Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Disediakan oleh :
En. Muhamad Muhaimi b. Yazid
Biodata Saidina Umar al-Khattab
Nama : Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza.
Gelaran : Al-Faruq
Keturunan : Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi)
Tarikh & Tempat lahir : 584M @ 13 tahun selepas kelahiran Rasullullah
@ 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi)
di MAKKAH ALMUKORROMAH.
Jawatan : Khalifah Ar-Rasyidin Kedua
Tarikh JD khalifah : Selasa, 22 Jamadil akhir 13H / 23 Ogos 634M.
Tarikh Lantikan : 634M
Tempoh Jawatan : 10 tahun 6 bulan
Tarikh M/Dunia : 23H @ 644M
Umur : 63 tahun
Sebab Kewafatan
: Dibunuh oleh seorang Hamba Majusi berbangsa Parsi yang bernama :
Fairuz (Abu Lukluah).
Gelaran : Al-Faroq (Pemisah antara Hak dan Batil).
Keberanian Saidina Umar
Kisah-kisah keberanian :-
Pernah mencabar pemuda-pemudah Quraish
sebelum berhijrah ke Madinah al-Munarwwarah.
Kata Saidina Umar : “Sesungguhnya aku akan berhijrah
ke Yathrib (Madinah), Jika kamu mahu isteri-isteri yang
dicintai kehilangan suami, anak-anak kehilangan ayah dan
ibu bapa kehilangan anak, maka halanglah perjalanan ku
ini”.
Telah mengistiharkan ke Islamannya secara
terang-terangan kepada umum. Keberanian
Saidina Umar menjadi inspirasi kepada
umat islam yang lain.
Jasa & Pengorbanan
Saidina Umar al-Khattab menjadi khalifah
setelah kewafatan Saidina Abu Bakar as-Siddiq
Antara Sumbangan dan Pengorbanannya
adalah :-
○ 1. Pentadbiran
○ 2. Dakwah Islamiyyah
○ 3. Pembangunan Negara
1. Pentadbiran
Merupakan orang yang telah bertanggung jawab
dalam mengemaskinikan sistem “syura”.
Telah mengasaskan jabatan-jabatan pentadbiran
seperti : Jabatan Cukai, Jabatan Ketenteraan,
Jabatan Persuratan dan lain-lain
Memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa
pentadbiran.
Mengasaskan undang-undang “Hisbah”
○ Hisbah : Undang-undang dan peraturan di pasar seperti
adab berjual beli, adab sopan dan pengawasan dan
pemantauan TIMBANGAN.
Mengasaskan Takwim Islam (Kalender Hijrah)
2. Dakwah Islamiyyah
Menyebarkan dakwah ke wilayah-wilayah
baru seperti ; Mesir, Parsi, Rom dan lain-lain.
Melantik dan menghantar gabenor ke wilayah-
wilayah baru untuk membantu pentadbiran
dan melancarkan dakwah.
Menghantar Para Ulama ke serata tempat
untuk penyebaran ilmu dan dakwah.
3. Pentadbiran Negara
Mengemaskini Sistem Baitul Mal
Penerokaan tanah-tanah baru untuk tujuan
Pertanian dan saliran air.
Mendirikan rumah persinggahan bagi para
musafir.
Membina sekolah-sekolah untuk mengajar
dan mendidik orang yang baru memeluk
islam.
Penerapan Nilai
Bersama-sama berjuang dalam memertabatkan Islam
sebagai cara hidup dan ad-din.
Mempertahankan maruah dan juga jati diri sebagai
seorang Muslim.
Setiap Muslim bertanggungjawab mempertahankan
bangsa, agama dan negara dengan melengkapkan
diri dengan pelbagai ilmu untuk menjadi contoh
kepada orang lain.
Sifat bertanggungjawab merupakan teras kepada
kejayaan dan kemakmuran sesuatu bangsa dan
negara.
Akhlak-akhlak terpuji merupakan nilai tambah pada
keperibadian muslim sejati.
Info Tambahan…
Umar Sebagai Orang Yang Pertama