Anda di halaman 1dari 16

PERBOMOHAN MENURUT ISLAM

Menurut Islam, hukum menggunakan khidmat bomoh atau seumpamanya dalam perubatan
tradisional terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram.

Keharusan menggunakan khidmat bomoh dalam perubatan tradisional tidak bersifat mutlak. Ia
dibatasi dengan syarat tertentu seperti;

• Perubatan bomoh itu menyebut nama Allah atau salah satu namanya.
• Menggunakan ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh nabi dan rasul.
• Menyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri, bahkan adalah
dengan ketentuan Allah SWT.

Perubatan bomoh menjadi haram jika;


• Cara rawatannya itu bertentangan dengan syarak. Misalnya, menggunakan khidmat jin,
pemujaan, jampi, mentera dan sebagainya yang tidak mengikut cara rawatan yang
diharuskan oleh Islam.
• Orang yang berubat benar-benar beriktikad bahawa bomoh itulah menyembuhkan pesakitnya
tanpa bergantung kepada Allah.
Kesan daripada amalan mempercayai bomoh ini sangat besar. Ia telah menyekutukan Allah dengan
sesuatu yang lain. Jika ia terus diamalkan, akan mendatangkan imej buruk kepada Islam dari
pandangan agama lain.

Akidah adalah penentu kaitan seseorang dengan Islam, manakala syariah pula sebagai pengukur
keteguhan dan kekuatan akidah. Akidah Islam adalah akidah yang bebas daripada sebarang unsur
syirik dan khurafat. Syirik adalah pencemaran terhadap akidah, sementara khurafat adalah
pencemaran terhadap kewarasan berfikir.

Menggunakan khidmat bomoh yang mengubati dengan cara yang salah seperti menggunakan
khidmat jin, jampi mantera dan pemujaan bukanlah jalan penyelesaian yang hakiki bagi semua
penyakit dan masaalah yang dihadapi. Usaha untuk menyelesaikan sesuatu masaalah digalakkan
oleh Islam. Tetapi, biar bertepatan dengan fitrah kemanusiaan dan selari dengan ajaran Al-Quran dan
Sunnah.

Setiap bomoh hendaklah merasakan bahawa setiap sesuatu yang dilakukannya itu kerana takut
kepada Allah. Pada masa yang sama, orang yang menerima rawatan daripada bomoh pula harus
memastikan rawatannya tidak bercanggah dengan Islam.
JAMPI BOLEH GUNA AYAT AL-QURAN, BAHASA DIFAHAMI

Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah SWT dan sifat-Nya atau maksud disebalik
kalimah atau nama Allah atau sifat-Nya. Contohnya, mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus
daripada Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau
lainnya. Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau
jasad dan roh Rasulullah SAW, malaikat, nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke
dalam diri dan sebagainya.

Mengikut Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang di keluarkan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia;
• Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang
dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang. Contohnya seperti
wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur,
batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih.
• Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah atau tulisan yang
tidak difahami seperti objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat Al-Quran. Jangan
menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

Penggunaan Jampi Dibolehkan Dan Digunakan Dengan Syarat;

• Menggunakan ayat Al-Quran.


• Menggunakan bahasa yang difahami.
• Jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi
sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.

Mengikut garis panduan itu, tidak boleh mengamalkan bacaan tertentu yang tidak difahami
maknanya. Ia dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis syaitan atau nama
berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan Al-Quran. Selain itu, tidak boleh membaca mana-
mana ayat Al-Quran secara songsang seperti Qul Huwallah.

Dalam perbomohan Islam, tidak boleh menggunakan Al-Quran secara tidak wajar menurut syarat.
Contohnya, menggantung Al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alas an tertentu.
Jika berpusing begini, dan jika tidak, begini pula maksudnya. Semuanya ini ttermasuk menghina Al-
Quran ( Istihza’ ).

Perkara lain yang dilarang adalah;


• Meninggalkan ibadat wajib yang dituntut Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa
Ramadhan ketika melakukan amalan perbomohan.
• Tidak boleh menggunakan perbuatan ‘menurun’, memanggil roh orang mati atau sebagainya
dalam kaedah perbomohan.
• Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengikut garis panduan itu adalah mengenai
bayaran perkhidmatan atau pengeras. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam
perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik.
• Bayaran perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan dengan tidak
terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa maksud
tolong menolong.
• Perbomohan mengikut Islam juga melarang upacara yang mengandungi penyembahan,
pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa atau tenaga ghaib
seperti mempersembahkan sedulang makanan dan menyembelih ayam.

BERUBAT HANYA KERANA ALLAH SWT


Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak
berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah ditolak. Dalam urusan
perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu di ingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah
berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit and sembuh adalah
haknya. Manusia hanya disuruh berusaha dan berikhtiar.
Islam juga tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: “ Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Sahabat bertanya: “Apakah tujuh perkara
itu?”. Baginda menjawab: “ Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba,
makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat
terkutuk”. – Hadis riwayat Al-Bukhari, Kitab Sahih Al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 mukasurat 33.

Bagaimana pun umat Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi. Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: “ Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir Bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami
telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah. Maka, berkata seorang lelaki
wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi?. Baginda bersabda, “ Barang siapa yang mampu diantara
kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”- Hadis riwayat
muslim- Bab Istihbab Al-Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9,
mukasurat 5905.

Perubatan Kerohanian Al-Haz

2.4. Takrif
2.4.1. Bomoh, menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung (yang mengubati orang
sakit dengan menggunakan tradisional atau cara jkampung dan jampi-jampi).
2.4.2 Dukun ialah orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara
kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dan sebagainya)
(Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL. 1989, m.s. 297)
2.4.3. Pawang ialah:
i) Orang yang mempunyai kebolehan yang istimewa untuk melakukan sesuatu
(biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib).
ii) Orang yang pandai mengubati orang sakit dan lain-lain (dengan menggunakan
jampi mentera dan lain-lain) (Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, 1989
m.s. 920).
2.4.4. Takrif Kita:
Jampi ialah perlindungan yang dijampi keapda seseorang yang mengidap sakit
seperti demam, pening dan lain-lain penyakit. Dalam bahasa Arab, jampi dikenali
dengan al-Ruqa atau al-Ruqyah.
2.5.
http://www.ashtech.com.my/children/perubatan/panduan_bomoh_menurutisla
m.pdf Garis panduan bomoh ini mengandungi perkara-perk

http://perubatanalhaz.tripod.com/id12.html

AMALAN PERBOMOHAN
MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh
keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia
dan di akhirat.

Dunia perbomohan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu kerana ia dianggap dapat
membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan seperti merawat penyakit,
mendapatkan barang hilang, inginkan pangkat, kedudukan, digeruni dan nampak hebat, ilmu
penunduk isteri atau suami, ilmu pendinding, ilmu kebal, ilmu pembenci, ilmu pengasih untuk mencari
jodoh, mendapatkan nombor ekor dan bermacam-macam lagi.

Apa yang menjadi masalah ialah wujudnya amalan yang bertentangan dengan akidah dalam amalan
perbomohan atau perdukunan yang dilakukan. Amalan perbomohan di kalangan masyarakat tidak
berlaku sejak dahulu hinggalah sekarang ini di mana ada yang sanggup berkorban wang ringgit
dengan jumlah yang besar asalkan hajat yang dikehendaki tercapai meskipun apa yang diperintahkan
dan dilakukan oleh bomoh bercanggah dengan akidah, syariat mahupun undang-undang sehingga
ada pesakit yang tertipu dan dipukau oleh kelicikan tipu daya bomoh yang meyakinkan para
pelanggannya.

Terdapat banyak bukti adanya penyelewengan akidah dalam amalan perbomohan di negara ini,
contohnya dalam satu kes, seorang bomoh yang menggunakan rawatan secara Islam pernah
merawat seorang pesakit di negara ini. Sebelum memulakan rawatan, bomoh tersebut meminta
pesakit menanggalkan azimat yang terdapat di lengannya. Pesakit itu enggan menanggalkan kerana
azimat itu sangat mahal dan berharga iaitu bernilai $9,999.00 kerana keengganannya menanggalkan,
bomoh berkenaan tidak mahu merawatnya yang akhirnya memaksanya membuka azimat tersebut
dan mendapati azimat itu hanyalah berupa biji buah rambutan.

Satu kes lagi seorang bomoh yang mengamalkan perbomohan secara Islam mendapati pesakit
diberikan dua biji benda bulat seperti tumbung kelapa yang bersaiz kecil oleh bomoh sebelumnya.
Sebiji berwarna hitam mengandungi 40 ekor jin kafir dan sebiji berwarna putih mengandungi 10 jin
Islam. Kononnya untuk menjaga diri dan rumah. Ternyata pesakit kedua-dua kes tadi telah diperdaya
oleh bomoh untuk bergantung harap penjagaan diri dan rumah kepada benda-benda yang tidak
mempunyai kuasa apa-apa.

Islam menegah penggunaan tangkal yang diiktikadkan boleh memberikan kesan dan boleh menolak
bala. Walau bagaimanapun tangkal yang ditulis dengan ayat-ayat Al-Quran atau zikir-zikir adalah
harus di dalam Islam, tetapi perlu diingat jabganlah mempercayai bahawa tangkal itu yang
mempunyai kuasa kerana tiada sesuatu pun yang boleh memberikan manfaat dan mudarat
melainkan Allah Subhanahu Wataala.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya :

"Dari Abdullah bin Mas'ud Radiallahuanhu katanya : Saya telah mendengar Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya jampi, tangkal dan ilmu pengasih itu
adalah syirik". (Riwayat Al-Imam Abu Majah).

Perbomohan adalah diharuskan dalam Islam dengan syarat amalan perbomohan itu mengikut cara
yang telah ditetapkan dalam Islam dan tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah. Di
negara kita memang terdapat bomoh yang mengikut landasan Islam dan menggunakan ayat-ayat
suci Al-Quran sebagai penawar tetapi dalam masa yang sama terdapat juga sebilangan bomoh
mengamalkan perbomohan yang salah dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti menilik,
menggunakan jampi-jampi, berturun dan sebagainya yang boleh membawa syirik.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Thaaha ayat 69 yang tafsirnya :

"Ahli sihir itu tidak beroleh kejayaan di mana sahaja ia berada".

Kita telah diberikan pendedahan tentang berlakunya kes-kes penyelewengan akidah dalam amalan
perbomohan melalui media massa, seminar, ceramah dan lain-lain lagi. Tetapi yang menghairankan
bahkan mendukacitakan masih terdapat sebilangan yang mempercayai bomoh-bomoh tersebut
walaupun sudah jelas penyelewengan yang mereka lakukan.

Sebagai peringatan dan pengetahuan orang ramai agar jangan sampai terpengaruh dan tertipu oleh
bomoh-bomoh seumpama ini, maka di sini disebutkan di antara penyelewengan yang sering
dilakukan oleh mereka seperti :

- Pemujaan terhadap satu-satu objek yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa untuk bantuan dan
pertolongan yang dihajati.
- Penggunaan jampi-jampi yang menyebutkan nama-nama selain daripada Allah dan tidak difahami
maksudnya seperti 'lucu luci batang bertambah-tambah. Aku yang bersalah yang engkau sembah.
Aku yang berdosa aku yang engkau puji'. Walaupun sesetengah jampi berkenaan ada diselitkan
beberapa ayat Al-Quran, namun ia tidaklah boleh diterima kerana ayat-ayat yang diselitkan itu tidak
tepat sebutannya serta salah ejaan dan ditulis pula dengan huruf rumi. Di samping itu ungkapan-
ungkapannya banyak yang tidak difahami dan meragukan, contohnya 'ja leka luman as eya raban'
lebih menyimpang lagi apabila Allah dijadikan objek seperti makhluk, padahal Allah itu adalah suci
daripada sebarang kekurangan seperti makhluk, contohnya 'Allah yang dikunci'. 'Allah terbunuh baru
aku terbunuh'.

Kaedah menyeleweng yang lain lagi ialah seperti :

- Menggunakan bahan-bahan terlarang dan najis seperti menggunakan darah arnab untuk diminum.
-Terdapat unsur-unsur penipuan seperti meminta bayaran yang ditetapkan harga dan nilainya serta
permintaan pekeras yang ditentukan. Jika tidak ditunaikan kononnya pesakit akan mendapat bala.
- Melakukan perkara-perkara maksiat dan terkutuk seperti mencabuli pesakit-pesakit wanita. Terdapat
dukun yang mengajak pesakitnya bernikah batin dan mendakwa bahawa dengan cara ini sahaja yang
dapat menyembuhkan pesakitnya.
- Memohon kepada kuasa-kuasa ghaib yang diabggap boleh menyembuhkan dan memberi
pertolongan kepadanya.
- Larangan membaca ayat-ayat Al-Quran seperti Surah Yaasiin ketika upacara pengubatan sedang
dijalankan oleh bomoh berkenaan dan melarang dari menunaikan fardu haji.
- Mendakwa pandai menarik roh ke dalam badannya.
-Meminta pesakit supaya menjunjung atau menyembah gambar-gambar yang didakwa gambar orang
kayangan yang dianggap boleh menolong serta dapat menunaikan hajat seseorang dan akan dapat
membawa ke Syurga.
- Mendakwa boleh mengetahui perkara-perkara ghaib seperti mengetahui bahawa pesakit itu dibuat
orang (disihir) dan dapat pula diketahui pembuatnya atau barang-barang tersebut dengan terperinci.

Semua bentuk ajaran dan amalan yang dinyatakan tadi jelas menyeleweng dari segi akidah dan
boleh menyesatkan pengamalnya serta menimbulkan fitnah dan ramalan-ramalan yang dilakukan
boleh memecahbelahkan rumahtangga, keluarga dan masyarakat.

Demi menjaga akidah umat Islam, khususnya bomoh yang mengamalkan perbomohan yang
bertentangan dengan ajaran Islam serta mereka yang meminta khidmat bomoh tersebut, maka
adalah menjadi kewajipan bagi kita umat Islam yang mengetahuinya memandu, membimbing dan
memberikan kefahaman yang betul kepada mereka supaya menjauhi dan meninggalkannya.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Yunus ayat 106 yang tafsirnya :

"Dan janganlah engkau wahai Muhammad menyembah atau memuja yang lain dari Allah yang
tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat
kepadamu, oleh itu sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka pada saat itu
menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim terhadap diri sendiri dengan
perbuatan syirik itu".
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?
ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=176

GARIS PANDUAN PERBOMOHAN


MENURUT ISLAM

1. 1. TUJUAN
1.1. 1.1. Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada
umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan
perbomohan tradisional supaya terhindar dari amalan yang
bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam yang sebenar.

2. 2. PENDAHULUAN

2.1. 2.1. Islam amat menitikberatkan soal-soal aqidah, syariah dan


akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan
kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias adalah
ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara harus
diingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah sahaja berkuasa mutlak
menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih sesuatu dan
menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah hak-Nya,
manusia hanyalah disuruh berusaha dan berikhtiar. Dalam hubungan
ini, umat Islam di negara ini adalah kepercayaan-kepercayaan dan
amalan-amalan tradisi tertentu dan sedikit sebanyak ada
hubungkaitnya dengan pengaruh dari fahaman anamisme, dinamisme,
Hindu dan lain-lain.

2.2. 2.2. Garis panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya
dapat mengelakkan diri dari penyelewengan dalam aqidah dan syariat
Islam. Allah sw.t. berfirman:

‫ول تدع من دون الله ما ل ينفعك ول يضرك فان فعلت فانك اذا من الظالمين‬
(106 : ‫)سورة يونس‬

Maksudnya:

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja


yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat
kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu.
Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka apda
saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim
(terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”.

(Surah Yunus: 106)

Di samping itu Islam tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir,


kerana Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫ اجتنبوا السبع الموبقات قالوا‬: ‫عن ابى هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم‬
‫يا رسول الله وماهن قال الشرك بالله والسحر وقتل النفس التى حرم الله ال بالحق وأكل‬
‫الربا واكل مال‬
‫اليتيم والتولى يوم الزحف وقذف المحصنات المؤمنات الغافلت‬
(‫)رواه البخاري‬

Maksudnya:
“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Para sahabat bertanya,
“apakah tujuh perkara itu?” Baginda menjawab: “menyengutukan
Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta
anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik
melakukan maksiat terkutuk”.

(Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitabul


Hudud, Bab 44 m.s.33).

Selain itu Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫ ونحن‬.‫ لدغت رجل منا عقراب‬: ‫ وسمعت جابر بن عبدالله يقول‬: ‫قال ابو الزبير‬
‫ من‬: ‫ يا رسول الله ! أرقى؟ قال‬: ‫ فقال رجل‬,‫جلوس مع رسول الله صلى الله عليه وسلم‬
‫استطاع أن‬
‫ينفع أخاه فليفعل‬.
(‫)رواه مسلم‬

Maksudnya:

Berkata Abu Zubair, aku dengar Jabir bin Abdullah berkata, seorang
lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami
duduk bersama Rasulullah s.a.w. Maka berkata seorang lelaki wahai
Rasulullah! Bolehkah aku jampi? Baginda bersabda “Barangsiapa
yang mampu di antara kamu untuk memberi manfaat kepada
saudaranya maka hendaklah dilakukan"

(Hadith riwayat Imam Muslim – Bab Istihbab al-Ruqyah min Al-Ain wa


An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, Jld.9, m.s. 5905)

2.3. 2.3. Dalam sejarah Islam memang wujud cara perubatan tertentu
sepertimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dan para
sahabat. Selain dari cara pengubatan biasa, mereka juga telah
menggunakan doa-doa, khusus bagi mengubati penyakit-penyakit
sepertimana yang terdapat di dalam buku-buku perubatan ini. Walau
bagaimanapun, mereka tidak menggunakan kaedah atau kepercayaan
seperti yang difahami oleh sesetengah pihak yang tidak dikehendaki
syarak seperti dengan memanggil roh datuk nenek, roh wali-wali,
syeikh-syeikh dan khadam-khadam tertentu. Oleh itu, kita dibolehkan
untuk melakukan jampi kepada diri, kaum keluarga atau orang lain
yang ditimpa kesusahan, kerana jampi merupakan doa perlindungan
berdasarkan syarak. Jika lain dari itu, perlu dilihat adakah ia
berlawanan dengan syarak atau tidak.

2.4. 2.4. Takrif

2.4.1. 2.4.1. Bomoh, menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung


(yang mengubati orang sakit dengan menggunakan tradisional
atau cara jkampung dan jampi-jampi).
2.4.2 2.4.2 Dukun ialah orang yang mengubat orang sakit atau
memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan membaca
jampi serapah dan sebagainya) (Kamus Dewan, Dewan Bahasa
dan Pustaka, KL. 1989, m.s. 297)

2.4.3. 2.4.3. Pawang ialah:

i) i) Orang yang mempunyai kebolehan yang


istimewa untuk melakukan sesuatu (biasanya dengan
menggunakan kuasa ghaib).

ii) ii) Orang yang pandai mengubati orang sakit dan


lain-lain (dengan menggunakan jampi mentera dan lain-
lain) (Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL,
1989 m.s. 920).

2.4.3. 2.4.4. Takrif Kita:

Jampi ialah perlindungan yang dijampi keapda seseorang yang


mengidap sakit seperti demam, pening dan lain-lain penyakit.
Dalam bahasa Arab, jampi dikenali dengan al-Ruqa atau al-
Ruqyah.

2.5. 2.5. Garis panduan bomoh ini mengandungi perkara-perkara


berikut:

2.5.1. 2.5.1. Asal usul Perbomohan

2.5.2. 2.5.2. Matlamat Perbomohan

2.5.3. 2.5.3. Syarat-syarat Perbomohan

2.5.4. 2.5.4. Mengenai Bomoh

2.5.5. 2.5.5. Ikrar dan Sumpah

2.5.6. 2.5.6. Pantang Larang

2.5.7. 2.5.7. Adab Semasa Perbomohan

2.5.8. 2.5.8. Pengamalan Perbomohan

2.5.9. 2.5.9. Bayaran Perkhidmatan>Pengeras

2.5.10.2.5.10. Pengijazahan

2.5.11.2.5.11. Tertakluk kepada Undang-undang Negara.

3. 3. GARIS PANDUAN PERBOMOHAN

3.1. 3.1. Asal-Usul Perbomohan


Setiap individu atau kumpulan itdak boleh mendakwa bahawa
perbomohannya bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia
atau diambil dari al-Quran dan hadith atau berasal dari amalan para
sahabat Nabi s.a.w. atau lain-lain jika tidak ada alasan yang kukuh
berdasarkan nas al-Quran dan al-Hadith.

3.2. 3.2. Matlamat Perbomohan

3.2.1. 3.2.1. Matlamat perbomohan hendaklah matlamat yang baik


seperti untuk kesihatan tubuh badan, kerukunan hidup
bermasyarakat dan berumahtangga.

3.2.2. 3.2.2. Dilarang sama sekali untuk membalas dendam,


membuat aniaya, menakut-nakutkan, mengugut orang lain dan
lain-lain.

3.3. 3.3. Syarat-syarat Perbomohan

3.3.1. 3.3.1. Bagi mempastikan perbomohan tidak bercanggah


dengan ajaran islam perkara berikut hendaklah dikenalpasti:

i) i) Tidak menggunakan bentuk amalan sihir, ilmu


hitam, tilik tenung, tukang nujum, ramalan tapak tangan
dan silap mata.

ii) ii) Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras


dengan suatu akibat.

iii) iii) Tidak boleh percaya keapda sial dan mudarat


yang menimpa seseorang atau diri.

iv) iv) Tidak boleh melakukan perkara-perkara yang


berunsur syirik seperti semah pantai, sembelihan
binatang, buang ancak dan lain-lain.

v) v) Tidak boleh menyembelih binatang untuk sesuatu


tujuan yang bukan syar’i.

vi) vi) Tidak boleh melakukan perbomohan atau bacaan


tertentu yang menggunakan unsur-unsur meminta izin
atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam
acara perbomohan.

vii) vii) Tidak boleh menyajikan makanan untuk menjamu


penunggu.

viii) viii) Tidak boleh mentaati bomoh atau seseorang pada


perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan aqidah
dan syariat Islam.
ix) ix) Menolak sebarang syarat yang diberikan yang
bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

3.1. 3.4. Mengenai Bomoh

3.1.1. 3.4.1. Bomoh hendaklah beragama Islam, aqil dan baligh serta
mengetahui apa yang diucapkannya.

3.1.2. 3.4.2. Tidak melakukan perakra-perkara yang boleh membawa


syirik, sama ada melalui iktikad, perkaraaan atau perbuatan.

3.1.3. 3.4.3. Tidak meninggalkan ibadat-ibadat wajib dalam Islam


seperti sembahyang fardhu, puasa dan zakat.

3.1.4. 3.4.4. Tidak melakukan maksiat, jenayah dan yang


bertentangan dengan undang-undang negara.

3.1.5. 3.4.5. Tidak memecahbelahkan masyarakat dan keluarga.

3.1.6. 3.4.6. Tidak mentafsir ajaran agama islam mengikut hawa


nafsu.

3.1.7. 3.4.7. Tidak memasukkan atau menggunakan unsur-unsur


yang bercanggah dengan islam seperti sihir, ilmu hitam dan
menurun kerana pengamalnya termasuk dalam kategori
penyeru iblis dan syaitan dengan ucapan-ucapan yang tidak
wajar atau boleh membawa kepada kufur dan syirik.

3.1.8. 3.4.8. Tidak boleh bersahabat dengan makhluk ghaib seperti jin
dengan tujuan mendapat pertolongan dalam perkara yang
ditegah oleh syarak walaupun dikatakan dengan jin Islam
kerana kita tidak tahu sama ada betul Islam atau tidak.

3.1.9. 3.4.9. Tidak boleh meminta pertolongan jin dalam rawatan


perubatan sehingga membawa kepada syirik kerana dibimbangi
wujud unsur menafikan kudarat Allah.

3.1.10.3.4.10. Tidak harus meminta pertolongan jin untuk mencari


kekuatan dan kehebatan kerana dibimbangi wujud keyakinan
bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa yang sama
dengan Allah atau mengurangkan keyakinan kepada kuasa
Allah semata-mata.

3.1.11.3.4.11. Tidak harus meminta dan menggunakan khidmat jin


untuk ilmu sihir atau nujum atau ‘menurun’ kerana ia termasuk
dalam amalan syirik atau dilarang oleh Allah dan boleh
merosakkan aqidah orang yang terlibat dengnanya.

3.1.12.3.4.12. Tidak boleh melakukan ramalan tentang buruk atau


baik pada masa akan datang dan tidak harus menyatakan pada
ramalan yang telah lalu dengan cara tebakan, tenung dan lain-
lain.
3.1.13.3.4.13. Hendaklah mengikhlaskan hati dengan amalan,
semata-mata mencari keredhaan Allah S.W.T.

3.1.14.3.4.14. Hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah. Kerana


Allah sahaja yang memberi kebaikan dan pertolongan.

3.2. 3.5. Ikrar Sumpah Dan Taat Setia

3.2.1. 3.5.1. Sumpah tidak dibolehkan semasa perbomohan, hanya


ikrar saja boleh digunakan mengikut kesesuaian.

3.2.2. 3.5.2. Pengamal perbomohan tidak booleh taat secara


membuta tuli kepada bomoh. Mereka boleh mengikut suruhan
bomoh tertentu selama tidak bercanggah dengan hukum syarak.

3.2.3. 3.5.3. Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di


dalam pengakuan ikrar hendaklah tidak mengandungi perakra-
perkara yang bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam
seperti memuja dewa atau nama berhala.

3.2.4. 3.5.4. Di dalam upacara ikrar sama ada dari segi fizikal atau
mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang
mensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang
sebagai orang Islam.

3.3. 3.6. Pantang Larang

3.3.1. 3.6.1. Tidak boleh dikaitkan dengan pantang larang sesuatu


unsur pemujaan, meminta izin, perlindungan atau bantuan
daripada makhluk-makhluk ghaib seperti hantu, jin, penunggu
atau orang halus dan sebagainya.

3.3.2. 3.6.2. Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang bomoh


sehingga melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam
Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau
isteri, membuka aurat, bersunyian antara pesakit yang lain
jantina dengan bomoh sahaja dan sebagainya.

3.3.3. 3.6.3. Perkara-perkara yang haurs dan halal dalam syariat


Islam tidak boleh dihukumkan haram atau sebaliknya.

3.3.4. 3.6.4. Tidak menurut apa-apa pendapat bomoh yang


bertentangan dengan apa juga perkara yang berhubung dengan
apa juga perkara yang berhubung dengan apa juga perkara
yang berhubung dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

3.4. 3.7. Adab Semasa Perbomohan

3.4.1. 3.7.1. Tidak mendakwa perkara-perkara yang ghaib.


3.4.2. 3.7.2. Bomoh tidak boleh takbur dan tidak boleh menganggap
orang lain lemah dan lekeh.

3.4.3. 3.7.3. Bomoh hendaklah melarang pesakitnya memuja,


mengagung dan taksub kepadanya.

3.4.4. 3.7.4. Bomoh hendaklah mengikut adab sopan dan tatatertib


Islam ketika menolong seseorang sama ada bersendirian atau
bersama pesakit.

3.4.5. 3.7.5. Hendaklah menjaga kesopanan susila adab sebagai


orang Islam.

3.5. 3.8. Pengamalan Bomoh

3.5.1. 3.8.1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan
sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau
nama-nama Allah atau sifat-sifat-Nya seperti mengatakan ilmu
bomoh itu diterima terus dari Allah atau kudaratnya adalah
kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau
lainnya.

3.5.2. 3.8.2. Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai


maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah
s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur
Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.

3.5.3. 3.8.3. Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada


sesuatu kuasa atua peribadi yang dipercayai boleh
mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti
wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuak nenek, sahabat, hantu,
dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain
kuning atau putih dan lain-lain.

3.5.4. 3.8.4. Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang


mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak
difahami seprti objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan
ayatnal-Quran dan jangan menganggapkan tangkal mempunyai
kuasa.

3.5.5. 3.8.5. Penggunaan jampi dibolehkan dan digunakan dengan


syarat:

i) i) menggunakan ayat al-Quran

ii) ii) menggunakan bahasa yang difahami

iii) iii) jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang


memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh,
sebaliknya Allah yang berkuasa.
3.1.1. 3.8.6. Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang
tidak difahami maknanya dikhuatiari mengandungi kata-kata
pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala
orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.

3.1.2. 3.8.7. Tidak boleh membaca mana-amana ayat al-Quran


secara songsang, sepertiQul Huwallah dan lain-lain.

3.1.3. 3.8.8. Tidak boleh menggunakan Kitab al-Quran secara tidak


wajar menurut syarat seperti menggantung al-Quran dan tunggu
berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu jika
berpusing begini dan jika tidak, begini pula maksudnya.
Semuanya ini termasuk menghina al-Quran (Istihza’).

3.1.4. 3.8.9. Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang


dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan
puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan
perbomohan.

3.8.10. 3.8.10. Tidak boleh mengguna perbuatan ‘menurun’,


memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah
perbomohan.

3.9. 3.9. Bayaran Perkhidmatan/Pengeras

3.9.1. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perbomohan


jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik.

3.9.2. 3.9.2. Bayaran perkhdimatan hanya dibolehkan mengikut


kesesuaian perubatan dengan tidak terlampau tinggi hingga
boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa
maksud tolong-menolong.

3.10. 3.10. Pengijazahan

3.10.1 3.10.1 Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang


mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon
bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau
tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembah sedulang
makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.

3.9. 3.11. Tertakluk Kepada Undang-undang Negara

Semua pengamal ilmu perbomohan perlu patuh kepada undang-


undang negara.

4. PENUTUP
Dengan mengikuti garis panduan ini diharapkan apra pengamal ilmu
perbomohan dapat menghindarkan diri dari ajaran sesat dan aqidah yang
karut agar hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

My.Document/Garis Panduan Perbomohan/nhs.

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/bomoh.htm

Berubat perlu ikut batasan ajaran Islam


Titisan Harapan: Berubat perlu ikut batasan ajaran Islam
Oleh Karim Sulaiman
MELIHAT keadaan fizikal dan kesihatan saya, ramai bertanya – tidak
berubat kampung? Tidak kurang bertanya, tidak cuba rawatan secara
Islam? Ada yang mengesyorkan supaya saya mengambil makanan
kesihatan sampingan.
Saya faham mengapa mereka bertanya demikian, mungkin menyangka
saya hanya mendapat rawatan di hospital semata-mata. Ada yang
mendakwa saya tidak yakin dengan rawatan lain. Senang cerita pada firasat
saya, mereka ingin berkata penyakit ini disebabkan buatan orang atau
terkena gangguan makhluk halus.
Saya bukan tidak percaya dengan perkara ini. Malah, sejak sakit berpuluh-
puluh tempat saya pergi untuk berubat. Saya reda, belum bertemu jodoh
dengan penawarnya. Saya tidak pernah berputus asa dan terus berusaha
supaya sembuh – tidak kira berubat di hospital, rawatan tradisional atau
Islam. Cakap apa saja rawatan yang saya tidak buat.
Bukan setakat secara tradisional Melayu dan Islam, malah pernah mencuba
rawatan perubatan Cina. Namun, saya begitu, berhati-hati dalam memilih
cara rawatan kerana bimbang tersalah tempat dan orang yang
mengubatinya. Perkara utama, saya mahu memastikan bahawa rawatan itu
tidak menyalahi ajaran Islam.
Saya berpegang berubat kerana Allah. Saya membuat rujukan dengan
berpandukan Garis Panduan Perbomohan Mengikut Islam yang
dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Selain itu, Jakim
ada mengeluarkan garis panduan mengenai khurafat dan azimat sewaktu
berubat. Saya juga mendapatkan pandangan dan penjelasan guru agama
sebelum mendapat dan meneruskan rawatan secara tradisional atau yang
didakwa mengikut cara Islam.
Di dalam garis panduan itu disebut bahawa Islam menitikberatkan soal
akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak
berdasarkan kepada sumber asal al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah
ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu diingat
oleh semua pihak, bahawa hanya Allah berkuasa mutlak menentukan
sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah
haknya.
Manusia hanya disuruh berusaha dan berikhtiar. Garis panduan itu turut
menekankan perkara yang perlu diberi perhatian supaya tidak bercanggah
dengan ajaran Islam iaitu :-l Tidak menggunakan sihir, ilmu hitam, tilik,
tenung nasib, nujum, ramalan tapak tangan, astrologi atau ramalan
menggunakan buruj bintang dan silap mata;
l Tidak mengaitkan pengeras atau bayaran dengan sesuatu dan meminta
pengeras atau perkhidmatan yang tinggi dan melampau;
l Tidak percaya kepada fahaman sesuatu boleh membawa sial dan mudarat
menimpa seseorang;
l Tidak melakukan perkara syirik, khurafat dan bidaah yang keji seperti
sembah pantai, sembelih binatang untuk korban dan buang ancak;
l Tidak menyembelih binatang sebagai korban selain untuk Allah dan
bukan untuk tujuan yang bukan syarie;
l Tidak mengamalkan amalan atau bacaan tertentu menggunakan unsur
meminta izin serta bantuan daripada makhluk halus sebagai khadam;
l Tidak menyajikan makanan untuk menjamu penunggu atau jin yang
tinggal di sesuatu tempat;
l Tidak mentaati bomoh atau seseorang pengubat pada sesuatu perkara
yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam. Matlamat tidak
menghalalkan cara. Meskipun bertujuan baik seperti penggunaan
haikal/jaljalut untuk menangkis serangan musuh, ilmu guna-guna, pencuri,
kebakaran jin dan sebagainya. Isi kandungan haikal ini bertentangan
akidah seperti mempercayai ada sesuatu yang dapat memberi manfaat dan
menolak bencana, dan
l Menolak syarat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akidah
Islam.
Saya berpegang kepada garis panduan itu sewaktu mendapatkan rawatan
secara tradisional atau perbomohan. Namun, dalam berhati-hati pun ada
kalanya kita tidak dapat mengelak daripada berjumpa dengan tukang ubat
tidak mengamalkan cara rawatan Islam sebenarnya.
Kadang-kadang kita hanya mendengar daripada orang lain bahawa tukang
ubat itu menggunakan rawatan secara Islam. Tetapi, apabila berubat
sendiri, barulah tahu cara rawatannya. Jika saya mendapati cara
rawatannya tidak berlandaskan Islam, itulah kali terakhir bertemunya.
Bagi saya jika hendak sembuh sekalipun, jangan sampai melakukan atau
terjebak dengan perkara atau unsur yang menyalahi ajaran Islam. Namun,
kita tidak boleh berputus asa kerana setiap penyakit yang diturunkan Allah
kepada kita ada penawarnya.
DITERBITKAN DALAM:

• UNCATEGORIZED

ON FEBRUARI 27, 2010 AT 1:49 AM TINGGALKAN KOMEN

URI untuk TrackBack kemasukkan ini adalah:

http://husainputeh.wordpress.com/2010/02/27/berubat-perlu-ikut-batasan-ajaran-islam/trackback/