Anda di halaman 1dari 14

Folio Sivik

Permainan
Tradisional
Masyarakat
Malaysia
Ahli Kumpulan :

Kelas : 2 Al Kindi

Congkak

Asal Usul
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab,
bergantung
kepada
teori
mana
yang
anda
percayai.
Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang
dibiayai oleh Persatuan National Geographicmenjumpai kepingan batu
kapur yang mempunyai dua liang selari.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar
ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak
mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di
Kepulauan Carribean juga bermain congkak. Congkak dipercayai
sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali
sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama
Congklak, dan di Filipina ialah Sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan
menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di
kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang
di dalam tanah.
Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu
popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai
lelaman web di internet. Dalam lelaman-lelaman web ini disenaraikan
pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di
seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam telefon bimbit
hari ini.
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat
daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Di
sebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti
burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai
ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7 sentimeter.

dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan


congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung
kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu
sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat
sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung
yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau
sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak
sama banyak.

Cara Bermain:
Congkak hanya boleh dimainkan oleh 2 dua orang sahaja pada sepanjang
masa. Kedua-dua mereka akan berhadapan dengan satu sama lain,
dengan papan congkak tersebut diletakkan di tengah. Mulanya, kedua
dua pemain akan mencapai semua biji yang terdapat di salah satu lubang
yang berderetan di depan masing-masing. Setiap lubang mempunyai 7 biji
pada waktu permulaannya, tetapi akan berbeza setelah permainan
tersebut mula.
Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada setiap
lubang, mengikut daerah ke kiri. Lubang besar yang terdapat di dua-dua
hujung papan congkak itu dipanggil rumah. Setiap pemain akan memilih
rumah mereka sebelum mula bermain. Sedang mereka melepaskan satu
demi satu biji itu, mereka juga akan letakkan satu di rumah masingmasing.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan
dalam lubang kosong di kawasan sendiri atau pesaing dan pemain
hendaklah berhenti, Pemain itu boleh menembak lubang lawan yang
setentang dengan lubangnya iaitu mengaut kesemua biji (jika ada) di
dalam kampung tersebut dan meletakkannya di rumah mereka.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga kesemua
bijinya sudah habis diletakkan. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam
rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil
biji yang masih ada di mana-mana deret sendiri. Sekiranya biji yang
terakhir itu jatuh di lubang kosong pihak lawan, maka permainan itu mati
di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya
hingga mati. Kadangkalanya, apabila salah satu daripada pemain sudah
pun kalah, yang pemenang itu mengambil kesemua biji-biji yang masih
berada di semua lubang dan ia akan dimasukkan ke dalam rumahnya.
Pemenangnya adalah dia yang telah mendapat lebih biji.
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat
daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Di sebelah
hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala
di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang

sebesar 9sm. garis pusat dan 7 sentimeter. dalam ditebuk atas


permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah,
lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan
tidak kotor terkena tanah.
Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama
lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah
lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa
terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris.
Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

Teng-Teng

Asal Usul
Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah
permainan yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini
kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia menggunakan tenaga
yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua
hingga empat orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada
peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang.
Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan
memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.
Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah.
Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain
gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang
menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.

Cara Bermain:
Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang
akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai
lai li tam plong.
Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan
gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak.
Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak
dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan
pemain seterusnya yang akan mengambil alih.
Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan
menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang
bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke
dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka
harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat
akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki
melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan
seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk
menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama
dan terus ke garisan penamat.

Batu Seremban

Asal Usul
Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat.
Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya
dimain secara berkumpulan dua orang atau lebih. Objek-objek seperti
guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulanketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan
ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya
dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di
mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai
yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih
senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat
beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.
Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di
mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke
peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan
buah tujuh.

Cara Bermain
Buah Satu:
1.

Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah


tidak menyentuhi satu sama lain.

2.

Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan
ke udara.

3.

Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.

4.

Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas


lantai sudah dikutip.

Buah Dua:
1.

Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.

2.

Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.

3.

Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:
1.

Buah tiga ada sedikit perbezaan.

2.

Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.

3.
Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan
serentak.

Buah Empat:
1.

Buah ibu akan dilambungkan ke udara.

2.

Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat


biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:
1.

Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.

2.

Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip


keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.

3.

Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada


masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan
pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu
sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:
1.
Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit
perbezaan.
2.

Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah
akan menjadi buah ibu.

3.

Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi


buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di
atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:
1.

Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.

2.

Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan


dengan serentak.

3.

Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.

4.

Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.

5.

Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.

6.
Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan
disambut.

Wau

Asal Usul
Permainan layang-layang, juga dikenali dengan
nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang
tersebut di udara. Perkataan wau dikatakan berasal dari perkataan
kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri
seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan
perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri
seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia
seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi
catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad
bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat
DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang
terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke
udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan
menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat
umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan
yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya
kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.

Sejarah wau
Di Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan
kesahihan. tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut
sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara
China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysia mempunyai
persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.
Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap
unsur-unsur kebudayaan dari negara China memandangkan hubungan
Malaysia-China telah berlangsung sejak zaman Greek lagi.
Kemungkinan juga perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina
Hokkien (Fujian). Kata untuk wau dalam dialek Hokkien ialah 'ao' di
utara Malaysia.
Pada masa dahulu, orang-orang Melayu di Singapura turut
menggunakan layang-layang bagi menangkap ikan.

Mitos permainan wau


Mengikut satu cerita, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa
nama. Permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari
daun tertentu yang diikat pada tulang belakang daun tersebut dengan
tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun nenas. Wau dimainkan
di tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu putus
talinya, dan anak itu pun menangis wa,wa,wa,wa, maka, menurut
yang empunya cerita, lahirlah perkataan "Wau".
Mengikut asal usul yang lain, yang lebih dekat dengan mitos, ia
bermula apabila Dewi Dewa Dani bersalinkan Dewa Muda. Bidan
Ketujuh membuang tembuni Dewa Muda ke laut. Maka Mak si Dewa

Dewa yang sedang bertapa di kayangan merasa tidak selesa duduk di


kayangan, lalu dia turun ke Medan Kulum Laman Yang Rata, dan
dilihatnya tembuni Dewa Muda terapung-apung di Sungai Nil. Tembuni
itu dipulihkan menjadi seorang dewa yang dinamakan Awang si Jambul
Lebat dan selaput tembuni Dewa Muda itulah dijadikan rangka Wau
untuk Dewa Muda.
Untuk menyiapkan Wau itu, Mak si Dewa Dewa mengambil panau
Dewa Muda untuk dijadikan bunga Wau, tangan Dewa Muda untuk
sayap Wau, laras kaki Dewa Muda dijadikan tangan dan badan wau
serta rambut Dewa Muda dijadikan jambul Wau. Bila Wau ini dinaikkan,
maka busurnya berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam. Dari
bunyi busur itulah wujudnya nama "Wau". Mengikut asal usul ini juga,
wau yang tidak ada busur atau busurnya tidak berbunyi dua belas
bahasa dan dua belas ragam dipanggil "layang-layang".
Mengikut asal usul yang lain pula, wau wujud dari semangat padi. Pada
satu hari, seorang petani bersama isterinya yang tidak mempunyai
anak terjumpa dengan seorang anak perempuan yang cantik, lalu
dipelihara oleh mereka. Si suami tiap-tiap hari membawakan minuman
dan makanan kepada anak perempuan itu di tempat dia bermain di
rumah padi, yang akhirnya menimbulkan perasaan cemburu di hati
isteri. Anak perempuan itu dipukul oleh si isteri lantas melarikan diri
dari rumah petani tersebut menghala angina barat.
Berikutan dengan kejadian itu, padi petani suami isteri tadi, tidak
berbuah dan diserang penyakit. Mengikut nujum, anak perempuan
yang dihalau tadi adalah semangat padi. Untuk memohon maaf, petani
itu harus membuat satu lembaga merupai Wau Bulan sekarang ini dan
dinaikkan setelah menuai.
Mengikut asal usul yang lain, Wau Bulan lahir sebagai lambang
penyatuan kembali Empayar Srivijaya oleh Dewa Muda. Setelah
kemangkatan pembina Empayar Srivijaya iaitu Sri Maharaja Sri
Jayanaga, maka empayar yang meliputi seluruh Asia Tenggara ini mulai
berpecah diperintah secara berasingan dari negara induk Srivijaya iaitu
Medang Bhumi.
Di awal abad ke-8 muncul seorang tokoh, iaitu cucu Sri Maharaja Sri
Jayanaga yang bernama Jaya Sinha. Beliau mempunyai berbagai
gelaran, antaranya Sabjaya atau Sanjaya Putera, Inu Dewa, Seri Panji,
Mahisa Kelana Seri Panji, Raden Inu Kertapati atau Raden Asmarajaya
dan Hyang Kamajaya, tetapi dia lebih terkenal dalam cerita-cerita
tradisi sebagai Dewa Muda. Dewa Muda telah mengadakan beberapa
serangan untuk menyatukan kembali Empayar Srivijaya.

Sebelum Dewa Muda mengadakan serangan, dia telah lama bertapa


dan apabila selesai, dia pulang dari gua tempatnya bertapa dengan
membawa rangka atau lembaga wau bulan yang baginya merupakan
peta penyerangan dan penaklukan kembali Empayar Srivijaya atau
Asia Tenggara itu.Dewa Muda menakluk kembali empayar yang agung
itu kira-kira pada tahun 713 hingga 779 Masihi. Setelah mendapat
kemenangan, Wau Bulan yang menjadi lambang Empayar Srivijaya
dikenali sebagai Sejagat Tanah Jawa.
Kepala dan tengkuk wau bulan yang berbentuk garuda itu
melambangkan raja segala burung yang sebenarnya seorang wali.
Namanya ialah Riah, dalam Bahasa Arab disebut Nabi Mahlail
Alaihissalam antara 313 rasul dan dalam Bible, beliau disebut dengan
nama Mahalelselt. Dalam cerita-cerita tradisi dia digelar Burung
Petala Indera. Jadi, kepala Wau Bulan ini melambangkan roh dan
semangat Empayar Srivijaya, dan memberi erti asas kebudayaan dan
asas peradaban dalam empayar ini.
Dikisahkan bahawa busur wau ini memiliki dua belas bahasa, dua belas
ragam yang melambangkan negeri atau daerah yang disatukan
kembali dengan negara pusat Empayar Srivijaya. Dua belas negeri
tersebut ialah Filipina, Vietnam, Segenting, Kemboja-Laos-Thailand
Tengah dan Utara, Burma, Burma Barat dan Benggala Timur menganjur
ke Kepulauan Andaman, Pulau Irian dan Pulau Sulawesi. Sementara
dua belas ragam bererti dua belas suku terdapat di dua belas
daerah/negeri tersebut tadi.
Bulatan bulan pada Wau Bulan melambangkan negeri-negeri daratan
yang dinamakan Nusarantang-kawasan yang bersambung. Bintang
yang terletak di antara bulatan bulan sabit penuh dilambangkan
sebagai negara pusat atau kawasan pusat pemerimtahan yang
dinamakan Nusa Kencana-Kawasan Emas dan bulan sabit penuh yang
menjadi bahagian bawah wau ini dilambangkan dengan negeri-negeri
kepulauan yang dinamakan Nusantara-Kawasan yang dirantai oleh
laut-laut.
Wau Bulan ini memiliki tiga teraju yang melambangkan tiga bahagian
empayar Srivijaya dan tiga teraju ini diikat oleh satu tali, yang
melambangkan Empayar Srivijaya ini diperintah oleh satu pentadbiran
pusat.
Dalam asal usul yang lain pula, wau dinyatakan berasal dari Kembayat
Negara di zaman Siti Zubaidah dan wau ini bernama Wau Lenggang
Kembayat. Wau inilah yang dinaikkan oleh Pembina Empayar Srivijaya
iaitu Dewa Muda. Bentuknya tidaklah seperti Wau Bulan seperti yang

dinyatakan dalam asal usul di atas. Wau Lenggang Kembayat ini


bentukya seperti Wau Ikan yang wujudnya sekarang ini.
Banyak lagi terdapat asal usul wau, tetapi hampir semuanya
menyerupai asal usul yang telah dicatat.

Jenis Wau
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Antaranya wau burung,
wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala
budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat
digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
1.

Wau barat

2.

Wau bayan

3.

Wau bulan

4.

Wau burung

5.

Wau jala budi

6.

Wau katak

7.

Wau kucing

8.

Wau lenggang kebayan

9.

Wau merak

10.

Wau pari

11.

Wau sewah

Cara bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang
akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang

memegang tali. Apabila anginbertiup maka tali akan ditarik melawan


arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah
wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan
menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan
masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah
mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga
antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta,
ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada
yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan
pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di
Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau
pertandingan wau antarabangsa.

Menghasilkan Wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerjakerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbangkan kepak
sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil
masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih
besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan
benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas
nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama
menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang
berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau
bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak
berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.
Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan
kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni
menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian
belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung
apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau
mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia
berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu
kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau
- Teraju Tiga.

Anda mungkin juga menyukai