Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN

Ekonomi bukanlah persoalan baru dalam Islam. Perancangan dan aktiviti ekonomi telah
berlaku dalam zaman Nabi Yusuf a.s yang menjadi Menteri Ekonomi pertama di Mesir. Baginda
telah meletakkan asa Ilmu Ekonomi dengan membuat satu perancangan rapi bagi memastikan
negara mempunyai bekalan yang mencukupi apabila menghadapi musim kemelesetan.
Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal Islam agak terbatas dengan kegiatan jual-beli
sahaja di pasaran yang mudah. Mulai abad Kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai
kegiatan ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hokum riba, sistem harga,
monopoli, percukaian, zakat, kewangan kerajaan dan sebagainya. Tulisan-tulisan ini
membicarakan hukum hakam muamalat mengikut mazhab masing-masing.
Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam ialah Ibni Taimiyah ( 12621328 Masihi ) dan Ibn Khaldun ( 1332-1406 Masihi ). Ibn Taimiyah yang berpusat di Damsyik
adalah terkenal dengan pandangannya mengenai harga setara, pasaran sempurna, kawalan harga,
monopoli, penyorokan dan spekulasi. Manakala Ibn Khaldun pula, di dalam kitabnya yang
terkenal, iaitu Mukaddimah Ibn Khaldun, menyentuh banyak perkara ekonomi seperti nilai,
buruh, system harga, hokum permintaan dan penawaran, penggunaan dan pengeluaran, wang,
modal, kewangan negara dan lain-lain lagi.
Beliau yang berasal dari Haramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh
ekonomi dengan pemikiran ekonomi yang penting mendahului Adam Smith dengan jarak waktu
400 tahun. Walaubagaimana pun, momentum pengembangan ilmu Ekonomi Islam ini mengalami
kemerosotan bersama dengan zaman kejatuhan empayar Islam yang berlaku di sekitar kurun ke13 Masihi.
Inilah zaman kegelapan Islam di mana masalah politik dan sosial di kalangan umat
Islam telah menjadi kucar-kacir sehingga membantutkan institusi keilmuan. Para ilmuan tidak
mampu lagi mengkaji dan berijtihad. Mereka hanya mampu bertaklid dan dengan rela hati
menutup pintu ijtihad. Ilmu Ekonomi Islam yang diasaskan oleh Ibn Taimiyah dan Ibn Khaldun
serta yang lain sebelum mereka tidak dikembangkan dan hanya tersimpan dalam kitab-kitab
kuning tanpa waris untuk menyambung usaha mereka.
1

Selepas dari tempoh ini, penumpuan ilmu beralih ke Barat. Lahirlah tokoh ilmu ekonomi
Barat seperti Adam Smith ( 1723-1790 ), David Ricardo (1772-1823), J.S. Mills (1806-1873),
Irving Fisher (1867-1947), John Maynard Keynes (1883-1949), dan lain-lain.Cendikiawan dari
negara Islam pula menghala ke Barat untuk menuntut ilmu yang kemudiannya diterapkan
amalannya di negara masing-masing.
Zaman kejatuhan kegemilangan Islam juga berganti dengan zaman penjajahan kuasa
Barat ke atas negara-negara Islam. Maka dengan strategi serampang dua mata ini, iaitu melalui
penjajahan politik dan penjajahan ilmu, boleh dikatakan semua negara Islam kini mengamalkan
sistem pemerintahan dan sistem ekonomi Barat yang dikatakan sekular itu.
Natijahnya, daripada sejarah pengembangan ilmu yang terbantut itu, persoalan yang
mendepani kita ialah apakah dan di manakah Ekonomi Islam?Adakah system ekonomi Barat
sesuai diamalkan oleh umat,negara dan masyarakat Islam dengan pengubahsuaian yang
sewajarnya( proses Islamisasi) atau adakah Ekonomi Islam itu merupakan satu bidang ilmu yang
sama sekali berlainan dari ekonomi Barat sehinggakan tidak mungkin ianya diubahsuai daripada
acuan ekonomi Konvensional? Pendekatan kedua ini kurang praktikal kerana adanya tempoh
beku dalam ilmu ekonomi Islam selepas zaman Ibn Khaldun. Pendekatan pertama lebih mudah
dan lebih praktikal memandangkan kepada kemantapan dari segi teori dan amalan ekonomi
Konvensional.
Tuntasnya, para ilmuan Islam boleh menggunakan ekonomi Konvesional sebagai titik
tolak serta membuat penyaringan untuk mengambil perkara yang dibenarkan dalam Islam,
mengubahsuai perkara yang tidak sesuai juga menolak yang jelas tidak dibenarkan Islam.

EKONOMI ISLAM
Maksud
Ekonomi Islam didefinisikan sebagai suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji
tingkah laku manusia dalam soal mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk
kepentingan diri dan juga masyarakat bagi mendapatkan keredhaan Allah.Asas kepada Ekonomi
Islam adalah berpaksikan kepada keadilan, kebebasan hak milik, dan persamaan, di simpul
dengan ikatan akidah, kesucian jiwa, pengorbanan, persaudaraan dan ihsan. Ekonomi Islam
berlandaskan beberapa sumber utamanya iaitu al-Quran, Hadis, Ijma dan Qiyas sebagai ciri
utamanya. Hal ini memberi makna dan panduan kepada manusia semasa menjalankan kegiatankegiatan ekonomi.
Pengertian Sistem
Intipati daripada gambaran di atas dapat difahamkan bahawa sistem Ekonomi Islam
adalah syumul, tidak terpisah daripada masyarakat,negara dan sunnatullah. Ia merupakan suatu
sistem yang membentuk corak pentadbiran dan pengurusan sektor-sektor yang melibatkan
pelbagai institusi yang mengandungi nilai-nilai hokum, peraturan dan kepercayaan, yang mengait
secara langsung atau tidak dalam hal yang berhubung dengan penggunaan, pengeluaran, agihan
atau pertukaran. Ini bermakna sistem Ekonomi Islam adalah multi-dimensional dan sepadu
sifatnya, di samping wujudnya koordinasi yang mantap daripada semua pihak yang terlibat sama
ada di peringkat mikro atau makro untuk menjayakan fungsi sesebuah sistem ekonomi selari
dengan nilai-nilai hukum dan peraturan Islam. Negara yang menggunakan sistem ini adalah
Negara Mesir dan Arab Saudi.
Struktur Kegiatan

Alam dari segi struktur ia mengandungi tiga sektor asas iaitu:


1. Sosial,masalahah atau kebajikan.
2. Ekonomi,tijarah atau perniagaan/perdagangan.
3. Politik,siasah atau kenegaraan.

Ketiga-tiganya tidak terlepas daripada perlakuan dan kegiatan manusia dalam kehidupan
hariannya. Sebarang masalah yang timbul, penyelesaiannya harus dilakukan di peringkat
atas,iaitu masyarakat dan kerjasama swasta (sektor pertama dan kedua).
Manakala sektor ketiga (awam) sebagai penyelaras dan berfungsi mengawasi sebarang
kegiatan yang boleh menjejaskan kepentingan ramai, di samping bertindak sebagai badan
amanah dan penyelesai masalah peringkat terakhir apabila sektor pertama dan kedua gagal
berfungsi.
Pembangunan setempat adalah contoh terdekat dalam hal ini. Umpamanya, pembinaan
prasarana masyarakat, masjid dan jambatan tidak perlu menagih semuanya daripada
pemerintah.Dengan system waqaf dan sadaqah, pemerintah tidak perlu berbelanja besar kerana
sebahagian daripada biayanya dilakukan oleh orang ramai dan pihak swasta atas asas amal jariah.
Dengan ini, kerajaan dari satu segi boleh menjimatkan kos pembangunan.
Bagaimanapun, pembahagian beberapa bidang kegiatan manusia seperti di atas
bukanlha dalam bentuk rigid tidak boleh berubah, sebaliknya ia dilakukan untuk tujuan
memudahkan kefahaman.
Pada hakikatnya,dalam amalan biasa terdapat hubungan yang rapat di antara ketigatiga bidang tersebut. Umpamanya, di antara aktiviti atau kegiatan siasah, politik atau kenegaraan
ada yang menyentuh secara langsung bidang ekonomi, perniagaan atau perdagangan dan juga
bidang sosial.
Dalam hal sedemikian, sistem Ekonomi Islam secara keseluruhannya dapatlah digambarkan
sebagai suatu sistem yang merangkumi semua jenis aktiviti atau kegiatan ekonomi yang
dijalankan dalam ketiga-tiga sektor di atas seperti berikut:

Siasah/Politik
Kenegaraan
(Awam)

SISTEM
EKONOMI
ISLAM
(Nizam alIqtisad alIslami)
Sosial/Maslahah
/Kebajikan(Suka
rela)

Ekonomi
/Perniagaan
/Perdagangan
(Swasta)

Gambaran di atas jika dibandingkan dengan pensektoran aktiviti atau kegiatan ekonomi
negara pada masa ini dapatlah disimpulkan seperti berikut:
Sektor Pertama menyerupai sector awam.Sektor kedua pula menyerupai sektor
swasta.Manakala sektor sosial, maslahah atau kebajikan adalah satu sektor yang terdapat dalam
sistem Ekonomi Islam.
Wujudnya sektor sosial, maslahah atau kebajikan adalah satu ciri khusus(unique feature)
sistem ekonomi Islam. Ini adalah menunjukkan bahawa Islam memberi perhatian berat kepada
golongan yang lemah dengan memberikan pertolongan melalui hukum dan peraturan yang
tersendiri yang dicipta oleh Allah S.W.T.
Setiap sektor yang disebutkan di atas mempunyai fungsi,hukum dan institusinya yang
tersendiri. Hal ini bolehlah dihuraikan dengan ringkas seperti berikut.

Sektor Awam Kerajaan


Sektor kerajaan yang berkait dengan siasah, politik atau kenegaraan adalah
menggabungkan aktiviti atau kegiatan ekonomi yang dilaksanakannya sama ada secara langsung
atau tidak oleh pemerintah. Beberapa fungsi sektor ini termasuklah,di antaranya.
a) Merancang dan melaksanakan dasar atau polisi ekonomi negara, umpamanya
polisifiskal, kewangan dan polisi pembangunan.
b) Mentadbir dan mengurus segala bentuk harta milik negara, misalnya harta tanah dan
galian (al-ardhi wa al-maadin).
c) Mengawas segala kegiatan di semua sektor, baik sektor awam mahupunswasta melalui
agensi (al-hisbah).
Hukum-hakam yang bersangkutan dalam sektor ini, di antaranya ialah
Hukum-hakam mengenai semua jenis cukai,termasuk cukai izyah,kharaj,ushur dan sulh

al-jizyah.
Hukum-hakam harta fai dan ghanimah (ahkam al-fai wa al-ghanimah)
Hukum-hakam peninggalan pusaka (ahkam al-tarikah) atau harta perwarisan.
Hukum-hakam harta wqaf dan wasiat (ahkam al-waqaf wa al-wasaya)
Hukum-hakam mengenai mata wang (ahkam al-nuqud)
Hukum-hakam mengenai tanah dan galian (ahkam al-aradhi wa al-maadin)

Institusi-institusi jabatan atau kementerian yang berkaitan dalam sektor ini di antaranya
termasuklah :
Institusi Perbendaharaan Negara (Bayt al-Mal).
Institusi Bank Pusat (Dar al-Amwal).
Diwan atau Jabatan Perancangan Pembangunan.
Jabatan Hasil Dalam Negeri (Diwan al-Jibayah).
Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah.
Kementerian Galian dan Sumber Alam.
Kementerian Waqaf.
Sektor Swasta
Sektor swasta dalam sistem Ekonomi Islam merupakan sektor ekonomi/perdagangan yang
tidak kurang pentingnya daripada sektor pertama.Rakyat dalam sektor ini secara persendirian
atau kolektif, (shakhsiyah fardiyah awi tibariyah) berusaha mencari rezeki (fadhlan min Allah)
dengan menggunakan tenaga, kebolehan dan harta milik mereka.
6

Bentuk kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh sektor ini amat luas, ia meliputi
bidang-bidang seperti pertanian, perlombongan, perusahaan, pembinaan, perdagangan,
kewangan, pengangkutan, perkhidmatan dan lain-lain.
Setiap orang yang menjalankan kegiatan dalam sektor ini adalah bertujuan untuk
memperolehi rezeki yang halal sebagai perantaraan untuk membolehkan mereka melakukan
amalan berbelanja di jalan Allah (infaq fi sabil Allah).

Di antara fungsi-fungsi yang sesuai dilaksanakan melalui kegiatan-kegiatan seperti ini ialah:
o Kewajipan berusaha untuk mendapat rezeki yang halal dan menunaikan tanggujawab
infaq fi sabil Allah.
o Mempelbagaikan sumber rezeki yang baik dan bermanfaat melalui mekanisme tawaran
dan permintaan yang sihat di pasaran untuk menentukan harga yang sesuai.
o Memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna secara meluas dan secukupnya.
o Berusaha mengembangkan harta dengan cara yang halal dan menggunakan dengan cara
yang sama bukan membekukannya.
o Memakmurkan alam dan isi kandungnya bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi,
kestabilan dan kesejahteraan.

Hukum-hukum yang wajib dipatuhi dalam sektor ini meliputi satu rangkaian hukum yang
luas. Para fuqaha, dari segi pengkanunannya, menghimpunkan hukum-hakam ini dalam
bahagian muamalah. Institusi yangterlibat boleh menjalankan kegiatanya sama ada orang
perseorangan atau dalam bentuk entity yang sah secara kolektif yang terdiri daripada berbagai
bentuk syarikat dan entity lain yang diakui seperti badan kerajaan dan badan kanun.
Sektor Sosial/Kebajikan Masyarakat
Perlakuan dan kegiatan ekonomi dalam sektor kebajikan mempunyai fungsi yang tersendiri
di antaranya ialah:
a) Membantu golongan yang lemah, seperti anak-anak yatim, orang-orang fakir dan
miskin.

b) Menyediakan skim kesejahteraan sosial (al-daman al-ijyimai) sama ada oleh


pemerintah atau persendirian.
c) Menyediakan prasarana di peringkat asas.

Aktiviti atau kegiatan-kegiatan dalam sektor ini dilakukan dengan menggunakan harta
milik persendirian (sadaqah tatawwu) awam dan jika perlu harta milik negara (bayt-al-mal).
Hukum-hakam yang bersangkutan dalam sektor ini di antaranya ialah:
i.
ii.
iii.
iv.

Zakat dan segala jenisnya termasuk zakat fitrah.


Pemberian sukarela (sadaqah tatawwu), hibah dan minhah.
Waqaf sama ada waqaf am ataupun khas.
Pinjaman kebajikan (qardan hasan)

Konsep Ekonomi Islam


Islam mengambil suatu kaedah terbaik di antara kedua-dua pandangan yang ektrem
tersebut dan cuba untuk membentukkan keseimbangan sebenar di antara keduanya. Ia
menetapkan bahawa kejayaan tidak diperolehi melalui fahaman yang pertama ataupun fahaman
yang kedua tetapi melalui pelarasan kedua-duanya.

Seseorang tidak sepatutnya menyerahkan dirinya bulat-bukat kepada fahaman


kerohanian dan tidak mengendahkan fahaman hidup kebendaan ataupun seseorang hanya menilai
sesuatu melalui nilai faedah ekonominya dan mengetepikan langsung nilai-nilai moral.
Sesuatu kejayaan sistem Ekonomi Islam bergantung kepada sejauh mana
pengubahsuaian dapat dilakukan di antara keperluan kebendaan dan keperluan etika yang
diperluaskan oleh manusia. Sistem Ekonomi Islam tidak melupakan ciri asas kemajuan manusia
yang bergantung kepada sejauh mana kejayaan koordinasi dan harmoni di antara aspek moral
dan kebendaan dalam kehidupan manusia.

Apabila nilai-nilai moral dipisahkan daripada

kemajuan ekonomi, ia akan kehilangan kuasa yang mampu mengekalkan kestabilan dan
keseimbangan dalam sistem sosial.
Di samping itu, apabila perjuangan ekonomi langsung tidak mempunyai tidak
mempunyai batas-batas moral dan menuju kepada fahaman kebendaan lantas akan wujud
kegiatan rasuah dan keadaan yang tidak bermoral yang pasti akan menghapuskan kestabilan
ekonomi masyarakat.
Akibatnya, masyarakat akan menghadapi persaingan dan permusuhan, hilangnya sikap
bekerjasama dan kasih sayang di antara kedua-dua konsep hidup tadi dan akhirnya akan
membawa kehancuran dan keruntuhan kepada masyarakat.Ini tidak mendorong masyarakat
untuk menganggap bahawa Islam mengesyorkan nilai moral semata-mata dan menentang
kemahuan ekonomi untuk kehidupan.
Sebenarnya hal ini tidaklah benar, apa yang cuba dilakukan ialah untuk
mewujudkan suasana harmoni sebenar di antara fahaman kebendaan dan kerohanian manusia.
Sistem Ekonomi Islam mengajarkan bahawa kejayaan dan keselamatan bukanlah terletak pada
fahaman kerohanian kedua-duanya.
Sistem ekonomi Islam menekankan bahawa manusia tidak sepatutnya menyerahkan
diri sepenuhnya ke dalam fahaman kerohanian, mengabaikan kepentingan unsur-unsur
kebendaan dan menganggap ia sebagai berdosa dan mengetepikan nilai-nilai moral kehidupan.
Menolak Fahaman Rahbaniah

Islam menolak konsep-konsep hidup yang ekstrem dan mengambil sikap pertengahan di antara
kedua-dua kaedah pemikiran. Al-Quran menolak rahbaniah melalui firman Allah:
Maksudnya:
Kemudian Kami iringi sesudah-mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringan
lagi dengan Nabi Isa Ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya Kitab Injil, dan Kami jadikan
dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri), dan
perbuatan mereka beribadat secara Rahbaniyyah-merekalah sahaja yang mengadakan dan
merekannya, Kami tidak mewajibkannya atas mereka, (mereka berbuat demikian) kerana
mencari keredaan Allah, Dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut
yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara
mereka, Kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasikderhaka.
Firman Allah Dalam Surah al-Maidah:
Maksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa Sesungguhnya ara, judi, dan pemujaan berhala,
dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari
perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu Berjaya.
Dalam firman di atas Allah menghendaki manusia mengekalkan keseimbangan dalam hidup
dan tidak sewajarnya berlaku kejam terhadap diri dengan menjauhkan perkara-perkara yang baik
oleh kerana tiada penghormatan melakukan persaingan dan pertapaan semata-mata.
Seterusnya, manusia diberi amaran supaya kekal dalam batas-batas yang ditentukan oleh Allah
kerana Allah tidak mengasihi mereka yang melampaui batas.
Dalam surah yang sama, Allah berfirman lagi yang bermaksud:
Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah
perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: Kami dengar dan
Kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya) dan bertaqwalah kamu kepada
10

Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di
dalam hati.
Dalam firman Allah di atas, diteranglan bahawa Allah tidak menghendaki untuk
membebankan manusia dengan mengadakan batas-batasyang luar biasa dalam hidup.Allah
memberikan

prinsip-prinsip

hidup

yang

positif

membolehkan

manusia

memperolehi

kesempurnaan.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang baik
dalam kehidupan tidak membuatkan manusia mentaati atau mendapat keredaan Allah. Oleh
itu,tentulah sia-sia atau tidak bererti langsung untuk menerima cara hidup sedemikian yang
dianggap menzalimi manusia.
Ciri-ciri Utama Sistem Ekonomi Islam
Sistem ekonomi Islam yang telah jelas dalam halaman terdahulu mempunyai ciri-ciri utama
seperti berikut:
Kebebasan Individu dan Masyarakat.
Sebenarnya Islam merupakan satu-satunya agama yang membawa kebenaran dan keadilan
dalam dunia ini dan umat Islam merupakan insan yang mempunyai tugas untuk menyeru kepada
kebaikan dan menjauhi kemungkaran seperti yang dijelaskan dalam al-Quran:
Bermaksud:
Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat Segala perkara yang
baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka pula
segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan, mereka (yang demikian sifatnya) adalah
dari orang-orang yang soleh.
Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa kemuliaan umat Islam yang disebut dalam ayat di
tersebuat bergantung kepada sejauh mana kemampuan mereka menyeru manusia kepada
kebaikan dan melarang daripada melakukan kemungkaran.

11

Jika mereka kehilangan ciri asas tersebut, akhirnya mereka juga akan kehilangan kemuliaan
yang diberikan.Perlu juga dinyatakan bahawa tugas asas dalam menyeru kebaikan dan melarang
kemungkaran hanya boleh dilaksanakan jika terdapat kebebasan sepenuhnya untuk berusaha dan
bertindak.
Dengan lain perkataan, kebebasan dan tanggungjawab menyeru kepada kebaikan serta
melarang kemungkaran saling bergantung berjalan seiring. Kita tidak dapat menyeru manusia
kepada kabaikan dan melarang mereka melakukan kemungkaran jika kita tidak mempunyai
kebebasan untuk bersuara.
Disebabkan tanggungjawab menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
merupakan prinsip asas Islam yang membezakannya daripada lain-lain agama, Islam
memberikan kebebasan kepada individu untuk melaksanakan tugas tersebut.
Sebenarnya ia berjaya membentuk dan mewujudkan hubungan yang rapat di antara individu
dan masyarakat yang membolehkan mereka bekerjasama dan menyukarkan berlakunya
pergeseran di antara mereka. Islam menetapkan supaya setiap individu mempunyai dua peranan
yang serentak iaitu peranan sebagai seorang individu yang bebas dan peranannya sebagai
seorang masyarakat.
Hak Pemilikan Individu.
Islam mengiktirafkan hak individu terhadap harta benda dan membenarkan pemilikan semua
jenis harta benda yang mampu diperolehinya menurut cara yang halal.Ia membenarkan seseorang
untuk mendapatkan seberapa banyak harta yang mampu diperolehinya menurut pengetahuan,
kemahiran dan tenaga dengan menggunakan cara-cara yang bermoral dan tidak antisosial.
Andaian bahawa Islam mengiktirafkan hak individu ke atas milik persendirian dibuktikan
oleh hakikat bahawa ia membimbing individu untuk membelanjakan (ke atas dirinya dan orang
lain) harta kekayaannya:
Maksud:

12

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagiaan dari apa yang telah Kami
berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya dan tidak
ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat, dan
orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.

Dalam Surah al-Dhariyat Allah berfirman:


Maksud:
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk
orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
Kenyataan yang menyebut bahawa Islam mengiktiraf hak individu terhadap harta benda
seterusnya diuji kebenarannya melalui ayat-ayat al-Quran berikut:
Maksud:
Adapun tembok itu pula ia dipunyai oleh dua orang anak yatim dibandar itu,dan di bawahnya
ada Harta terpendam kepunyaan mereka, dan bapa mereka pula adalah orang soleh.
MakaTuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka
yang terpendam itu sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) Aku
tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan
tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.
Ayat-ayat al-Quran tersebut dengan jelas mengiktirafkan hak individu untuk memiliki dan
membelanjakan harta benda. Islam juga mengiktirafkan semua hak lain berkaitan dengan hak
pemilikan, misalnya keselamatan harta benda daripada penipuan, kecurian dan lain-lain bentuk
pemilikan yang diharamkan iaitu melalui kekerasan dan tipu muslihat.
Islam menjamin keselamatan harta benda milik umatnya dan mengenakan hukuman yang
berat kepada penjenayah-penjenayah. Pencuri dan perompak yang mengancam keselamatan harta
benda yang dimiliki oleh rakyatnya dan tidak menghormati hak mereka, akan dihukum dengan
berat oleh kerajaan Islam seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat al-Quran berikutnya:

13

Maksud:Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,
(juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan ingatlah Allah Maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana.
Kaedah-Kaedah Asas Dalam Sistem Ekonomi Islam.
Oleh kerana sistem ekonomi Islam bermatlamatkan mencari keredhaan Allah swt semata-mata
yang berbeza dengan sistem ekonomi konvensional, maka terdapat garis panduan bagi
menjadikan sistem ekonomi itu teratur, seimbang dan diredai oleh Allah swt serta
membahagiakan sesama manusia.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Harta merupakan hak Allah swt yang mutlak.


Aktiviti perekonomian merupakan suatu ibadat.
Asal sesuatu adalah harus.
Uruf dan adat diambil kira dalam transaksi.
Mencapai Maslahat Khas dan Am.
Mengetahui hukum-hakam.

Prinsip Ekonomi Islam :


Prinsip-prinsip utama telah di rumus seperti berikut:

I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.
VIII.

Kesatuan (unity)
Keseimbangan (equilibrium)
Kebebasan (free will)
Tanggungjawab (responsibility)
Kebebasan individu.
Hak terhadap harta.
Ketidaksamaan ekonomi dalam batasan.
Kesamaan sosial.
Keselamatan sosial.
Larangan memupuk kekayaan.
Larangan terhadap institusi anti-sosial.
Kebajikan individu dalam masyarakat.

Dasar-Dasar Ekonomi Islam.


Antara dasar-dasar ekonomi Islam adalah:

14

1. Bertujuan untuk mencapai masyarakat yang sejahtera baik di dunia dan di akhirat.
2. Hak milik relative perseorangan diakui sebagai usaha dan kerja secara halal serta
dipergunakan untuk hal-hal yang halal pula.
3. Dilarang menimbun harta benda dan menjadikannya terlentar.
4. Dalam harta benda itu terdapat hak untuk orang miskin yang selalu meminta, oleh kerana
itu harus dinafkahkan sehingga dicapai pembahagian rezeki.
5. Pada batas tertentu, hak milik relative tersebut dikenakan zakat.
6. Perniagaan diperkenankan, akan tetapi riba dilarang (diharamkan).
7. Tiada perbezaan suku dan keturunan dalam bekerjasama dan yang menjadi ukuran
perbezaan adalah prestasi kerja.

SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL


Maksud
Sistem ekonomi konvensional menurut kamus dewan ialah mengikut atau sebagaimana yang
kebiasaanya. Konvensional bermaksud sesuatu amalan, tingkah laku dan ciri-ciri yang sudah
diiktiraf dengan meluas serta diguna pakai.
Pengertian Sistem
Sistem ekonomi konvensional sudah diterima pakai dan telah dipraktikan dalam sebuah
masyarakat.Ekonomi ini menggunakan sumber akal dan nafsu semata-mata. Sistem ekonomi
konvensional boleh dikatakan sebagai suatu sistem ekonomi yang sudah dipraktikkan secara
15

meluas di dalam sesebuah masyarakat. Suatu sistem yang ditentukan oleh manusia di dalam
sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai piawai yang mutlak tetapi bersifat anjal dan boleh
berubah mengikut ketentuan masyarakat. Sistem ekonomi konvesional ini terdiri daripada sistem
kapitalis, sosialis, komunis dan ekonomi campuran.
1. Kapitalisme
Sistem ini dikenali sebagai sistem perusahaan bebas. Di bawah sistem ini seseorang individu
berhak menggunakan dan mengawal barang-barang ekonomi yang diperolehinya. Mencegah
orang lain dari menggunakan barang-barang itu dan memutuskan bagaimana barang-barang itu
diuruskan setelah dia mati.
Dalam hal ini individu bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asal sahaja
kegiatannya tidak mengganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak memiliki harta dibenarkan
oleh masyarakat, keseluruhannya hak-hak ini boleh dibatasi melalui tindakan masyarakat.
Persaingan dianggap sebagai daya penggerak untuk menghasilkan operasi yang cekap. Pada
umumnya persaingan dalam sistem kapitalis ini merupakan daya yang kuat dan dibenarkan
berjalan lebih bebas berbanding dengan sistem-sistem ekonomi yang lain.

Sifat-sifat istimewa sistem ini ialah:

Ia menolak nilai-nilai akidah, syariat dan akhlak yang mulia.


Pengambilan riba iaitu peminjaman wang melalui institusi kewangan (bank dan industri

kredit) yang mengenakan riba (faedah).


Faktor-faktor ekonomi dikuasai oleh individu-individu tertentu secara terus menerus atau

dipunyai oleh sekumpulan manusia yang tidak dikenali melalui sistem saham.
Pemodal-pemodal bank yang besar mempunyai kuasa yang berlebihan ke atas aktivitiaktiviti ekonomi dan seterusnya politik negara. Kuasa penentu dalam sistem kapitalisme
dan demokrasi barat kebanyakannya mirip kepada pemilik modal.

16

Sebahagian besar dari barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di bawah sistem
kapitalisme telah dibebankan bukan sahaja dengan faedah-faedah riba, tetapi juga dengan

bayaran-bayaran pengiklanan yang berlebihan


Kapitalisme mempunyai unsur-unsur mengasas monopoli, kerana adalah menjadi hasrat
setiap pemodal untuk menguasai segalanya dan menghapuskan semua persaingan
dengannya.

2. Sosialisme
Kegelojohan dan ketamakan kapitalis yang luar biasa itu menghasilkan kezaliman ke atas
masyarakat. Kezaliman ini melahirkan ketegangan yang meluas di Barat. Kelahiran sosialisme
mula mendapat sambutan dan begitu laris. Prinsip sosialisme adalah:

Mengembalikan kuasa ekonomi daripada golongan Borjuis (kapitalis) kepada golongan

proliter (petani dan buruh).


Menyerahkan semua sumber alam dan sumber ekonomi kepada negara untuk diagihkan
sama rata kepada rakyat.

Di bawah sistem sosialisme, hak milik kerajaan ke atas sumber dihadkan kepada tanah dan
modal yang digunakan secara besar-besaran. Industri-industri besar dimiliki dan dikawal oleh
negara manakala kebanyakan perniagaan kecil dimiliki oelh individu.

Secara umumnya, individu dalam sebuah negara sosialis memiliki dan menguasai lebih
banyak harta berbanding dengan individu di bawah sistem komunisme tetapi sangat kurang
berbanding dengan milik individu di bawah sistem kapitalisme.
Oleh kerana di bawah sistem sosialisme banyak industri dimiliki dan dijalankan oleh negara,
maka kebebasan menjalankan aktiviti hanya terdapat dalam kerja-kerja yang dijalankan oleh
persendirian. Para pekerja masih bebas memiliki pekerjaan, namun begitu peluang untuk menjadi
ahli perniagaan dan mencari keuntungan sangat kecil berbanding dengan sistem kapitalisme.

3. Komunisme
17

Sosialisme berjuang untuk mengembalikan kuasa ekonomi kepada golongan proliter secara
demokrasi dan sederhana. Walau bagaimanapun sehingga menjelang perang Dunia Ke-2 (19401945) ia kurang berkesan mencapai matlamatnya. Pendekatan baharu menggunakan kekerasan
dicadangkan iaitu dikenali sebagai komunisme. Ianya mendapat sambutan di Barat sesudah
kegagalan sosialisme dalam revolusi Perancis, yang bermotokan persamaan (equality),
kemerdekaan (liberty) dan persaudaraan (fretinity).
Sistem komunis merupakan satu sistem ekonomi sosialis yang radikal dan satu doktrin politik
yang diasaskan oleh Karl Marx. Menerusi sistem ini, semua tanah dan modal sama ada yang asli
atau buatan manusia, berada di tangan negara sepenuhnya. Rakyat akan menerima pendapatan
menurut keperluan mereka, bukan mengikut kebolehan mereka.
Sebenarnya tidak ada perbezaan pokok antara fahaman sosialis dengan komunisme. Guru bagi
kedua fahaman tersebut adalah Karl Marx. Tujuan utama penganjur sosialisme ialah untuk
menegakkan kerajaan dictator oleh sosialis: Karl Marx mengarahkan agar semua komunis
mestilah bekerja untuk mengasaskan fahaman sosialisme.
Oleh itu penganjur komunis Rusia telah menamakan negara mereka Union of Soviet sosialist
Republic bukannya Union of Soviet Communist Republic. Dalam The Communist Manifesto
Karl Marx menyatakan bahawa revolusi proletariat akan mengasaskan pemerintahan diktator
pekerja-pekerja sosialis.
Tujuan ekonomi Komunisme ialah:
i.
ii.
iii.

Menghapuskan semua hak milik persendirian.


Menghapuskan unit keluarga.
Menghapuskan segala agama.

Ekonomi Campuran
Di samping itu ada juga sistem klon yang lahir dari sistem-sistem tersebut yang disebut
sebagai ekonomi campuran. Sebenarnya sistem ekonomi konvensional tidak ada sebarang sistem
ekonomi yang tulen. Dalam sistem komunis ada juga cirri-ciri kapitalis.
Di Rusia para petani dibenarkan bercucuk tanam di atas tanah mereka di halaman rumah dan
memiliki hasilnya. Mereka juga dibenarkan memiliki beberpaa ekor ternakan seperti ayam, babi
18

dan biri-biri. Setengah-setengah negara seperti di Afrika dan Timur Tengah membentuk sistem
campuran bebas dan sosialisme.
Di bawah sistem ekonomi campuran, hakmilik harta boleh berubah dari hak milik individu
secara mutlak kepada hakmilik negara sepenuhnya. Nisbah di antara satu sama lain mungkin
berubah dengan perkembangan ekonomi itu.
Cara bagaimana sesebuah perusahaan itu dimulakan juga berbeza. Perusahaan kecil-kecilan
mungkin dibiarkan kepada individu manakala perusahaan yang lebih besar menjadi hak milik
negara dan dijalankan oleh negara. Malaysia mempunyai sistem ekonomi campuran yang
terbuka, berorientasikan eksport dan bergantung kepada mekanisma harga serta pasaran.
Ciri-Ciri Ekonomi Konvesional :
a) Sistem ekonomi yang terpisah daripada agama. Ianya lahir berdasarkan pemikiran
manusia yang boleh berubah pada bila-bila masa berdasarkan pengalaman atau maklumat
yang baru.
b) Berlandaskan kepada kebebasan individu dalam pelbagai aspek, termasuklah kepentingan
modal dan sistem tawaran juga permintaan.
c) Mementingkan pengumpulan modal dan harta dengan mengetepikan nilai halal atau
haram.
d) Berunsurkan amalan riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (pertaruhan).
e) Mementingkan kekayaan material semata-mata dan mengikis sifat tolong-menolong.
f) Mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hak asasi orang lain.
Unsur-Unsur Yang Tidak Ada Dalam Sistem Ekonomi Islam Tetapi Ada Dalam Sistem
Konvensional
UNSUR TANAJUSY
Al-Tanajusy merujuk kepada suatu persepakatan sulit antara penjual dengan seorang pembeli
pasaran supaya menunjukkan keinginan membeli dengan harga lebih tinggi sedangkan
sebenarnya pembeli tidak mahu membeli barangan berkenaan.
UNSUR GHARAR

19

Gharar merujuk kepada ketidakpastian. Dalam jual beli ia merujuk kepada barangan yang
tidak pasti wujud, harga yang tidak pasti, penipuan harga dan penipuan sifat jualan. Fiqh Islam
menolak jual beli yang mempunyai sifat gharar.
UNSUR TADLIS AL AIB
Tadlis al-aib bermaksud menyembunyikan kekurangan-kekurangan (kecacatan) yang
diketahui ada pada sesuatu yang dijual dari pengetahuan satu pihak lagi dalam kontrak. Kontrak
mestilah bersih dari unsur ini supaya pembeli benar-benar membeli berasaskan pertimbangan
sendiri.
UNSUR AL- GHABNU AL- FAHISY
Alghabnu bermaksud kurang. Dalam kontrak al-muawadhah al-maliah (pertukaran pemilikan
harta) al-ghabnu boleh berlaku sama ada dari pihak penawar atau pihak penerima kontrak.
UNSUR GHALAT
Ghalat bermaksud kesilapan, namun bukan semua ghalat dianggap mencacatkan pasaran.
Ghalat yang dianggap tidak negative ialah ghalat fi nafsi al-aqid yang bermaksud kesilapan
kerana pertimbangan salah diri pihak yang berkontrak. Ghalat yang mesti dipastikan tidak wujud
ialah ghalat wadhihah (kesilapan amat nyata).
SISTEM EKONOMI ISLAM AR-RAHNU
Di Malaysia, sistem ekonominya terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi kapitalis dan
sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan secara menyeluruh pada tahun
1983 dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kini sistem ekonomi yang
berteraskan Islam ini mula mendapat perhatian masyarakat, pelbagai produk kewangan telah
diperkenalkan antaranya ialah takaful, al-Wadiah, Mudharabah dan ar-Rahnu.
Konsep pajak gadai Islam atau ar-Rahnu adalah satu sistem yang diperkenalkan pada tahun
1993. Kehadirannya mendapat perhatian masyarakat sama ada Islam dan bukan Islam. Justeru,
kaedah pengaplikasian skim tersebut adalah mengikut syariat. Firman Allah S.W.T :
Maksudnya; dan jika kamu dalam musafir sedang kamu tidak dapat
20

seorang penulis maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang.


Tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain ,
hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya dan hendaklah
bertaqwa kepada Allah. Dan janganlah kamu sembunyikan kesaksian
kerana barang siapa yang menyembunyikannya sungguh hatinya
kotor (berdosa) dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
( Surah al-Baqarah 2: 283 )

Terdapat dua hadis yang berkaitan dengan sistem ini:


Dalam Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn)
diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abu Syahmi atas pinjamannya sebanyak
30 sha gandum untuk keluarganya.Dalam Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: Dari Aisyah r.a
yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang di
hutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya
Di atas kesedaran itu, sistem Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardu
Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Antara tujuan
utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan
oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Skim ini memberikan kemudahan
alternatif kepada kemudahan pinjaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada
peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah.
Ar-Rahnu beroperasi berdasarkan dua konsep iaitu:
a) Ar-Rahnu yang merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan
sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya
hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
b) Al Wadiah Yad Dhamanah yang merujuk kepada simpanan barang berharga dengan
jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
21

Antara kelebihan Ar Rahnu kepada umat Islam ialah:


1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman
yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam
perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di
mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang
menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan
oleh Islam.
2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah
serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang
kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit
daripada sebelum digadai.
3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang
ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau
dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan
melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai
pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana,
penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan
kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau
dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada
di pihak penerima gadaian.
5. Caj Perkhidmatan Yang Rendah
Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn
melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai
Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan

22

ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau
meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku
semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur
penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan
kepada pemberi gadaian.

7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah


Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan
pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah
dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima
pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang
kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi
gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang
gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka
telah habis.
9.

Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya


Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta
Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian
berkenaan. Dalam Ar Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang
sepatutnya dengan barang gadaian yang di gadai oleh penggadai.

Ciri-Ciri Sistem Ar-Rahnu


Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan Lesam Islam.
Ianya berkonsepkan fardu kifayah; iaitu membantu Lesame umat yang memerlukan
pertolongan.

23

Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi pinjaman yang mana
ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak.
Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak
membebankan peminjam.
Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan barang gadaian tersebut
dengan baik.
Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga semasa barang gadaian
(kebiasaannya barang gadaian ialah emas).
SUMBER RUJUKAN

Internet:
http://www.jawhar.gov.my/index.php/ms/pelbagai/artikel-pilihan/211-kepentingansistem-ekonomi-islam-terhadap-masyarakat
http://studentsrepo.um.edu.my/107/9/BAB_6.pdf
http://tarbiyahcj.blogspot.com/2006/01/sistem-ekonomi-islam-dan-sistem.html
http://www.usahawan.com/umum/sistem-pajak-gadai-islam-ar-rahnu.html
http://laman-seri.blogspot.com/2011/06/ar-rahnu-pinjaman-tanpa-faedah.html
http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/perbandingan-sistem-ekonomi-baratdengan-sistem-ekonomi-islam/

24

LAMPIRAN

Unsur Riba ditegah dalam Islam.


Antara prinsip ekonomi Islam.

Dinar Emas digunakan pada zaman


dahulu.

Ekonomi Islam berpaksi kepada Keadilan.

25

Ar-

Rahnu membantu
perkembangan
ekonomi umat
Islam.

Ekonomi Islam melahirkan masyarakat bahagia.


KESIMPULAN
Perekonomian sebagai salah satu sendi kehidupan yang penting untuk membawa manusia
kepada satu cara hidup yang tersusun. Sistem ekonomi Islam atau dikenali sebagai muamalat
adalah suatu sistem yang mantap kerana berdasarkan wahyu yang jelas dari Yang Maha Berkuasa
iaitu Allah swt. Maksud ekonomi yang berasal daripada bahasa greek iaitu [aikos] yang
bermaksud rumah, dan [nemo], yang bermaksud peraturan, (iaitu pengurusan rumah tangga)
merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk
memenuhi keperluan manusia.
Sistem Ekonomi yang diguna pakai kebanyakan masyarakat di zaman ini adalah sistem yang
tidak berteraskan syariat Islam iaitu sistem ekonomi konvensional ataupun lebih dikenali dengan
nama sistem Kapitalis. Sistem kapitalis inilah yang paling meluas di gunakan pada masakini.
Sistem ekonomi ini juga dikenali sebagai sistem perusahaan bebas.
Melalui sistem ini, setiap individu adalah berhak untuk menggunakan dan mengawal barangbarang ekonomi yang diperolehinya, mencegah orang lain daripada menggunakan barang itu dan
memutuskan bagaimana barang-barang itu perlu digunakan selepas kematian. Dalam hal ini,
setiap individu mahupun organisasi adalah bebas untuk mengaut segala hasil ataupun keuntungan
dengan menggunakan apa jua cara sekalipun sama ada mengikut peraturan atau tidak.
Banyak manfaat dan kelebihan yang masyarakat akan dapat nikmati melalui pengamalan
sistem ekonomi Islam dan seterusnya mengenepikan sistem konvensional yang menindas
masyarakat dan cuma menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja. Justeru, menjadi
tanggungjawab kita sebagai umat Islam bagi melaksanakan dan menjalankan kegiatan ekonomi

26

berteraskan syariat Islam dan dapat menunjukkan bahawa Islam ini sebagai satu cara hidup yang
terbaik untuk manusia.

Melaksanakan sistem ekonomi Islam adalah salah satu tuntutan dalam syariat Islam. Ianya
sangat penting bagi meningkatkan sosio ekonomi umat Islam khususnya dan umat manusia
umumnya. Dengan terlaksananya sistem ekonomi Islam, maka kehidupan manusia akan lebih
tersusun dan terjamin tanpa ada sebarang penindasan dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
Islam akan menjamin kehidupan umat Islam dan juga bukan Islam. Islam amat menitik berat soal
keadilan dalam semua perkara, dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba,
penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk
penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu.
Oleh itu, marilah kita sama-sama melaksanakan tuntutan ini dengan membuat perubahan ke
arah yang lebih baik dan betapa pentingnya untuk kita melaksanakan sistem ekonomi berteraskan
tuntutan syariat.

27

Anda mungkin juga menyukai