Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara menghormati ibu bapa.

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita
tidak akan lahir ke dunia ini.
Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak mulia
akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang lain,
bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-anak yang berakhlak mulia juga akan
sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian, sudah tentu akan
menggembirakan hati ibu bapa.
Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguhsungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang
cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita gembira
serta memperoleh masa depan yang lebih cerah.
Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka dengan
melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah dan sebagainya.
Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu menggembirakan hati
mereka.
Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka. Bercakap
dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat,
mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka antara contoh kita
menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anakanak.
Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita sentiasa
gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua
ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.

Anda mungkin juga menyukai