Anda di halaman 1dari 9

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM KELAS PEMULIHAN

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN


PENDIDIKAN PEMULIHAN.

PENGENALAN.
Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan.
Kecerdasan ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri
dengan alam sekeliling mereka. Pembelajaran memerlukan rangsangan
dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam
sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang
kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan atau pengalaman.
Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahanbahan itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan yang
kemudiannya akan bertindak memperkembangkan kecerdasan dan
pengalaman. Guru-guru disarankan agar dapat menyusun dan merancang
aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik
terutama dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan
pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap
prestasi para pelajar.

DEFINISI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam


membantu guru bagi melincikan dan melancarkan pengajaran dalam
usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah
Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam
pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang
dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan
semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat
menarik minat pelajar untuk belajar.
Kit Pengajaran merupakan satu kaedah inovatif sebagai bahan bantu
mengajar di sekolah. Bahan ini digunakan dan dilaksanakan oleh guru-

guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan


difahami oleh pelajar.
Kit ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi kanakkanak dan mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan
kemahiran yang berbeza.
http://epulidpliukm.blogspot.com/

Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk


membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat,
didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan
sebagainya.
http://rujuknota.blogspot.com/2011/07/definisi-dan-kategori-bahan-bantuhtml

KEPENTINGAN KAJIAN PENGGUNAAN ABM

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Charlie Anak Ungang penggunaan


ABM penting bagi menarik minat pelajar pemulihan. Semua pihak terlibat
dalam mempertingkatkan prestasi murid-murid pemulihan dalam
menguasai kemahiran membaca.
i.

Pelajar

Membantu pelajar agar lebih memahami pelajaran yang diajar serta


menghindarkan mereka dari rasa bosan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Dengan ini, diharapkan dapat mencungkil potensi
individu pelajar dengan pendedahan sumber pengajaran yang pelbagai
bentuk.

ii.

Guru

Menjadi panduan kepada guru-guru di sekolah dalam melaksanakan


proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada kajian ini
membolehkan guru menilai semula pengajaran mereka. Seterusnya akan
meningkatkan lagi mutu pengajaran guru-guru ke tahap yang lebih
membanggakan. Penyelidikan ini juga mampu membantu guru-guru
menggunakan pendekatan pengajaran yang bersesuai dengan kemahiran
yang diajar.

iii.

Pentadbir sekolah

Membantu pihak pentadbir sekolah bagi menyusun teknik pengajaran


guru melalui pemilihan ABM serta menyediakan kemudahan peralatan
mengajar kepada guru agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih berkesan.

iv.

JPN ( Jabatan Pelajaran Negeri)

JPN juga dapat menyediakan dan melengkapkan Pusat Kegiatan Guru


(PKG) di kawasan mereka bagi memudahkan guru-guru mendapatkan dan
meminjamkan ABM bagi kegunaan di sekolah masing-masing.

v.

KPM ( Kementerian Pendidikan Malaysia)

Kajian ini juga dapat membantu KPM dalam mengenalpasti jenis ABM yang
bersesuaian dengan kemahiran terutamanya bagi murid pemulihan.
Dengan ini KPM dapat membekalkan terus ABM ke sekolah-sekolah
tersebut atau melalui JPN seluruh negeri.
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HAYAZIAP050372D
2008TTP.pdf

METODOLOGI KAJIAN,;
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan Alat Bantu Mengajar
dikalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
tiga cara digunakan untuk membuat kajian tahap penggunaan ABM
dikalangan guru dan keberkesanannya dikalangan murid-murid. Kaedah
yang digunakan adalah dengan cara soal selidik 5 orang guru pemulihan
yang sedang mengajar dan mengendalikan program pemulihan, kaedah
temubual dengan pelajar-pelajar dan pemerhatian rekod pengesanan
pencapaian asas bacaan bagi meninjau tahap kemajuan pelajar-pelajar
pemulihan.

KEPENTINGAN ALAT BANTU MENGAJAR


Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65 )
kepentingan ABM bolehlah dirumuskan seperti berikut:i.

ABM menyediakan satu asas yang kuat untuk semua konsep.

ii.

Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar.

iii.

Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.

iv.
Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan
aktiviti sendiri dikalangan pelajar.
v.
Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem
bergerak.
vi.
Boleh membantu pemahaman dan perkembangan
perbendaharaan kata pelajar.
vii.
Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran
lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin (1986) merumuskan kepentingan ABM seperti


berikut:i.

Memberi rangsangan dan minat murid-murid.

ii.
Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan
corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak
diperlukan daripada murid-murid.
iii.
Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan
menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
iv.
Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan
mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih
mendalam dan meragam.
v.
Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan
perkembangan perbendaharaan kata.
vi.
Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan
demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.

JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR


Bahan-bahan bantu mengajar bolehlah dibahagikan kepada 3 kategori
iaitu:1. ABM bukan elektronik iaitu ABM asas seperti papan tulis, buku teks,
papan pamer, buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar,
carta, grafik, model, surat , lukisan, majalah, risalah, nota-nota, kertas
kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasaan, kad cantuman,
boneka, bahan-bahan permainan dan sebagainya.
2. ABM berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem jalur, filem
slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad

audio, lutsinar OHP, tv atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet
dan disket komputer.
3. Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam
semulajadi seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.
http://www.scribd.com/doc/12807608/ Definisi-ABM

PERANAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Daripada hasil dapatan yang dijalankan oleh Charlie Anak Ungang 80%
daripada responden bersetuju dan 20% amat bersetuju, ini bermakna
100% bersetuju bahawa penggunaan ABM membolehkan pelajar
menerima dengan jelas pengajaran guru.

Antara peranan ABM ialah:1. Alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting di dalam
proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Menurut Atan Long
(1982), kesedaran terhadap cara pengajaran dan pembelajaran yang
hanya mementingkan penggunaan kapur, bercakap dan menggunakan
buku-buku teks tidak lagi menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar
keupayaan fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-murid. Adalah
menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar yang
bersesuai untuk memahamkan pembelajaran yang akan diajar nanti.
2. Sabri (2000) menyatakan bahawa terdapat tiga kepentingan alat
bantu mengajar iaitu:i.
Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam
menerangkan isi pengajaran.
ii.
Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran sedang berlaku.
iii.
Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses
pengajaran dan pembelajaran.
3. Menurut Ford Le Roy (1982) guru yang mahir bukan sahaja
merupakan seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi
seorang pelukis yang dapat memahami perbezaan individu. Beliau juga
menyatakan bahawa sesuatu bahan dengan sendirinya tidak akan
menghasilkan sebarang perubahan pembelajaran tetapi kemahiran guru
menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan.

4. Menurut Asri (2000), pengajaran tradisional yang hanya tertumpu


kepada mendengar penjelasan guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak
dapat dijadikan peneguhan supaya lebih cepat memahami dan
mengingati dengan berkesan. Sebaliknya pengajaran yang menggunakan
alat bantu mengajar dapat mengukuhkan pembelajaran kerana pelajar
dapat mengalami apa yang diajar.
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/NURBAIZURAAP03
0318DTTP.pdf

KESAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR


Mengikut analisa yang dijalankan oleh Charlie Anak Ungang seramai 60%
responden bersetuju dan 40% amat bersetuju bahawa penggunaan ABM
menambah minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran asas bacaan
dalam kelas pemulihan. Terdapat dua faktor yang membantu
keberkesanan penggunaan ABM di dalam kelas iaitu faktor dari guru dan
faktor murid sendiri.
i.

Faktor guru

Apa yang telah diketahui umum, kejayaan sesuatu perkara yang berlaku
adalah bergantung kepada faktor wujud secara langsung atau tidak
langsung. Begitu juga dengan kejayaan dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran pelajar di dalam kelas yang diikutinya. Pelajar akan
dianggap berjaya apabila seseorang pelajar dapat memahami apa isi
kandungan yang diajar oleh gurunya semasa di dalam atau diluar kelas.
Maka peranan penggunaan ABM oleh guru di dalam pengajaran amat
penting dalam keberkesanannya terhadap pelajarnya.
ii.

Faktor Murid

Guru tanpa pelajar dan pelajar tanpa guru adalah situasi yang tidak
mungkin wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua
watak adalah perlu wujud di dalam waktu yang sama supaya proses
pengajaran dan pembelajaran akan wujud. Mengikut kajian yang
dijalankan oleh Gould-Marks di dalam buku Zarul Akhmar (1993)
membuktikan apabila alat komunikasi digunakan dengan bijak peratus
pemahaman adalah sebanyak 30 peratus dan ingatan 40 peratus.
Kesimpulannya pelajar harus bijak menggunakan alat komunikasi mereka
seperti pancaindera sebaik mungkin supaya mereka dapat menguasai
pelajaran mereka.
http://eprints.utm.my/11426/1Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu
Mengajar
MASALAH PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR.

Kajian yang dijalankan mendapati bahawa 60% daripada responden


mengatakan bahawa kelengkapan ABM di sekolah tidak lengkap. Keadaan
ini menurut Koh Boh Boon (1987) menjadi tekanan kepada guru pemulihan
yang akan membawa kesan yang negetif kepada pelaksanaan program
pemulihan di sekolah. Penggunaan secara berkesan dan berterusan
sememangnya mendatangkan faedah kepada guru dan murid pemulihan.
Menurut Mok Soon Sang (1995) seseorang guru yang proaktif ialah guru
yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya
mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan serta menitik
beratkan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama
bagi mencapai hasrat itu.
Sesuatu ABM yang hendak dibina mestilah mempunyai ciri-ciri yang
bersesuaian untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka iaitu:a.

Ketahanan

Alat dan bahan yang dibina dan dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar
supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang
panjang atau pun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.
b.

Kos

Bahan yang dibina atau dibeli sesuai dengan kedudukan kewangan


sekolah. Walau bagaimana pun guru-guru perlu ingat bahawa
keberkesanan pengajaran bukan terletak pada mahal atau murahnya
bahan yang digunakan, malahan penggunaan akan lebih bererti jika
bahan-bahan tersebut dibina oleh pelajar sendiri.
c.

Ketepatan maklumat.

Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamakan


maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman,
rancangan radio dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira
dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk
daun, biru untuk langit dan sebagainya.
d.

Mudah alih

Guru juga harus memastikan sama ada alat yang dipilih itu digunakan di
dalam bilik lain atau tidak, atau pun alat tersebut akan diedarkan dari satu
kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama
ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran atau
bahagian tertentu sahaja.
e.

Jangka masa

Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu
akan dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimun
yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang pendek, alat atau bahan yang

mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran


masa.

f.

Strategi pengajaran dan pembelajaran.

Untuk strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus


menyesuaikan alat atau bahan yang dipilih dengan objektif, taraf
pengurusan bahasa pelajar,pengetahuan dan pengalaman, minat pelajar
dan situasi bahasa yang dirancang.
http://qaryfikir.wordpress.com/2008/09/11/kaedah-penyesuaian-bahanbantu-mengajar-buku-teks/

Analisa pencapaian atau prestasi asas bacaan pada awal dan


akhir semester pelajar berbantukan alat bantu mengajar.
Hasil dapatan yang dijalankan oleh charlie Anak Ungang, menunjukan
peningkatan yang amat ketara bagi murid-murid pemulihan menguasai
asas bacaan. Daripada 15 responden yang dijalankan di 5 buah sekolah
kesemua murid-murid tersebut menunjukkan peratus peningkatan yang
tinggi. Paling ketara adalah peningkatan sebanyak 35% dan paling sedikit
sebanyak 7.7%. Mike dari SK St Alban telah menunjukkan satu
peningkatan yang paling ketara setelah mengikuti pembelajaran yang
sistematik dan berbantukan alat bantu mengajar.
Dilihat dari rekod pengesanan pencapaian bacaan pemulihan pada awal
dan akhir semester, menunjukan prestasi yang amat jauh berbeza
berbanding penggunaan alat bantu mengajar. Peratus purata min yang
ditunjukkan pada awal semester ialah 59% berbanding pada akhir
semester meningkat kepada 80%, iaitu peningkatan sebanyak 21%. Ini
jelas membuktikan bahawa penggunaan alat bantu mengajar telah
berjaya mempertingkatkan prestasi penguasaan asas bacaan dalam
kalangan pelajar pemulihan. Ini jelas bertepatan dengan Abdul Rahman
Abdul Rashid (1995) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang
sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas
pemulihan adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan
pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia.

KESIMPULAN
Alat bantu mengajar adalah elemen yang sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan penggunaan
perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk menyampaikan masej
dalam sesuatu pengajaran. Dengan menggunakan alat bantu mengajar
segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat

diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan


sesuatu pengajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan
bervariasi juga dapat mengatasi sikaf pasif dikalangan para pelajar kerana
ia akan menimbulkan minat pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi
dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokkan.
Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap
pelajar, sifat unit yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula
persekitaran yang berbeza, ini akan membuatkan guru mengalami sedikit
kesulitan dalam mengatasi perkata tersebut. Keadaan ini dapat diatasi
dengan penggunaan alat bantu mengajar kerana kemampuannya dalam
memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat tentang
sesuatu konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu pencapaian
pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat bantu
mengajar. Ini kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang
sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat membaiki keputusan
penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian objektif
pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi kandungan pada akhir
proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai