Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Inflasi ialah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh sesebuah negara,terutamanya
negara yang mengamalkan ekonomi pasaran bebas.Inflasi merupakan fenomena kenaikan
harga secara menyeluruh dan berterusan dalam pasaran, Mansor Jusoh (1990). Manakala
kadar inflasi pula diukur berdasarkan perubahan indeks harga pengguna sesebuah negara dan
pada masa tertentu. Pada tahun 1960-an, kadar inflasi berada dalam lingkungan 2 peratus.
Jika kadar inflasi melebihi nilai tersebut, maka ekonomi dianggap mendesak. Purata
pergerakan kadar inflasi Malaysia mencatatkan nilai sebanyak 3 peratus kecuali pada tahun
2008 iaitu sebanyak 5 peratus.Kadar inflasi yang semakin meningkat memberi impak yang
besar kepada kuasa beli penduduk dan mempengaruhi struktur dan perkembangan ekonomi
sesebuah negara.Kesannya,nilai matawang Malaysia akan semakin mengecil dan berlaku
lambakan mata wang dalam pasaran semasa.

DEFINISI INFLASI
Inflasi secara amnya didefinisikan sebagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang
berterusan untuk sesuatu tempoh tertentu. Inflasi yang tinggi dan jangkaan terhadap hala tuju
inflasi pada masa hadapan mempengaruhi perbelanjaan agregat isi rumah dan fi rma sehingga
mendorong kepada pengagihan sumber benar dan kewangan yang tidak cekap. Persekitaran
seperti ini biasanya mengakibatkan potensi pertumbuhan di bawah kadar optimum. Justeru,
kestabilan harga, suatu keadaan di mana infl asi secara relatifnya rendah dan stabil dan tidak
mengganggu rancangan perbelanjaan dan rancangan pelaburan agen-agen ekonomi, adalah
penting bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan. Kepentingan untuk menambat
jangkaan inflasi dan sela masa dalam proses transmisi dasar monetari memerlukan Bank
Negara Malaysia memastikan dasar infl asi sentiasa berpandangan ke hadapan.

Menurut Mansor Jusoh (1990), inflasi hanya berlaku apabla berlaku kenaikan harga secara
menyeluruh dan berterusan hingga beberapa suku tahun. Bernstein (1968), inflasi bermaksud
kenaikan tingkat harga umum secara berterusan di sesebuah negara dalam tempoh masa
tertentu atau kenaikan berterusan tingkat harga umum (James 1986).Manakala Jefferson
(1977) mentakrifkan inflasi sebagai kenaikan tingkat harga umum akibat daripada

1 | Page

(1970) mentakrifkan inflasi sebagai bertambahnya permintaan wang terhadap penawaran barang dengan pertambahan yang tidak terduga. inflasi boleh ditakrifkan sebagai peningkatan tingkat harga umum secara berterusan. Secara ringkasnya. (1970) pula menyatakan bahawa.Peningkatan ini disebabkan oleh perubahan dalam faktor-faktor ekonomi yang mengakibatkan kejatuhan nilai kuasa beli wang.Manakala Harriss (1975) mendefinisikan inflasi sebagai: “The sense of a rise in the general level of prices has occurred time and again. Money demand goes up when the quantity of money rises or when velocity.Oleh itu. Inflation deals not with particular prices or the relations among prices but with the general price level.Kemudian ianya bukan hanya kenaikan yang bersifat sementara. istilah inflasi kredit digunakan. rises. Dalam istilah Arab. all over the world. Menurut Professor Pigou. “Inflasi wujud apabila pendapatan wang bertambah melebihi kadar aktiviti yang menghasilkan pendapatan” dan ini mengakibatkan kenaikan harga. tetapi kenaikan yang berterusan dan sentiasa bertambah. Mannan. a drop in the purchasing power of the dollar.ketidakseimbangan antara pergerakan barangan dan pergerakan wang. Apabila kenaikan harga disebabkan oleh pertambahan dalam bekalan emas. The general price level goes up when money demand rises more than the goods and services available for buying. berlaku lebihan wang dalam pasaran yang mengundang kepada wujudnya masalah sosial seperti peningkatan kadar penggangguran. wujud inflasi matawang. kita dapati inflasi emas.or some combination of the two”. penurunan pertumbuhan ekonomi dan pelbagai masalah lagi yang mengundang kepada suasana ekonomi yang negatif. Jarwan al-Sabiq. jika ia disebabkan oleh matawang. dan apabila berpunca daripada pengembangan kredityang berlebihan. the rate of turnover. inflasi bermaksud kenaikan dalam tingkat harga umum yang biasanya diakibatkan oleh pertambahan dalam penawaran wang yang tidak diikuti oleh pertambahan dalam permintaan. MA. 2 | Page .

terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan berlakunya inflasi.Namun agak sukar untuk menambah barang dan perkhidmatan dalam masa yang cepat. lebihan wang yang dipegang oleh pengguna yang menyebabkan mereka meningkatkan perbelanjaan barangan dan perkhidmatan.Hal ini disebabkan oleh. disebabkan reaksi daripada orang ramai dalam meningkatkan pembelanjaan mereka kerana mereka bimbang akan berlaku kenaikan harga barang dan barang-barang akan habis di pasaran. Antaranya ialah : Inflasi dari aspek permintaan Dari sebelah aspek permintaan. Apabila jumlah peningkatan permintaan terhadap barangan ini meningkat. maka wujud jurang inflasi (Inflationary Gap) dan menyebabkan berlakunya inflasi.Lebihan dalam permintaan ini memberikan tekanan kepada ekonomi. iaitu terlebih permintaan dan terlebih bekalan wang. inflasi ini dikenali sebagai Inflasi tarikan permintaan( demand-pull inflation). Inflasi berlaku apabila jumlah permintaan melebihi penawaran barang mengikut harga semasa.Dalam hal ini dikatakan bahawa. menurut teori Keynesian. sekaligus berlaku kenaikan tingkat harga umum dan permintaan terhadap barangan yang melebihi jumlah maksimum daripada pengeluaran yang biasa dihasilkan oleh buruh. Inflasi akan muncul kalau permintaan bertambah tetapi barang-barang dan perkhidmatan tidak bertambah selaras dengan pertambahan permintaan itu.FAKTOR YANG MENYEBABKAN INFLASI Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya inflasi. Inflasi ini terjadi disebabkan oleh faktor-faktor di sebelah permintaan yang mana jumlah wang yang ingin dibelanjakan bertambah dengan cepat melebihi pertambahan barang dan perkhidmatan yang di tawarkan di pasaran. 3 | Page . pertambahan permintaan agregat menarik harga supaya meningkat tinggi. Hal ini membawa kepada peningkatan harga. Selain itu.Oleh itu.FAKTOR. maka wujud lebihan permintaan yang memaksa peningkatan harga. peningkatan dalam pengeluaran produk domestik akan meningkatkan permintaan pengguna.

Kerajaan perlu memungut cukai selaras dengan keperluan perbelanjaannya jika hendak mengatasi masalah inflasi. maka akan bertambah kuasa beli. iniakan menaikkan harga barang.Wang pembangunan ini biasanya diperoleh daripada bank-bank dalam atau luar negeri secara hutang. dan kurang untuk mendirikan projek yang menguntungkan dari segi ekonomi. kerajaan terpaksa melakukan pinjaman wang daripada bank untuk membiayai perbelanjaannya. Namun. Maka. akan mengakibatkan kenaikan inflasi secara terus –menerus.Jika kredit bank bertambah.Bekalan wangberlebihan ini berlaku melalui dua cara iaitu berlebihan dalam melaksanakan perbelanjaan kerajaan. Ditambah lagi dengan perbelanjaan yang terlalu besar untuk kelengkapan tentera.Oleh itu. kerajaan terpaksa membuat pinjaman semula bagi membiayai perbelanjaan kerajaan. infasi juga mungkin terjadi jika kerajaan membelanjakan wang untuk pembangunan Negara. namun pengeluaran atau output barang tidak lagi dihasilkan dalam ekonomi supaya inflasi dapat diatasi. wang diperlukan unuk membiayai perbelanjaan kerajaan yang melebihi kutipan cukai.Kutipan yang dilakukan kepada rakyat berkemungkinan ada atau tidak bergantung kepada kestabilan ekonomi.Hal ini demikian kerana. Keadaan inflasi yang amat kritikal berlaku disebabkan oleh pertambahan dalam bekalan wang.Terlebih bekalan wang Inflasi juga akan berlaku apabila daripada lebihan bekalan wang di pasaran. Menurut Husain bin Mahmud (1967). Selain itu. kerajaan menambah wang baru dalam bentuk kredit. menimbulkan desakan inflasi dan harga barangan serta perkhidmatan akan terus meningkat.Manakala perbelanjaan daripada pinjaman wang ini merupakan pertambahan perbelanjaan dalam ekonomi. Hal ini mengakibatkan kenaikan harga barang. Hal ini sekaligus. banyak Negara sedang membangun mengalami inflasi. output barang dan perkhidmatan perlu ditingkatkan supaya harga barang menjadi stabil di pasaran. terutamanya dalam peringkat-peringkat awal pembangunan sesebuah negara.Peminjaman ini bererti. Keadaan ini sekaligus menambahkan jumlah wang dalam pegangan kerajaan. Akibatnya.Kesannya. bank akan menambahkan kreditnya jika terdapat permintaan untuk meminjam daripada orang ramai. Kedua adalah disebabkan oleh lebihan dalampembinaan kredit dalam Institusi Perbankan. inflasi jenis ini 4 | Page .Oleh itu. dan ini akan menaikkan harga barang-barang. jika pengeluaran tidak ditambah.

tidaklah seberat inflasi yang dilakukan oleh kerajaan iaitu melakukan pinjaman wang dengan institusi perbankan. maka untuk menutupi pengeluaran yang lebih besar itu perlu dikeluarkan wang baru. permintaan terhadap bahan-bahan mentah juga bertambah.sektor import-eksport.Manakala yang kedua ialah. Masa melambung Dalam masa melambung menjadi terlebih penanaman modal (over investment). daya pengeluaran berkurang Produktiviti para pekerja mungki berkurang. Inflasi ini adalah akibat kenaikan gaji yang menaikkan pula harga barang.Oleh itu. gaji pekerja terpaksa dinaikkan. sehingga untuk membiayai pelaburan yang lebih besar daripada simpanan tersebut perlu dikeluarkan wang baru. sektor simpanan.maka akan timbul tekanan inflasi. Kos bertambah. Selain itu.pelaburan.Oleh itu. Untuk mendapatkan keuntungan yang sama seperti sebelumnya.Akhirnya penanaman modal yang lebih ini mengakibatkan terlebih pengeluaran barang-barang dan berikutnya ini menyebabkan pula turunnya harga barang-barang tersebut. ada 3 sektor yang boleh menjadi sebab timbulnya inflasi. Kalau pelaburan sesebuah negara lebih besar daripada simpanan. Affandi. tetapi gaji mereka masih serupa dahulu ataupun pekerja-pekerja tidak mahu bekerja kalau gaji mereka tidak dinaikkan. Jika perbelanjaan sesebuah Negara mengalami deficit iaitu perbelanjaan kerajaan lebih besar daripada penerimaannya. dan inflasi pun muncul.. dan perkara ini akan 5 | Page . 1975).Para pengusaha berlumba-lumba memulakan perusahaan-perusahaan baru. Antaranya ialah.Harga barang-barang yang dibuat dar bahanbahan mentah tersebut ikut naik. Jika eksport sesebuah negara lebih besar daripada importnya maka akan ada tekanan inflasi yang diakibatkan oleh semakin besarnya jumlah wang yang beredar dalam Negara kerana penerimaan hasil dari luar Negara. pengusaha juga terpaksa menaikkan harga barang-barang keluarannya. sektor penerimaan dan pengeluaran Negara.Seterusnya yan ketiga. Inflasi ini dinamakan inflasi tolakan kos ( cost push inflation) (Raja Mohd. kerana kos pengeluaran bertambah.

6 | Page . Manullang. M. 1969).mengakibatkan adanya tekanan inflasi. Inflasi sesungguhnya tidak akan terjadi jika ketiga-tga sektor tersebut saling imbang-mengimbangi (Drs.

Menurut pandangan sesetengah penganalisis ekonomi.2 peratus. Ini sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.ANALISIS KADAR INFLASI DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2000 .8 peratus.4 peratus pada 2004. iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. kadar inflasi negara ini melonjak tiga peratus tahun lalu. masalah inflasi sentiasa melanda Malaysia disebabkan krisis kewangan yang berlaku dalam sistem monetari dunia. Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan. 7 | Page . Dari hanya 1. komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. yang tertinggi sejak 1988 dan Mac lalu ia memuncak sehingga 4. di mana peningkatan kepada 5 peratus. LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter. Purata pergerakan kadar inflasi Malaysia adalah sebanyak 3 peratus hingga 4 peratus setahun kecuali pada tahun 2008.2011 Kadar inflasi Malaysia berada pada kadar tertinggi sejak April 2008 akibat tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan Februari tahun itu. Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.8 peratus untuk 2010.

6 peratus pada tahun 2009.rizalarif. 8 | Page .(Sumber Data/Gambar: http://www.4 peratus setahun pada tahun 2008 ketika harga bahan api meningkat secara mendadak. kadar inflasi Malaysia kembali normal pada paras 3.com/blog/memahami-konsep-masa-terhadapnilai-wang-inflasi/) Seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1. Selepas mencatat pada paras serendah 0.2 peratus pada tahun 2011. kadar inflasi Malaysia meningkat dalam tempoh 12 tahun yang lalu dengan mencatatkan kadar tertinggi sebanyak 5.

Prestasi pertumbuhan yang berterusan ini diiringi oleh peralihan struktur yang ketara dalam ekonomi. mencerminkan transformasi ekonomi Malaysia dalam keadaan persekitaran global dan dalam negeri yang berubah-ubah. sewa yang merupakan pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran tetap seperti tanah. Biasanya KDNK akan dikelaskan mengikut beberapa pecahan tertentu yang harus mempunyai penilaian yang sama terhadap tiga aspek utama. dan keuntungan untuk pengusaha. Pendekatan Produk (atau keluaran). barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara untuk satu-satu tempoh tertentu yang telah ditetapkan. upah untuk tenaga kerja. perbelanjaan awam oleh kerajaan. pelaburan kasar oleh sektor industri. Salah satu cara untuk mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara ialah dengan mengukur Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK. bunga untuk pemilik modal.ANALISIS PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA Malaysia telah mencatat pertumbuhan kukuh yang berterusan sejak tiga dekad yang lalu. dengan peningkatan pada kadar tahunan purata 5. 9 | Page . Apa yang boleh dilihat secara terus melalui KDNK ini adalah nilai keseluruhan pasaran.8%. dan eksport dan import melibatkan sektor luar negeri serta . Pendekatan Pendapatan (income approach) dan Pendekatan Perbelanjaan (expenditure approach). KDNK ditafsirkan mengikut nilai-nilai wang yang terhasil dalam pergerakkan ekonomi sesebuah negara. Di mana penggunaan adalah merangkumi perbelanjaan isi rumah tangga.

408 juta) kepada KDNK pada tahun 2000. semua sektor ekonomi terjejas akibat kemerosotan global dan pembetulan harga terhadap pasaran komoditi. Walau bagaimanapun.9% (RM18. Sektor pembinaan pula kekal positif disebabkan oleh projek berkaitan pembinaan dibawah Rancangan Malaysia Ke – 9 (RMK9) Sektor pertanian.2% (RM208. sektor pertanian telah disokong oleh pengeluaran minyak sawit serta pengeluaran bahan perikanan dan penternakan yang lebih tinggi. Bermula tahun 2000 . Namun pada separuh tahun kedua.Analisa KDNK bermula tahun 2000 sehingga 2010.205 juta) pada tahun 2005 dan sumbangannya diunjurkan meningkat kepada 59. dan menyusut kepada 31.585 juta) pada tahun 2005 dan disasarkan menguncup 7.717 juta) pada tahun 2010 .394 juta) pada tahun 2005 dan diunjurkan kembali mengukuh 32.662 juta) pada tahun 2000. Disini terdapat beberapa faktor ketidakstabilan pasaran dalam sektor pembuatan yang menyaksikan penurunan 0. jentera ketiga KDNK. sektor kewangan serta pasaran modal.9% (RM67. Namun pada sekitar 2008 dan 2009 .518 juta) pada tahun 2010. Dalam pergerakkan ekonomi sekitar tahun 2000 hingga ke tahun 2005 kita dapat menyaksikan perbezaan peratusan KDNK yang sangat baik dengan perbezaan lebih kurang 5% untuk tempoh 5 tahun dengan nisbah peningkatan setiap 1% setahun memberikan satu impak positif terhadap sektor perkhidmatan di dalam negara.2% (RM21. sektor Perkhidmatan merupakan sektor yang paling banyak menyumbang dalam KDNK. menyusut 8. Ianya mula pulih semula apabila permintaan dan penawaran dalam pasaran meningkat semula pada tahun 2008 sehingga 2009. dimana sektor pembuatan pulih dan mencatatkan keputusan positif pada suku keempat berikutan pemulihan dalam permintaan luar.5% . Adalah jelas peratus sumbangan sektor perkhidmatan dan pembuatan 10 | P a g e . dan terus mengukuh 58. Namun pada sekitar 2008 dan 2009 sektor perkhidmatan telah mencatatkan sedikit kemerosotan pada suku pertama terutama pada bidang berkaitan perkilangan dan perdagangan namun menjadi bertambah baik pada suku kedua disumbangkan oleh sektor perkhidmatan yang melibatkan aktiviti ekonomi dalam negeri. dari segi nilai tambah. menyumbang sebanyak 31.8% (RM27. hanya menyumbang 8.9% (RM113. Sektor pembuatan. ketiga-tiga sektor mencatatkan peningkatan bagi tempoh 2000 – 2010.4% (RM82.1% (RM152.4% (RM113. yang merupakan jentera pertumbuhan kedua.250 juta) pada tahun 2000. ia menyumbang sebanyak 53.086 juta) pada tahun 2010.

2004 Awal tahun 2002 sehingga 2004 menyaksikan turun naik ekonomi negara akibat ketidaktentuan pasaran semasa.2010 GRAF BERMULA 2002 . Namun ia tidak sedikit pun menjejaskan kedudukan Graf KDNK Benar pada awal 2003. Ekonomi mula pesat 11 | P a g e . Berikut disertakan beberapa gambarajah mengenai KDNK di dalam semua sektor yang terlibat mengikut laporan yang telah di keluarkan oleh Bank Negara : GRAF BERMULA TAHUN 2006 . Namun pada ketika itu.meningkat pada tahun 2010 sedangkan peratus sumbangan sektor pertanian kepada KDNK bukan sahaja menyusut pada tahun yang sama malah nilainya jauh lebih kecil. berlaku sedikit naik turun dalam pasaran akibat dunia dikejutkan dengan kehadiran wabak SARS. Awal tahun 2003 menyaksikan pertumbuhan ekonomi telah melebihi unjuran awal yang dijangka.

Kebimbangan terhadap SARS juga berjaya dibendung pada peringkat global. Sektor perlombongan mengembang sewaktu keadaan dalam dan luar negeri terus kukuh. Sepanjang 2003 sehingga 2004 pertumbuhan KDNK banyak dipengaruhi sumbangan oleh swasta yang telah menyumbang sebanyak 5. Rajah KDNK 2002 sehingga 2004 12 | P a g e . Sektor pembinaan pula dilihat mengembang dengan sederhana sahaja kerana pertumbuhan subsektor kejuruteraan awam yang perlahan berikutan siapnya beberapa projek yang telah di swastakan. Pakej Rangsangan yang dirancang dilihat tepat dengan didorong oleh harga komoditi yang lebih tinggi. khususnya pada pengeluaran minyak sawit dan getah.2%. Sektor isi rumah dan korporat pula mendapat faedah daripada peningkatan pendapatan boleh guna dan permintaan luar negeri yang semakin mengukuh.pada separuh tahun kedua dengan memberi impak yang agak baik pada KDNK kerana wabak SARS sudah mula berkurangan pada pertengahan 2003. Ini adalah kerana ketika itu berlaku peningkatan kapasiti terhadap pengeluara serta permintaan terhadap minyak dan gas.

Sekitar 2006 ekonomi Malaysia dilihat terus meningkat dan lebih berdaya tahan kerana kedudukan KDNK benar telah meningkat 5. Pelaburan swasta juga terus bertambah kukuh akibat didorong oleh perbelanjaan modal yang ketara dalam semua subsektor utama. keadaan ekonomi global yang merosot dengan mendadak dan pembetulan dalam harga komoditi telah 13 | P a g e . Swasta sekali lagi menjadi penyumbang terbesar dalam perkembangan ekonomi semasa dengan meningkatnya permintaan terhadap eksport untuk bahan elektronik dan komoditi. Permintaan dalam negeri agregat juga terus meningkat dengan kukuh sebanyak 10.6 % sahaja.5% pada 2007 dan sekali lagi sektor swasta masih memainkan peranan utama. KDNK pada 2008 pula dilihat agak merosot disebabkan kemerosotan pasaran kewangan dunia dan krisis ekonomi antarabangsa telah menyebabkan KDNK menguncup kepada 4. Tahun 2006 telah menyaksikan permintaan dalam negeri agregat terus bertambah kukuh sebanyak 7.3% dan terus di perteguh dengan peningkatan perbelanjaan sektor awam.9% lebih tinggi dari pertumbuhan 5. Walaupun permintaan luar negeri kukuh pada separuh tahun pertama.2% tahun lalu (2005) . Sektor awam telah menerima pelarasan gaji yang menaik dari semua peringkat sekaligus memperkukuh penggunaan pada separuh tahun kedua.4%. Namun dalam masa yang sama KDNK benar meningkat dengan lebih banyak iaitu sebanyak 6. Tahun 2007 pula menyaksikan persekitaran ekonomi negara terus mengukuh dalam setiap bidang kecuali persekitaran ekonomi yang dilaporkan agak lemah dan perlahan.

14 | P a g e . Peningkatan sebanyak 7. Harga komoditi yang tinggi. disokong oleh penggunaan swasta dan perbelanjaan awam yang kukuh. Kemerosotan yang berlaku telah menyebabkan penguncupan yang ketara pada ekonomi Malaysia dan ianya telah merosot sebanyak 1. Kerajaan lantas memulakan perlaksanaan langkah rangsangan fiskal yang pantas dan pelonggaran dasar monetari . dipacu oleh sektor swasta serta sektor awam yang juga turut menyumbang kerana perlaksanaan program penambahbaikan infrastuktur negara dan sistem penyampaian sektor awam yang berterusan. kerajaan terus mengorak langkah dengan pemulihan semula sejajar dengan beberapa pemulihan ekonomi global.9%.5% akibat dari peningkatan semula hasil sokongan permintaan dalam dan luar negeri. guna tenaga yang stabil dan persekitaran pembiayaan yang kondusif telah mengekalkan pertumbuhan yang kukuh dalam penggunaan swasta pada separuh tahun pertama. permintaan dalam negeri agregat berkembang 6. Pertumbuhan turut disokong oleh pembayaran bonus untuk kakitangan awam dan rebat tunai bagi subsidi bahan api pada separuh tahun kedua. Pertumbuhan ekonomi dilihat berlaku dengan pantas namun menghadapi saat sukar kerana cabaran berlaku terhadap aliran turun naik modal dan tekanan inflasi yang semakin meningkat.2% . Untuk tahun 2009 dan 2010 menyaksikan naik turun graf yang agak tidak stabil dipengaruhi ketidak tentuan harga komoditi dan kejatuhan ekonomi Amerika. Hasilnya momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia telah meningkat pada suku keempat dengan peningkatan 4.mendorong kepada kemerosotan yang ketara dalam permintaan luar negeri pada separuh kedua tahun 2008. negara menyaksikan permintaan luar negeri meningkat semula dengan lebih kukuh yang mana ia turut disokong oleh permintaan luar negeri yang kukuh walaupun masih bersifat sederhana.7% pada separuh tahun pertama. Bagi tahun 2010 . Sebaris dengan peningkatan itu juga.

2%.1%. yang pada waktu ini menjadi salah satu faktor utama kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Malaysia telah mengalami kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan dalam lingkungan 5 . Hasil daripada pendapatan boleh guna yang lebih tinggi. terma perdagangan yang bertambah baik dan permintaan luar negeri yang semakin kukuh.169 pada tahun 2000 kepada RM27. pendapatan isi rumah terus meningkat pada kadar purata 5% setiap tahun dalam keadaan pasaran kerja yang baik. pada tahun 2003. 15 | P a g e .6% dan hasilnya. Di samping itu. dengan kadar pengangguran yang rendah. Peningkatan taraf kehidupan pengguna juga telah mendorong ke arah penggunaan swasta (private consumption).113 pada tahun 2010. Sektor isi rumah dan korporat mendapat faedah daripada peningkatan pendapatan boleh guna. Perbelanjaan swasta menyumbang 2. seterusnya menyokong perbelanjaan penggunaan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita dan telah bertambah dari RM15. pertumbuhan KDNK diterajui oleh sektor swasta. Langkah-langkah yang dilaksanakan di bawah Pakej Ekonomi pada bulan Mei meningkatkan keyakinan pengguna.RUMUSAN Secara keseluruhannya. penggunaan sektor swasta meningkat 5. terutamanya isi rumah. Peningkatan paras pendapatan ini telah meningkatkan taraf hidup serta menaiktaraf kapasiti para pengguna terhadap permintaan untuk barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi. Sebagai contoh.5 mata peratusan daripada kadar pertumbuhan sebanyak 5. kadar faedah yang rendah berserta kadar tabungan yang tinggi mendorong sektor isi rumah meningkatkan pinjaman mereka bagi perbelanjaan penggunaan.

Cabaran global yang kelak perlu di hadapi kerajaan ialah apabila kita berdepan dengan krisis bakal kehabisan sumber utama seperti minyak. Rumusan serta kesimpulan yang dapat dibuat melalui analisa ini ialah tentang pertumbuhan KDNK semasa yang kekal stabil walaupun negara berdepan dengan pelbagai krisis dan ekonomi dari dalam dan luar negara. Kenaikkan harga komoditi seperti getah sekitar tahun 2009 – 2010 sedikit sebanyak dapat memberi impak yang lebih positif kepada pertumbuhan ekonomi semasa. 16 | P a g e . sebanyak 5. Kenaikkan harga komoditi seperti getah sekitar tahun 2009 – 2010 sedikit sebanyak dapat memberi impak yang lebih positif kepada pertumbuhan ekonomi semasa. Ekonomi dilihat harus terus dijana oleh sektor lain selain dari sumber minyak. Cabaran global yang kelak perlu di hadapi kerajaan ialah apabila kita berdepan dengan krisis bakal kehabisan sumber utama seperti minyak. Ekonomi dilihat harus terus dijana oleh sektor lain selain dari sumber minyak. ia sekaligus membuktikan kestabilan graf politik negara terus kekal baik meskipun berhadapan dengan cabaran global Krisis Ekonomi Amerika dan Krisis Hutang di Eropah.2%.KESIMPULAN Rumusan serta kesimpulan yang dapat dibuat melalui analisa ini ialah tentang pertumbuhan KDNK semasa yang kekal stabil walaupun negara berdepan dengan pelbagai krisis dan ekonomi dari dalam dan luar negara. Sumbangan swasta yang berterusan serta pengurusan ekonomi yang baik serta pengawalan oleh Bank Negara menerusi kerajaan sedikit sebanyak menyumbang kepada faktor kestabilan ekonomi semasa. Dengan pengumaman kerajaan terhadap KDNK semasa bagi tahun 2011 . Sumbangan swasta yang berterusan serta pengurusan ekonomi yang baik serta pengawalan oleh Bank Negara menerusi kerajaan sedikit sebanyak menyumbang kepada faktor kestabilan ekonomi semasa.

Pertumbuhan Perbelanjaan Awam di Malaysia 1960-1986. Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelaburan Emas ( Kaedah. Pendekatan dan Strategik). Yasin Salimibeni. 17 | P a g e . Mansor Jusoh. PTS Profesional Publishing Sdn. 3-4 Mac. 1987. 57-63. Inflation and Relative Price Variability: Further Evidence from Malaysia. Bangi.BIBLIOGRAFI Abdul Ghafar Ismail.Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur . Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Azlan Shah Zaidi. 1998. Siri Teks Ekonomi Dewan (Inflasi). Zulkefly Abdul Karim &Mansor Jusoh. Kertas Kerja Persidangan Pembiayaan Awam. 2012. 1-140. Vii. Abdul Ghafar Ismail & Md Zyadi Md Tahir. (2011). Saat Hukami. (1990). Makroekonomi Malaysia perspektif dasar. Prosiding Perkem Jilid 1. 65 – 71. Bhd.