Tanda-tanda
• Kekejangan otot.
• Demam.
• Kerap membuang air besar. Tinja cair dan mungkin disertai
darah, nanah atau mukus.
• Muntah.
• Otot-otot lemah dan badan berasa seram sejuk.
• Hilang selera makan.
Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak muntah atau
cirit-birit berterusan selama lebih enam jam dan keadaan ini tidak
boleh dikawal melalui pemakanan cecair sahaja. Bawa anak berjumpa
doktor dengan segera jika keadaan anak masih tidak pulih dalam
tempoh 24 jam, atau anda mengesyaki anak telah minum racun
serangga atau tumbuh-tumbuhan yang beracun. Bawa racun tersebut
bersama-sama anda.
____________________________________________________________________
_
Keracunan makanan
Definisi
Keracunan merjuk kepada gangguan sistem fizikal badan manusia disebabkan
samada terhidu, tersentuh atau termakan bahan kimia beracun daripada makmal,
bengkel atau berpunca daripada makanan yang dimakan yang tidak bersih atau
mengandungi racun.
Polisi
Bebas daripada insiden keracunan.
Objektif
1. Mencegah daripada berlaku keracunan , dan mengambil tindakan betul jika
berlaku keracunan di sekolah.
2. Sedar bahaya kimia berracun dan berhati-hati setiapkali berada di makmal atau
bengkel.
3. Tahu tindakan yang perlu dibuat jika berlaku keracunan.
Tanggungjawab Pelajar
1. Melaporkan serta-merta kepada guru jika insiden keracunan berlaku.
2. Menyimpan sampel/contoh kimia atau makanan yang dipercayai punca
keracunan.
3. Membaca dan mematuhi peraturan bilik makmal, stor atau bengkel, kantin dan
dewan makan.
4. Membantu menyelematkan pelajar yang mengalami keracunan.
5. Jaga kebersihan diri.
6. Makan makanan yang dimasak dan bersih.
7. Patuhi arahan doktor.
8. Jangan masuk ke bilik makmal, stor, atau bengkel tanpa arahan atau kehadiran
guru.
Tanggungjawab guru
1. Senantiasa mengingatkan pelajar tentang bahaya keracunan.
2. Jangan benarkan pelajar masuk ke makmal, bengkel atau stor tanpa kehadiran
guru terlebih dahulu.
3. Menyediakan peraturan penggunaansetiap bilik makmal, bengkel, stor, atau
dewan makan.
4. Melaporkan kepada pihak pengurusan sekolah jika berlaku insiden keracunan.
5. Menyiasat punca kejadian keracunan.
6. Mengambil sampel kimia atau makanan yang dipercayai punca keracunan.
7. Memberi rawatan awalan kepada mangsa jika perlu.
8. Menghantar pelajar menadapatkan rawatan di hospital jika perlu.
Langkah Pencegahan
1. Setiap Makmal, bengkel stor, kantin, dan dewan makan ada peraturan
keselamatan keracunan dan dipaparkan untuk makluman umum/pengguna.
2. Taklimat tentang bahaya keracunan oleh pegawai Perubatan dari hospital
daerah Tambunan atau guru kesihatan.
3. Label bilik yang mengandungi kimia berbahaya dengan perkataan beramaran ”
Bahaya Kimia Beracun-Jangan Menghidu, Memakan atau Menyentuh Bahan Kimia”
4. Taklimat langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku keracunan.
5. Setiap bilik perlu pamerkan prosedur tindakan jika berlaku keracunan.
_____________________________________________________________________
Rabu lalu, 33 murid Tahun Lima SKSJ dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban
(HTJS) selepas mengadu sakit perut dan muntah dipercayai selepas makan nasi
lemak di kantin.
Selain itu, 36 murid SK Taman Aman, Anak Bukit, Alor Star, Kedah dirawat di
Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas muntah dan cirit-birit dipercayai kerana
makan roti aiskrim tercemar.
Selain itu, 36 murid SK Taman Aman, Anak Bukit, Alor Star, Kedah dirawat di
Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas muntah dan cirit-birit dipercayai kerana
makan roti aiskrim tercemar.mastikan tiada lagi kes keracunan makanan.
Timbalan Menterinya, Datuk Hon Choon Kim, berkata cadangan itu akan
dipertimbangkan secara serius berikutan beberapa kes keracunan di sekolah,
termasuk dalam tempoh tidak sampai sebulan sejak sesi persekolahan 2008
bermula.
"Selepas itu, kita akan fikirkan sama ada melarang sepenuhnya pengusaha kantin
menjual makanan seperti itu atau mengurangkannya," katanya selepas melawat
kantin Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya (SKTSJ), di Senawang, dekat sini
semalam.
Seramai 180 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Simpang Lima,
Sungai Besar, di sini yang disahkan menghidap jangkitan saluran pernafasan atau
influenza sehingga semalam, dikuarantin di asrama sekolah itu bagi mengelak
jangkitan merebak.
Pengarah Kesihatan Selangor, Datin Dr Ang Kim Teng, berkata mereka adalah 143
pelajar yang mengalami simptom influenza sehingga 30 Januari lalu dan 37 kes baru
dikesan kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, tidak ada kes baru dilaporkan sehingga lewat petang
semalam.
Pengarah Kesihatan Selangor, Datin Dr Ang Kim Teng, berkata mereka adalah 143
pelajar yang mengalami simptom influenza sehingga 30 Januari lalu dan 37 kes baru
dikesan kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, tidak ada kes baru dilaporkan sehingga lewat petang
semalam.
SUNGAI PETANI 4 Feb. – Kes keracunan makanan di kalangan pelajar di negeri ini
berulang lagi dan kejadian terbaru berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Kuala
Muda dekat sini melibatkan 39 pelajar.
KEPALA BATAS 5 Feb. - Kes keracunan makanan di kalangan pelajar berulang lagi
dan kejadian terbaru berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gebu, Penaga, di sini
membabitkan 41 murid.
KEPALA BATAS 5 Feb. - Kes keracunan makanan di kalangan pelajar berulang lagi
dan kejadian terbaru berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gebu, Penaga,
Murid berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Penaga, di sini selepas dilaporkan
mengadu sakit perut, pening dan muntah-muntah dipercayai akibat keracunan
makanan.
Kesemua murid tahun tiga, empat, lima dan enam berkenaan dilaporkan mengalami
masalah itu selepas menikmati hidangan waktu rehat di kantin sekolah tersebut kira-
kira pukul 10.30 pagi.
KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) hari ini diberi kuasa
KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) hari ini diberi kuasa
mengambil tindakan terhadap pengusaha kantin sekolah yang gagal mematuhi
piawaian kebersihan sehingga menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan di
kalangan pelajar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kuasa itu
diberikan kepada PBT selepas mesyuarat bersama antara Kementerian Pelajaran dan
Kementerian Kesihatan semalam.
"PBT kini ada kuasa untuk membuat pemantauan dan menyaman pengusaha kantin
yang tidak mengikut piawaian kebersihan.
"Lesen pengusaha kantin juga perlu dipohon daripada PBT dan kita yakin cara ini
akan memberi amaran kepada mereka selain mengelak kes baru daripada berlaku,"
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebanyak 11,226 kes keracunan makanan berlaku di sekolah di seluruh negara dari
Januari sehingga 15 September tahun lalu sekali gus mencatatkan peningkatan lebih
100 peratus berbanding 5,613 kes pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Sepanjang Januari tahun ini sehingga kelmarin sahaja, lebih lima kes keracunan
dicatatkan berlaku di sekolah seluruh negara.
Abdul Latiff berkata, beliau sendiri telah dilantik untuk menjadi pengerusi badan
bertindak teknikal sistem kendiri yang akan mengkaji semula pelbagai program
kebersihan makanan sekolah.
"Kali ini kita hendak lihat sudut kebersihan dari pelbagai aspek dalam sistem kendiri
yang pasti lebih sistematik.
"Kita akan tengok semua perancangan dan hasil yang akan diperoleh nanti. Kita juga
yakin masalah keracunan ini akan dapat diselesaikan segera," ujarnya.
Selain itu katanya, sistem baru itu akan menjadikan pengusaha kantin lebih
bertanggungjawab dan meletakkan kebersihan sebagai perkara terpenting yang
perlu diutamakan.
Tambahnya, satu jawatan kuasa bertindak yang memeriksa tahap kebersihan kantin
sekolah akan turut diwujudkan sama seperti yang dipraktikkan di kawasan Rehat
dan Rawat (R&R) di lebuh raya.
"Kita akan hantar garis panduan yang perlu diikut setiap pengusaha kantin.
Hukuman keras akan dikenakan jika mereka ingkar" kata beliau.
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1995 :
KERACUNAN MAKANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH
Kejadian keracunan makanan di sekolah pada waktu-waktu kebelakangan ini sering
dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai murid. Di antara punca keracunan
tersebut adalah daripada makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah, asrama dan
daripada program-program pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan
Program Susu Sekolah.
2. Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap kejadian ini dan meminta
semua pihak terutama sekolah, mengambil beberapa langkah tegas pengawalan dan
pencegahan, supaya keracunan makanan tidak lagi berulang di sekolah. Di antara
langkahlangkah
yang boleh diambil adalah seperti berikut :
a. Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan
diri setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang
makanan.
b. Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan
mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih.
c. Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan
menghidang makanan dalam keadaan bersih dan kemas.
d. Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang
baik seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih
dan kemas. (Sila lihat Bab V – ”Kawalan Kebersihan” m.s. 22-27 dalam Buku
”Garis Panduan Kantin Sekolah”, Kementerian Pendidikan dan Kementerian
Kesihatan, 1989 – untuk keterangan lanjut).
2.1 Pihak sekolah juga adalah diminta untuk :
a. Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan,
memasak makanan di dalam kawasan sekolah.
b. Mempastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal
sehingga semalaman, terutama makanan-makanan yang bersantan.
c. Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi
menyelia dan mengadakan pemeriksaan harian.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
d. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan
kebersihan premis makanan.
e. Bekerjasasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha
peningkatan dan penggalakkan kebersihan dan kesihatan.
3. Untuk maklumat pihak sekolah, di antara tanda-tanda dan simptom keracunan
makanan adalah seperti berikut :
Rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot,
sakit kepala dan pening.
4. Pihak sekolah adalah diminta untuk mengambil tindakan berikut apabila mengesyaki
pelajar-pelajar/murid-murid mengalami masalah keracunan makanan.
a. Laporkan dan bawa murid-murid/pelajar-pelajar yang disyaki ke klinik/hospital
yang paling hampir.
b. Laporkan ke PPD/JPN.
c. Maklumkan dan hubungi ibu bapa murid-murid/pelajar-pelajar yang terlibat.
d. Sediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke
JPN dn Kementerian Pendidikan.
e. Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar.
f. Dapatkan laporan lengkap kejadian dan sebab kejadian daripada Jabatan
Kesihatan, dan hantarkan satu salinan laporan tersebut ke Jabatan Pendidikan
Negeri (u.p. KPP HEM) dan satu lagi salinan ke Kementerian Pendidikan (u.p.
Pengarah Bahagian Sekolah).
5. Dengan surat pekeliling ini semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah adalah diminta
untuk memberi perhatian serius dan mengambil langkah-langkah tegas pengawalan dan
pencegahan kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah. Surat pekeliling ikhtisas
terdahulu Bil. 2/1983 dan Bil. 5/1988 dan Surat Pendidikan
KP(BS/UKS)8614/2B/1a/Jld.II(32) bertarikh 12 Januari 1989, juga berkaitan dan perlu juga
dirujuk.
Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan adalah dipohon bagi memanjangkan surat ini kepada
semua sekolah rendah dan menengah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN
Pada tahun 2007, isu keracunan makanan telah menjadi isu hangat yang dilaporkan oleh
media. Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan di bawah 2
Kementerian iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran
Malaysia. Di bawah Jawatankuasa tersebut, 2 Jawatankuasa Kecil telah ditubuhkan dan
salah satunya Jawatankuasa Promosi.
Pelbagai aktiviti telah dirancang dan antaranya satu projek khas iaitu road show
keselamatan makanan telah diadakan di sekolah rendah. 8 buah negeri telah menjalankan
aktiviti ini bermula pada bulan Oktober sehingga November 2007 iaitu negeri Selangor,
Kedah, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah, Johor dan Perak.
Objektif program ini adalah untuk membudayakan amalan keselamatan makanan yang
baik di kalangan warga sekolah.
Adalah diharapkan melalui program yang telah dirangka, rakyat Malaysia dapat
menerapkan budaya mementingkan aspek keselamatan makanan sebagai satu cara hidup
sihat.
Tarikh
Kejadian
Keracunan di Sekolah-sekolah Malaysia Tahun 2002 Bilangan
27/3 Sekolah Menengah Teknik Seri Pelindung, Kuantan 60
3/5 Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Seremban 60
17/5 Sekolah Menangah Agama Al-Attas, pekan 65
29/6 Sek. Kuala Abang, Dungun 80
12/7 Sek. Keb. Bunohan, Tumpat, Kelantan 69
4/8 Sekolah Menengah Agama Al Ehsan, Kuantan 60
25/9 Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu 363
1/10 Sek. Men, Kok Lanas, Kota Bharu 50
23/10 Sekolah Rendah, Seremban 26
Sumber: Maklumat dari Berita Harian & NST tahun 2002
Rekod-rekod mungkin tidak sampai ke tahap kematian tetapi bahaya
persekitaran tidak sihat terbukti mampu memberi kesan kerosakan dan
kecacatan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kesihatan kanak-
kanak
seperti kecacatan anggota badan, kerosakan sistem pembiakan, kanser,
penyakit
mental dan lain-lain. Kanak-kanak amat mudah terdedah kepada bahaya
persekitaran tidak sihat berbanding orang dewasa kerana faktor semula jadi
tubuh badan dan sikap mereka. Kejadian cirit-birit dan muntah-muntah akibat
keracunan makanan masih lagi berlaku. Hampir setiap bulan pada musim
persekolahan ada sahaja kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah di
Malaysia. Keracunan adalah antara penyebab kepada kanak-kanak.
Kekotoran,
pencemaran bakteria dan kuman serta tiada kebersihan diri adalah
merupakan
sebab-sebab yang tersohor.
Pengenalan .
Definisi Keracunan .
Keracunan ialah kesan kemasukan bahan "substance" sama ada semulajadi atau sintetik
ke dalam tubuh manusia . Racun boleh memasuki tubuh melalui penelanan , penghiduan ,
penyerapan melalui kulit atau tersuntik ke bawah lapisan kulit ( seperti akibat sengatan
serangga berbisa seperti tebuan dan kala jengking atau patukan ular kapak / tedung ) .
Racun mungkin juga berpunca dari dalam badan itu sendiri . Sebagai contoh , bakteria
boleh menghasilkan endotoksin , enterotoksin atau eksotoksi beracun . Penyakit ginjal ,
kegagalan hepar (organ hati ) dan gangguan metabolik mungkin boleh menyebabkan
bahan-bahan beracun terhasil terkumpul dalam badan . Keracunan tidak terhad kepada
jenis-jenis racun yang dikenali sebagai sianida dan plumbum . Kes keracunan yang
dilaporkan di negara ini membabitkan penggunaan paraguat dan minyak angin yang
mengandungi salisilat .
Keracunan mungkin bersifat ringan ( contohnya rasa mual atau sakit kepala ) atau berat
(contohnya demam panas atau sawan ) sehingga boleh menyebabkan maut . Satu dos
merujuk kepada jumlah sesuatu bahan kimia yang dapat memasuki tubuh pada sesuatu
masa . Dos yang mengakibatkan keracunan ialah dos beracun atau dos toksik . Dos
ambang merupakan jumlah terkecil yang menyebabkan keracunan . Jikalau jumlah
sesuatu bahan kimia yang memasuki tubuh lebih daripada dos ambang , bahan kimia itu
tidak akan menyebabkan keracunan . Sebaliknya , ia mungkin mendatangkan kesan yang
baik seperti ubat-ubatan . Ia akan mendatangkan kebaikan sekiranya diambil mengikut
dos yang betul sebagaimana disyorkan oleh doktor .
Keracunan mungkin bersifat akut atau kronik . Dalam keracunan akut , sejumlah racun
yang banyak memasuki atau dihasilkan dalam badan dalam tempoh masa yang singkat
(selama beberapa saat , minit , jam atau dalam masa sehari ) . Keracunan akut melibatkan
keracunan makanan dan ubat-ubatan moden kerana dibuat daripada sintesis kimia .
Keracunan kronik merujuk kepada keracunan yang dialami untuk beberapa hari , bulan
atau tahun . Ia berpunca daripada pengumpulan sedikit demi sedikit racun yang tidak
dapat dikeluarkan dengan cepat .
Agen , perumah dan persekitaran merupakan tiga punca utama berlakunya keracunan .
Keracunan berlaku apabila ketiga-tiga punca ini saling bertindakbalas . Pengasingan
ketiga-tiga punca ini boleh menghindarkan keracunan .
Agen .
Agen merupakan bahan aktif atau media (biasanya kimia ) yang mengakibatkan
keracunan . Menurut satu kajian , 1/3 daripada kes keracunan yang telah dirujuk ke
sebuah hospital tempatan membabitkan bahan-bahan kegunaan rumah tangga ( Rujuk
lampiran A ) .
Perumah .
Persekitaran .
Kaedah pendedahan atau penyerapan merujuk kepada cara di mana racun memasuki
tubuh . Ia dibahagikan kepada :
Keracunan sebegini kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan menjadi punca utama
dalam kejadian keracunan pestisid . Racun yang ditelan akan dibawa ke perut . Malah
sesetengah racun boleh menembusi dinding perut dan meresap ke dalam saluran darah .
Keracunan yang lebih serius akan dialami sekiranya racun berada lebih lama di usus yang
seterusnya banyak yang memasuki saluran darah . Keracunan tidak akan berlaku
sekiranya racun tidak menembusi dinding usus dan tidak dapat meresap ke dalam darah .
Sebaliknya , ia bergerak mengikut saluran usus dan keluar melalui najis . Sebagai
contoh , logam raksa .
Pendedahan melalui paru-paru dengan cara bernafas ke dalam mulut atau hidung .
Penghiduan racun berlaku semasa pengendalian bahan racun di dalam bangunan yang
kurang udara segar atau ketika penyemburan pestisid tanpa pemakaian pakaian lindung
diri secukupnya . Pengeluaran wasap beracun seperti karbon monoksida daripada alat
pemanas minyak atau bergas dan api boleh mencapai kepekatan tahap bahaya jika
sirkulasi udara tidak sempurna yang menyebabkan asap tidak dapat keluar .
Racun yang berada dalam paru-paru akan meresap ke dalam saluran darah dengan cepat .
Hal ini disebabkan ruang udara dalam paru-paru berdinding nipis dan mempunyai aliran
darah yang baik . Hanya zarah yang terlalu kecil boleh meresap ke dalam paru-paru
manakala zarah yang lebih besar akan tersekat di bahagian mulut , tekak dan hidung serta
berkemungkinan ditelan .
Pendedahan melalui kulit akibat sentuhan dengan cecair , semburan atau kabus .
Individu yang menggunakan pestisid boleh diracuni jika tersembur bahan tersebut ke atas
kulit ataupun memakai pakaian yang tercemar dengan bahan kimia . Ada sesetengah
racun yang boleh menembusi kulit . Kulit yang panas , basah , dan berpeluh lebih cepat
ditembusi berbanding kulit yang sejuk dan kering . Kulit yang rosak akibat terbakar atau
tercalar juga lebih cepat ditembusi berbanding kulit yang tidak rosak . Justeru ,
pembasuhan kulit disyorkan untuk mengeluarkan racun di samping mencegah kemasukan
dos beracun ke dalam tubuh .
Suntikan melalui penggunaan jarum , pistol tekanan ( semasa melukis tatoo ) ataupun
gigitan atau sengatan serangga , ular berbisa dan ikan boleh menyebabkan keracunan .
Tindakan racun adalah lebih lambat sekiranya racun disuntik di bawah kulit atau ke
dalam otot . Hal ini disebabkan racun perlu menembusi beberapa lapisan tisu sebelum
sampai ke saluran darah . Suntikan secara terus ke dalam saluran darah mendatangkan
kesan yang lebih cepat . Sejurus selepas racun memasuki tubuh , racun akan disebarkan
ke seluruh bahagian tubuh . Implikasinya bergantung kepada jenis-jenis racun yang
terbabit .
Simptom keracunan .
Kanak-kanak yang mengalami keracunan akan mempunyai tahap asid yang tinggi dalam
darahnya sekiranya punca lain tidak dapat dikenalpasti . Sekiranya kesukaran bernafas
berlaku , keracunan harus disyaki terutama apabila pesakit seorang yang tidak siuman ,
pesakit dikenalpasti mengalami stres yang teruk , koma atau pesakit muda yang
mengalami degupan jantung tidak menentu tanpa diketahui punca sebenar .
Ubat-ubatan
Ubat sakit sendi seperti aspirin atau minyak Muntah-muntah , bernafas dalam – dalam dan pantas , dem
gosok panas yang mengandungi salisilat metil
Ubat tidur/sawan yang mengandungi Tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan , koma atau p
barbiturat
Ubat sakit jantung yang mengandungi Rasa loya , muntah-muntah , nadi tidak menentu dan perlah
digoksin demam .
Narkotik seperti morfin dan kodein dalam ubat Koma atau pengsan , tidak bernafas atau pernafasan yang p
batuk pupil mata mengecil .
Cendawan Muntah-muntah .
Bahan asid / alkali seperti pencuci longkang, Melepuh di bahagian mulut , rasa pedih / panas seperti terb
pengkakis bahagian mulut , perut , kejutan .
Minyak tanah dan cecair pemetik api Rasa loya , muntah-muntah , sukar bernafas .
Alkohol-metil, alkohol gosok Rasa loya , sakit kepala , koma atau pengsan .
Alkohol - minuman arak, minyak wangi Rasa pedih/ panas seperti terbakar di bahagian mulut , peru
sawan , koma atau pengsan .
Racun serangga Hidrokarbon: klordane, Muntah-muntah , sakit kepala , pening , bingung , meracau
lindane sukar bernafas , nadi tidak menentu dan perlahan , kejutan .
Fosfat: diazinon, parathion Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di baha
mulut , perut , pergerakan terhuyung-hayang , tiada kordina
tidak menentu dan perlahan , warna kebiruan di bahagian m
Fluorid-racun semut, lipas dan tikus Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di baha
mulut , perut , tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan
tidak menentu dan perlahan , sawan
Karbon monoksid Sakit kepala , pening ,bingung ,meracau , koma atau pengsa
merah padam .
Makanan tercemar Sakit perut , muntah dan cirit-birit selepas 3-24 jam terkem
Demam , muntah-muntah , lemah dan hilang selera makan
tempoh 6 jam .
Mangsa tidak harus diberi apa-apa melalui mulut sekiranya racun itu adalah kategori
ubat-ubatan sehinggalah nasihat doktor diperoleh terlebih dahulu . Mangsa harus
diberikan setengah gelas susu atau air biasa dengan segera sekiranya racun tersebut bahan
kimia yang digunakan dalam rumah ( umpamanya sabun ) melainkan sekiranya tidak
sedar diri , tidak berupaya menelan atau mengalami sawan . Ia bergantung kepada
kepekatan kandungan bahan pencuci dalam perut . Kanak-kanak disyorkan minum lebih
daripada 60 ml ( 1 cawan ) dan orang dewasa pula kurang 150 ml ( 2 .5 cawan ) . Mangsa
patut disuruh muntah jika keracunan melibatkan dadah , racun serangga dan tumbuhan
beracun . Mangsa keracunan produk petroleum dan produk kaustik tidak digalakkan
untuk muntah kerana mendatangkan kesan yang lebih buruk .
Tindakan segera ialah membawa mangsa ke kawasan lapang . Tingkap dan pintu harus
dibuka luas . Mangsa yang terhidu gas beracun seperti karbon tetraklorid harus
dipindahkan ke tempat berudara bersih atau segar . Kepala dan dada mangsa yang masih
sedar harus diangkatkan sedikit untuk memudahkan pernafasan . Pakaian ketat harus
dilonggarkan dan bantuan pernafasan diberikan jika mangsa tidak dapat bernafas dengan
baik sebelum pemerolehan bantuan lanjut . Kebiasaannya , mangsa keracunan gas perlu
diuruskan dengan cermat agar badannya tidak bergoncang . Sekiranya perlu , penolong
mangsa boleh menggunakan alat seperti topeng gas .
Biasanya , mata menjadi merah dan rasa pedih . Langkah yang diambil ialah mencuci
mata dengan menuangkan air suam dari bekas ( umpamanya gelas ) pada jarak 2-3 inci
dari mata . Langkah ini perlu dilakukan terus-menerus sekurang-kurangnya selama 15
minit . Mangsa harus mengelip - gelipkan mata seberapa banyak kali yang boleh .
Kelopak mata tidak harus dibuka apabila mata dibasahi dengan air . Seterusnya mangsa
dibawa ke hospital rawatan dan penilaian selanjutnya .
Langkah segera ialah penanggalan pakaian yang tercemar diikuti pembilasan kulit dengan
sebanyak mungkin air selama sekurang-kurangnya 10 minit . Seterusnya , bahagian yang
terkena racun harus dicuci dengan sabun sekiranya kulit tidak melecur dan dijirus dengan
air sebelum rawatan lanjut di hospital .Sekiranya perlu , penolong mangsa boleh
menggunakan pakaian pelindung khusus ( sarung tangan ) .
Antidepresi Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
(imipramine, triptylines ) Ubat
tidur/sawan yang mengandungi Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air. Pernafasan
barbiturat bantuan diberikan jika perlu .
Ubat selsema Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
(anthistamina )
Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air .
Ubat sakit jantung yang mengandungi Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
digoksin diri atau mengalami sawan .
Zat besi Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Gunakan julap .
Narkotik seperti morfin dan kodein Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .
dalam ubat batuk
Ubat penenang Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Gunakan julap .
Cendawan Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Gunakan julap .
Kecubung Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Bahan asid / alkali seperti pencuci Berikan air dan susu pada ketika ini .
longkang , pengkakis
Jiruskan air ke bahagian mata atau kulit jika terkena racun .
Kamfor Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Disinfektan-fenol Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Gunakan julap .
Minyak tanah dan cecair pemetik api Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracun
muntah .
Gunakan julap .
Ubat gegat Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Gunakan julap .
Pengilap perabot dan pelarut- penipis Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan
cat , turpentin muntah .
Gunakan julap .
Penyembur-freon Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Alkohol-metil , alkohol gosok Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Alkohol - minuman arak, minyak Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
wangi diri atau mengalami sawan .
Racun serangga Hidrokarbon: klordane, Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracun
lindane muntah .
Gunakan julap .
Rawat kejutan .
Fosfat: diazinon, parathion Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Rawat kejutan .
Fluorid-racun semut, lipas dan tikus Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Rawat kejutan .
Arsenik-racun tikus, herbisid Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Gunakan julap .
Karbon tetraklorid Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Rawat kejutan .
Rawatan awal
Pendedahan kepada bahan racun boleh dibahagikan kepada tiga jenis . Kategori pertama
melibatkan pendedahan sebenar tetapi tidak memerlukan rawatan tertentu . Pengesahan
boleh dilakukan jika bahan tersebut bahan tidak toksik . Ia juga merangkumi keracunan
bahan toksik tetapi diambil pada amaun yang sedikit . Mangsa dalam kategori ini
biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom . Adalah lebih baik jika mangsa
mendapat pengesahan doktor di hospital atau laporkan kepada Pusat Racun Negara .
Kategori ketiga melibatkan pendedahan kepada bahan racun yang memerlukan rujukan
dari hospital untuk membolehkan pemeriksaan doktor . Kategori ini merangkumi kes-kes
keracunan yang disengajakan , jika simptom serius dijangkakan berlaku dan apabila
bahan racun yang diambil terlalu toksik .
Kesimpulan .
LAMPIRAN A .
Sabun dan bahan pencuci Sabun dan bahan pencuci biasanya menyebabkan rasa tidak selesa da
terbakar pada kulit .
Kosmetik Bedak bayi boleh menyebabkan penyakit radang paru-paru yang seriu
Kebanyakan deodoran dan pewangi mengandungi alkohol yang tingg
sebanyak 90% . Ia boleh menyebabkan keracunan alkohol dalam ben
penindasan sistem saraf pusat , jika tertelan oleh kanak-kanak .
Ubat gegat atau naftalin seakan-akan gula-gula atau coklat sering dim
kanak-kanak .
Ubat gegat
Racun serangga Aerosol racun serangga yang disimpan dalam tin yang tidak tahan
dan boleh meletup . Sesetengah kanak-kanak berupaya menyembu
dengan hanya menekan butang semburannya .
Sumber : Dr. Rahmat Awang , 1996, Mengendalikan kes keracunan , Dewan Kosmik ,
BIBLIOGRAFI .
Dr. Mohamed Isa Abd. Majid . 1996 . Keracunan ubat-ubatan moden . Dewan Kosmik .
Dr. Rahmat Awang . 1996 . Mengendalikan kes keracunan . Dewan Kosmik . Februari :
18 , 38 & 39 .
Kamilah Beran . 1996 . Bahaya bahan sediaan di rumah . Dewan Kosmik . November :
41-43 .
Rosman Ahmad . 1996 . Racun dan anda . Dewan Kosmik . Januari : 22-24 .
Fokus : Racun dan Anda . 1998 . Buletin Utama Pusat Racun Negara , USM . 20 Mei
Internet . http://prn.usm.my/prnnet.html
[Atas]
[Atas]