Anda di halaman 1dari 5

Soalan A

Merujuk kepada Kamus Dewan, Psikologi didefinisikan sebagai “Kajian tentang


proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan
haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan
kebijaksanaan memahami sifat manusia”. Maka, secara ringkasnya psikologi boleh
didefinisikan sebagai kajian saintifik terhadap mental dan tingkah laku manusia serta
haiwan.
Berdasarkan masalah Cik Salimah, teori yang sesuai digunakan untuk membantu
murid-murid tidak boleh membaca ialah menggunakan Teori Behaviorisme yang
dipelopori oleh empat tokoh iaitu Watson, Pavlov, Thorndike dan skinner. Teori
Pembelajaran Behaviorisme ini menjurus kepada sikap atau aspek perubahan tingkah
laku manusia yang boleh diperhatikan dan diukur.
Kebaikan Teori Behaviorisme ini digunakan untuk membantu murid-murid Cik
Salimah ialah kerana teori ini menekankan kepada perubahan tingkah laku manusia.
Seperti yang kita tahu murid-murid yang tidak boleh membaca dan gagal dalam pelajaran
salah satu sebabnya ialah sikap atau tingkah laku yang tidak mengambil berat mengenai
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan tidak suka membuat ulangkaji pelajaran.
Sekiranya sikap ini dapat dikikis dan diubah dengan sikap atau tingkah laku yang lebih
positif seperti rajin membuat latihtubi membaca di rumah pasti seseorang itu bolah
berjaya dalam pelajarannya.
Berpandukan Teori Behaviorisme ini juga akan dapat membantu Cik Salimah
mempelbagaikan rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan agar murid-murid tidak boleh membaca, berminat untuk mengikuti sesi
pembelajaran. Berdasarkan Teori Pelaziman Operan Thorndike pembelajaran boleh
berlaku melalui hukum pembelajaran yang dibahagikan tiga iaitu hukum kesediaan,
hukum latihan dan hukum kesan. Berdasarkan tiga hukum yang telah dinyatakan,
sekiranya digunakan oleh Cik Salimah pasti dapat memulih murid-murid tidak boleh
membaca menjadi boleh membaca.
Teori Behaviorisme yang dikembangkan oleh Skinner dengan menggunakan cara
peneguhan positif dan negatif pasti dapat merangsang murid agar lebih berusaha sehingga
berjaya mengguasai kemahiran membaca. Hadiah yang dijanjikan kepada murid-murid
yang berjaya membaca dengan lancar pasti dapat menjadi pemangkin kepada usaha
murid-murid untuk belajar membaca.

Soalan B
Penggunaan Teori Behaviorisme berpandukan Teori Pelaziman Operan Thorndike
yang menyatakan tiga hukum pembelajaran iaitu hukum kesediaan, latihan dan kesan
akan dapat membantu murid-murid Cik Salmah berlajar dengan lebih baik dan berupaya
membaca pada tahap yang ditetapkan.
Ini kerana tiga hukum pembelajaran yang dinyatakan tadi akan dapat memberi
panduan kepada Cik Salimah untuk membuat persiapan-persiapan yang perlu sebelum
mengajar. Persiapan yang dimaksudkan di sini ialah bahan, rangsangan atau teknik yang
akan digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai rangsangan yang
digunakan oleh Cik Salimah akan mewujudkan kesan pembelajaran yang
menyeronokkan. Contohnya, murid-murid yang berjaya membaca lancar petikan yang
diberi akan memperolehi baucer makanan tengahari di kantin bersama guru. Rangsangan
yang diberikan ini pasti dapat menarik minat murid-murid agar membaca dengan lebih
lancar dan belajar bersungguh-sungguh. Selain itu latihan yang berulang-ulang dilakukan
oleh murid-murid akan dapat mengukuhkan kefahaman terhadap pelajaran. Latihan
membaca dan menulis yang diulang-ulang akan dapat membantu murid-murid Cik
Salimah lebih lancar membaca ( contoh latihan membaca dan menulis boleh rujuk
lampiran).
Selain itu, Cik Salimah perlu memastikan terlebih dahulu kesediaan murid-
muridnya untuk belajar. Menurut Teori Pelaziman Operan Thorndike, hukum kesediaan
terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu kesediaan psikomotor, afektif dan kognitif. Ini
bermaksud, Cik Salmah perlu memastikan murid-murid kelasnya betul-betul bersedia
sebelum belajar. Peruntukkan masa lima minit mungkin diperlukan oleh Cik Salimah
untuk berinteraksi dengan murid-murid mengenai hal-hal umum seperti sarapan apa pada
waktu pagi atau sebagainya sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Masa
lima minit sebelum sesi p&p akan memberi masa yang cukup untuk murid-murid
bersedia menerima ilmu pada hari tersebut. Justeru, murid-murid akan dapat memberi
sepenuh tumpuan pada pelajaran khususnya menguasai kemahiran membaca dengan
lebih lancar.
Menurut Hukum Pembelajaran Skinner iaitu Hukum Kesan, menyatakan bahawa
jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan,
kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Ini bermaksud,
sekiranya suasana p&p dilaksanakan dengan pelbagai cara atau lebih menarik akan dapat
memberi lebih keseronokkan untuk murid belajar seterusnya menguasai apa yang sedang
dipelajari. Berpandukan Hukum Kesan Skinner ini Cik Salimah boleh mewujukan
suasana pembelajaran yang lebih menarik. Contohnya, bagi mewujudkan p&p yang
menarik, Cik Salimah boleh menggunakan bahan p&p dalam bentuk power point. Bahan
p&p untuk melatih murid membaca dengan lancar dan bahan pengajaran yang lain boleh
dimuatkan dalam aplikasi power point. Memandangkan bahan pengajaran dan
pembelajaran dalam bentuk power point, maka Cik Salimah boleh menggunakan makmar
komputer sebagai tempat p&p. Situasi ini pasti memberi sedikit kelainan persekitaran
pengajaran dan dapat meningkatkan minat murid untuk belajar. Selain itu bahan dalam
bentuk power point yang diselitkan dengan bunyi-bunyi yang manarik pasti dapat
memberi lebih kefahaman kepada murid-murid untuk menguasi ilmu yang disampaikan
oleh guru.
Berdasarkan Teori pelaziman operan skinner, peneguhan ialah perkara yang perlu
dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulang. Peneguhan positif ialah
memberi ganjaran setelah murid melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan ganjaran
yang diberikan oleh guru itu akan memotivasikan murid untuk buat sesuatu dengan lebih
baik dan berulang kali. Peneguhan Positif ini boleh diterapkan oleh Cik Salimah di dalam
kelasnya. Contonya Cik Salimah memberi pujian kepada murid yang menunjukkan
peningkatan ketika membaca seperti ucapan “syabas’, “bagus’, “pandai” ungkapan-
ungkapan seperti itu pasti akan dapat memotivasikan murid tersebut agar meneruskan
usaha untuk berjaya dalam perlajaran.
Soalan C
Sebagai seorang guru yang mengharapkan anak-anak didiknya berjaya sudah
semestinya pelbagai teori yang difikirkan baik akan diaplikasikan dalam proses p&p.
Namun begitu pemilihan teori pembelajaran bukan dilakukan dengan membuta tuli tetapi
dilakukan dengan cara yang teliti. Pemilihan teori pembelajaran sebenarnya bergantung
kepada persekitaran kelas, tahap kesediaan murid untuk belajar, objektif pengajaran dan
pembelajaran serta perbezaan gaya kognitif dan belajar.
Antara teori pembelajaran yang saya gunakan dalam pengajaran ialah Teori
Pembelajaran Sosial yang diasaskan oleh Albert Bandura.Teori yang dmaksudkan ialah
Teori Pembelajaran Tiruan. Teori ini digunakan adalah bertujuan untuk memudahkan
murid meniru secara langsung mengenai pergerakkan psikomotor khususnya pergerakkan
yang perlu dilakukan oleh murid dalam aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Memandangkan murid tidak tahu cara yang betul untuk melakukan aktiviti regangan
sebelum melakukan aktiviti yang lebih agresif maka guru perlu membuat demonstrasi
atau tunjuk cara aktiviti regangan dan apa yang dibuat oleh guru akan ditiru terus oleh
murid. Peniruan terus yang dibuat oleh murid dapat memastikan murid dapat mengetahui
teknik yang betul untuk membuat regangan.
Teori pembelajaran lain yang saya gunakan semasa sesi p&p ialah Teori
Behaviorisme yang dikembangkan oleh Skinner dengan menggunakan cara peneguhan
positif dan negatif. Teori ini digunakan bertujuan untuk memastikan sesi p&p dapat
dijalankan dengan lebih berkesan.
Peneguhan positif digunakan untuk menggalakkan murid sentiasa memberi
komitmen terhadap pelajaran. Contoh peneguhan positif yang diberikan dalam bilik
darjah ialah memberi pujian dengan segera selepas murid dapat menjawab soalan yang
diutarakan oleh guru. Pujian yang diberi pasti memberi perangsang kepada murid agar
dapat terus menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul.
Manakala peneguhan negatif pula ialah rangsangan segera terhadap tingkah laku
yang tidak selesa. Contohnya, guru meminta murid yang tidak menyiapkan latihan yang
diberi, menyiapkannya dengan segera. Sekiranya latihan tidak dapat disiapkan murid
tersebut tidak boleh keluar rehat. Murid pasti menyiapkan latihan yang diberi kerana
takut tidak dapat keluar kelas pada waktu rehat.
Kesimpulannya, pelbagai teori yang diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjah
akan dapat membantu guru untuk mencapai objektif pelajaran yang telah dirancang.
Teori-teori pembelajaran yang digunakan mestilah mengambil kira aspek perbezaan yang
ada pada diri murid-murid khususnya dari segi psikomotor, efektif dan kognitif.

Anda mungkin juga menyukai