya perlu dipelajari
dengan penuh minat. Ini kerana, sebagai satu acara sukan, ia juga tidak lari
daripada risiko kecederaan.

Gaya Lompatan
Terdapat tiga gaya lompatan iaitu:

Gaya Layar

Gaya Gantung

Gaya Tendang Kayuh

Perbezaan di antara lompatan tersebut adalah gaya kedudukan badan semasa


pelompat berada di peringkat layangan. Tetapi fasa-fasa yang terdapat pada semua
teknik adalah hampir sama.

Fasa Lompat Jauh


Terdapat empat fasa pergerakan iaitu:

Fasa Penujuan lari menuju ke papan lonjak.

Fasa Lonjakan melompat dari papan.

Fasa Layangan badan berada di udara.

Fasa Pendaratan (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan


tempat mendarat.

Fasa penujuan
Fasa ini memerlukan:

Pelompat berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.

Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai


kepantasan maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.

Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat mesti bersedia untuk


melonjak.

Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan sedikit bahagian


badan untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang
dibengkokkan.

Fasa Lonjakan
Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Fasa ini
memerlukan:

Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan


lonjak dengan tepat.

Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan


papan.

Aksi lonjakan ini mengamalkan uruten tumit-hujung kaki.

Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk
membantu lonjakan yang tinggi.

Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendakla dihayun dengan


kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.

Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk


membantu mencapai lonjakan yang tinggi.

Fasa Layangan

Tujuan utama ialah supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk
melambatkan pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:

Gaya Layar pelompat melunjurkan kedua-dua kakinya ke hadapan


dan

badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga ke hujung


kaki.

Gaya Gantung pelmpat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke


atas seolah-olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat ke
belakang.

Gaya Tendang Kayuh pelompat seolah-olah melangkah di udara dan


badannya tegak.

Fasa Pendaratan

Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan


pencapaian jarak.

Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat


(tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan
tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas.

Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus


menuju ke hadapan.

Prinsip Asas Lompat Jauh


Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum.
Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan
yang cukup kuat dan tinggi. Seorang pelompat yang handal mestilah berupaya
berlari dengan pantas, melompat dengan kuat dan mempunyai kelenturan badan
serta daya koordinasi yang baik.

Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa
pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat
bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak lompatannya dapat
ditentukan.
Segala perlakuan oleh pelompat semasa berada di fasa layangan tidak dapat
membantunya memanjangkan masa dia berada di udara. Sebenarnya, gaya bada di
fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat
membuat persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.

Teknik dan Aspek Lompatan


Dalam acara lompat jauh, terdapat empat aspek penting yang harus diberikan
erhatian utama, iaitu kelajuan larian, pelepasan lomptan, lompatan di udara, dan
pendaratan. Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh, tidak kira
samada seseorang itu baru mempelajari acara ini ataupun yang sudah lama
melibatkan diri didalamnya.

Kelajuan larian
Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang
kuat dan mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak begitu
penting dalam acra lompat jauh. Pendapat ini salah kerana tanpa larian deras yang
sesuai, tidak mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian yang tidak sesuai
boleh menyebabkan perkara tersebut:
Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh menganggu lompatan.
Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan yang dibuat.
Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran di papan
pelepasan , yang boleh menyebabkan lompatan batal.
Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Penting juga diketahui bahawa
kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak

yang kuat semasa lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larian mendatar dan
menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting.
Biasanya, larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau jarak 25-40
meter diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, check-mark
dilakukan sebelum membuat lompatan. Check-mark ini dibuat untuk memudahkan
serta memberikan ketepatan antara larian mula dengan papan pelepas.
Tedapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat harus
mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas. Untuk
kelajuan ini, seorang pembantu diperlukan untuk menanda titik yang paling sesuai
dengan langkah yang bakal dibuat. Kaedah kedua ialah mencari konsistensi melalui
larian dari papan pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu melakukan sebanyak larian
sehingga ketepatan diperoleh. Kaedah kedua ini bagaimanapun tidak sesuai
sekiranya tiupan angin terlalu kuat. Ini selanjutnya akan menjejaskan
konsistensilarian yang telah diukur tadi.

Pelepasan Lompatan
Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum
menegak maksimum, Dan seterusnya dalam membuat lompatan dengan baik dan
berkesan. Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang tinggi akan
dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik. Walaupun dianggarkan
bahawa pelompat akan berada selam 0.11 saat sahaja pada tahap ini, ia penting
untuk menentukan daya lompatan yang baik, atau lompatan yang batal.
Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa pakar sukan Amerika Syarikat
menunjukkan bahawa dalam jangka masa pelepasan ini, sebanyak 12% daripada
momentum mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat. Keadaan
pengurangan momentum ini dikenal sebagai sudut hentian. Penghasilan sudut
hentian yang searas dengan corak larian akan dapat mengurangkan kehilangan
momentum apabila berlaku perubahan pergerakan daripada mendatar kepada
menegak. Penghasilan sudut hentian yang sesuai dapat dilakukan melaluiaplikasi
teknik yang baik. Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh
jaguh-jaguh yang terkemuka peringkat antrabangsa, Teknik berikut disarankan,

1. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap


pelepasan lompatan.
2. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari
atas ke bawah, dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlulah
diubah.
3. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan , iaitu dengan
kedua-duanya diangkat ke atas.

Semasa Di Udara
Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil
tempat pada diri pelompat. Daya pergerakan menegak ini bagaimanapun telah
dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal pelepasan.
Selanjutnya, pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan, iaitu oleh daya graviti.
Pusat graviti semasa lompatan di udara adalah pada badan pelompat. Walaupun
wujud rintangan udara, tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti yang ada pada
badan seseorang pelompat. Untuk mengatasi rintangan ini, teknik larian di udara
( running in the air ) dan mengayuh ( hitch-kick) biasanya digunakan untuk
menghasilkan jarak yang maksimum.
Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh seseorang
pelompat jauh semasa berada di udara.
1. Pergerakan belayar ( sailing)
2. Pergerakan mengayuh (hitch-kick atau running in the air )
3. Pergerakan ayunan punggung ( hip-swing )
Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini, Mengayuh atau berlari di udara
adalah yang paling licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara lompat
jauh pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat antarabangsa.

Pendaratan

Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan pencapaian


jarak yang maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahaja mampu menghasilkan
jarak, tetapi dapat mengelakkan gangguan pada momentum, khususnya momentum
menegak. Teknik pendaratan yang dikenal sebagai jack-knifing adalah disarankan
untuk tujuan ini.
Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan
yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik lagi stabil.
Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian
hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat
dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.

Pengenalan
Acara lompat tinggi secara amnya dikuasai oleh atlit-atlit yang bertubuh tinggi
dengan kualiti lonjakan yang baik. Kelajuan memecut tidak dianggap sebagai
sebagai criteria yang penting seperti lompat jauh atau lompat kijang. Akan tetapi ada
juga atlit yang bertubuh rendah tetapi telah mencapai kejayaan kerana kualiti
lonjakan istimewa.

Sejarah Lompat Tinggi


Di mulakan seawall Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara lompat tinggi
ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 meter oleh
peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya gunting.
Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia.
Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F.
Sweeneys Eastern cut-off seperti gaya gunting, tetapi bahagian belakang mendatar
semadsa melompat melepasi palang. Sweeny telah Berjaya mencipta teknik yang
berkesan dan mencipta rekod 6 55/ 8 (1.97 meter) pada tahun 1895.
Seorang lagi warga Amerika, M.F Horine, memajukan dan mencipta teknik yang
lebih efisyen iaitu gaya guling barat. Ia Berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam
tahun 1912 dan gayanya ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan
ini terdapatlah namanya Guling Barat. Gaya ini lebih berkesan daripada gaya timur
atau gaya gunting.

Alatan Untuk Pengajaran


a) Tali
Tali yang biasa digunakan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani sangat berguna
untuk latihan lompat tinggi. Di antara kelebihan ialah:

Ia tidak dapat mencedera atau menyakitkan para pelajar yang


melanggarnya.

Biasanya para pelajar memang suka melompat melepasi tali.

Ketinggiannya mudah diubah untuk disesuaikan dengan pelajar dan


latihan yang mereka lakukan.

Tali amat mudah diperolehi dan dibawa ke tempat latihan. Ini


memudahkan lagi pengendalian pelajaran.

b) Batang rotan dan skitel


Kedua-dua alatan ini boleh juga digunakan dalam usaha memperkenalkan
kemahiran asas melompat tinggi kepada para pelajar.
c) Tilam mendarat
Ia hendaklah mencukupi untuk keselamatan para pelajar. Tilam gimnastik boleh
digunakan semasa pelajaran Pendidikan Jasmani.
d) Tiang dan palang lompat tinggi
Kedua-dua alatan ini boleh digunakan setelah para pelajar dapat menguasai asas
melompat.

Fasa Lompat Tinggi


Semua gaya lompatan boleh dibahagi kepada 4 fasa pergerakan, iaitu
1. Penujuan - larian menghala ke palang.
2. Lonjakan - tindakan kaki untuk menaikkan badan.
3. Layangan - gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas
palang.
4. Pendaratan - sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

Jenis-Jenis Lompat Tinggi


Tujuan seorang pelompat adalah untuk melompat setinggi yang boleh. Walaupun
gaya lompatan tidak penting. Tetapi perkembangan semasa menunjukkan bahawa
atlet yang menggunakan gaya fosbury flop mencapai lebih kejayaan berbanding
dengan atlet yang menggunakan gaya gunting. Rekod lompat tinggi kategori lelaki
dan wanita dipegang oleh atlet yang menggunakan gaya fosbury flop. Gaya lompat
tinggi pada amnya, terdapat lima gaya lompat tinggi iaitu gaya pelana, gaya barat,
gaya timur dan gaya fosbury flop. Gaya gunting diajar sebagai latihan mendorong
sebelum gaya fosbury flop diajar.
Gaya Pelana
Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang
secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah
dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.
a) Penujuan
Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga Sembilan langkah menuju ke
palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan
terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan aki lonjak
dibegkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir
b) Lonjakan
Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak pelompat hendaklah
melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan
disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas
dihayun dengan kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu
dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas
c) Layangan
Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan
hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki
bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala
pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk

membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah


menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.
d) Pendaratan
Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas
Gaya Gunting
a) Penujuan
Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah. Pelompat
menggunakan 7-9 langkah. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari
dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.pelompat yang melonjak
dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.
b) Lonjakan
Pelonjak melonjak dengan kaki luar. Semasa melonjak di depan pinggul dan pinggul
di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.
c) Layangan
Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang. Bahu berhampiran palang
dikekal tinggi dan tidak condong kea rah palang. Kaki lonjak dihayun ke atas.
d) Pendaratan
Pelompat melompat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.

Gambarajah 4.2 Gaya Gunting

Gaya Fosbury Flop


a) Penujuan
Larian dilakukan dengan cepat dan beritma. Guna larian 5-9 langkah terakhir secara
melengkung. Pelompat yang melonjaak dengan kaki kanan berlari dari sebelah
kiri ,memulakan larian dengan kaki kanan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri
akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.
b) Lonjakan
Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang. Kaki di
hadapan badan. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang. Kaki bebas
diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun
ke atas. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan.
c) Layangan
Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan. Kedua-dua belah
tangan di sisi badan. Kedua-dua lutut dibengkokkan. Setelah badan melepasi
palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkat kepala
ke atas.
d) Pendaratan
Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.

Gaya Fosbury Flop

Anda mungkin juga menyukai