Anda di halaman 1dari 5

SISTEM IMUN: SATU GAMBARAN RINGKAS

Sistem imun membentuk sistem pertahanan badan terhadap bahan asing seperti mikroorganisma
(bakteria, kulat, protozoa, virus dan parasit), molekul-molekul berpotensi toksik, atau sel-sel tidak
normal (sel terinfeksi virus atau malignan). Sistem ini menyerang bahan asing atau antigen dan juga
mewujudkan peringatan tentang kejadian tersebut supaya pendedahan yang berkali-kali terhadap
bahan yang sama akan mencetuskan gerak balas yang lebih cepat dan tertingkat. Keimunan merujuk
kepada keupayaan sesuatu individu yang telah sembuh dari sesuatu penyakit untuk kekal sihat
apabila terdedah kepada penyakit yang sama untuk kali kedua dan seterusnya. Imunologi ialah
cabang bidang perubatan yang berkaitan dengan gerak balas tubuh terhadap antigen. Pengimunan
atau pemvaksinan menjana keupayaan untuk bertahan terhadap sesuatu penyakit tanpa
mendedahkan tubuh kepada penyakit tersebut. Apabila sistem imun cacat, tertekan atau gagal,
seperti dalam Sindrom Kurang Daya Tahan (AIDS) dan penyakit-penyakit kurang keimunan,
kesannya ialah jangkitan yang teruk atau boleh membawa maut.
Suatu ciri asas sistem imun ialah keupayaan untuk membezakan bahan-bahan yang wujud secara
semula jadi atau normal (diri) dari bahan-bahan atau agen-agen yang masuk ke dalam tubuh dari
luar (bukan diri) dan menghasilkan gerak balas terhadap bahan bukan diri sahaja. Ketidakwujudan
khusus suatu gerak balas terhadap diri dikenali sebagai toleransi. Peri pentingnya keupayaan untuk
membezakan (mendiskriminasi) antara diri dan bukan diri, serta toleransi diri, ditunjukkan dalam
penyakit-penyakit autoimun, apabila fungsi-fungsi tersebut gagal. Penyakit-penyakit ini terhasil
apabila bahan normal tubuh dicam sebagai asing dan gerak balas imun dihasilkan terhadap bahanbahan tersebut. Walau bagaimananpun, sistem imun lazimnya amat berkesan membezakan antara
diri dan bukan diri.
SEJARAH IMUNOLOGI: Orang-orang pada abad ke-15 mengamalkan menghidu bahan-bahan
dari parut pesakit cacar (smallpox) untuk memperolehi keimunan. Walau bagaimanapun inokulasi
bahan yang masih aktif didapati amat merbahaya. Edward Jenner membuat cerapan bahawa
individu yang dihinggapi cowpox amat jarang dihinggapi smallpox. Pada 1796 Jenner mengaruh
cowpox pada seorang kanak-kanak dan kemudian cuba menginfeksi beliau dengan smallpox tetapi
keimunan yang diaruh oleh virus cowpox didapati berkesan terhadap smallpox. Louis Pasteur
menunjukkan pada 1879 kultur bakteria kolera ayam yang dibiarkan lama telah hilang keupayaan
untuk menyebabkan penyakit, dan kultur yang baru tidak dapat menyebabkan penyakit pada ayam
yang telah didedahkan kepada kultur lama. Pendedahan kepada mikrob yang mati atau telah
dilemahkan ke dalam tubuh untuk membentuk keresistanan dipanggil pemvaksinan (vaccination).
Pemvaksinan digunakan terhadap penyakit-penyakit jangkitan bakteria seperti kolera, difteria,
tetanus, tifoid, batuk kokol dan jangkitan virus seperti hepatitis B, measles, mumps, poliomielitis,
rabies dan demam kuning.
Kerja-kerja Jenner dan Pasteur merupakan titik permulaan bidang imunologi secara saintifik. Paul
Ehrlich mencadangkan teori keimunan humor yang menekankan peranan antibodi, iaitu proteinprotein yang dihasilkan oleh sel-sel dan dibebaskan ke dalam darah, sebagai agen utama keimunan.
Elie Metchnikoff, mencadangkan teori keimunan perantaraan sel, di mana fagosit-fagosit
memainkan peranan utama mengesan bahan asing termasuk organisma menginfeksi. Kini diketahui
kedua-dua teori adalah betul.
FUNGSI SISTEM IMUN: Sistem imun adalah perlu untuk kemandirian kerana ia membekalkan
keupayaan untuk sembuh dari penyakit serta keimunan yang melindungi untuk masa yang lama.
Dalam keadaan biasa apabila sistem imun terdedah kepada organisma asing ia bertindak-balas
dengan menghasilkan antibodi dan rangsangan limfosit spesifik-antigen, yang membawa kepada
pemusnahan mikroorganisma dan peneutralan produk-produk toksik (toksin). Suatu fungsi penting

seperti pada lesi-lesi terinfeksi atau tempattempat di mana berlaku gerak balas autoimun. Antibodi menyebabkan peneutralan atau lisis organisma luar sel seperti bakteria. sel-sel malignan atau sel-sel individu lain dari spesies yang sama. Sel-sel plasma. kerana ini membolehkan sel-sel tersebut mencari antigen-antigen yang masuk ke dalam tisu. diabetes dan penyakit Graves. Kehadiran limfosit pada bilangan yang tinggi dalam tisu bukan limfa ialah penunjuk terdapatnya gerak balas imun setempat. Proteinprotein ini tergolong dalam sistem yang dipanggil kompleks kehistoserasian utama (Major histocompatibility complex. Reseptor pada permukaan sel B ialah imunoglobulin (atau antibodi). Ada dua kelas sel T: sel T penolong dan sel T sitotoksik. Asal usul selsel NK tidak pasti tetapi sel-sel ini mampu memusnahkan sel tumor dan sel terinfeksi virus secara spontan tanpa aruhan spesifik. Kebanyakan limfosit berkitar antara tisu limfa dan saluran darah. Daya gerakan (mobility) merupakan satu aspek penting kelakuan limfosit. Ini dilakukan dengan pemusnahan sel terinfeksi virus atau pengaktifan makrofaj untuk meningkatkan potensi bakterisidnya oleh sel T. SEL DAN TISU: Sistem imun terdiri dari jenis gerak balas umum. Sel-sel ini juga boleh memusnahkan sel-sel yang diselaputi antibodi spesifik. gerak balas perantaraan antibodi dan perantaraan sel. antigen perlu dicam oleh reseptor khusus pada permukaan sel. mempunyai penanda-penanda protein pada permukaan luar yang memberi isyarat kepada sistem imun supaya memusnahkannya. Sel T penolong mengaktifkan limfosit lain. Berbeza dari antibodi. limfosit T (sel T) berkembang dalam timus. Reseptor sel T hampir serupa seperti tetapi tidak seiras dengan antibodi. limpa dan tisu limfa mukosa. Kedua-dua sel T penolong dan sitotoksik terlibat dalam keimunan perantaraan sel seperti yang berlaku untuk pemusnahan organisma intrasel seperti virus dan bakteria yang boleh memandiri dalam makrofaj. merembeskan antibodi yang beredar dalam saluran darah atau dirembeskan pada permukaan mukosa usus dan saluran pernafasan. Tindak balas seperti ini terhadap bahan-bahan asing yang lazimnya tidak berbahaya boleh menyebabkan kesan-kesan teruk seperti anafilaksis dan maut. Sel-sel ini terdiri dari limfosit bersaiz besar. Gerak balas ini boleh menyebabkan prosesproses patologi semasa infeksi dan keautoimunan. mengandungi berbagai granul sitosplasma. yang menginfeksi sel T penolong. Sel B terlibat terus dalam penghasilan antibodi. yang berasal dari sel B. Untuk mengaktifkan limfosit. sel-sel normal disalahcam sebagai asing atau tidak normal. Satu kumpulan kecil limfosit yang bukan sel B atau sel T dipanggil sel pembunuh semula jadi atau sel-sel NK (natural killer cells). Terdapat dua jenis limfosit yang berkembang dalam organ limfa primer yang berbeza: Limfosit B (sel B) berkembang dalam sum-sum tulang. dari darah sel-sel ini juga masuk ke kawasankawasan di mana berlaku keradangan (inflammation) dan bertindak-balas dengan antigen mikrob yang menyebabkan infeksi. dengan merembeskan bahantara protein larut yang dipanggil sitokina (atau limfokin). Sel-sel yang menghasilkan respons kepada antigen ialah limfosit. myasthenia gravis. Dalam sesetengah kes. Limfosit B dan T matang terdapat dalam organ limfa sekunder atau periferi seperti buku limfa. Satu lagi kumpulan protein permukaan yang berinteraksi . Sel-sel terinfeksi virus. Istilah kehiperpekaan atau alergi digunakan apabila gerak balas imun menyebabkan kerosakan tisu dan membahayakan hos. Sel T sitotoksik memusnahkan sel sasaran seperti sel terinfeksi virus atau sel tumor. termasuk sel B dan sel T sitotoksik. Molekul CD4 juga penting sebagai reseptor untuk HIV. dan terdapat terutamanya dalam limpa serta peredaran. virus bebas dan parasit atau membantu fagositosis organisma tersebut oleh neutrofil dan makrofaj. di mana gerak balas imun diaruh. reseptor sel T hanya terdapat pada permukaan sel dan tidak dirembeskan.sistem imun ialah mengawasi sel-sel tubuh supaya ia tidak abnormal. Sistem imun mungkin menghasilkan antibodi dan mengaktifkan limfosit terhadap sel-sel tersebut menyebabkan penyakit-penyakit autoimun seperti lupus eritematosus. Sel T terlibat dalam keimunan perantaraan sel. MHC). serta makrofaj. Sel-sel ini juga beredar dalam saluran darah. Gerak balas imun kadangkala boleh memudaratkan. Kedua-dua jenis sel T ini boleh dibezakan berdasarkan kehadiran penanda permukaan yang dipanggil CD4 (pada sel T penolong) dan CD8 (pada sel T sitotoksik).

Kompleks MHC-peptid ini kemudian dicam oleh reseptor sel T penolong. Dalam gaya yang sama. yang boleh bertindak dengan antigen pada pendedahan seterusnya.dengan antigen ialah molekul MHC. Sel-sel ingatan merupakan sel-sel tersedia untuk rangsangan kali kedua apabila antigen yang sama didedahkan sekali lagi. Ini paling ketara untuk antigen-antigen diri tetapi boleh juga dihasilkan terhadap antigen bukan diri terutamanya jika antigen-antigen tersebut didedahkan kepada janin yang mempunyai sistem imun belum matang atau anak yang baru lahir. Protein MHC terdapat dalam dua jenis. molekul MHC kelas I dan kelas II. Ini ialah gerak balas imun primer. gerak balas sekunder berlaku dan gerak balas ini adalah lebih cepat. kemudian mengekspres pecahan peptid dari antigen tersebut pada permukaan sel tergabung pada lekuk molekul MHC kelas II. sel tersebut dicetus menjalani proliferasi dan pembezaan (proliferation and differentiation). oleh kerana semua reseptor pada sesuatu limfosit mempunyai tapak pergabungan antigen yang serupa. Pada peringkat awal dalam organ-organ yang menjana limfosit. GERAK BALAS IMUN: Apabila antigen asing diperkenalkan ke dalam tubuh untuk kali pertama. Langkah-langkah yang berlaku semasa antigen protein dicuraikan kepada peptid yang tergabung kepada molekul MHC untuk pengcaman sel T dikenali sebagai pemprosesan dan persembahan antigen (antigen processing and presentation). Gerak balas sekunder ialah ungkapan fenomenon ingatan imunologi (immunological memory). ini bermakna sistem imun terdiri dari banyak klon-klon limfosit yang berbeza. tetapi sel T hanya mengcam antigen pada permukaan sel lain dalam bentuk peptid tergabung kepada molekul MHC. Oleh kerana setiap individu mampu menghasilkan respons terhadap bilangan antigen yang amat tinggi. Dalam keadaan tertentu antigen tidak mengaruh gerak balas imun tetapi sebaliknya menghasilkan keadaan tak responsif spesifik atau toleransi. dan klon sel T menjadi sel T penolong atau sitotoksik dengan fungsi keimunan perantaraan sel. Oleh itu. Oleh yang demikian gerak balas sekunder adalah lebih cepat dan berkesan berbanding gerak balas primer. setiap satu limfosit hanya boleh mengcam dan menghasilkan respons terhadap satu antigen. Protein-protein MHC bergabung dengan peptid yang berasal dari antigen protein. lebih tinggi dan tahan lebih lama. Klon sel B membeza menjadi sel plasma penghasil antibodi spesifik. menelan dan menjalankan pencuraian separa ke atas protein asing. Selepas suatu antigen bergabung dengan reseptor-reseptor spesifik pada limfosit T atau sel B. gerak balas imun lazimnya mengambil masa 7-14 hari untuk mencapai kemuncak dan lazimnya gerak balas ini tidak tinggi dan berakhir dalam masa yang singkat. Sel T penolong mengcam peptid pada molekul MHC kelas II tetapi sel T sitotoksik mengcam peptid pada molekul MHC kelas I. Dalam populasi limfosit taburan tapak-tapak reseptor terdapat secara klonal. Sel-sel lain dalam kedua-dua klon sel B dan sel T membentuk sel-sel ingatan (memory cells) yang berusia panjang. akan wujud dalam individu tersebut bilangan sel T dan sel B spesifik yang tinggi. Antigen akan memilih sel B dan sel T spesifik antigen yang betul (sesuai) dari populasi yang besar ini. Pergabungan ini berlaku pada "lekuk" pergabungan khusus. Tujahan teori ini adalah seperti berikut: sesuatu antigen asing tertentu bergabung dengan limfosit-limfosit tertentu yang mempunyai reseptor khusus yang boleh berinteraksi dengan antigen tersebut. yang dikodkan oleh gen-gen MHC. Tetapi jika antigen yang sama diperkenalkan untuk kali kedua. Sel-sel anak membentuk klon-klon yang lebih besar. Pada peringkat induksi gerak balas imun. sel-sel yang boleh bertindak-balas dengan penentu (antigen) diri dihapuskan oleh kematian sel terprogram . dan isyarat-isyarat lain yang diperlukan telah dibekalkan. sel-sel spesifik mempersembahkan antigen. Prinsip-prinsip sel yang menjadi asas pengcaman dan gerak balas imun diterangkan melalui teori pemilihan klon yang dikemukakan oleh MacFarlane Burnet pada 1959. teori pemilihan klon mencadangkan dalam keadaan tertentu pergabungan dengan antigen menyebabkan kematian limfosit spesifik dan tidak membawa kepada proliferasi. apabila sesuatu individu telah pernah menjana gerak balas primer terhadap sesuatu antigen. Sel B boleh mengcam antigen dalam apa bentuk pun. sel T sitotoksik mengcam pecahan peptid dari virus yang dipersembahkan tergabung dengan molekul MHC kelas I pada permukaan sel terinfeksi virus. Untuk menerangkan toleransi.

iaitu IgG.(programmed cell death) (apoptosis). terdapat terutamanya dalam serum. Setiap satu kelas mempunyai ciri-ciri biologi dan fungsi berbeza. Ini terhasil dari kerjasama antibodi dengan pelengkap atau sel NK. 5 dan 6 yang menyebabkan sel B membahagi dan membeza selepas bergabung dengan antigen. neutrofil) menelan bakteria atau menyebabkan lisis organisma dan sel terinfeksi. Antibodi membanteras infeksi melalui berbagai cara. Limfosit dalam organ limfa sekunder boleh dinyahaktifkan tanpa pemusnahan. Keperluan sel T penolong menerangkan mengapa penghasilan antibodi berkurangan dalam penyakit AIDS. Antibodi ini bergabung dengan permukaan sel-sel mast yang terdapat berhampiran saluran darah. Sel B penghasil antibodi yang terdapat di kawasan-kawasan ini menghasilkan molekul IgA dimer. seperti dalam peneutralan toksin dalam peredaran atau penyasaran (targetting) dadah dan radioisotop kepada sel kanser. yang dipanggil interleukin (IL) 4. Antibodi juga membantu sel-sel fagosit (makrofaj. Input dari sel T penolong lazimnya diperlukan untuk sel B berkembang menjadi sel plasma penghasil antibodi. Antibodi monoklon adalah tulen. IgG merupakan satu-satunya imunoglobulin yang boleh melintas plasenta. virus atau kulat yang telah memasukki badan. IgD dan IgE. Organisma ataupun toksin-toksin yang dihasilkan boleh dineutralkan oleh antibodi yang menghalang bahan-bahan tersebut dari bergabung kepada sel. serta cecair dalam badan. Sistem pelengkap terdiri dari satu set protein plasma yang apabila diaktifkan dalam urutan yang betul membentuk laluan (lobang) pada membran sel sasaran dan membawa kepada kematian sel. Dalam bidang perubatan dan penyelidikan antibodi monoklon banyak digunakan. Antibodi tergolong ke dalam kumpulan protein yang dipanggil imunoglobulin (Ig). IgA. dan dihasilkan oleh sel hibrid yang dibentuk dari perlakuran sel B dan sel tumor dalam kultur. Keseluruhannya. IgA merupakan benteng terhadap organisma patogen dalam usus. Sel T penolong menghasilkan protein-protein larut. ANTIBODI DAN PENGHASILANNYA: Antibodi merupakan molekul-molekul dalam plasma yang berfungsi mengcam dan bergabung dengan antigen asing. Dalam manusia. . yang diangkut melintasi selaput epitelium dan dirembeskan pada permukaan mukosa. Amat sedikit IgD dirembeskan. homogen. saluran pernafasan dan saluran urogenital. IgD beroperasi bersama IgM sebagai reseptor untuk antigen pada permukaan sel B. oleh itu penting untuk pertahanan bayi baru lahir terhadap infeksi bakteria dan virus. IgM ialah imunoglobulin bersaiz paling besar dan terdiri dari lima unit yang digabungkan. di mana sel T penolong dimusnahkan oleh infeksi HIV. IgM dan pelengkap amat efisyen memusnahkan bakteria Gram negatif atau parasit protozoa yang telah memasukki saluran darah. IgG merupakan antibodi yang paling banyak. IgM. dan oleh yang demikian mencegah penyakit setempat atau patogen dari merebak ke bahagian tubuh yang lain. IgA rembesan menghalang pergabungan bakteria dan virus kepada epitelium. Histamina dan bahan-bahan lain yang dibebaskan oleh sel mast menyebabkan gejala-gejala yang dikaitkan dengan tindak balas alergi. Pelengkap juga menyebabkan gerak balas keradangan apabila diaktifkan. Terdapat lima kelas imunoglobulin berdasarkan perbezaan struktur. Sel-sel ini mengandungi granul-granul yang terdiri dari histamina dan bahantara keradangan lain dan bahan-bahan ini dibebaskan dengan cepat apabila partikel-partikel seperti debunga atau bulu haiwan bergabung dengan molekul IgE yang tergabung pada permukaan sel mast. atau sitokina. IgE boleh mencetuskan tindak balas alergi cepat seperti asma (lelah). Antibodi monoklon boleh digunakan untuk diagnosis dan terapi. IgG adalah benteng pertahanan penting terhadap bakteria. IgA adalah antibodi yang banyak di dalam tubuh. IgM ialah kelas antibodi yang dihasilkan paling awal dalam gerak balas primer dan ia merupakan pengaktif sistem pelengkap yang efisyen.

Sel T juga meningkatkan keimunan terhadap parasit dengan mengaruh penghasilan sel mast. termasuk bakteria intrasel. Sel T dari cedung hanya boleh menyerang hos jika sistem imun hos tidak sempurna. Mekanisme-mekanisme yang terlibat termasuk lisis sel terinfeksi virus melalui persentuhan terus dengan sel T sitotoksik. kemudian gelap dan akhirnya gugur. umpamanya ujian tuberkulin dan mumps. Tambahan lagi. sama ada disebabkan oleh penyakit atau dadah-dadah penekan keimunan yang diberikan kepada hos untuk mencegah penolakan. Antigen-antigen cedung yang paling kuat ialah molekul-molekul kompleks kehistoserasian utama. terdapat antigen-antigen kehistoserasian minor yang boleh menyebabkan tindak balas penolakan yang lemah. Kebarangkalian individual tak berkaitan seiras pada MHC dan dengan itu menerima cedung secara spontan ialah 1 dalam 400. IgE dan eosinofil dengan menghasilkan 1L-3 dan 1L-5 serta membantu penghasilan antibodi secara umum. Sebaliknya. Oleh itu. Satu risiko besar pemindahan tisu yang mengandungi limfosit ialah tindak balas cedungmelawan-perumah (graf-versus-host. Dadah FK506 kini sedang dicuba terutamanya dalam cedung hati. Dalam masa beberapa hari cedung tersebut menjadi merah. Satu lagi jenis sel yang terlibat dalam KPS ialah sel pemusnah teraktif limfokin (lymphokine-activated killer cells. Sel T juga bertanggungjawab memusnahkan sesetengah sel-sel tumor. Sel T memperantarakan tindak balas kehiperpekaan tertangguh. jika kulit dicedungkan dari satu bahagian ke bahagian lain pada tubuh seseorang. sel T juga melisiskan secara terus sel-sel terinfeksi atau tak normal. . Sel-sel LAK diaruh untuk memusnahkan sel-sel tumor setelah diaktifkan oleh 1L-2 yang dihasilkan oleh sel T penolong. akan merosakkan organ-organ penting seperti jantung dan ginjal.KEIMUNAN PERANTARAAN SEL (KPS): Gerak balas kerimunan perantaraan sel (KPS) dikawal oleh sel T. Limfosit yang dipindahkan menyerang semua tisu hos. dan pengaktifan makrofaj melalui penghasilan interferon oleh sel T penolong. LAK cells) yang juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor. cedung itu diterima. tubuh lazimnya akan menolak cedung (graf) asing. yang merencat sintesis sitokina. kerana ia kurang toksik berbanding siklosporin. yang menghalang pertumbuhan sel lalu mengurangkan proliferasi sel T dan prednison. GVH merupakan suatu masalah besar apabila sum-sum tulang dipindahkan kepada penerima yang tidak imunokompeten. KEIMUNAN CEDUNG: Apabila kulit diambil dari seorang penderma dan dicedungkan kepada penerima. yang menghalang pengaktifan sel T melalui perencatan penghasilan 1L-2 dan azathioprine. KPS juga menyebabkan penolakan cedung (graf) tisu. GVH). yang menghasilkan sitokina untuk mengaktifkan limfosit. Sel T memainkan beberapa fungsi dalam KPS. granulosit dan sel-sel sum-sum tulang. serta terlibat dalam kepekaan sentuh (contact dermatitis). Antigen-antigen utama yang dicam pada tisu dalam penolakan cedung ialah antigen-antigen MHC. kulat dan virus. Ia berlaku kerana wujud perbezaan antigen antara tisu individu berlainan. Tindak balas-tindak balas seperti ini memainkan peranan penting dalam pembentukan lesi-lesi patologi dalam penyakit-penyakit seperti tuberkulosis dan mumps. kulat atau virus. dan jika tidak dirawat dengan berkesan. sel T sitotoksik berpindah masuk ke dalam tisu hos (penerima) dan memusnahkan sel. Pada masa kini gabungan terapi yang piawai terdiri dari siklosporin. seperti yang terhasil semasa ujian kulit untuk mengesan keimunan terhadap penyakit-penyakit jangkitan bakteria. atau dari satu kembar seiras kepada kembarnya. makrofaj. Penolakan cedung ialah suatu gerak balas imun. Salah satu fungsi utamanya ialah pertahanan terhadap mikroorganisma yang memandiri dan berganda dalam sel. kejayaan pencedungan bergantung kepada keupayaan untuk mencegah penolakan organ. Dalam penyakit GVH. Pesakit-pesakit diberikan dadah yang bertindak menghalang respons sel T yang terlibat dalam penolakan cedung.