Anda di halaman 1dari 4

ULASAN UCAPAN TPM SEMPENA HARI GURU 2015.

Yang Amat Berhormat, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, telah menyampaikan ucapan
sempena sambutan hari guru yang bertemakan " Guru Membina Ilmu Menyempurnakan
Akhlak", dalam majlis perasmian sambutan hari guru 2015 pada 16 Mei 2015, bertempat di
Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. sambutan Hari Guru adalah tanda pengiktirafan tertinggi
negara terhadap peranan dan sumbangan para guru mendidik anak bangsa. Sempena hari
yang amat bermakna ini, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merakamkan
ucapan segunung kasih dan setulus penghargaan kepada semua guru di seluruh pelosok
tanah air atas, serta menyampaikan beberapa saranan serta amanat untuk dilaksanakan
oleh guru-guru.
YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan beberapa saranan bagi memastikan
guru-guru dapat menghadapi cabaran semasa dan mengatasi isu-isu negatif serta dapat
menyatakan keakuran terhadap peraturan-peraturan sebagai pegawai awam yang berkait
rapat dengan kerjaya guru. Beliau menyatakan bahawa guru merupakan insan yang
memainkan peranan penting untuk menyempurnakan akhlak murid serta membentuk insan
seimbang dan berperibadi unggul. Walaupun dewasa kini manusia dalam keghairahan untuk
mengejar kemajuan material, aspek akhlak dan nilai murni mesti diberikan perhatian yang
utama oleh sistem pendidikan kita.
YAB Timbalan Perdana Menteri juga menyatakan bahawa modal insan yang ingin kita
bangunkan tidak seharusnya dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
semata-mata. Mereka juga mesti diperkukuhkan dengan akhlak yang terpuji dan nilai-nilai
yang murni. Beliau menyatakan pendapat beliau bahawa aspek akhlak, budi pekerti, integriti,
amanah dan nilai-nilai murni adalah komponen yang amat penting dalam membina negara
bangsa dan mencapai kemajuan ekonomi yang lestari. Justeru itu. Aspek kerohanian ini
wajar menjadi salah satu tunjang utama dalam usaha melahirkan generasi akan datang yang
bakal melestarikan perkembangan ekonomi.
Selain dari itu, YAB Timbalan Perdana Menteri juga menyatakan bahawa sifat jujur, amanah
dan integriti sebenarnya merupakan nilai intrinsik yang menjadi tunjang dan pasak kemajuan
ekonomi. Kejujuran, amanah dan integriti ini dapat memastikan perkembangan ekonomi
negara yang lebih stabil dan mempunyai nilai intrinsik. Justeru, pendidikan moral dan akhlak
yang diajar di sekolah akan membantu negara melahirkan insan yang amanah, berintegriti

dan bertanggungjawab sebagai urusan utama pendidikan di negara kita. Beliau turut
mengingatkan guru-guru bahawa pendidikan di sekolah merupakan salah satu tempat untuk
memupuk nilai-nilai moral dalam kalangan generasi muda. Penerapan nilai-nilai murni
seperti sifat amanah, jujur, telus dan budi pekerti yang mulia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta aktiviti kesukanan dan ko-kurikulum. Justeru, warganegara Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum ini perlu ditekankan prinsip menghormati perbezaan,
meraikan kepelbagaian dan memupuk hubungan yang baik antara masyarakat pelbagai
kaum dan agama.
Tugas dan tanggungjawab besar yang terletak di bahu para guru memerlukan komitmen
tinggi dan menuntut perubahan dinamik dalam profesionalisme keguruan. Seorang guru
yang profesional adalah guru yang berilmu, mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran serta memiliki sahsiah yang boleh menjadi contoh
teladan kepada murid. Oleh itu, KPM melalui program Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPB) menyediakan platform yang sesuai untuk guru meningkatkan tahap
profesionalisme dalam kerjaya di samping memantapkan imej kendiri.

Program ini

memastikan guru yang dilahirkan oleh institusi pendidikan guru mampu mendidik murid
menjadi insan berkualiti, sistem pengambilan guru pelatih juga telah ditambah baik. Dalam
Gelombang Pertama anjakan keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
2025, Institut Pendidikan Guru kini melaksanakan dasar pengambilan yang lebih ketat iaitu
sebanyak 30 peratus pengambilan baharu adalah terdiri daripada pelajar cemerlang yang
mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM.
Menurut TPM lagi, matlamat membina ilmu dan menyempurnakan akhlak murid hanya dapat
direalisasikan jika kita mempunyai kurikulum yang mampu menjangkau keperluan cabaran
pendidikan abad ke-21. Diantara objektif pendidikan abad ke-21 adalah untuk melahirkan
murid yang dinamik dan seimbang dalam semua aspek. Oleh itu, Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada tahun 2011 dan disambut dengan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2017 perlu dibentuk selari dengan aliran
pembangunan dan kemajuan teknologi supaya relevan dengan persekitaran semasa serta
menekankan penggunaan "Higher Order Thinking and Creative Skills" (HOTaCS) yang
bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik.
Yab Tan Sri juda menyentuh tentang Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz juga telah
dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih. Kurikulum Dini dan Tahfiz ini memberi penekanan
dalam pendidikan agama tanpa membelakangkan pendidikan akademik. Tahfiz Model Ulul
Albab yang menggabung jalinkan tiga bidang ilmu, iaitu ilmu agama, ilmu kemanusiaan dan

ilmu sains pastinya dapat memantapkan aspek sahsiah, rohani dan minda murid. Melalui
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu ini, guru-guru
diharapkan dapat melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia dalam ertikata yang
sebenar.
YAB TPM juga menyentuh tentang sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai
teras pembangunan murid secara holistik. PBS bukan sahaja mentaksir kebijaksanaan akal
fikiran semata-mata malah merangkumi kecerdasan emosi, kecergasan fizikal serta nilai dan
budi pekerti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi melengkapkan
sistem ini, maka Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dilaksanakan untuk menguji komponen
yang holistik ini secara mapan.
Di dalam ucapan ini juga, YAB Tan Sri memaklumkan bahawa Akta Yayasan Guru Tun
Hussein Onn [Akta 763] telah diluluskan oleh Parlimen dan diwartakan. Melalui Yayasan ini
guru-guru akan dibantu mendapatkan pembiayaan untuk melanjutkan pengajian, termasuk
guru yang tidak layak mendapat biasiswa kerajaan kerana melebihi had umur. Yayasan ini
juga akan menjaga kebajikan guru dengan memberi keutamaan kepada guru yang
memerlukan bantuan kecemasan, bencana alam, khairat kematian dan bantuan peralatan
sokongan selepas rawatan seperti kerusi roda. Yayasan Guru Tun Hussein Onn juga menjadi
harapan untuk menghulurkan bantuan keperluan dan pembiayaan pengajian anak-anak guru
yang terlibat sekiranya mereka terlibat dengan kemalangan, mMemandangkan guru juga
berisiko tinggi terlibat dengan kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.
Kerajaan juga telah bersetuju untuk menyeragamkan had umur pegawai awam bagi
mengikuti Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (Ph.D) iaitu dari 43 tahun bagi
Ijazah Sarjana kepada 45 tahun seperti had umur bagi Ijazah Sarjana Doktor Falsafah
(Ph.D) di bawah Hadiah Latihan Persekutuan. Peningkatan had umur bagi pegawai awam
mengikuti Ijazah Sarjana ini akan memberikan lebih peluang kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Peningkatan ilmu di kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di peringkat lanjutan
akan menjadi pemacu kepada perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkualiti dan efisien.
menambahbaik Elaun Pengetua dan Guru Besar sedia ada. Elaun sedia ada yang telah
berkuatkuasa mulai tahun 2000, kini dinaikkan dari RM150 kepada RM300 sebulan bagi
2,405 Pengetua Sekolah Menengah dan kenaikan dari RM100 kepada RM200 sebulan bagi
7,757 Guru Besar Sekolah Rendah berkuatkuasa 1 Julai 2015. Bagi pihak Kementerian
Pendidikan, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang telah

memberikan persetujuan kepada cadangan Kementerian untuk menambahbaik elaun


pengetua dan guru besar. Penambahbaikan ini dibuat kerana Pengetua dan Guru Besar
memainkan peranan yang amat penting dalam kecemerlangan sesebuah sekolah bertepatan
dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Peranan
dan kompleksiti tugas yang semakin mencabar dalam mendokong transformasi sistem
pendidikan memerlukan kewibawaan dan kreativiti dalam kepimpinan Pengetua dan Guru
Besar. Insentif ini diharap akan dapat mendorong pemimpin sekolah untuk terus
meningkatkan kualiti kepimpinan bagi menjamin kecemerlangan sekolah dalam keberhasilan
murid. Prestasi Pengetua dan Guru Besar akan sentiasa diukur melalui Petunjuk Prestasi
Utama (KPI), malah pencapaian KPI juga menjadi pengukuran kesesuaian penyandang
terus menduduki jawatan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai