Anda di halaman 1dari 19

ISU DAN CABARAN PENGURUSAN SESEBUAH

MELAHIRKAN SUMBER MANUSIA YANG CEMERLANG

ORGANISASI

BAGI

1. Pengenalan.

Isu dan cabaran pengurusan sumber manusia dalam melahirkan warga cemerlang
telah menerima liputan meluas di media massa dan media cetak pada masa kini.
Antara isu dan cabaran yang diperkatakan adalah seperti isu :-

(i) ketidakseimbangan gender dalam pasaran pekerjaan,
(ii) imbuhan dan pelarasan gaji,
(iii) etika dan integriti,
(iv) tekanan kerja, stres dan burn out,
(v) gangguan seksual,
(vi) kepemimpinan,
(vii) penilaian prestasi dan pemberian insentif,
(viii) globalisasi pendidikan,
(ix) teknologi ICT
(x) jaminan kualiti kehidupan,
(xi) penyediaan peluang pekerjaan,
(xii) latihan sumber manusia dan pembangunan .

Kesemua isu ini sebenarnya menjadi penghalang kepada organisasi untuk
melahirkan warga yang cemerlang. Oleh yang demikian, sesebuah organisasi perlu
mempertimbangkan kaedah dan langkah yang sesuai bagi mengatasinya. Ini akan
menjadi satu cabaran kepada organisasi terutama apabila cabaran-cabaran itu akan
melibatkan faktor dasar, implikasi kewangan, budaya, kepercayaan, pembangunan
dan pengurusan sumber manusia. Oleh yang demikian, perkara yang akan
dibincangkan di dalam penulisan ini adalah lebih memfokuskan kepada isu dan
cabaran dari aspek sumber manusia, globalisasi, imbuhan, kualiti kepimpinan,
pengurusan dan tekanan kepada organisasi di dalam melahirkan warga cemerlang.
Mengikut Kamus Dewan (2007) ia menerangkan bahawa ‘isu’ ialah “perkara atau

‘sumber manusia’ ialah asset terpenting organisasi sama ada organisasi perniagaan yang mengutamakan aspek-aspek produktiviti. keberkesanan kos serta kepuasan dan keselesaan pelanggan. merupakan suatu pendekatan pengurusan strategik yang melibatkan elemen terpenting dalam organisasi iaitu individu yang menyumbangkan idea. Berdasarkan Ab. perubahan-perubahan ini merupakan cabaran yang telah menimbulkan pelbagai isu terkini yang memerlukan semakan semula beberapa dasar dan peraturan. Isu menampilkan suatu tajuk atau fokus perbincangan yang menjadi buah mulut atau tajuk utama khususnya pihak media massa. 2006). pembangunan sosial serta perundangan negara. kepuasan pelanggan. kemelesetan ekonomi dunia serta perkembangan pesat dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam tempoh sepuluh tahun yang lepas. kepakaran dan tenaga ke arah pencapaian objektif organisasi. Dalam aspek pengurusan sumber manusia. perancangan serta pengurusan sumber manusia seperti globalisasi. perancangan dan pengurusan sumber manusia yang menjadi tonggak sesebuah organisasi. Manakala cabaran pula adalah perkara yang perlu dihadapi jika ingin menyelesaikan sesuatu isu. Manakala Sarimah Hanim pula berpandangan bahawa pengurusan sumber manusia. negara telah melalui pelbagai perubahan persekitaran yang mempunyai impak mendalam ke atas pembangunan. Fong Chan Onn Menteri . kualiti. Aziz Yusoff (2006). pelbagai isu telah diketengahkan khususnya yang berhubung kait pembangunan. 2.persoalan pokok sesuatu perkara”. Untuk menghasilkan warga yang cemerlang di dalam sesebuah organisasi ‘Pengurusan sumber manusia’ perlu mempunyai strategi yang mampan dan berkesan. YB Datuk Wira Dr. Isu Sumber Manusia Dalam konteks sumber manusia. Perubahanperubahan yang ditampilkan ini memberi kesan yang mendalam ke atas pertumbuhan ekonomi. World Trade Organisation (WTO). Ia merujuk kepada cara dan pendekatan yang digunakan oleh organisasi untuk mengurus dan mengawal aktiviti yang berkaitan dengan sumber manusia dalam organisasi agar selari dan mencapai matlamat organisasi (Faridahwati Mohd Shamsudin et al. ASEAN Free Trade Area (AFTA). keuntungan dan ‘viability’ ataupun organisasi awam yang mementingkan kualiti perkhidmatan.

Ab. June (2006). (i) Persekitaran pengurusan sumber manusia yang mencakupi pengaruh diversiti. (ix) latihan dan pembangunan pekerja. menggariskan empat isu-isu terkini yang merupakan cabaran semasa Negara. (vii) persekitaran perundangan. Isu-isu tersebut merangkumi. (iii) impak globalisasi. (ii) ‘delivery system’. dalam ucapan beliau di Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Sumber Manusia pada September 2004. Aziz Yusof (2006). (iii) penguatkuasaan undang-undang.Sumber Manusia. (ii) kekurangan tenaga kerja mahir. . (xiii) kesihatan dan keselamatan pekerja. (x) pembangunan kerjaya pekerja. Isu-isu tersebut ialah : (i) isu mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing. (viii) perekrutan dan pemilihan pekerja. (vi) keadilan pekerja. Sarimah Hanim (2006) dan Maimunah Aminuddin (2003) menyenaraikan beberapa isu berbangkit sedia ada yang berhubung kait pengurusan sumber manusia dalam organisasi. (iv) pengeluaran tenaga mahir Dalam membicarakan pengurusan sumber manusia secara am. (xii) pengurusan pampasan dan faedah. (iv) pengaruh perubahan. (v) keprihatinan terhadap isu etika. (xi) penilaian prestasi.

2000) dan seterusnya membentuk generasi warga cemerlang. (ii) keperluan kepada penggubalan serta pindaan undang-undang dan peraturan kerajaan yang relevan. isu globalisasi telah muncul hasil daripada cantuman pelbagai proses transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi. Ini bagi memastikan kesemua isu dapat diatasi dengan baik. (iv) kemasukan buruh asing yang telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pelbagai kelompok masyarakat. politik. 3. 2000). Jika perkara ini tidak ditangani dengan betul dan teliti ia boleh mengakibatkan kesan dan implikasi yang buruk ke atas sesebuah organisasi di dalam melahirkan warga cemerlang dan seterusnya ia boleh menjejaskan imej serta reputasi sesebuah organisasi atau masyarakat. Sehubungan itu cabaran yang dihadapi dalam pengurusan sumber manusia perlu ditangani dengan bijak melalui penggemblengan usaha antara pemimpin. Isu Globalisasi Pada masa kini. budaya dan ideologi sesuatu negara menerobosi sempadan negara lain (Abdul Rahman Embong. mengikuti dan mentafsir isu globalisasi merupakan cabaran yang amat mendesak kerana ia akan menentukan keupayaan daya saing organisasi di dalam melahirkan warga cemerlang.(xiv) keganasan di tempat kerja. Oleh yang . (iii) pengaruh globalisasi. Justeru itu keupayaan organisasi untuk menilai. golongan pekerja dan masyarakat secara keseluruhannya. majikan. (xv) gangguan seksual di tempat kerja. Secara langsung isu ini akan memberikan kesan ketara ke atas pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. (i) pengaruh faktor persekitaran seperti perubahan teknologi dan trend pekerjaan. Manakala cabaran semasa yang berbangkit berhubung kait pengurusan sumber manusia pula termasuklah. Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi itu sendiri sebenarnya adalah asas kepada bentuk pembangunan sumber manusia (Norani.

Menurut Maimunah Aminuddin (2003) antara kebaikan memberi imbuhan kepada pekerja termasuklah: (i) membantu menarik pekerja baru untuk bekerja dengan organisasi. 2002). kebajikan. aspek disiplin serta ganjaran adalah cabaran yang perlu ditangani dengan baik bagi mengelakkan daripada timbulnya beberapa isu lain yang memudaratkan imej dan reputasi sesebuah institusi itu khasnya di dalam usaha melahirkan warga cemerlang di dalam masyarakat atau organisasi. Gaji atau upah merupakan balasan asas yang diterima oleh pekerja atas sumbangan yang diberikan. mereka boleh melancarkan mogok. usaha dan tenaga akan ditumpukan kepada . Banyak masa. Kepentingan imbuhan yang paling utama ialah dapat mempengaruhi pekerja untuk membentuk tingkah laku yang dikehendaki oleh organisasi (Bergmann et al. perkembangan kerjaya. Amat penting untuk menentukan bahawa imbuhan yang diberikan sebagai balasan perkhidmatan adalah mencukupi.. keselamatan dan kesihatan. melengah-lengahkan kerja atau tidak hadir kerja. dan (iii) meningkatkan semangat para pekerja yang dapat menyumbang kepada produktiviti yang lebih tinggi. Imbuhan yang paling biasa diharapkan oleh pekerja ialah ganjaran wang ringgit. 2006).. Ini adalah cabaran yang sering membantuk usaha organisasi di dalam melahirkan warga yang cemerlang kerana jika pekerja tidak berpuas hati dengan imbuhan yang diterima. Imbuhan Imbuhan merupakan daya penarik sama ada bagi mereka yang inginkan sesuatu pekerjaan atau bagi memotivasikan para pekerja dalam sesebuah organisasi. Oleh sebab tiada satu peruntukan undang-undang yang menetapkan gaji atau upah minimum pekerja di Malaysia.demikian. penilaian prestasi. (ii) membantu mengekalkan pekerja sedia ada dalam organsiasi. latihan. satu pendekatan secara menyeluruh. sistematik dan strategik yang meliputi pelbagai aspek termasuk perancangan. Perkara sebaliknya akan mengakibatkan pelbagai kesan negatif terhadap organisasi. maka organisasi berhak menetapkan kadar gaji atau upah untuk pekerjanya (Faridahwati Mohd Shamsudin et al. 4. melalui Kesatuan Sekerja. menggugat produktiviti organisasi dengan cara ponteng kerja. Keadaan ini boleh mewujudkan suasana yang tidak sihat bagi perkembangan sesebuah organisasi.

Di sini letaknya cabaran yang perlu ditanggung oleh majikan atau organisasi.Terdapat dua jenis keadilan iaitu :- (i) keadilan luaran dan (ii) keadilan dalaman. . Formula pelarasan gaji yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi pelarasan gaji telah dianggap menimbulkan diskriminasi terhadap guru yang mula berkhidmat sebagai guru bukan siswazah tetapi kemudiannya melanjutkan pelajaran dan dilantik sebagai guru siswazah. 16 Julai 2007): (i) Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) perlu membuat memorandum kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyemak semua anomali pelarasan gaji yang berbangkit. Keadilan atau ekuiti luaran bermaksud pekerja dalam organisasi dibayar pada kadar yang sama dengan pekerja lain dalam organisasi lain yang melakukan tugas yang sama. Dasar imbuhan atau bayaran oleh organisasi adalah penting kerana ini akan menjadi asas pembangunan sistem imbuhan untuk tujuan penyelarasan. ketekalan dan keadilan dalam organisasi. Dalam menyelesaikan isu pemampatan gaji ini.usaha mencari jalan persefahaman daripada menggunakan sumber-sumber itu kepada usaha melahirkan warga yang cemerlang. Isu ini telah dilaporkan secara meluas dalam media massa. Terdapat perbezaan gaji yang ketara antara guru sedemikian dengan guru yang tidak menyambung pelajaran. Pemampatan gaji merupakan suatu situasi yang wujud apabila pekerja memberi tanggapan bahawa perbezaan gaji antara mereka (sama ada pekerja gred lebih tinggi atau lebih rendah daripada mereka) terlalu kecil (Zafir dan Fazilah. Keadilan bermaksud tanggapan pekerja bahawa mereka dilayan secara adil. Sebagai contohnya seperti isu pelarasan gaji kakitangan awam yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada pertengahan tahun 2007 telah membangkitkan isu pemampatan gaji. Bagi Mondy & Noe (2005). Tanggapan ini adalah cabaran yang perlu ditangani oleh pihak majikan kerana ia selalunya dibangkitkan oleh pekerja yang sudah lama berkhidmat atau mempunyai kelayakan akademik yang lebih tinggi tetapi menerima imbuhan yang lebih rendah. 2003). beberapa cadangan yang boleh diusulkan termasuklah (Berita Harian. salah satu aspek penting dalam pentadbiran imbuhan yang perlu diambil kira ialah keadilan atau ekuiti dalam pemberian imbuhan.

sikap dan pengetahuan yang mencerminkan kebolehan dan kesediaan untuk mempengaruhi. Corak kepemimpinan haruslah menjurus kepada usaha meningkatkan produktiviti kecemerlangan sehingga akhirnya mencapai zero defect. menekankan had waktu perjumpaan.(ii) Jawatankuasa khas perlu ditubuhkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam bagi menyelesaikan isu ini. menyelia. dan (iii) Polisi Kementerian Pelajaran dalam menggalakkan peningkatan kualiti akademik perlu diselaraskan dengan polisi pelarasan atau kenaikan ganjaran dan pangkat. mengekalkan piawai prestasi yang jelas. seseorang pemimpin perlu mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. membimbing dan melatih individu ke arah mencapai objektif warga yang cemerlang di dalam organisasinya. Kepemimpinan sekolah. Pemimpin akan menugaskan pekerja dengan tugasan tertentu. Berdasarkan Koontz & Weilhrivh (1992). . pemimpin mempunyai cabaran dimana ia harus memberikan tumpuan kepada matlamat organisasi. 5. melaksana. perlakuan. cabaran yang kuat kepada corak kepimpinan adalah sejauh mana kemampuan dan kebolehan kepimpinan tersebut untuk mengubah sikap dan tindakan subordinat yang berada di bawah pengaruhnya. menggerakkan. Kejayaan sekolah banyak bergantung pada kepemimpinan pengetuanya. menggalakkan penggunaan langkah-langkah yang serupa. menjalinkan saluran komunikasi. mengurus. Cabaran ini merangkumi semua aktiviti. berhubung dan bertindak. Dalam mengurus sumber manusia. menugaskan kerja. pemimpin yang berkesan adalah ‘jinak seperti kucing dan garang seperti harimau’. kemahiran. mengatur dan menyelenggara tugasan. dan memastikan pekerja bekerja mengikut kebolehan. bekerja. Menurut Moa Tze Tung. memberitahu pekerja apa yang diharapkan daripada mereka. menurut Omardin Ashaari (1996) adalah proses pengetua mendapatkan kerjasama individu yang bertugas di bawah arahannya dalam menuju ke arah penyempurnaan matlamat. isu kepemimpinan di dalam organisasi juga memainkan peranan kerana terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh organisasi. Oleh itu. menggariskan hubungan dengan orang bawahan dan menilai prestasi kumpulan kerja. Kepemimpinan Bagi mewujudkan warga yang cemerlang. Pengurusan yang baik bermula daripada pemimpin yang bijak merancang. Hal ini selaras dengan Wawasan Pendidikan yang mahu mencapai empowerment dengan tujuan mengubah cara berfikir. mengurus dan mengawal atau memantau pengimplementasian sesuatu yang telah dirancang dan sumber-sumber di bawah kawalannya.

antaranya: (i) persekitaran tempat kerja yang tidak kondusif. Para pengetua perlu diberi pendedahan mengenai ilmu kepemimpinan instruksional sebagai persediaan untuk mentadbir dan mengurus sekolah (Yahya Don. Oleh itu. 6. Aziz Yusof (2006). 2007). (iv) penggunaan dan pengagihan sumber yang tidak optimum. setia. Etika dalam pengurusan bermaksud menerapkan nilai-nilai moral seperti disiplin. dan sebagainya. Integriti ialah satu kualiti dan ciri positif yang wujud secara keseluruhan pada individu dan organisasi.(Tuan Asmawi.A.W. tatasusila. mukmin yang bertaqwa. benar atau tidak. (iii) senggaraan infrastruktur fizikal dan bukan fizikal yang tidak teratur.Pengetua yang cemerlang perlu bijak mengarah dan mengurus sumber manusia yang berada di bawah tanggungjawabnya. (ii) proses pembelajaran dan pengajaran yang sering terganggu. integriti bersesuaian dengan sifat-sifat benar. dan perkara yang perlu dibuat atau ditinggalkan. 2006). kegagalan menguruskan isu ini ia akan mendatangkan pelbagai implikasi negatif yang dalam jangka masa panjang bakal menggugat usaha di dalam melahirkan warga yang cemerlang. peribadi mulia. yang membawa pengertian menyeluruh pengamalan dan nilai-nilai akhlak yang diperlihatkan dalam diri Rasulullah S. Ini adalah cabaran yang memerlukan perungkaian isu dengan bijak dan tersusun. Kegagalan mengurus sumber manusia dengan baik boleh membangkitkan pelbagai isu. peraturan. Dalam sektor . dan (v) masalah etika dan integriti. garis panduan. Ciri dan kualiti integrity mengandungi unsur-unsur ‘wholeness’ (kewujudan secara bersepadu sebagai keseluruhan) pada diri individu atau organisasi. Etika Dan Integriti Pekerja Berdasarkan Ab. Dalam akhlak Islam. peribadi teguh. etika dalam erti kata sebenarnya ialah persoalan moral yang membicarakan betul atau salah. pegangan teguh. amanah. polisi dan segala unsur positif yang dapat membantu pengurus menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

(ii) Tonggak 12 Perkhidmatan Awam. (iii) memupuk tanggungjawab bersama. (viii) Konsep Perkhidmatan Cemerlang. (iv) mewujudkan suasana sihat dan cekap. (vii) Pengurusan Kualiti dan Anugerah Kualiti. (v) Kepimpinan Melalui Teladan. pekeliling dan garis panduan telah digubal bagi memastikan etika dan integrity dihayati oleh penjawat awam. (ii) memelihara kepercayaan awam. dan (vi) membentuk sikap dan pembawaan yang sesuai dengan Rukun Negara. . (iii) Dasar Pandang Ke Timur. (iii) bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan. Nilai murni yang telah digariskan dalam perkhidmatan awam adalah: (i) adil dalam pelantikan (ii) amanah dalam menjalankan tugas. (v) mengeratkan hubungan sesama kakitangan. (vi) Gerakan Budaya Kerja Cemerlang. (iv) ikhlas dalam perkhidmatan awam. peraturan. Tujuan etika perkhidmatan awam adalah untuk: (i) meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Antara dokumen yang relevan termasuklah: (i) Teras Perkhidmatan Awam.perkhidmatan awam pelbagai dasar. (iv) Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran.

Sepanjang bulan Julai 2007. Ada juga guru tertekan kerana gaji dan kemudahan dinikmati tidak setimpal dengan tanggungjawab yang perlu dipikul. Hal ini kerana kebelakangan ini banyak aktiviti atau program yang harus mereka selia dan hadiri di sekolah. Sibu. satu demi satu kejadian salah laku guru terhadap murid kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan masyarakat dan memerlukan tindakan segera serta menyeluruh oleh kerajaan bagi menyekat sindrom ‘cikgu ganas’ ini daripada terus berlaku. Dalam membincangkan persoalan etika dan integriti penjawat awam dalam pendidikan. telah terbabit merendam 200 pelajar perempuan dalam kolam. terutama menguruskan keluarga sendiri. banyak faktor mendorong guru bertindak ganas sehingga tergamak mencederakan murid. Dalam mengatasi pelbagai masalah etika yang berbangkit dalam pendidikan. temasuklah: . akhbar Berita Harian telah melaporkan bahawa seorang guru warden wanita Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan. terdapat sekurang-kurangnya enam kejadian mengenai salah laku guru dilaporkan media. Menurutnya lagi. Terdapat guru tidak berminat menjadi guru. sedangkan pada masa sama mereka juga harus menunaikan tanggungjawab lain. tetapi terpaksa menjadi guru sehingga mereka melaksanakan tanggungjawab secara sesuka hati. ditahan kerana disyaki menghisap dadah. seterusnya mencadangkan jalan penyelesaian. suruhanjaya itu perlu bertanggungjawab mengkaji segala masalah berkaitan kerjaya perguruan dan pada masa sama menyiasat semua kes yang berlaku bagi mendapat gambaran sebenar. Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional. (vi) telus dalam perkhidmatan awam. Pada bulan Julai 2007. Apa yang berlaku dikhuatiri mengganggu pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. berkata satu suruhanjaya khas sepatutnya ditubuhkan kerana masalah membabitkan guru tidak boleh dipandang remeh memandangkan perkara ini berkaitan barisan yang membentuk generasi masa depan. terutama teras kelima iaitu memartabatkan profesion perguruan. Katanya. Faktor paling utama ialah dibelenggu tekanan. dan (vii) berdisiplin dalam perkhidmatan awam. beberapa cadangan boleh dikemukakan sebagai kaedah membendung gejala ini daripada berleluasa.(v) dedikasi dalam perkhidmatan awam. Profesor Madya Mohd Ali Hassan. termasuk kes guru menghadapi pertuduhan mencabul pelajar. manakala Februari lalu seorang guru wanita didakwa mengetuk kepala pelajarnya dengan kasut tumit tinggi.

Pada tahun 2005. terdapat banyak idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. beliau menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru iaitu: (i) Harapan ibu bapa terlalu tinggi kepada guru kerana sering mahukan pencapaian terbaik pelajar. Tekanan Kerja / Isu Stres Dalam memastikan produktiviti dipertingkatkan. . (iv) Mempelbagaikan latihan ‘kerjaya’ dengan memasukkan aspek psikologi ke dalam latihan. seterusnya menjejaskan keupayaan dan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri untuk mencapai matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti. Ismail Nihat. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tahap stres dalam kalangan guru di negara ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang meningkat. kursus motivasi. Menurut Presiden NUTP. Bebanan ini terus berlaku dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid. contoh.(i) Menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelidik punca dan mencadangkan penyelesaian kepada salah laku guru di sekolah. dan (v) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan menyeronokkan. (iii) Memastikan pengagihan tugas yang seimbang dalam kalangan guru. 7. bimbingan kaunseling dan sebagainya. walaupun kedengaran pelik tetapi semua pihak harus menerima hakikat bahawa masalah yang dihadapi oleh golongan guru menjurus kepada tekanan mental dan emosi berbanding fizikal. projek banyak tetapi guru sedikit. Menurut beliau lagi. Selain itu. guru-guru kini terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. sering kali pekerja dibebani dengan tugas dan tanggungjawab tambahan. (ii) Memastikan guru-guru yang dilantik untuk memikul tanggungjawab tambahan diberi latihan yang relevan dengan peranan dan tanggungjawab tersebut. Beliau mengatakan bahawa apabila ada pegawai baru di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Jabatan Pendidikan Negeri atau di peringkat Kementerian.

Also the duties outside lessons are increasing and have reached a critical level now. perasaan telah digunakan secara fizikal (Chronic fatigue . (x) Semput (Shortness of breath). (vi) ‘Meletup’ dengan mudah terhadap sesuatu perkara (Exploding easily at seemingly inconsequential things). tiredness.(ii) Masalah disiplin pelajar yang semakin sukar dikawal termasuk melibatkan keselamatan guru. para guru juga berhadapan dengan masalah ‘burn out’.exhaustion. . Selain stres diakibatkan oleh tekanan kerja.” Permasalahan burn out mempunyai petanda-petanda awal seperti berikut: (i) Keletihan yang kronik – kepenatan. (xi) Prasangka (Suspiciousness). Aduan mereka ini telah menyebabkan Kesatuan Perguruan dan pakar-pakar pendidikan berusaha mencari kaedah untuk menangani situasi tersebut. negativity. “There is a lot of dissatisfaction among teachers with their profession. (xii) Perasaan tidak bermaya (Feelings of helplessness). Ketua Kesatuan Perguruan terbesar di Switzerland. (v) Perasaan dicerobohi (A sense of being besieged). (vii) Sakit kepala yang kerap dan gangguan gastric (Frequent headaches and gastrointestinal disturbances). (viii) Kehilangan atau pertambahan berat badan (Weight loss or gain). Secara perbandingan. masalah burn out ini juga dialami oleh sejumlah besar guru di Switzerland berpunca daripada pelajar dan peningkatan beban kerja pentadbiran. (iii) Kritikan kendiri kerana bertahan dengan tuntutan tersebut (Selfcriticism for putting up with the demands). Menurut Beat Zemp. keletihan. and irritability. especially with the stress in classes and the problems with undisciplined students. (iii) Pelajar-pelajar semakin cerdik berbanding guru ekoran akses pendidikan yang semakin canggih dan meluas. (ix) Kekurangan tidur dan kemurungan (Sleeplessness and depression). (ii) Kemarahan terhadap mereka yang membuat tuntutan (Anger atthose making demands). (iv) Cynicism. a sense of being physically run down).

Namun di negara ini. Gangguan Seksual Menurut Persatuan Pergerakan Wanita (Awam) terdapat dua jenis gangguan seksual iaitu dari segi fizikal seperti meraba. Menurut Abd Rahim (2003). Peruntukan yang ada setakat ini hanya meletakkan kesalahan gangguan seksual sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan (Ahmad Shamsul Abd Aziz. Di Malaysia. memegang dan mencubit. tingkah laku agresif. pembentukan dan .(xiii) Peningkatan darjah pengambilan risiko (Increased degree of risk taking) Tidak dapat dinafikan bahawa permasalahan stres atau burn out berupaya mengakibatkan isu-isu berhubung kait etika dan integriti. Tingkah laku ini juga boleh berlaku antara sesama pekerja. merangkumi komen atau hinaan berbentuk seksual termasuk bersiul. tiada suatu undang-undang khusus yang mendefinisikan perkataan gangguan seksual di negara ini. (Ab. perbuatan tingkah laku yang dikatakan penyebab gangguan seksual adalah tingkah laku mengganggu. Aziz Yusof. 2005). Oleh itu. dalam menangani permasalahan stres dan burn out ini. Kementerian Sumber Manusia telah mengeluarkan satu kod amalan iaitu Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja pada tahun 1999 sebagai garis panduan penubuhan. suasana dan ancaman ini berlaku bukanlah disebabkan oleh factor pelaku menunjukkan kekuasaannya atau hak mengawal tetapi lebih kepada gangguan yang bersifat lucah dan mangsa benar-benar terganggu akibat daripada tingkah laku tersebut. Tingkah laku yang tidak bermoral ini menyebabkan tekanan mental dan emosi kepada mangsa di tempat kerja. 8. Namun mangsa harus dapat membezakan antara tingkah laku yang bersifat gurauan dan tingkah laku yang menimbulkan ancaman kerana suasana gurau senda dan usik-mengusik sentiasa berlaku dalam kehidupan harian. memeluk. Gangguan seksual di tempat kerja boleh berlaku dalam keadaan golongan yang berjawatan tinggi menunjukkan kekuasaannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh terhadap pekerja bawahannya. tingkah laku membuli dan tingkah laku jenayah. Akta-akta khusus yang memperuntukkan tentang pekerja dan pekerjaan tidak mengandungi peruntukan khas tentang gangguan seksual. beberapa cadangan yang telah diusulkan boleh diambil kira. dan dari segi pertuturan pula. tingkah laku destruktif. 2006).

” Perkara 5 pula menyatakan bahawa gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu. visual. Dalam menangani permasalahan gangguan seksual ini. (i) gangguan seksual berbentuk ugutan. contohnya. memandangkan Kod Amalan tersebut hanyalah merupakan satu garis panduan dan tiadanya satu undang-undang khusus bagi menangani gejala ini. Realitinya. antaranya. Selain itu setiap organisasi perlu mewujudkan sendiri garis panduan menangani permasalahan seperti ini. selain bercanggah dengan undang-undang. atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya.pelaksanaan satu mekanisme dalaman bagi menangani masalah gangguan seksual di tempat kerja. setiap pekerja organisasi perlu dididik dalam aspek gangguan seksual dan didedahkan kepada Kod Amalan yang telah dihasilkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Gangguan seksual. gangguan seksual bermakna “sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan. boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai satu pencabulan maruah. Namun dalam membendung masalah ini. gangguan seksual merupakan satu permasalahan organisasi yang mencemarkan imej organisasi tersebut. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) . atas sebab yang munasabah. psikologi atau fizikal: (i) yang. Selain itu. bukan lisan. dan (ii) gangguan seksual berbentuk ancaman kepada ketenteraman peribadi. Berdasarkan Perkara 4 Kod Amalan ini. mempunyai implikasi besar ke atas produktiviti sesebuah organisasi seterusnya pembangunan ekonomi negara. boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjanya: atau (ii) yang. Akta Gangguan Seksual perlulah digubal. satu perundangan. badan-badan tertentu boleh bekerjasama dalam memastikan gangguan seksual dapat dicegah. Kesatuan Perguruan. Jabatan Buruh. pihak polis dan mahkamah. 9. atas sebab yang munasabah.

konsep pembelajaran global. menggunakan bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengkayaan. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT pelu dimanfaatkan untuk mempertingkat memartabatkan bidang keguruan yang sedang mengharungi perubahan dalam abad ke 21 ini. menggunakan alat bantu mengajar untuk memperjelas sesuatu konsep. Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) yang menyatakan bahawa pada abad ke-21. celik dan mahir dalam ICT serta mampu bersaing pada peringkat global. konsep liberalisasi maklumat. Antara cabaran tersebut adalah: i. masteri dan lebih kontekstual serta menarik minat pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai dan kreatif menggunakan literasi komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2002). Ini bermakna pelajar dan guru dapat mencari maklumat terkini yang tidak terdapat dalam buku. mengajar secara konstruktivisme. Cabaran Dalam Menyediakan Bahan Multimedia Wiburg (1997) menyatakan bahawa untuk membina. negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi. seperti yang telah disentuh sebelum ini menyebabkan wujudnya dunia tanpa sempadan. Era globalisasi menuntut negara kita membangunkan sumber manusia yang mempunyai ciri-ciri K-worker. konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Melalui ICT juga pembelajaran boleh berlaku di luar waktu persekolahan di mana pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan sesama mereka bila-bila masa sahaja. Perubahan kaedah pengajaran menggunakan ICT ini bersesuaian dengan kehendak pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia supaya guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat pelajar. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. membangun dan mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan . mempelbagaikan teknik penyampaian dalam kelas untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan. Rahim. liberalisasi dan perkembangan ICT. 2005). Selain daripada itu dengan adanya kemudahan ICT ini. video koferen dan chatting atas talian. e-mail. pelajar dan guru dapat berkongsi maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian.Globalisasi. pelajar dapat menggunakan internet untuk mengakses pelbagai bahan pembelajaran serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri.

visual.menggunakan teknologi ICT dalam pengajaran. Sikap Negatif Guru Daripada kajian lepas juga terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional (Becker & Watt. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat institusi pendidikan teknik dan vokasional pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan kemahiran serta anggapan sesetengah guru/pengajar bahawa pembelajaran terutamanya secara maya tidak sesuai untuk pendidikan teknik dan vokasional. 1996). Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %. ii. iii. kreativiti dan inovasi. mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang utama dalam dunia digital. rekacipta. e-learning dan sebagainya. pembelajaran maya dan sebagainya. Kajian yang dilakukan oleh Rosli. Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baru kepada profesyen guru dan sistem pendidikan teknik dan vokasional yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi penggunaan internet. perkembangan kognitif. Penggunaan ICT dalam pendidikan teknik dan vokasional telah membuka lembaran baru tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada bilik darjah atau bengkel. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu keolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan. Kekurangan Kemahiran Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelbagai kecerdasan yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. penggunaan pembelajaran ICT di institusi pendidikan teknik dan vokasional terutamanya penggunaan internet masih lagi rendah. . Walau bagaimanapun. Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kemajuan dan kecanggihan teknologi ICT membolehkan pembelajaran teknikal dibuat secara maya menerusi internet.

Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan Satu cabaran penting pendidikan teknik dan vokasional ialah menyediakan kemudahan komputer serta internet untuk semua pelajar. Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada . khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar bandar. pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Kemudahan ICT yang terdapat di institusi pendidikan teknik dan vokasional pada masa ini adalah tidak seragam. Sekolah. Jurang ICT dan Digital Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi. Sekolah dan profesion keguruan perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital. Cabaran masa kini dan akan datang dalam institusi pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut. Lebih banyak peruntukan dan guru-guru yang terlatih dalam bidang ICT dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah melaksanakan misi dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital. vi. kemudahan infrastruktur. kaum dan sebagainya.iv. sosial. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi. v. Walau bagaimanapun.pendapatan. penyediaan kemudahan mengakses internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. pendidikan. terutama di luar bandar dan di kalangan kaum. ada yang tidak. Sikap guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran pembelajaran. dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang berlaku. Ada yang memiliki sambungan kepada internet.

pelarasan gaji. pemberian insentif. etika dan integriti. KESIMPULAN Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. teknologi ICT dalam pendidikan. Isu-isu sedia ada dalam pengurusan sumber manusia dalam pendidikan termasuklah isu berhubung kait penilaian prestasi. globalisasi pendidikan. serta pembangunan kerjaya staf. Dalam era globalisasi. isu-isu berbangkit ini perlu ditangani secara sistematik dengan penggemblengan usaha pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders). seperti isu ketidakseimbangan gender dalam pasaran pekerjaan. Sesungguhnya pengurusan sumber manusia berupaya memastikan kelestarian sesebuah organisasi itu. RUJUKAN . persoalan daya saing dan daya tahan sesebuah organisasi menjadi fokus masa kini. terutama di kawasan luar bandar. Namun kepincangan pengurusan sumber manusia telah membangkitkan pelbagai isu. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. proses perekrutan dan pemilihan staf. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku. Dalam industri pendidikan.pembelajaran konvensional. Beberapa tahun kebelakangan menyaksikan pelbagai isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan menerima liputan meluas media massa. latihan dan pembangunan staf. 10. jaminan kualiti pendidikan. stres dan burn out serta isu kepemimpinan. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar supaya celik komputer.

skali. Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (atas talian). 86(2) 448-453.lpm. & Watts. Pengurusan sumber manusia: Konsep.Ab. Petaling Jaya: Pearson. Lembaga Peperiksaan Malaysia. (1996). (2001). American Economic Review. (2005). Ed ke-3. Abdul Rahim Rashid. Laporan Prestasi SPM 2001. Gangguan seksual: Pengurusan tingkah laku dan perkembangan gender dalam organisasi. 2005. Rahim Abd. Rosli Abd. (2002). Zamalia Mahmud & Shafiee Ahmad. Undang-undang gangguan seksual Becker. W. Chalk and Talk: A National Survey on Teaching Undergraduate Economics. Rahim.E. International Conference On Challenges and Prospects in Teachers Education: Shah Alam. M. 2006. Ahmad Shamsul Abd Aziz. Bhd. isu dan pelaksanaan. (21 Oktober.com. 2003. Rashid.2005) . Aziz Yusof. ICT in Teaching and Learning Among UiTM Lecturers. . http\\www. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Abd.