Anda di halaman 1dari 10

3.

2 Keselamatan Dari Terkena Kejutan Elektrik

1. Jangan sentuh ‘live wire’ dengan tangan anda.

a. Jangan pegang/sentuh ‘live wire’ dengan tangan. Gunakan ‘test


pen’ atau ‘multimeter’ untuk memeriksa sama ada talian tersebut
mempunyai tenaga elektrik atau tidak.

b. Plug di dinding mempunyai tiga lubang diatas sekali sebagai bumi


(earth) dan wayar di dalamnya warna hijau. Sebelah kanan
dikenali sebagai hidup (live) yang berwarna coklat dan sebelah
kiri dikenali berkecuali (Neutral) berwarna biru.

Rajah 3.2.1: Menunjukan kedudukan wayar pada plug 3pin

Sekiranya kita menggunakan peralatan seperti Test Pen, hujungnya


hendaklah dimasukkan pada lubang hidup dan hujung jari memegang pangkal
atau penutup test pen tersebut. Sekiranya lampu menyala pada test pen maka
ada aliran elektrik. Jika tidak menyala, pastikan anda telah menghidupkan
plugnya. Ujian juga boleh dilakukan pada lubang hidup dan neutral, hasil
ujian mestilah tidak menyala. Kalau menyala tandanya ada kesilapan
pendawaian.

24
Perlu diingatkan ujian arus elektrik untuk peralatan Test Pen ada
hadnya. Pada setiap peralatan Test Pen ada tertera voltan minima dan
maksima. Selalunya bermula dari 100V sehingga 500V. Jadi lampu hanya
menyala sekiranya voltam tersebut melebihi 100V. Sekiranya kita menguji
talian voltan sebesar 1000V, kita pasti akan terkena kejutan elektrik. Sila lihat
rajah 2 dan 3.

Rajah 3.2.2: Lampu pada Test Pen menyala.

Rajah 3.2.3: Menunjukkan kadar voltan minima dan maksima yang boleh
digunakan.

Sekiranya kita menggunakan peralatan seperti multimeter, tombol


perlu disetkan kepada arus AC sekurang-kurangnya menunjukkan 250V.
palam yang berwarna merah perlu dimasukkan pada lubang hidup dan pakam
berwarna hitam dimasukkan pada lubang neutral. Sekiranya terdapat voltan
yang mengalir, jarum akan menunjukkan sekitar 230V.

25
Rajah 3.2.4: Menggunakan multimeter dengan betul.

Sekiranya kita tersentuh wayar yang hidup, maka tangan kita secara
automatik akan menggenggam wayar tersebut. Ini kerana tindakan refleks
yang membuatkan kita menggenggam wayar tersebut.Tidak ada manusia
normal sengaja menyentuh wayar elektrik hanya semata-mata untuk menguji
samaada talian tersebut berfungsi atau tidak. Kadang-kadang kita terlupa
membawa Test Pen, kita hanya membawa peralatan pemutar skru. Ini
menimbulkan masalah apabila kita perlu menguji plug ditempat yang tiada
peralatan elektrik.

26
2. Buang wayar hidup apabila membantu pesakit yang terkena kejutan
elektrik.

a. Rakan kita terkena renjatan elektrik, JANGAN terus


menyentuhnya kerana kita akan turut terkena. Apa yang perlu kita
lakukan adalah mematikan bekalan kuasa tersebut. Sekiranya
punca bekalan tidak dijumpai, kita boleh menolak wayar atau
peralatan tersebut dengan benda penebat seperti getah, kayu dan
sebagainya.

3. Bila melakukan pemeriksaan terhadap ‘live equipment’ pastikan


plug berada di tempat yang tinggi.

a. Pastikan plug kuasa yang digunakan dipasang di tempat yang


tinggi mudah dicapai dan mudah dilihat oleh pengguna lain
supaya sekiranya berlaku kemalangan mudah sahaja pengguna
lain membantunya. Elakkan membuat plug dicelah-celah atau
dibawah meja.

4. Jangan melakukan pemeriksaan terhadap ‘live equipment’ dalam


keadaan bilik yang tidak selamat.

a. Kadang-kadang kita terpaksa melakukan pemeriksaan pada


peralatan yang perlu dihidupkan bekalan kuasa. Sekiranya ini
berlaku, pastikan bilik yang kita guna adalah selamat. Pastikan
tiada peralatan tajam atau bucu meja dibelakang kita semasa
melakukan pemeriksaan. Sekiranya berlaku kejutan elektrik atau
letupan, kemungkinan kita akan terhumban ke belakang.

b. Oleh itu semasa menghidupkan peralatan seperti komputer, kita


perlu pastikan tidak ada objek dibelakang apabila bencana
berlaku.

27
5. Pastikan sebelah tangan anda berada didalam ppoket seluar semasa
melakukan ujian terhadap ‘live equipment’.

a. Secara amnya, tenaga elektrk akan mengalir mengikut laluan


yang mudah untuk sampai ke bumi. Semasa kita terkena kejutan
elektrik, elektrik tersebut akan mengalir dari tangan dan melalui
jantung dan seterusnya ke kaki. Semasa arus elektri k melalui
jantung kita, ini akan menyebabkan gangguan terhadap organ
jantung dan boleh menyebabkan maut.

6. Gunakan kasut getah.

a. Kasut kulit bukanlah penebat elektrik yang baik. V=IR (Voltan


tidak membunuh, tetapi Current ‘mill’yang membunuh. Elektrik
Statik boleh mencapai 10KV tetapi tidak akan membunuh
pengguna.

b. Adalah lebih baik sekiranya menggunakan kasut yang dikenali


sebagau Safety Shoes. Kasut jenis inidapat menghalang dari
terkena kejutan elektrik.

7. Pastikan diri tidak dibumikan.

a. Sekiranya kita memakai gelang elektrik static yang digunakan


untuk membuang static, pastikan ia ditanggalkan apabila membuat
‘live equipment’.
b. Tenaga arus yang tinggi juga boleh membunuh.

28
Jadual 3.2.5: Diatas menunjukkan kesan apabila arus terkena pada pengguna.

Rajah 3.2.6: Wrist Strap jenis kekal

Rajah 3.2.7: Wrist Strap jenis pakai buang

29
8. Putuskan punca bekalan tenaga elektrik sebelum membuat
pemeriksaan.

a. Matikan suis peralatan- kita sendrir kena pastikan suis dimatikan,


jangan sekali mengharap rakan untuk mematikan. Kita tidak mahu
masing-masing beranggapan suis peralatan dimatikan oleh rakan
kita. Akhirnya suis peralatn tersebut tidak dimatikan

b. Pastikan suis bekalan diplug dimatikan – ini kerana untuk


mengelakkan sebarang bencana sekira suis pada peralatan rosak.
Ada kes tertentu dimana suis peralatan sentiasa dalam keadaan
ON kerana suis tidak berfungsi dengan baik.
c. Cabut plug dari dinding – kita tidak mahu ada diantara rakan kita
tersalah menghidupkan plug..

d. Cabutkan plug pada peralatan – dengan melakukan ini, sekiranya


rakan kita terpasang dan terhidup plug tersebut, peralatn masih
lagi selamat untuk kita melakukan pemeriksaan.

e. Letakkan kabel kuasa yang mudah anda lihat- sekiranya dengan


tidak sengaja rakan kita mengambil plug tersebut kita boleh
berkata lug kita kepunyaan kita.

f. suis peralatan di plug, cabut plug dari dinding, cabut plug pada
peralatan dan letakkan kabel ditempat yang mudah untuk dilihat.

30
9. Berhati- berhati ketika membaiki power supply

a. Kita perlu lebih berhati-hati apabila membuka dan membaiki


bekalan kuasa, ini kerana kapastor masih lagi menyimpan cas dan
boleh memberikan kejutan arus elektrik sekiranya kita tersentuh.

b. Bekalan kuasa untuk unit komputer tidak banyak boleh dibaiki


keran kos untuk membaiki sekitar RM50 dan kos untuk membeli
baru sekitar RM45.

10. Jauhkan diri daripada peralatan yang dibaiki apabila menghidupkan


bekalan kuasa.

a. Sekiranya peralatan tersebut baru dibaikpulih dan kita ingin


mengujinya, pastikan kita berdiri jauh dari peralatan yang
dibaikpulih. Sebab? Kita khuatir sekiranya ada letupan yang
berlaku. Jika terhidu bau hengit, segera mencabut kabel dan
mematikan bekalan kuasa. Tindakan ini serba sedikit dapat
mengurangkan kerosakan peralatan yang lain.

11. Satu habit yang selalu kita buat tanpa kita sedari adalah;

a. Jika kita memasang motherboard baru pada casing, kita akan


melihat di LED dihadapan casing sama ada menyala atau tidak.
Habit ini tidak merbahaya.

b. Selepas itu kita meletakkan tangan dibelakang bekalan kuasa


komputer untuk memastikan sama ada kipas berfungsi atau tidak.
Biasanya kita merasakan dengan hujung jari dimana tapak tangan
mengadap bekalan kuasa. Habit ini merbahaya. Sekiranya berlaku
kejutan elektrik, tangan tangan akan tergenggam dan terus
menyentuh bekalan kuasa tersebut.

31
Rajah 3.2.8 Diatas menunjukkan cara yang betul menyentuh bekalan kuasa.

12. Unit Paparan ( Monitor )

a. Sekiranya kita ingin membuka monitor, sila pastikan kita tidak


menyentuh kapasitor atau belakang tiub monitor. Ini kerana tiub
monitor boleh menyimpan cas selama berbulan-bulan. Monitor
monochrome boleh menyimpan sehingga 10,000 Volt, manakala
monitor berwarna sehingga 35,000 Volt. Kadar ini cukup untuk
membunuh.

b. Kalau hendak juga buka penutup monitor, pastikan kita tidak


menyentuh papan litar. Sekadar memeriksa sama ada fius putus
atau tidak. Kalau putus kita perlu tukar dengan kapasiti arus fius
yang sama. Pemasangan fius yang lebih besar kapasiti akan
menyebabkan fius tidak putus tetapu peralatan mungkin meletup.
Kapasiti fius lebih rendah akan menyebabkan fius tersebut akan
putus apabila bekalan kuasa di hidupkan.

32
13. Berhati-hati dengan peralatan yang bergerak.

a. Sekiranya pembaikan dilakukan terhadap barangan yang bergerak


seperti mesin pencetak, pastikan tali leher, kad nama, rambut dan
barang kemas tidak ditarik oleh peralatan tersebut. Kecederaan
mungkin terjadi sekiranya peralatan tersebut tersangkut pada roller
mesin pencetak.

33

Anda mungkin juga menyukai