Anda di halaman 1dari 1

Kerangka Karangan - Usaha-usaha untuk Meningkatkan Semangat

Kejiranan
Pendahuluan:
Beri definisi 'jiran - semangat kejiranan semakin luntur - terutamanya di bandar tidak mempedulikan antara satu sama lain - ambil langkah-langkah yang wajar
untuk menyuburkan kembali semangat kejiranan
Isi-isi:

Mengadakan aktiviti gotong - royong - jiran-jiran dapat berkumpul dan


bekerjasama - bersepakat dalam memastikan kebersihan, keindahan dan
keselamatan tempat tinggal - dapat kenal-mengenal antara satu sama lain
- kenal hati budi

Mengadakan majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan sesuatu


perayaan - menguatkan silaturrahim dan memperkukuh semangat
kejiranan dalam kalangan jiran setempat - berpeluang bertanya khabar
dan bergaul mesra dengan lebih dekat - majlis sebegini mampu
mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan
dengan lebih erat lagi

Menganjurkan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan


dalam kalangan masyarakat setempat - jiran-jiran dan ahli keluarga akan
turut serta melibatkan diri dalam aktiviti ini - kemesraan bukan sahaja
terjalin antara orang dewasa, malah kanak-kanak juga - hubungan yang
erat sesama jiran dapat diwujudkan - secara tidak langsung menimbulkan
sifat prihatin dan perasaan ingin membantu antara satu sama lain

Menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti


persatuan dan pertubuhan - contoh: Rukun Tetangga, Pertubuhan Khairat
Kematian - persatuan atau pertubuhan mestilah melibatkan semua
penduduk sebagai ahli - bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli - saling
mengambil berat

Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan


masyarakat - ziarah jiran yang sakit/uzur - mengambil tahu akan masalah
dan kesusahan mereka

Penutup:
Perlu terus memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk - sikap
mementingkan diri sendiri perlulah dihindarkan/dikikis - semangat kejiranan
perlu sentiasa dipelihara - agar masyarakat dan negara aman harmoni.

Anda mungkin juga menyukai