Anda di halaman 1dari 6

Contoh Teks Pengerusi Majlis

Hai guys. post kali nie sekadar perkongsian sedikit ilmu. Aku bukannya terer
sangat lam bidang mengandalikan majlis nie.. Tapi, ade laa sikit2 pengalaman tu.
Ni contoh teks pengerusi majlis yang sempat aku handle masa semester satu kat
UiTM Merbok, Kedah.

MALAM INSPIRASI ILMU 2012


KELAB ASASI UNDANG-UNDANG UiTM kEDAH
By : Muhammad Faizuddin bin Hashim

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.
Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah sama-sama kita membaca
umul furqan, Al-Fatihah..
(al-fatihah dibaca)
Amin Ya Rabbal alamin.

Alhamdulillah hirabbil alamin,


wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya iwal mursalin, waala alihi wasohbihi
ajmain..

Megah berarak indah berbalam,


Dipuput bayu ke pohon ara,
Pemanis kata selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang dihormati,

Encik Zulhelmey bin Abdullah @ Abdul Halim,


Ketua Pusat Pengajian Undang-undang UiTM Kedah,

Yang berbahagia,
Cik Shatirah bt Abu Bakar,
Koordinator Asasi Undang-undang UiTM Kedah,

Yang berbahagia,
Mohamad Amirul bin Mohd Adnan Ali,
Presiden Pre Law Club 2012,

Barisan pemimpin-pemimpin Pre Law Club,


Seterusnya, pensyarah-pensyarah,
Serta pelajar-pelajar Asasi Undang-undang sekalian.

Bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnia serta inayah dariNYa,
dapat sama-sama kita berkumpul pada malam ini di Pusat Islam Ashabul Kahfi
UiTM Kedah bagi menjayakan Malam Inspirasi Ilmu Kelab Asasi Undang-undang
bagi tahun 2012.

Hadirin sekalian,
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada sampannya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Bagi meneruskan lagi tentatif majlis kita pada malam ini, dijemput Saudara
Muhammad Fazreen bin Abu Bakar selaku wakil daripada part 1 untuk
menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Waalaikummussalam w.b.t.. (kalau salam diberi)

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara Fazreen atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Memetik kata-kata madah pujangga,
"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan dan
telah ramai kapal yang karam didalamnya.. Andai muatan kita adalah iman,dan
layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup
ini."

Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias di tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput


Saudara Muhammad Amirul bin Mohd Adnan Ali
selaku presiden Pre Law Club untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara Amirul selaku presiden Pre Law
Club atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan,


Encik Zulhelmey bin Abdullah @ Abdul Halim,
Ketua Pusat Pengajian Undang-undang UiTM Kedah, untuk menyampaikan
ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Encik Zulhelmey atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati


daripada pelajar-pelajar kepada pihak Fakulti Undang-undang sebagai tanda
kenang-kenangan.
Untuk itu majlis menjemput Saudara Wan Aidil Anwar bin Wan Azlan selaku wakil
daripada part 1 untuk menyampaikan cenderahati kepada Cik Syatirah.

Seterusnya, majlis menjemput Naib Presiden Pre Law Club, Abdul Azim bin Razak
untuk menyampaikan cenderahati kepada Encik Zulhelmey.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada yang memberi dan yang
menerima.

Saudara,
Menurut Khalifah Abdul Malik bin Marwan,
Semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang mempunyai adab, merendahkan diri
ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya,
membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Hadirin hadirat yang drahmati Allah sekalian,


Sepanjang semester ini, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh pre law club.
Bagi mengimbas kembali semua kenangan tersebut, pihak ahli jawatan kuasa
telah menyediakan satu tayangan video buat tatapan hadirin sekalian.

Untuk itu, majlis diteruskan lagi dengan tayangan video.

Demikian tadi tayangan video yang disediakan oleh jawatankuasa pre law club.

Hadirin sekalian,
Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk itu, saya menjemput


Saudara Mohamad Amirul Hafiz binMohamad Hassan untuk memimpin bacaan
doa.
Fal ya tafadhal masykura.

Syukran jazilan buat Saudara Mohamad Amirul Hafiz atas pimpinan bacaan doa
itu tadi.

Dengan bacaan doa itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada malam ini.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua hamba pohonkan.

Terima kasih sekalung budi,


Daripada kami seikhlas hati.

Dengan ini, pihak majlis memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran,


kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.
Sekian daripada saya, Muhammad Faizuddin bin Hashim,
wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum.