Anda di halaman 1dari 8

INTEGRITI GURU, KEBERKESANAN MEMBENTUK JATI DIRI

INTEGRITI GURU
Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat.
Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia
berkait rapat dengan integriti.
Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk
mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru
harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi.
Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok
pendidikan.
Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah
anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa
masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding
perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang
menjadi penentu aras kebolehan pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang
tidak mahu guru membentuk juga sahsiah anak mereka tetapi memandangkan trend
masyarakat yang mementingkan pencapaian dalam peperiksaan maka ibubapa juga
seolah terlupa tentang peluang pembinaan sahsiah yang sewajarnya dididik oleh guru
melalui tingkahlaku mereka sendiri yang menjadi teladan.
Isu-isu teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari ini seperti
tidak memeriksa buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang mencukupi, kertas
soalan yang tidak bermutu, menyemak buku latihan secara sambil lewa, gagal
menghabiskan sukatan pelajaran apabila peperiksaan semakin hampir dan pelbagai
lagi isu teknikal yang berkaitan.
Isu pembentukan sahsiah pula hanya berkisar kepada permasalahan disiplin yang
timbul seperti gejala sosial yang semakin merebak seperti merokok, gangsterisme,
melepak, dadah dan sebagainya. Apabila diajukan persoalan ini maka ianya menjadi
perbincangan sosial dan guru-guru meminta mereka tidak dijadikan penyebab lantas

mengaitkan juga kegagalan ibubapa memikul peranan mendidik sahsiah anak-anak


mereka.
Alasan guru-guru mudah, masa yang terhad di antara guru dan pelajar di samping
tugasan mengajar pelajar yang ramai menyebabkan pembentukan sahsiah pelajar tidak
dapat ditumpukan sepenuhnya. Guru sering berharap agar ibubapa tidak melepaskan
tanggungjawab tersebut kebahu mereka semata-mata tetapi perlu bersama-sama
memikul tugas mengikut masa dan tempat pelajar tersebut berada.
Ibubapa pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru kerana tugasan
mereka yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak mengizinkan mereka mendidik
sahsiah anak-anak tambahan pula mereka tidak mempunyai kemahiran formal
sebagaimana guru yang dilatih untuk membentuk sahsiah pelajar.
Maka, tunding menunding berterusan dari tahun ke tahun tanpa penyelesaian tetapi
kesan yang ketara gejala sosial semakin bertambah parah di kalangan remaja sekolah
dicelah-celah

perselisihan

guru

guru

dan

ibubapa.

Semakin

lama

kita

membicarakannya semakin parah keadaannya.


Pepatah Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari perlulah difahami maksudnya
dan dijadikan peringatan sepanjang masa. Maksud sebenar pepatah tersebut iaitu
sebagai seorang guru perlulah menonjolkan sifat terpuji dalam diri tidak kira di mana
sahaja kita berada samada dihadapan pelajar ataupun dibelakang mereka.
Inilah maksud sebenar pepatah tersebut yang perlu menjadi pegangan guru-guru. Jika
sebelum ini guru-guru merasakan bahawa pepatah tersebut berkait dengan teladan
mereka akan dicontohi oleh pelajar maka hari ini kita perlu merenung lebih jauh lagi
berhubung tindakan kita yang konsisten di mana-mana sahaja.

NILAI PROFESIONAL YANG PERLU DIMILIKI OLEH SEORANG GURU


Sebagai seorang guru yang perlu mematuhi standard guru di bawah domain
nilai, Nilai BITARA boleh dijadikan panduan. Terdapat enam aspek guru yang berkesan
seperti yang digariskan dalam nilai Bitara. Nilai BITARA yang pertama ialah integriti.
INTEGRITI
Nilai Bitara yang pertama untuk menunjukkan ciri-ciri guru yang berkesan dalam
pengajaran ialah integriti. Terdapat empat aspek sebagai aras petunjuk bagi nilai
integriti yang perlu bagi seorang guru untuk meningkatkan pengajaran.
Petunjuk pertama ialah ADIL. Guru mestilah adil dengan diri sendiri menunaikan
tanggungjawap terhadap kelas iaitu mestilah tepat memulakan dan menamatkan kelas
yang telah dijadualkan. Guru tidak menggunakan masa didalam kelasnya untuk
mencuri tulang. Contohnya, menanda buku di dalam kelas, berurusan perniagaan
melalui telefon semasa waktu pengajaran dan pembelajaran, melayari laman web
semasa mengajar dan sebagainya. Guru seharusnya adil dengan diri sendiri dan murid.
Kerana murid berhak mendapat yang terbaik dan guru sepatutnya memberikan yang
terbaik.
Amanah dalam menjalankan tanggungawab guru juga tergandung dalam aspek
integriti. Guru seharusnya amanah dalam mendidik murid-murid, menjaga serta
menyayangi harta sekolah. Dalam konteks amanah dalam pengajaran, guru
seharusnya amanah dalam menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan subjek yang diajar. Dalam pada itu, guru tidak seharusnya hanya
menumpu semasa di dalam kelas. Adakalanya pengajaran dan pembelajaran secara
tidak langsung diluar kelas turut memberikan impak yang positif dalam diri murid-murid.
Disinilah kadangkala timbulnya nilai didikan membentuk akhlak murid-murid.
Guru haruslah telus dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Maksu telus disini ialah bersesuaian dengan skema pembelajaran dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Contohnya pada minggu pertama persekolahan, guru sudah mengajar
topik pertama. Tetapi adakalanya terpaksa berterusan dalam minggu kedua
berdasarkan kepada kemampuan murid untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut.

Sikap

akauntabiliti

perlulah

dipamerkan

dengan

melaksanakan

proses

pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan pengajaran yang telah ditetapkan.


Sebagai contoh dalam pendidikan seni visual, murid-murid diminta melukis bunga
hiasan yang terdapat di kawasan sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran ini
sesuai dilaksanakan di luar kelas. Pengajaran dan penbelajaran kurang berkesan
sekiranya guru melaksanakan di dalam kelas dan hanya menggunakan imaginasi
murid-murid untuk melukis pokok-pokok tersebut. Segala arahan dan peraturan dari
pihak atasan samada guru besar, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri
ataupun Kementerian. Contohnya seperti membuat headcount, ini merupakan
penyelidikan yang dilaksanakan oleh guru untuk menilai tahap murid dan perlu
diserahkan kepada Jabatan dalam masa yang telah ditetapkan. Segala arahan yang
diberi perlulah dilaksanakan dan bertanggungjawab atas tugasan yang diberikan
sepenuhnya. Kegagalan adalah berpunca dari diri sendiri.

INTEGRITI SEORANG GURU......!!!!


Baru-baru ni ada kawan saya balik dari kursus Induksi. Dia dok cerita tentang
INTEGRITI. Kami pakat dengar saja lah. Semangat bukan main dia dok cerita.
Maklumlah orang baru balik induksi. Tak dengar dia kata kami tak integriti pula. Kadangkadang saya senyum saja bila dia dok cerita bab integriti tu. Tak pa la. Setidak-tidaknya
dia dah mula faham tentang integriti.
Sebenarnya, integriti itu apa? Integriti yang pernah saya dengar dalam kursus-kursus
yang saya pernah hadiri, banyak penceramah memberi makna menjurus
kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu yang berteraskan
prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Sebagai
pegawai perkhidmatan awam, seperti kita guru-guru ni dilihat sebagai satu tugas berat,
amanah besar dan memikul tanggungjawab besar untuk melahirkan modal insan yang
diperlukan dalam pembangunan negara. Ia tidak boleh dicuaikan dan bukan digunakan
sebagai landasan untuk mencari kekuasaan, kedudukan dan mementingkan diri sendiri
bukan organisasi, menolak kerja selain dari mengajar di dalam bilik darjah ( kalau dah
jadi cikgu, kita kena fahamlah..bukan saja mengajar di dalam kelas, banyak lagi tugas
yang kita kena buat. Jadi guru kokurikulum la, menganggotai jawatankuasa itu la..ini la,
dan macam-macam lagi..Kalau tidak jangan jadi cikgu...pesan kat anak-anak no!!!) dan
macam-macam lagi lah. Setiap guru mesti bekerja dengan jujur, tekun dan rajin serta
berdedikasi di samping melayan murid-murid dengan penuh berertika dan berhemah.
Pendek cerita, seorang guru itu kena jadi seperti sepohon pokok. Pokok memberi
khidmat dan manfaat kepada semua. Contohnya, :
1. Pokok berbunga dan berbuah - dimanfaatkan oleh manusia dan haiwan
2. Buah yang ranum sedia dimakan oleh manusia dan haiwan serta menaburkan biji
benihnya
3. Unggas, haiwan bertenggek selesa di dahannya yang selamat
4. Akarnya membantu menyimpan air dan hakisan tanah
5. Rimbunan dedaunnya menjadi tempat berteduh
Begitulah pokok. Bertarung dengan angin, sang ribut yang semberono, tetapi angin dan
ribut itu hilang dan kecewa dengan keutuhan pokok (umpama datang godaan, kita
masih tak lut...). Pokok tetap berdiri teguh siang dan malam. Pokok tak pernah
merungut. So, begitu teruk pun kerja kita, kita janganlah merungut. Buatlah kerja itu
dengan ikhlas dan jujur. SIBUK? Semua orang sibuk. Jangan dok anggap kita saja yang
sibuk. Apa yang penting pengurusan masa harian kita. Dah tua? atau dah lama buat
sesuatu kerja yang diberikan? Tak mau buat kerja/tugasan yang diberikan? Lu fikirla
sendiri...(pinjam sat kata-kata Si Nabil Raja Lawak tu..) Selagi tak pencen, selagi
bergelar guru dan selagi kita masih dok makan gaji, makanye kita...kena buat kerja
macam orang lain juga la. Macam guru-guru lain juga, tak kira guru tua (maaf guru
lama) atau guru muda. Sama saja. Kalau "fed-up" jadi guru letak jawatan. Abis cerita.
Tak menyusahkan orang lain.Kita dah matang. Fikirlah...itu adalah kerja buat kita. Kita
yang pilih jadi guru. Jangan salahkan orang lain. Bidang inilah merupakan tapak yang
kita pilih untuk mencari nafkah dan rezeki yang halal buat anak isteri/suami/keluarga
kita. Terimalah hakikatnya....So, janganlah dok merungut dan marilah sama-sama kita

menjadi seorang guru yang BERINTEGRITI. "GURU PEMBINA NEGARA


BANGSA"...SELAMAT HARI GURU!!!!!!!
Dicatat oleh Boss Kemanusiaan di 11:57 PG
*****************************************************************
Dipetik daripada :
http://eyesnews.wordpress.com/2012/04/11/penilaian-integriti-pendidik-berterusanmetro/

Penilaian integriti pendidik berterusan


KUALA LUMPUR: Penilaian tahap integriti guru dan warga pendidik perlu dilaksanakan
dari semasa ke semasa supaya kefahaman serta kesedaran kepentingan nilai mulia
dalam perkhidmatan pendidikan dapat dipertingkatkan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian itu turut akan
membantu Kementerian Pelajaran mengenal pasti aspek yang boleh dilakukan
penambahbaikan.
Usaha ini perlu dilaksanakan untuk menyebar luas maklumat berkaitan amalan dan
budaya integriti warga pendidik supaya tahap kefahaman serta kesedaran mengenai
kepentingannya dapat dipertingkatkan, katanya dalam ucapan perasmian penutup
Pertandingan Pidato Integriti Antara Institut Pendidikan Guru, Piala Menteri Pelajaran
2012, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia
(IIM), Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar
Mahmud dan Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, proses pemantapan integriti

memerlukan pembabitan dan usaha bersungguh-sungguh semua peringkat pengurusan


pendidikan.
Justeru, strategi dan pelan tindakan berfokus diharap dapat dilaksanakan secara
kolektif untuk memastikan tahap integriti warga pendidik sentiasa tinggi.
Saya yakin kerjasama pintar sedia terjalin antara Institut Pendidikan Guru dan IIM
dikembangkan lagi untuk menyemarakkan amalan serta budaya integriti di kalangan
warga pendidik di negara kita, katanya.
Beliau berkata, krisis ekonomi di Barat dan kemunculan kembali pemikiran menekankan
kepentingan amalan nilai moral dan etika dalam masyarakat menjadi peringatan semua
pihak tidak sekali-kali mengabaikan fungsi asas pendidikan.

Jangan pandang ringan soal integriti guru


Warga pendidik digesa supaya tidak melihat isu integriti sebagai sesuatu yang remeh
sebaliknya konsep itu perlu perluaskan dalam amalan seharian terutamanya di sekolah.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek berkata,
dalam usaha melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat dipisahkan
malah saling berkait rapat dalam menjana modal insan yang cemerlang.
Justeru, katanya, konsep itu juga bukan sekadar dilihat dalam aspek pencegahan
penyelewengan dan rasuah semata-mata malah ia meliputi keberkesanan dalam
mendidik dan kebolehupayaan dalam melaksanakan tugas mereka.
Kita ingin melihat bahawa konsep integriti ini bukan hanya dilihat sebagai usaha kita
untuk mencegah rasuah dan sebagainya sebaliknya ia dilihat sebagai satu elemen yang
mampu memberi kesan yang mendalam kepada guru-guru.
Kita yakin dengan pelbagai usaha yang dijalankan oleh semua pihak dengan penuh
integriti, kita mampu melonjakkan tahap pendidikan negara, katanya.
Hassan berkata demikian pada Majlis Penutup Seminar Integriti Warga Pendidik
Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah di Sekolah Menengah Teknik Juasseh
di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pegawai Pelajaran Daerah, Mat Rohani
Kamar.
Hassan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah turut menyerahkan cek tajaan akhbar

Utusan Malaysia bernilai RM10,170 kepada 36 sekolah di daerah ini.


Cek itu kemudiannya diserahkan kepada Eksekutif Pemasaran Zon Tengah 4,
Kumpulan Utusan, Zailani Md. Ali.
Hassan turut menjelaskan, tugas menyemarakkan integriti dalam masyarakat perlu
dipikul oleh semua pihak terutamanya warga pendidik.
Kita mahu melihat supaya sekolah dijadikan sebagai tempat lahirnya golongan
berintegriti hasil didikan guru-guru. Kita yakin sekiranya komitmen ini diberikan usaha
ini akan mencapai matlamatnya, katanya.

Anda mungkin juga menyukai