Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN
Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukan lah
semudah yang disangka sebagai arkiteksosial guru mempunyai tanggungjwab yang amat besar
bukan sekadar memberi pendidikan dan menyempaikan ilmu. Gurulah insan yang
dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan tranformasi pendidikan yang di cita-citakan oleh
Negara. Pendidikan guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup, bermula sebelum
orang itu menceburi profesion perguruan pra perkhidmatan atau masa percubaan dan terus
bersambung sepanjang kerjayanya. Kedua perkembangan guru dan sekolah hendahlah
seiringan. Kedua dua ini tidak dapat dipisahkan (Micheal G Fullen. Fullen, Successful School
Improvement). Pada tarikh 16 Julai 2007, akhbar Berita Harian terh mengeluarkan satu artikel
yang bertajuk Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti Akademik. Rumusan dari artikel
berkenan menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran tetap menggalakkan guru bukan
siswazah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi menyahut seruan kementerian
yang berhasrat mencapai sasaran semua guru siswazah di sekolah menengah dan sekurang
kurangnya 50% guru bersiswazah di sekolah rendah pada tahun 2010. Datuk Alimuddin Mohd
Dom iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan bahawa pihak kerajaan sudah
menyediakan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan guru menyambung pelajaran seperti
biasiswa dan cuti separuh gaji kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan kualiti
akademiknya.Kepentingan mencari ilmu turut digariskan dalam agama. Bagi agama Islam, hal
tersebut begitu jelas melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan
Jalan yang perlu ditempuhi untuk menuju ke syurga
Sabda Rasullullah SAW itu menggambarkan bahawa betapa Islam memberikan ganjaran
syurga kepada golongan yang mahu menuntut ilmu, memandangkan ilmu itu sangat penting
dalm membina kesejagatan manusia, mendekatkan manusia dengan perkara perkara yang
baik. Kualiti dibawah MS ISO 9000 ialah keseluruhan ciri ciri sesuatu entiti (produk dan
perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat.
Guru adalah pendidik yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk
kemajuan negara pada masa akan datang. Peranan guru dalam bidang pendidikan tidak dapat
dinafikan kepentingannya. Oleh yang demikian guru harus mempunyai kualiti diri yang
baik. Kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah.
Seorang guru yang memperolehipengetahuan dalam bidang pendidikan adalah guru yang
1

bertauliah. Guru ini akan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti
ilmu psikologi kanak kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu mengenai kurikulum dan sebagainya.
Guru yang melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah
memperolehi kualiti profesional dan konteks pendidikan.
2.0 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan yang
disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakkan pegawai yang bertanggungjwab keatas
biro pendidikan dewasa, pertubuhan pendidikan, saintifik dan kebudayaan pertubuhan bangsabangsa bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa
pendidikan tidak sepatunya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi
seseorang itu di sepangjang hayatnya.
Manakala dalam satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk
Learning To Be menyatakan bahawa capaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan
kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu
sahaja. Ia sebaliknya perlu disebatikan kedalam keseluhuran anggota masyarakat dan
kehidupan.
Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sapanjang
hayat ini dapat dikanalpasti menerusi tiga sebab utama yang dikenali juga The Three Es iaitu
pekerjaan, memberi kuasa dan keseronokan. Di Jepun kesedaran tentang kepentingan
pembelajaran sepanjang hayat ini mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai
Employability Fever dimana ahli masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki kelulusan atau
kemahiran tertentu bagi menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang
yang mereka minati
Menyedari hakikat tentang pentingnya pendidikan sepanjang hayat bagi memakmurkan
dan memajukan Negara, kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa tindakan proaktif
antaranya mengubal beberapa dasar dan meletakkan komponen pendidikan sepanjang hayat
sebagai teras utama dalam perancangan pembangunan Negara.
Konsep pendidikan sepanjang hayat merangkumi pengertian yang begitu luas , konsep
ini merangkumi proses pendemokrasian pendidikan yang memberi peluang pendidikan seluasluasnya kepada setiap individu tanpa mengira kelas social kaum, umur dan juga jantina.
Peluang pendidikan yang diberikan adalah bagi meningkatkan pengetahuan kemahiran dan
kompetensi seseorang. Pendidikan sepanjang hayat boleh di lakukan samada secara formal
2

seperti di sekolah institusi pengajian dan pusat latihan vokasional ataupun secara tidak formal
iaitu berdasarkan pengalaman dan latiahan ditempat kerja masing-masing.

Cara pendekatan

pendidikan sepanjang hayat ini boleh di pelbagaikan supaya mudah di akses oleh pelajar
seperti melalui pembelajaran ataupun kursus secara pos. pendidikan sepanjang hayat yang di
laksanakan oleh IPT tempatan menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh, pendikan
flaksibal, pengiktirafan pengalaman bekerja dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan
pengetahuan dan kemahiran diri.
Melalui direktori pembelajaran sepanjang hayat peringkat nasional 2012/2013 ,
pendidikan sepanjang hayat terdiri daripada empat kluster namun begitu hanya 3 kluster sahaja
yang ditawarkan kepada orang awam. Kluster pertama ialah program pengajian separa masa di
peringkat sijil, Diploma, Ijazah dan ijazah lanjutan termasuk e,learning. Manakala kluster ke dua
adalah program pengajian berbentuk teknikal dan kemahiran yang tempohnya tidak melebihi 6
bulan . kluster ke tiga adalah program pengajian untuk peningkatan ilmu dan kemahiran bagi
pembangunan diri.
Sebanyak 15 kementerian serta pelbagai agensi dibawahnya menawarkan pelbagai
program dan bidang yang bersesuai untuk pembelajaran sepanjang hayat. Kementerian yang
paling banyak menawaarkan program ini adalah di bawah kementerian Pengajian Tinggi yang
mana hamper semua IPT tempatan menawarkan program yang bersesuai termasuk politeknik
dan kolej komuniti.

2.1 KEPENTINGAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT.

Menuntut ilmu merupakan satu keperluan asas yang wajib bagi setiap individu tanpa
mengira kaum dan agama. Konsep pendidikan sepanjang hayat bukanlah suatu perkara baharu
sebaliknya konsep ini telah lama diamalkan oelh kebanyakkan masyarakat dunia. Kemajuan
sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri individu
atau modal insannya. Dalam pembangunan modal insan perkara-perkara yang berkaitan
dengan pendidikan dan pembelajaran baik yang bersifat ilmiah professional mahupun
vokasional diberi perhatian yang serius. Pembelajaran sepanjang hayat berperanan besar
dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat menghasilkan
satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh seseorang individu masyarakat dan juga
3

Negara. Jika dikaitkan konsep pembelajaran sepanjang hayat ini dengan ajaran agama islam
wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. di dalam sural al-Alaq adalah
berupa satu suruhan supaya baginda membaca walaupun baginda seorang yang buta huruf
dan sudah berusia 40 tahun pada masa tersebut. Intepati wahyu perta itu juga menjelaskan
kepada kita bahawa SWT. mewajibkan umat manusia supaya menuntut ilmu pengetahuan
batas usia mahupun kekangan-kekangan yang ada baik yang berupa halangan kebendaan
kewangan mahupun fizikal tidak seharusnya dijadikan sebagai suatu halangan kepada kita
untuk menuntut ilmu kerana dalam agama Islam ia merupakan satu proses yang berterusan
dan berpanjangan.
Oleh itu setiap guru perlu mempunyai semangat dan cita-cita yang kuat untuk
meneruskan kehidupan

dengan menambahkan ilmu di dada. Pembelajaran boleh belaku

secara formal ataupun tidak formal setiap guru perlu mengemaskinikan ilmu dan kemahiran
dalam memastikan perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru yang sejajar dengan
perubahan dan cabaran yang dihadapi dari satu masa ke satu masa.perubahan yang belaku
dalam era globalisasi pada hari ini menuntut setiap guru menguasai ilmu dan kemahiran dalam
bidang yang berkaitan dengan pendidikan, pada waktu yang sama unsur-unsur insanian tidak
boleh diabaikan sama sekali memandang unsure-unsur insaniah yang menjurus kearah nilainilai kemanusian dan kekutan spiritual menjadi tuntutan yang akan menyeimbangkan kehidupan
manusia maka setiap guru perlu mempunyai plan pembelajaran kendiri yang berupa rancangan
dan peluang-peluang yang ada perlu direbut oleh setiap guru dalam usha meningkatkan ilmu
dan kemahiran.

3.0 PLAN PEMBELAJARAN PERIBADI


Perkembangan dalam dunia pendidikan menuntut setiap guru meningkatkan ilmu dan
kemahiran mereka sejajar dengan tuntutan semasa. Pembelajaran sepanjang hayat adalah
suatu amalan yang sangat tepat dan para guru perlu mengamalkannya dalam kehidupan
mereka. Memandang guru ialah contoh dan rol model yang paling dekat dengan murid , maka
belajar bagaimana belajar ( Learn how to learn) perlu dipaparkan

melalui perlakuan dan

tindakan oleh guru sendiri. Dalam konsep pembelajaran sepanjang hayat pencarian ilmu tidak
boleh dibatasi oleh masa dan tempat sebaliknya pembelajaran perlu belaku sepanjang hayat
dalam pelbagai situasi , tambahan dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
pada hari ini pencarian ilmu bukanlah satu perkara yang mustahil. Pembelajarn sepanjang
4

hayat memerlukan guru guru bersiap sedia dengan plan pembelajaran peribadi yang
antaraanya adalah seperti berikut.
Pembelajaran di rumah, biasanya dikendalikan oleh ibubapa atau tutor. Pembelajaran
boleh belaku melalui pengawasan sesuatu pihak yang menyediakan kurikulum yang diluluskan.
Pada masa sekarang terdapat beberapa program pendidikan yang boleh berlangsung di rumah,
antaranya pembelajaran melalui talian atau dikenali sebagai online learning (OLL) merupakan
suatu pendekatan yang membolehkan seseorang meneruskan pengajian tanpa perlu berada di
kolej atau university untuk berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pensyarah.
Pendidikan dewasa berupa proses pembelajaran dalam kalangan dewasa melalui
kursus atau program-program pengajian lanjutan sema ada di kollej atau universiti. Peluan
meningkatkan ilmu turut belaku di tempat-tempat kerja yang kerap dirujuk sebagai latihan
pembangunan staf. Untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kompentensi dalam kerjaya
masing-masing. Kalangan dewasa juga boleh meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu
bidang yang diminati dan digemari oleh mereka untuk peningkatan peribadi.
Pendidikan berterusan hamper serupa dengan konsep pendidikan dewasa yang lebih
tertumpu kepada usha seseorang untuk menyambung pengajian di sesebuah kolej atau
university untuk memperolehi sijil , diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh
masa atau secara sambilan . pendidkan berterusan merupakan peluang kepada seseorang
untuk mencapai pendidikan yang lebih tinggi.terdapat pelbagai kaedah dalam pendidkan
berterusan , antaranya pembelajaran yang belaku secara tradisional yakni pembelajaran yang
dijalankan di bilik kuliah dan makmal.
Pengetahuan pekerja berfokus kepada peningkatan profesionalisme

dan

latihan

kerjaya. Pengetahuan perkerja menjadi kayu pengukur terhadap pengetahuan terhadap


keupayaan seseorang dalam bidang perkerjaan yang sedang dijalankan oleh mereka.mereka
sepatutnya mempunyai maklumat berhubung bidang perkerjaan mereka sehingga mampu
menganalisis , mereka bentuk dan membangunkan bidang yang diceburi oleh mereka.
Kemahiran menjalankan kajian mengupayakan mereka mengenal pasti masalah dan
mengemukakan cadangan mengatasi masalah sehingga sebuah organisasi
memperoleh kualiti dan mencapai matlamat.

mampu

Persekitaran Pembelajaran Kendiri (PPK) merupakan satu sistem pembelajaran yang


memerlukan pelajar mengurus dan mengawal pembelajaran sendiri. Pelajar perlu memahami
dan menentukan matlamat pembelajaran, menguruskan pembelajaran sendiri dan bersedia
berinteraksi dengan pihak lain dalam memastikanaa proses pembelajaran mencapai matlamat.
Pengalaman

belajar

secara

formal

dan

tidak

formal

merupakan

gabungan

yang

menyempurnakan sesuatu persekitaran pembelajaran kendiri. Pelajar perlu memiliki kemahiran


social yang membolehkan mereka berhubung denga pihak lain dalam usaha perkongsian ilmu
dan merentas sempadan intitusi untuk memperolehi pelbagai sumber.

4.0 BUDAYA MENYELIDIK


Budaya menyelidik dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya dalam kalangan
guru masih belum menyeluruh. Penyelidikan merupakan salah satu aktiviti yang sangat
berkesan dalam pepbelajaran sepanjang hayat memendangkan menerusi penyelidikan kita
mula berfikir , merancang , melakukan tinjuan dengan membaca pelbagai bahan terutama hasil
dapatan kajian pihak lain, menyediakan item-item soalan menganalisi dan menulis laporan.
Proses penyelidikan mendorong kea rah pemikiran yang yang tinggi sehingga ke peringkat
analisis dan melatih kita menjadi peka dan berpemikiran kreatif. Selain itu, penyelidikan
membolehkan kita mencungkil pelbagai perkara baharu yang membolehkan kita mencadang
sesuatu tindakan yang lebih terkini dan sesuai.
Bagi kalangan guru,jenis penyelidikan yang paling sesuai ialah Penyelidikan Tindakan
(PT) . walaupun pihak lain turut melaksanakan PT untuk meningkatkan kualiti produk dan
perkhidmatan, namun bagi kalangan guru , PT membolehkan guru mengenal pasti isu dan
masalah berkaitan dengan pengurusan pengajaran , disiplin dan sikap pelajar, kepimpinan dan
pengurusan sekolah dan perkara-perkara lain mengenai sitem pendidikan.
Penyelidikan Tindakan (PT) mula diperkenalkan oleh Kurt Lewin (1946) apabila Berjaya
menulis tentang isu-isu komuniti . Pada tahun 1973-1976 John Elliot dan Clem Adelmen telah
menggunakan metodologi PT dalam Ford Teaching dalam usaha membantu guru-guru
menggunakan beberapa persoalan di dalam bilik darjah. Aktiviti penyelidikan dalam kalangan
guru bermula di United Kingdom oleh Stenhouse (1971, 1975) bersama-sama dengan
humanities Curriculum Project yang berpendapat bahawa pengajaran sepatutnya berdasarkan

penyelidikan dan keutuhan pendidikan dan guru mampu dipertingkatkan sekiranya penyelidikan
selari dengan pembangunan kurikulum.

5.0

KEPENTINGAN MENYELIDIK
Setiap hari, guru perlu melakukan pelbagai keputusan yang berkait rapat dengan

pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pengurusan bilik darjah (Noriati A. Rashid et al.
2010). Sebenarnya, semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru telah
terlibat secara tidak langsung dengan proses penyelidikan seperti merancang pengajaran,
membantu murid dalam proses pembelajaran, menguruskan bilik darjah, menilai hasil kerja
murid dan memberikan maklum balas pencapaian murid-murid kepada ibu bapa. Walaupun ia
menyerupai proses pengajaran, namun jika dinyatakan semula dengan cara dan kupasan yang
berbeza dan lebih ilmiah serta mengaplikasikan reka bentuk kajian, melaksanakan pelan
tindakan, memerhati, mengumpul data, menganalisa data dan mengubahsuai strategi
pengajaran mengikut keperluan murid, ia lebih menepati takrifan penyelidikan.

Elliot,1991 (dalam Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran oleh Chow F.
M et al.) menegaskan bahawa guru-guru memperoleh manfaat dengan melakukan penyelidikan
Terhada proses pengajaran dan pembelajaran seperti:
Menambah baik amalan P&P kendiri guru yang secara langsung terlibat dalam
suasana p&p. Sebagai seorang pendidik mereka harus sedar tentang teori peribadi yang biasa
digunakan dalam P&P. Isu dan masalah semasa mengendalikan P&P perlu diambil perhatian
yang sewajarnya untuk diselidiki semasa merancang serta membuat penambahbaikan
pendekatan yang akan dilaksanakan dalam P&P. sekiranya guru gagal membuat penyelidikan
untuk mengesan masalah pembelajaran yang belaku menyebabkan proses P&P belaku dalam
suasana yang membosan bagi pelajar serta menyebatkan objektif pengajaran yang dihasratkan
untuk dikuasai oleh pelajar tidak akan tercapai.

Tugas mendidik bukannya mudah. Untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang


berkaitan dengan tugas mendidik perlu menggunakan pelbagai cara dan teknik yang
bersesuaian. Sehubungan dengan itu, penyelidik yang berkualiti seharusnya tidak berputus asa
7

untuk terus mencuba strategi yang baru dan sentiasa memperbaharui kemahiran selaras
dengan perkembangan murid-murid.
Seruan memupuk budaya penyelidikan bukan bermula sejak kebelakangan ini, malahan
telah bermula sejak tahun 1993 di mana Dr. Wan Zahid (dalam kajian Guru Sebagai Penyelidik:
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekerapan Aktiviti Kajian Tindakan Di Sekolah oleh Lee S.
G, 1997) menyarankan supaya guru-guru besar menggalakkan guru-guru di sekolah masingmasing menjalankan kajian tindakan. Saranan beliau adalah berikutan daripada usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu yang memperkenalkan Projek PIER
(Programme for Innovation, Excellence and Research) yang salah satu tujuan utamanya adalah
memupuk budaya penyelidikan di kalangan pengurus pendidikan dan pendidik melalui kajian
tindakan. Ini membuktikan bahawa penyelidikan tidak dilaksanakan pada satu tempoh masa
saja tetapi adalah berterusan .
Sebagai guru yang berfikiran reflektif, sudah tentu mereka menganggap bahawa
penyelidikan ini sebenarnya sangat-sangat membantu diri, rakan sejawat dan juga masyarakat
dalam mengetahui sesuatu isu yang dikupas. Dalam melaksanakan penyelidikan, guru akan
melakukan pelbagai carian, melaksanakan pemerhatian, merekod data, menganalisis dan
melaporkan dapatan kajian masing-masing. Tinjauan yang dilakukan adalah bersesuian dengan
amalan di bilik darjah. Kepentingannya ialah guru dapat mempertingkatkan profesionalisme
melalui penyelidikan yang dilaksanakan. Guru merupakan individu yang menguasai kandungan
kurikulum subjek yang diajar serta mengetahui cara pelaksanaannya. Ini bermakna,
pengetahuan tentang kurikulum mestilah berdasarkan tugas yang dilaksanakannya. Pengamal
kurikulum seperti guru sepatutnya menjalankan kajian berdasarkan tugas-tugas mengajar.
Dengan kata lain, guru mesti memahami dan menghayati matlamat serta hasil pembelajaran
yang diharapkan daripada subjek tersebut. Seterusnya, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
yang sesuai. Namun begitu, tidak semua hasil pembelajaran berjaya dicapai. Oleh itu, refleksi
penting untuk mengesan masalah yang dihadapi, membuat andaian punca wujudnya masalah
tersebut.bagi membuktikan andaian adalah benar, kajian perlu dilaksanakan secara sistematik
untuk memperbaiki masalah tersebut. Kepakaran sebagai seorang guru berupaya ditingkatkan
dalam perkembangan kurikulum dan refleksi pengajaran seterusnya dapat melahirkan budaya
profesional di sekolah.

Seterusnya, kepentingan penyelidikan adalah penyepaduan teori dan amali. Teori


pengajaran dan pembelajaran telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidik seperti Teori
Behaviorisme, Humanistik, Kognitif dan Konstruktivis. Di samping itu, terdapat juga pelbagai
jenis pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang boleh dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui penyelidikan, guru boleh menyepadukan teori
pengajaran dengan amalan. Sebagai contoh, guru boleh mengaplikasikan teori Kecerdasan
Pelbagai oleh Howard Gardner dalam bilik darjah dan melihat sejauh mana ia memberi kesan
terhadap pembelajaran murid. Pada saya, tidak semestinya teori yang digunakan pada kali
pertama terus berkesan kepada murid-murid. Guru perlu mencuba pelbagai kaedah yang paling
sesuai dengan gaya pembelajaran murid.
Selain itu juga Melalui budaya penyelidikan Tindakan juga, akan memberi peluang
kepada guru untuk mengamalkan budaya koloborasi dengan pihak lain. Maklumat-maklumat
yang diperolehi semasa malksanakan PT boleh dikongsi bersama dengan sekerja lain yang
bersedia bertukar maklumat bersama. Hal ini akan membantu guru dalam usaha meningkatkan
profesionalisme seorang guru. Maklumat-maklumat yang dikongsi boleh dijadikan panduan bagi
setiap guru untuk memikirkan cara yang terbaik semasa melaksanakan proses pengajaran
dalam bilik darjah.
Seterusnya melalui penyelidikan Tindakan juga, dapat membina budaya reflektif yang
membentuk diri berpemikiran kreatif dan bersikap terbuka, mampu menerima dan mengaku
kelemahan diri serta bersedia memperbaiki dan berubah, malahan mampu menambah baik
amalan kendiri. Penyelidikan Tindakan akan melibatkan proses yang berterusan dan kemajuan
pada penyelidik

melalui pengenalpasti fokus dan situasi membina rancangan tindakan,

mengumpul dan menganalisis data dan mempersembahkan dapatan kepada orang lain untuk
memperolehi maklum balas.Dapatan-dapatan dari pendekatan reflektif dugunakan untuk
memperbaiki rancangan tindakan atau mengenal pasti situasi baharu pada kitaran seterusnya.

6.0

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI AMALAN PENYELIDIKAN


Dalam penyelidikan yang dilakukan oleh Lee S. G (1997) beliau mengemukakan faktor-

faktor utama yang memenuhi kekerapan penyelidikan tindakan yang dilaksanakan oleh guru9

guru iaitu persepsi mereka terhadap kepentingan penyelidikan, kemahiran melaksanakan


penyelidikan, kesesuaian iklim sekolah bagi melaksanakan penyelidikan dan cabaran yang
dihadapi semasa melaksanakan penyelidikan. Di samping itu, terdapat juga faktor-faktor lain
seperti faktor masa dan keterbukaan dalam mengakui kelemahan.
Faktor-faktor

yang

dinyatakan

sememangnya

membelenggu

guru-guru

yang

menyebabkan mereka tertangguh untuk melaksanakan penyelidikan. Contohnya, tidak ramai


guru yang menyedari akan kepentingan penyelidikan bagi jangka masa panjang. Ia membantu
dari segi merancang strategi dan kaedah yang bersesuaian sebelum menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun, berlainan pula dengan guru yang sedar dengan
kebaikan melaksanakan penyelidikan, sudah tentu mereka tidak teragak-agak untuk
memberikan komitmen sepenuhnya dalam bidang penyelidikan. Kemudian, faktor kesesuaian
iklim sekolah turut mempengaruhi amalan penyelidikan. Pada pendapat saya, jika tiada
dorongan daripada ketua iaitu guru besar, maka guru-guru kurang bermotivasi untuk
melaksanakan penyelidikan. Begitu juga dengan situasi yang tidak mendesak contohnya guru
tidak menghadapi masaalah pembelajaran yang berat dan sentiasa berjaya menyelesaikan
setiap masalah, maka dia berasa tidak perlu untuk membuat penyelidikan tindakan. Disebabkan
itulah Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Hashim Yaacob (Berita Harian,12 Mei
2005) berkata, ketua organisasi iaitu guru besar atau pengetua digesa membuat kajian tindakan
bagi menjadikan ia budaya dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Beliau berkata lagi, penyelidikan membantu guru-guru membuat sesuatu keputusan yang lebih
bijak, berkesan dan profesional selain berupaya menguji keberkesanan sesuatu teori
pembelajaran dan kaedah P&P yang sesuai dengan persekitaran selain penerimaan
masyarakat dan murid-murid. Tambah beliau lagi, pendidikan berkualiti memerlukan pengetua
atau guru besar yang berkualiti bukan saja dari segi fizikal, malah kebijaksanaan dalam
mewujudkan interaksi antara guru, kakitangan dan murid-murid.
Seterusnya, halangan dan kekangan yang dihadapi oleh guru-guru menyukarkan
mereka untuk menyelidik. Mungkin kerana faktor bebanan tugas yang semakin menimbun pada
masa kini menyebabkan mereka mengabaikan kepentingan menyelidik dan melupakan
kebaikannya. Tidak dinafikan, faktor kekangan masa mengakibatkan guru kurang mengamalkan
penyelidikan. Warga pendidik seharusnya tidak mengelak dalam melaksanakan penyelidikan ini
atas faktor-faktor seperti yang disebutkan tadi. Memetik kata-kata Timbalan Pengarah Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar (EPRD) Kementerian Pelajaran Malaysia, Amir Mohd
Salleh (DJ Dolasoh, Berita Harian, 29 September 2009), setiap guru perlu mencontohi guru di
10

negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea yang membuat kajian tindakan
terhadap bidang kerjaya mereka. Ia sebagai alat penilai dan perlu menganggapnya sebagai
sebahagian daripada bidang tugas untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Dengan kenyataan ini, maka terbuktilah bahawa untuk
menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, guru-guru yang perlu memulakan langkah untuk
melakukan transformasi agar kualiti pembelajaran semakin berkualiti dan bertaraf dunia.
Guru-guru yang menginginkan pendidikan bertaraf dunia tidak seharusnya mengabaikan
dan menangguh pelaksanaan penyelidikan ini kerana sudah tentu penyelidikan yang dibuat
bukan saja meningkatkan kualiti pengajaran diri sendiri, bahkan dapat membantu meningkatkan
atau menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran guru-guru lain yang menghadapi
masalah yang sama.

7.0

IMPLIKASI PENYELIDIKAN
Sesuatu tindakan yang diambil sudah pasti ada pro dan kontranya. Tidak terkecuali

dalam melaksanakan penyelidikan ini. Kebaikan kajian tindakan ialah:


a) Membantu memperbaiki amalan proses pengajaran dan pembelajaran
b) Meningkatkan pemahaman dan ilmu pengetahuan tentang amalan bilik darjah.
11

c) Memberi tumpuan kepada isu/masalah semasa.


d) Membantu guru lain menyelesaikan masalah yang hampir serupa.
e) Merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
f)

Mempelbagaikan

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran

serta

memudahkan

pencapaian objektif pembelajaran.


g)

Menyediakan guru agar menjadi penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru dan
sanggup

h)

menerima perubahan terhadap kurikulum.

Membentuk

budaya

perancangan dan

penyelidikan

sebagai

asas

dalam

membuat

sebarang

tindakan

Namun begitu, ada pendapat yang mengkritik kajian tindakan ini. Hodgkinson (dalam
kajian Lee S. G ,1997 yang bertajuk Guru Sebagai Penyelidik: Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Kekerapan Aktiviti Kajian Tindakan di Sekolah) mengkritik kewibawaan guru
untuk menjalankan penyelidikan. Pada pendapat beliau, guru tidak mempunyai ilmu yang
secukupnya untuk menjalankan penyelidikan yang lengkap. Kegagalan guru untuk menguasai
ilmu dalam melaksanakan penyelidikan ini akan memberi kesan dari segi pengumpulan data
maklumat yang tidak tepat dan tidak sesuai untuk diguna pakai semasa merancang perubahan
atau membuat perubahan-perubahan tertentu untuk diaplikasikan dalam proses P&P.
Di samping itu, guru tidak mempunyai masa yang mencukupi disebabkan bebanan
tugas yang berat. Sememangnya tugas guru di sekolah mempunyai jadual kerja yang agak
padat iaitu terpaksa membahagikan masa antara pengajaran dalam bilik darjah serta tugastugas lain yang diarahkan oleh pentadbir sekolah. Guru tidak mempunya cukup masa yang
mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja penyelidikan ini dengan sempurna, hai ini akan
menyebabkan data-data yang diperolehi tidak begitu sesuai untuk dijadikan sumber dalam
membuat perancangan serta mengatur strategi untuk digunakan dalam P&P.

8.0

PENUTUP
Budaya penyelidikan diber iHarus pendedahan sejak dari awal lagi supaya ia menjadi

satu budaya di sekolah. Ini bermakna, penyelidikan tindakan dijadikan sebagai tugasan di
Institut Pendidikan Guru (IPG) supaya guru pelatih menjadi mahir dari semasa ke semasa untuk

12

menjalankan penyelidikan tindakan. Apabila mengajar kelak, tiada timbul isu guru kurang mahir
dalam menyelidik kerana telah diberi latihan dan bimbingan yang cukup semasa belajar.
Guru melaksanakan penyelidikan tindakan sekurang-kurang satu kajian dalam setahun.
Tujuannya adalah supaya mereka lebih peka dengan masalah dalam bilik darjah dan bersamasama untuk menyelesaikan perkara ini bersama-sama tanpa hanya menyerahkan tugas kepada
pihak lain. Justeru, pada setiap tahun, kaedah dan strategi pengajaran akan berubah-ubah
mengikut situasi dan tahap murid-murid di samping meningkatkan minat murid-murid terhadap
mata pelajaran. Guru besar perlu mewajibkan setiap guru untuk membentangkan dapatan
mereka kepada rakan sejawat yang lain. Dengan cara ini juga, sesi perbincangan akan
diadakan dan isu tersebut dibincangkan dengan lebih mendalam serta cadangan dan idea baru
dikemukakan supaya guru yang menyelidik itu mendapat maklum balas positif dan negatif
terhadap kajiannya.
Secara keseluruhannya, guru sememangnya tidak boleh lari daripada proses
penyelidikan yang berupaya menaik taraf kualiti pendidikan negara. Guru bukan hanya
berperanan untuk mengajar saja tetapi perlu memahami serta menghayati tujuan dan matlamat
pendidikan

dengan

berusaha

untuk

mencapai

matlamat

tersebut.

Selaras

dengan

perkembangan dunia globalisasi, sememangnya tugas guru lebih mencabar. Sehubungan itu,
guru perlu meningkatkan kepakaran khususnya dalam mata pelajaran yang diajar. Peningkatan
kepakaran ini salah satunya boleh diperoleh daripada peranan guru sebagai penyelidik.
Akhir kata, penglibatan guru dalam bidang penyelidikan tindakan adalah amat-amat
digalakkan agar kualiti pendidikan semakin meningkat dan akan setaraf dengan kualiti
pendidikan di negara maju.

Bibliograf
Foo Say Fooi ( 2005 ). Etika Perguruan Jaminan Peningkatan Profesionalisme .
Penerbit UPM, Serdang Selangor.
Jamaliah Abdul Hamid,Norashimah Ismail ( 2005 ). Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan. Teori, Polisi dan Pelaksanaan Penerbit UPM, Serdang Selangor.
13

Mok Soon Sang ( 2006 ). Nota Pengurusan Pengajaran Pembelajaran.Multimedia ES


Resources Sdn. Bhd., Selangor.
Noriati A. Rashid,Boon Pong Ying,Wong Kiet Wah ( 2010 ). Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru, Oxford FajarSdn. Bhd., Selangor
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie,Foo Say Fooi ( 2003). Pengurusan dan kepimpinan
Pendidikan Satu Langkah Kehadapan., Penerbit UPM, Serdang Selangor.

Bahan Internet
http://riaucpd.files.wordpress.com/2011/10/bab-1-guru-sebagai-penyelidik-1-12.pdf
http://pomiziactionresearch.wordpress.com/kajian-tindakan/about/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian

14