Anda di halaman 1dari 1

Hari Raya hari mulia

,
Tangan dihulur maaf dipinta;
Bertambah meriah bertambah bermakna,
Andai dadah tak disalah guna.
Bunga popi merah menyala,
Dituai penjarah perosak bangsa;
Harus jauhi dadah durjana,
Keberkatan Aidilfitri lebih terasa.
Dituai penjarah perosak bangsa,
Dibawa orang ke serata dunia;
Hari Raya disambut mesra,
Tanpa Syabu, Ecstacy, Ice dan Ganja.
Dibawa orang ke serata dunia,
Singgah sebentar di Kota Bangkok;
Maaf dipinta di hari mulia,
Jangan disentuh alkohol dan rokok.
Singgah sebentar di Kota Bangkok,
Melihat teruna menjamu selera;
Jangan disentuh alkohol dan rokok,
Tak sia-sialah ibadah puasa.
Melihat teruna menjamu selera,
Tapai beras adunan si dara;
Tak sia-sialah ibadah puasa,
Bersama banteras musuh negara.