Anda di halaman 1dari 2

Pengertian || Peristiwa Penting || Fadhilat || Kepercayaan dan Amalan-amalan Khurafat | www.al-azim.

co

Fadhilat (Amalan-amalan sunat)


Amalan-amalan sunat di bulan Safar adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain.

Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Safar yang menjadi amalan Rasulullah saw
ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh.

Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua
bulan dalam taqwim.

Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti
yang disarankan oleh Islam tidak kira di dalam bulan mana sekalipun.

Yang penting adalah niat yang disertakan keikhlasan.

Kepercayaan dan Amalan-amalan Khurafat

Walaupun sudah semakin kurang namun masih ada segelintir di kalangan masyarakat kita yang
masih berpegang dengan kepercayaan dan amalan-amalan karut datuk nenek moyang kita yang entah
dari mana asasnya.

Di antara kepercayaan dan amalan-amalan karut yang berlaku dan ada kaitan dengan bulan Safar itu
ialah;

• Rabu terakhir adalah hari malang


• Biawak petanda celaka
• Burung hantu petanda kemudharatan
• Burung gagak petanda kematian
• Bulan Safar adalah bulan bala

Kononnya untuk mengelakkan petanda-petanda buruk ini dari berlaku maka disunatkan mandi Safar,
berpuasa dan membuat kenduri tolak bala khas di bulan Safar. Kepercayaan dan amalan-amalan di
atas tadi adalah khurafat kerana tiada asas ataupun sumber rujukan dari mana asalnya.

Adapun ada hadis-hadis yang mengatakan tentang perkara-perkara tersebut adalah ditolak kerana ia
adalah hadis palsu yang sengaja direka-reka dan sudah dinafikan oleh satu hadis shahih yang
diriwayatkan oleh imam Bukhari;

Maksudnya; Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan
larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa.

Maka hukum berpegang dengan kepercayaan karut adalah ditolak. Jika ia berkaitan atau menyalahi
akidah maka ia boleh membawa kepada syirik dan merosakkan iman. Apabila iman sudah rosak,
maka ia akan mempengaruhi amalan maka amalan juga tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wa
ta'ala.

Beramal dengan perkara-perkara tersebut juga adalah ditolak kerana ia adalah bid'ah dhalalah. Maka
beramal dengan perkara-perkara bid'ah dhalalah adalah haram hukumnya. Dan ada banyak lagi
kepercayaan dan amalan-amalan yang karut berkaitan dengan bulan Safar ini mengikut kawasan-
kawasan dan kaum-kaum tertentu.

Oleh itu ilmu agama yang berpandukan al-Qur'an dan as-Sunnah adalah neraca untuk menilai setiap
sesuatu sama ada mengikut Syarak atau sebaliknya. Dalam memperbetulkan perlakuan segelintir
umat di kalangan masyarakat Islam yang masih berpegang dengan kepercayaan dan amalan-amalan
karut ini, maka pendakwah dan individu yang faham dan ingin membetulkannya hendaklah
melengkapkan diri dengan ilmu agama dan methodologi dakwah itu sendiri agar kerja dakwah itu
menjadi lebih berkesan dan lancar.

Disemak oleh;

• Ustaz Mohd Ali bin Zainal


Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam Jab. Mufti Melaka
• Tn. Hj. Mohd Nazri bin Abdul Majid
Pegawai Hal Ehwal Islam Jab. Mufti Melaka

Rujukan;

• Khurafat Antara Adat dan Agama, koleksi Khutbah, Jab. Mufti Selangor
• Hari Nahas; Pandangan Islam Mengenainya, Pej. Mufti Brunei Darussalam
• Peristiwa-peristiwa Yang Bersejarah, MUIS
• Sejarah Hidup Muhammad saw, Muhammad Husain Haekal

• Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah, Hj. Abdul Hadi Awang


^
© Jabatan Mufti Me

Anda mungkin juga menyukai