Anda di halaman 1dari 13

Guru yang berpengalaman harus memahami bahawa

murid pribumi dan orang Asli lebih dominan menggunakan


gaya belajar visual berbanding dengan cara pengajaran
yang lebih kepada gaya belajar kinestatik.

Perbezaan gaya mengajar dan belajar harus ditangani


dengan segera dengan memastikan guru-guru yang
dihantar (posting) ke kawasan pedalaman perlu diberi
pendedahan dan latihan rapi khusus kepada gaya
pembelajaran orang Asli.

Ini penting bukan sahaja untuk membantu


memudahkan pengajaran dan pembelajaran
tetapi memberi persepsi bahawa guru-guru ini
menghormati dan memahami latar belakang
murid orang Asli.

Pihak Insititusi Pendidikan Guru Malaysia juga perlu


mengadakan kurikulum khas yang bersesuaian dengan
matlamat dan budaya masyarakat orang Asli.

Ini boleh direalisasikan dengan mewujudkan satu mata


pelajaran dan pedagogi pribumi yang mesra kepada
budaya dan cara hidup orang Asli.

Proses integrasi dan mobiliti sosial terhadap sistem


pendidikan kebangsaan adalah penting dalam pendidikan
orang Asli.

Walaubagaimanapun menurut Prof.Ungku Aziz, sistem


pendidikan masyarakat orang Asli perlu diatur dengan
terancang agar ilmu yang diterima membolehkan mereka
sikap dan perspektif baharu dan bersedia untuk bersaing
dengan masyarakat moden yang lain .