Anda di halaman 1dari 49

BAB

8
PERNIAGAAN
ANTARABANG
SA

8.0

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

8.1

DEFINISI DAN PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA


a. Definisi Perniagaan Antarabangsa
b. Peranan Perniagaan Antarabangsa

8.2

KAEDAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA

8.3

KONSEP DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA


c. Konsep Perniagaan Antarabangsa

8.4

GALAKAN DAN SEKATAN PERDAGANGAN


d. Peranan Agensi Kerajaan Menggalakkan Perdagangan
Antarabangsa
e. Galakan Perdagangan Antarabangsa
f. Pakatan Dagangan
g. Sekatan Dagangan

8.5

CABARAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA


a. Cabaran Syarikat Multinasional

8.1

DEFINISI DAN PERANAN PERNIAGAAN


ANTARABANGSA

a. Maksud Perniagaan Antarabangsa


b. Peranan Perniagaan Antarabangsa

Tukaran Asing
Pasaran Luas
Guna Tenaga
Pemindahan Teknologi
Sumbangan Kepada Ekonomi Tempatan

a. DEFINISI PERNIAGAAN ANTARABANGSA


Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan

dengan menggunakan wang @ alatan lain bagi


memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan
pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi
mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan
yang melampaui sempadan politik sesebuah
negara

Perniagaan yang melibatkan operasi

menyeberangi sempadan negara dengan


bermatlamatkan keuntungan.

kegiatan perniagaan di antara individu,

organisasi, atau kerajaan sebuah negara dengan


negara lain

- urusniaga pergerakan barang, perkhidmatan


hakcipta, paten, tanda perdagangan, pelaburan4

SEBAB BERLAKUNYA PAB

- perbezaan faktor
pengeluaran
- perbezaan iklim
- pengkhususan yang
berbeza
- perbezaan citarasa
- perbezaan tingkat teknologi
- peningkatan taraf hidup

b. PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA


Kadar Tukaran Asing
Mendapat banyak kadar tukaran asing seperti US$, pound,
maka ekonomi negara jadi kukuh.
Kadar nilai matawang sesebuah negara yang bertukar dengan
nilai matawang sebuah negara yang lain. Peningkatan masuk
tukaran asing akan menambahkan pendapatan negara.
Pasaran Luas
Menawarkan pasaran-pasaran baru kepada perniagaan
tempatan
Meluaskan pasaran bagi produk sehingga keluar negara bagi
produk yang mengalami lebihan dalam negara. Pengeluaran
besar-besaran
Pelbagai aktiviti dijalankan, keuntungan bertambah
Memanjangkan jangka hayat produk
Guna Tenaga
Mewujudkan peluang pekerjaan di dalam dan di luar negara
Mobiliti faktor-faktor pengeluaran
Meningkatkan taraf hidup.
6

Pemindahan teknologi
Menerima pemindahan teknologi dari luar negara,
kepakaran dan kemahiran
Mengeratkan hubungan dua hala dan pelbagai hala.
Sumbangan kepada ekonomi tempatan
Kemasukan firma luar menyebabkan peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan (mengurangkan kadar
pengangguran), banyak kegiatan ekonomi yang baru
boleh diwujudkan seterusnya meningkatkan pendapatan
negara

8.2
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

KAEDAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA


Import (barangan dan perkhidmatan)
Eksport (barangan dan perkhidmatan)
Perlesenan
Francais
Usahasama
Kontrak Pengeluaran
Pelaburan Langsung

a. IMPORT (BARANGAN DAN


PERKHIDMATAN)
Aktiviti pembelian barangan dan perkhidmatan dari

negara luar dan dibawa masuk untuk kegunaan dalam


negara oleh individu atau organisasi
Import terbahagi kepada dua :
secara langsung melalui ejen asing atau wakil penjual
tidak langsung menerusi ejen tempatan yang
bertindak sebagai perantara firma dengan pelanggan
asing
Contoh :
Buah kurma diimport dari negara-negara Arab Saudi
semasa bulan
Ramadhan

b. EKSPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)


Aktiviti penjualan barangan dan perkhidmatan ke luar

negara kepada pembeli individu atau organisasi di negara


asing
Pasaran tempatan sudah tepu, barangan berlebihan dalam
pasaran domestik bagi mengelakkan pembaziran dan
kerugian kepada syarikat
Eksport terbahagi kepada dua :
secara langsung melalui wakil penjual atau ejen asing
tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak
sebagai perantara firma dengan pelanggan asing
Contoh :
Malaysia mengeksport minyak sawit bertapis ke Amerika
Syarikat

10

c. PELESENAN
Pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat di

negara asing untuk mengeluar atau memasar atau keduadua sekali sesuatu jenama produknya (pemberi lesen) di
pasaran tempatan
Sesuai apabila kitaran hayat produk mencapai kematangan
di pasaran tempatan
Contoh-contoh perlesenan: jenama, formula, paten,
mengedar, mengeluar, trade mark, proses, hakcipta,
program dan lain-lain.

d. FRANCAIS

Pemberian satu pakej di mana francaisi dibenar mengguna


tanda niaga perniagaan, perkhidmatan dan produk, prinsipprinsip pengoperasian atau pengurusan syarikat, peraturan
pengurusan dan khidmat nasihat dalam segala aspek yang
berkaitan dengan perjalanan syarikat daripada francaisor.
Contoh : McDonalds, KFC, IKEA, BONIA, EON
11

e. USAHASAMA
gabungan beberapa syarikat antarabangsa menjalankan

perniagaan
yang
bermotifkan
keuntungan
serta
mencapai misi tertentu.
usahasama membolehkan syarikat asing mendapat
pengalaman dan menembusi pasaran di negara lain
dengan menggunakan kepakaran dan sumber-sumber
syarikat tempatan
boleh
terdiri dalam bentuk pelesenan, kontrak
pengurusan, pemilikan minoriti dalam syarikat atau
kontrak jangka panjang berdasarkan perjanjian tertentu
Contoh : Sony Ericson, Pepsi Cola

12

f. KONTRAK PENGELUARAN
melalui perjanjian perlesenan, pemberi lesen memberi

kebenaran kepada penerima kontrak seperti paten,


tanda perniagaan, teknologi, penggunaan jenama,
spesifikasi kepada firma penerima kontrak untuk
membuat, mengeluar/menjual produk
strategi memasuki pasaran berisiko/halangan/sekatan
ketat
Kebiasaannya syarikat pemberi kontrak akan membeli
semula komponen atau produk yang dikeluarkan oleh
penerima kontrak
Cth, Boeing memberikan kontrak kepada syarikatsyarikat untuk membina komponen-komponen kapal
terbangnya

13

g. Pelaburan langsung
Merupakan aktiviti pelaburan dari luar negara ke dalam

sesebuah negara tertentu dan membolehkan pelabur


tersebut mengawal terhadap aset-aset yang dimiliki di
negara berkenaan.
2 jenis pelaburan langsung ialah;
Greenfield:
memulakan pelaburan dengan mengadakan
peralatan atau kemudahan baru atau
menambahkan bilangan yang sedia ada. Kaedah ini
merupakan sasaran utama usaha-usaha promosi
negara hos (tuan rumah yang menerima
pelaburan,) untuk mewujudkan peluang pekerjaan,
pemindahan teknologi dan pengetahuan serta
boleh memberikan peluang / laluan ke arah pasaran
global. Biasanya ini adalah kaedah melabur di
negara membangun.
14

Mergers

and Acquisitions (Penggabungan dan


Pengambilalihan):
Terjadi
apabila aset-aset dari negara asal
dipindahkan ke negara luar. Penggabungan dengan
syarikat dari negara luar berlaku apabila aset-aset
dan operasi dari sesebuah negara digabungkan
untuk menubuhkan satu entiti perniagaan yang
baru. Pengambilalihan merentasi sempadan berlaku
apabila kawalan ke atas aset dan operasi
dipindahkan dari syarikat tempatan kepada
syarikat dari negara luar. Biasanya ini adalah
kaedah melabur di negara-negara maju.

15

8.3

KONSEP PERNIAGAAN ANTARABANGSA

a. Konsep Perniagaan Antarabangsa


Globalisasi
Lokalisasi
Pasaran Menimbul (Emerging Market)
Nasionalisasi

16

i. GLOBALISASI
Ialah inisiatif perniagaan yang berdasarkan

kepercayaan bahawa dunia sekarang semakin


bergerak ke arah menjadi satu pasaran yang
homogen atau pembentukan operasi syarikat
di serata tempat di dunia di samping
membangunkan standard produk dan
pemasaran
Pengurangan bermakna dalam sempadan
domestik, penambahan pertukaran dalam
perniagaan, pengembangan teknologi
maklumat, aliran kewangan merentasi
sempadan dan pemindahan budaya
17

pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia

di samping membangunkan standard produk dan


pemasaran
Ekonomi global yang kompetitif tanpa sempadan.
Sempadan dihapuskan dengan sistem telekomunikasi
dan pengangkutan.
Barangan pengguna bersifat universal dari segi nilai dan
permintaan.
Pengguna tidak memilih negara pengeluar tetapi
mementingkan kualiti, harga, reka bentuk, nilai dan cita
rasa.

18

ii. LOKALISASI
Maksud lokalisasi.

Lokalisasi ialah mengubah/ menukar/ meminda


subsidiari/
syarikat
asing
kepada
organisasi
bersesuaian dengan citarasa tempatan di negara ia
beroperasi.
Satu bentuk strategi yang biasa digunakan oleh
syarikat multinasional untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang sesuai dengan negara tempatan
mengambil
kira
soal-soal
tempatan
seperti
kebudayaan, citarasa, bahasa, penggunaan modal,
bahan mentah dan tanggapan sesuatu barangan atau
perkhidmatan yang dipasarkan. Contoh Mc Donald
tidak menawarkan Beef Burger di India.
19

Tiga jenis lokalisasi dalam Perniagaan Antarabangsa.


i. Lokalisasi produk
- membuat, merekabentuk dan memasarkan keluaran yang
bersesuaian dengan negara asing
- kesesuaian mengikut sosiobudaya dan ekonomi.
ii. Lokalisasi laba
keuntungan yg diperolehi drpd perniagaan di negara
tempatan.
keuntungan tersbt dilaburkan semula utk pembangunan
perniagaan bg negara tersbt.
iii. Lokalisasi pengeluaran
- wujud pasaran tempatan yg besar
mengggunakan bahan tempatan dan pekerja tempatan
menjalankan proses pengeluaran.
iv. Lokalisasi operasi dan pengurusan organisasi
mengubah nama organisasi, operasi, gaya pengurusan
dan falsafah pengurusan menggunakan tenaga pengurus
dan pekerja tempatan
20

iii. PASARAN MENIMBUL (EMERGING MARKET)


Kawasan yang baru dikenalpasti mempunyai keadaan ekonomi

yang mampu menyediakan pasaran bagi pengeluaran dunia dan


perniagaan antarabangsa atau
sebuah negara yang berusaha untuk berubah dan memperbaiki
sektor ekonominya dengan tujuan mempertingkatkan prestasi
seimbang dengan negara-negara yang lebih maju di dunia melalui
pembukaan pasarannya kepada pelabur antarabangsa.
Ia memberi peluang kepada syarikat untuk memasukinya
Wujud disebabkan perubahan dasar pemerintah seperti dasar
membuka pintu perdagangan
Contoh: Negara sedang membangun seperti China dikenalpasti
sebagai pasaran menimbul kerana peningkatan perdagangannya
di peringkat dunia
Contoh negara pasaran menimbul lain seperti Vietnam, India,
Argentina, Mexico dan lain-lain.
pasaran menimbul tidak semestinya miskin @ kecil

21

iv. NASIONALISASI
Merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil

alih pemilikan sesebuah firma asing & menjadikan firma


tersebut sebagai milik negara
Penjualan aset secara paksaan oleh syarikat
multinasional (asing) kepada pembeli tempatan di mana
syarikat multinasional itu hanya dibayar sedikit
pampasan atau hanya sebagai pihak minoriti dalam
syarikat berkenaan.
jenis nasionalisasi termasuklah:
expropriation
pampasan diberi
confiscation
tidak ada pampasan

22

8.4 GALAKAN DAN SEKATAN


PERDAGANGAN
a)

Peranan Agensi Kerajaan Menggalakkan Perdagangan


Antarabangsa
-MITI
-MATRADE

b)

Galakan Perdagangan Antarabangsa


- Pengecualian Cukai
- Pembiayaan Eksport
- Taraf Perintis
- Skim Jaminan Eksport
- Subsidi
- Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia
23

c) Pakatan Dagangan

- WTO
- AFTA
- NAFTA
- EU
-ASEAN
- APEC
d) Sekatan Dagangan

- Tarif
- Bukan Tarif

24

a.

Peranan Agensi Kerajaan Menggalakkan


Perdagangan Antarabangsa
i.

MITI (Ministry Of International Trade and Industry)

MITI merupakan sebuah kementerian di bawah kerajaan persekutuan


Malaysia. Kementerian ini diberi tanggungjawab menyelia kegiatan
perdagangan yang dijalankan oleh Malaysia seperti import dan eksport
selain menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara.
Kementerian ini yang ditubuhkan bermodelkan kementerian yang sama
di Jepun mengetuai usaha-usaha penggalakan pelaburan asing di
Malaysia melalui Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, agensi
yang dipertanggungjawabkan kepadanya yang mempunyai pejabat di
beberapa buah negara dagang utama Malaysia, seperti Amerika
Syarikat, Jepun, Australia, United Kingdom dan Jerman. Selain itu,
kakitangan MITI yang diketuai oleh seorang menteri mewakili negara ini
dalam rundingan berkaitan perjanjian-perjanjian perdagangan dengan
negara asing seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

25

Antara fungsi dan peranan MITI


Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar

pelaburan, pembangunan perindustrian dan perdagangan


luar Negara;
Merangka dasar dan strategi pembangunan
perindustrian;
Menggubal dan menggalakan hubungan perdagangan
dua hala dan pelbagai hala serta kerjasama perdagangan
serantau;
Merancang dan menggalak pembangunan prestasi
eksport Malaysia di pasaran antarabangsa;
Merancang, menyelaras dan mengesan pembangunan
perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana;
Memaju dan memperbaiki kemahiran pengurusan,
penyeliaan dan keusahawanan amnya kepada golongan
swasta dan khususnya kepada Bumiputera;
Memastikan negara mendapat faedah yang maksimum
26
daripada institusi pembuatan.

ii. MATRADE
The Malaysia External Trade

Development Corporation @
Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar Malaysia.
Ditubuhkan pada tahun 1 Mac
1993 di bawah Kementerian
Perindustrian dan Perdagangan
Antarabangsa.
Merupakan satu agensi (badan
berkanun) promosi perdagangan
luar negara.

27

Peranan MATRADE
Memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan

perdagangan luar negara dengan penekanan kepada


eksport barangan siap dan separuh siap
Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran
Menyediakan sistem maklumat pasaran yang
menyeluruh
Memastikan keupayaan bersaing di peringkat
antarabangsa bagi keluaran Malaysia
Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan
dan bertindak sebagai agen kepada kerajaan, individu
atau organisasi berkaitan perdagangan luar negara.
Membangunkan, mempromosikan dan memberikan
khidmat nasihat berkaitan dengan perdagangan.
Mewakili Malaysia dalam forum antarabangsa
berkaitan dengan perdagangan.

28

b) Galakkan Perdagangan
Antarabangsa
PENGECUALIAN CUKAI
Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang

ditetapkan oleh pihak berkuasa


Contoh: pengecualian cukai terhadap pendapatan dari
royalti.
PEMBIAYAAN EKSPORT
Contoh: Skim pembiayaan semula kredit eksport
Skim ini memberi kemudahan kepada pengeksport

untuk mendapatkan dana segera bagi mengeksport


produk yang dijual secara kredit

29

TARAF PERINTIS

- Pengecualian cukai selama lima tahun akan diberi kepada


syarikat yang berjaya mendapat status perintis.
SKIM JAMINAN EKSPORT
Skim yang ditawarkan oleh kerajaan untuk

meningkatkan pengeksportan dan membantu firma


bersaing secara efektif di peringkat antarabangsa
Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi
eksport bertujuan menggalakkan para pelabur
mempromosi produk Malaysia di pasaran antarabangsa.
Disediakan oleh Syarikat Insurans Eksport Kredit Berhad
(MECIB) usahasama kerajaan dan swasta.
Skim yang menjamin pembayaran pampasan kepada
pengeksport sekiranya pengimport asing tidak
menjelaskan bayaran atas barang-barang import.
30

SUBSIDI
Sejumlah bayaran yang dibayar oleh kerajaan terus

kepada pengeluar untuk mengurangkan bebanan


kerugian daripada penjualan produk di peringkat
antarabangsa
Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga
lebih murah atau lebih menguntungkan syarikat
berkenaan
KEMPEN BELILAH BARANGAN MALAYSIA

Kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan bagi

menggalakkan pembelian dan penggunaan barangan


buatan Malaysia di negara luar
Tujuan kempen untuk
membangun dan mengembangkan sektor
perindustrian dan perkilangan serta keupayaan
mengeksport lebih banyak barang-barang keluaran
dalam negara ke pasaran luar
31

c) Pakatan Dagangan
WTO (World Trade Organization)

Sebelum ini dikenali sebagai GATT (General


Agreement on Tariffs and Trade)
Objektif penubuhan ialah untuk meliberalisasikan
perdagangan dengan menghapuskan tarif, subsidi,
kuota import dan lain-lain halangan perdagangan.
Ditubuhkan pada 1947 dengan anggota seramai 19
buah negara dan meningkat menjadi lebih 140
negara (2006).
Pengurangan tarif dilakukan dengan berperingkatperingkat menerusi pusingan rundingan bermula
pada 1986 hingga 1993
Setiap pusingan akan membincangkan
pengurangan tarif.
32

- AFTA (ASEAN Free Trade Area/Kawasan Perdagangan


Bebas)
Keputusan penubuhan sewaktu Sidang Kemuncak Ke 4

ASEAN pada 1992.


Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN pada
September 1994 bersetuju pelaksanaan sepenuhnya
pada 2008 dipercepatkan kepada 2003 secara
berperingkat-peringkat.
Tujuan penubuhan

Meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN dengan


melaksanakan pasaran bebas
Pasaran bebas - ini bermaksud barangan ASEAN boleh
menembusi pasaran negara anggota tanpa sebarang
tarif @ tarif yang minimum iaitu 0 hingga 5%
Meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan
pengeluaran yang berdaya saing dan memenuhi
pasaran global
33

NAFTA (North America Free Trade Agreement

Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara)


Pada 1988 perjanjian perdagangan bebas antara AS

dan Kanada di tandatangani dan mula beroperasi


pada 1 Jan 1989
Dianggotai Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico
Tujuan:
Hapuskan halangan tarif dikalangan negara
anggota menjelang 1989
Pada 1991 A.S. Kanada dan Mexico mengadakan
rundingan untuk tubuhkan NAFTA
1 Jan 1994 NAFTA dikuatkuasakan

34

EU (European Union/Kesatuan Eropah)


Awalnya dikenali European Economic Community

(EEC) dalam perjanjian Rome.


Pada 1967 dikenali sebagai EC hasil gabungan
antara European Coal and Steel Community (ECSC),
European Atomic Energy Community (EURATOM)
dan EEC
Pada I Jan 1994 menerusi Perjanjian Maastricht EC
telah ditukar namanya kepada European Union (EU)
Dianggotai oleh Belgium, Perancis, Italy,
Luxemburg, Belanda, German, Denmark, Ireland,
UK, Greek, Sepanyol dan Portugal.
Menerusi perjanjian ini 4 elemen yang digariskan
ialah:
a. Mewujudkan satu matawang tunggal
b. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang
seragam
c. Satu kerakyatan
d. Parlimen EU yang berkuasa
35

ASEAN (Association of Southeast Asia Nation)

Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan anggota terdiri


daripada negara-negara ASEAN.
Dianggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia,
Filipina, laos, Myanmar, Vietnam dan Kemboja
Tujuan Penubuhan:
Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kemajuan sosial dan
perkembangan budaya di rantau Asia Tenggara
Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik
Menyediakan bantuan antara satu sama lain
Meningkatkan taraf hidup penduduk negara anggota melalui
kerjasama dalam pertanian, perusahaan dan perdagangan.
Mengadakan hubungan yang erat dan menguntungkan
dengan persatuan antarabangsa dan serantau.
Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial,
budaya teknikal, saintifik dan pentadbiran.
Menggembleng tenaga untuk memanfaatkan bidang industri
dan pertanian serantau dan memperluaskan aktiviti
perdagangan.
36

APEC (Asia-Pacific Economic

Cooperation/Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik)


Ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia.
Negara anggota: ASEAN, A.S., Kanada, Mexico,

Chile, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan,


China, Taiwan, Hong Kong dan Papua New Guinea.
Tujuan penubuhan : Memajukan perdagangan
bebas, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di
rantau Asia Pasifik dan mengeratkan kerjasama
ekonomi antara negara anggota.

37

d)

SEKATAN DAGANGAN

Tarif
- Tarif bermaksud cukai kerajaan yang dikenakan terhadap barangan
yang dibawa masuk atau dihantar ke dalam dan luar negara.
i. Tarif Import
- Sekiranya cukai yang dikenakan itu dipungut oleh negara pengimport.
- digunakan untuk menaikkan harga barangan yang diimport dan
mengekalkan barangan keluaran tempatan.
- tarif import dibahagi kepada 3 jenis iaitu :
a. Duti ad-valorem berdasarkan peratusan ke atas nilai produk.
b. Duti spesifik/khusus dinilai berasaskan sesuatu unit.(Cth : RM 1
bagi setiap kg)
c. Duti Kompaun Kombinasi antara duti ad-valorem dengan duti
khusus ke atas produk yg sama. (Cth : RM 1 bagi setiap kg
ditambah 5% duti ad-valorem.
ii. Tarif Eksport
- Sekiranya cukai dikutip oleh negara pengeksport /cukai yang
dikenakan ke atas barangan yang dijual ke luar negara.
38

Bukan Tarif
KUOTA
Had yang dikenakan terhadap jumlah unit atau nilai

sesuatu barangan yang boleh dikeluarkan atau


digunakan atau diimport
Kuota import - sekatan yang menghadkan kuantiti
sesuatu barangan yang diimport
Tujuan dikenakan ialah untuk mengurangkan saingan
terhadap barangan tempatan
EMBARGO
Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport

atau mengeksport sesuatu barangan atau


perkhidmatan dari/ke sesebuah negara
Contoh: Malaysia dengan Israel.

39

SUBSIDI
Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada individu, unit

pengeluaran atau pengeksport samada dalam bentuk bayaran


langsung seperti geran atau pinjaman, atau langkah-langkah
yang memberikan kesan yang sama seperti bayaran langsung.
Langkah-langkah termasuklah jaminan terhadap harga dan
pasaran, khidmat atau kemudahan bantuan dan pemotongan
atau pengecualian cukai.
Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih murah
dari barangan luar atau lebih menguntungkan syarikat berkenaan

PIAWAIAN
Satu standard kualiti yang dikenakan ke atas produk yang ingin

dipasarkan di peringkat antarabangsa.


Jika piawaian yang tinggi dikenakan ke atas produk menjadi
penghalang kepada kemasukan produk luar yang tidak mencapai
piawaian
(contoh dalam industri makanan, kosmetik, elektronik dsbgnya.)

40

8.5

CABARAN PERNIAGAAN
ANTARABANGSA

Cabaran Syarikat Multinasional


Struktur dan Kawalan
Politik dan Undang-Undang
Ekonomi
Sosiobudaya dan Pengurusan
Rentas Budaya
Perubahan Teknologi
Perubahan Tukaran Matawang Asing

41

SYARIKAT MULTINASIONAL (SMN)


Organisasi yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan

di peringkat antarabangsa dengan tahap penglibatan


yang tinggi.

Merupakan syarikat yang bersaiz besar, beroperasi di

banyak negara, di mana syarikat bukan sahaja menjual


produk mereka di pasaran luar tetapi juga mengeluar,
menjalankan penyelidikan, melatih pekerja tempatan
serta membangunkan produk baru di pasaran yang
mereka masuki.

Mempunyai sumber kewangan dan tenaga manusia yang

besar, dapat mengawal seluruh aktiviti syarikat di


seluruh dunia.

Contoh : Coca Cola, Tesco, Sony, Nestle, Hyundai

42

CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL


i.

STRUKTUR DAN KAWALAN


Struktur: Merujuk kepada struktur organisasi yang akan
diubahsuai mengikut cara sesebuah organisasi itu beroperasi di
tempat yang berbeza
Kawalan: cara kawalan yang asas mewujudkan objektif kawalan,
mengadakan piawai pengukuran dan penilaian mengikut
keperluan setempat termasuk sosiobudaya, keadaan ekonomi,
politik dan undang-undang dsb.
harus membuat perubahan mengikut keadaan semasa sesuatu
negara supaya operasi dapat berjalan dengan lancar.
antara masalah yang mementingkan penstrukturan:
konflik antara bahagian-bahagian berkenaan bidang kuasa
kegagalan operasi asing dari segi perancangan & jangkaan
kurang kawalan kewangan ke atas operasi luar negara
pertindanan tugas di kalangan kaki tangan
kemudahan pengeluaran tidak dioptimumkan
pertindihan tugas antara pejabat jualan dengan jurujual di
sesuatu kawasan
pertambahan dalam bilangan pengedar
rungutan pelanggan ke atas perkhidmatan operasi di luar
negara

43

Pemilihan struktur organisasi yang sesuai

adalah penting kerana ianya merupakan satu


bentuk mekanisma kawalan yang utama.
Kepentingan aktiviti kawalan :
Menjamin operasi berjalan dengan lancar
Mengelakkan kerugian dan mengukur
kejayaan sesuatu perancangan.

44

Pendekatan kawalan yang diamalkan boleh diperolehi

dengan:
Centralization ( pemusatan kuasa )
- aktiviti dikawal selia oleh ibu pejabat (menegak)
Lambat, tak serasi dengan budaya negara lain

Decentralization ( pemencaran )
- anak syarikat bebas bertindak mengikut kesesuaian
persekitaran (mendatar)
Sukar dikawal

45

ii. POLITIK DAN UNDANG-UNDANG


berlaku

semasa campurtangan oleh kerajaan tuan


rumah untuk jaga kepentingan negara
polisi & undang-undang bercanggah dengan negara asal
untuk mengawal persaingan dengan syarikat domestik
negara asal
paksaan untuk menjayakan program tempatan
syarat yang dikenakan untuk menggunakan bahan
mentah tempatan
penyekatan aliran keluar keuntungan dari operasi
(sebahagian % disyaratkan dilabur semula)
peraturan perdagangan yang ketat (tarif & bukan tarif
disebabkan prosedur)
dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan
cukai korporat yang tinggi

46

iii. EKONOMI
persaingan dengan syarikat tempatan oleh syarikat

multinasional boleh menjejaskan ekonomi tempatan;


maka sekatan dibuat
kawalan ke atas import; duti import yang tinggi
boleh jejaskan imbangan perdagangan tempatan; jadi
sekatan dalam aktiviti pelaburan langsung
kes bagi SMN untuk keluar dari sesuatu negara kerana
nilai pelaburan yang banyak
kemerosotan ekonomi (kawalan aliran keluar matawang)

47

iv.SOSIOBUDAYA DAN PENGURUSAN


RENTAS BUDAYA
Sosiobudaya: kombinasi lebih daripada dua budaya yang

berlainan
Pengurusan rentas budaya: merujuk kepada aspek-aspek
perbezaan dalam budaya dan kerumitan dalam pengurusan
yang disebabkan oleh latarbelakang budaya yang berlainan
kesukaran dalam mengadaptasikan sesuatu budaya yang
bukan menjadi kebiasaan diri
konflik antara budaya SMN dengan pekerja tempatan
masalah komunikasi
penjejasan identiti negara (penjajahan budaya)

48

v. PERUBAHAN TEKNOLOGI

pengimportan teknologi memakan belanja yang banyak

(dari negara asal)


hak cipta (teknologi ditiru)
masalah dalam mengikuti perubahan semasa (teknologi
maklumat)

vi. PERUBAHAN TUKARAN MATA WANG


ASING

Pasaran kewangan dapat mempengaruhi kadar tukaran


mata wang asing.
Kadar tukaran mata wang asing kadar yang
digunakan untuk menukarkan mata wang sesebuah
negara ke dalam mata wang negara lain
Kadar tukaran mata wang asing boleh memberi kesan
kepada permintaan barangan dan perkhidmatan
sesebuah negara
Campurtangan kerajaan sesebuah negara dlm
menetapkan nilai mata wang negaranya, cth: Malaysia
49

Anda mungkin juga menyukai