Anda di halaman 1dari 19

SEJARAH OLAHRAGA

Adalah sesuatu yang lumrah dan semula jadi bagi manusia sejak bertahun-lahun
dahulu lagi tnelihat kepada kekuatan dan keupayaan menerusi perlaku_berlari,
melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran
asas ni dianggap serta dilambangkan sebagai seorang yang berkedudukan
tinggi pnda mata masyarakat dan pemerintah.Kekuatan menjadi sesuatu
yang dikejar dan diimpikan. oIeh setiap individu terutama kaum Ielaki.
Kemahiran-kemahiran ini diperkernbangkan lalu diperbaiki dari semasa ke
semasa sehingga menjadi sukan yang kernudiannya dipertandingkan.
Tujuan diadakan pertandingan diadakaan hanyalah semata-mata
unituk rnencari siapa yang lebih pantas, lebih tinggi atau lebih kuat
daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat itu setiap individu akan berusaha
menandingi yang lain, dan akhirnya wujudlah ciri-ciri ingin berjaya,
menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka
yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk
meningkatkan keupayaan supaya kejayaaa itu diteruskan. Bagi mereka yang
gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih tekun lagi untuk
menumpaskan lawan dan mahu muncul sebagai pemenang pula.Disini sudah
wujud suatu pertandingan yang sudath tentu akan menjadi menarik.
Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin
ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian menguji kebolehan. Lama
kelamaan lebih ramai mereka yang mengambil bahagian serta bertanding
menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan sudah tentu.
mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan
sebenar semasa pertandingan. Ini rnenjadikan pertandingan menguji kebolehan
itu menarik dan berjaya pula menarik minat orang rarnai di merata dunia.
Walaupun ada kalanya bentuk pertandingnn agak berbeza, tetapi mat1arnat dan
tujuan sebenar adalah sama.
Hari ini kita dapat melihat di rnerata tempat di dunia, pelbagai bentuk
pertandingan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat
juga pertandingan di kalangan kaum wanita.Inilah yang mewujudkan
pertandingan olahraga atau athletics. Sejak zaman sebelum Masehi lagi sudah
terdapat pertandingan olahraga ini khususnya di kalangan penduduk Greek
Kuno.

SEJARAH AWAL
Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan sejak zaman Sebelum Masehi
lagi, tetapi adalah sukar untuk mengetahui dengan je!as dan tepat bila manusia
menjadikan aktiviti berlari, melompat dan melontar ini sebagai pertandingan.Jika
permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan
sejarah,bermakna olahraga sudah bermula sejak 2000 tahun yang lampau Iagi.
Jika demikian diakui bernakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di
dunia.
Salah satu bukti kuat untuk mejelaskan kesahihan kenyataan ini, dapat
dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Rome.Sukan itu yang dipercayai
berrnula pada tahun 776 SM hingga kini sudah diakui merupakan catatan
awal bermulanva olahraga sebagai sukan yang merupakan acara utama
sukan tersebut. Dengan kata lain, orang Greek sudah mengambil
bahagian
dalam pertandingan olahraga,walaupun difahamkan matlamat awal dan utama
mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan. Mereka lebih
menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni yang dapat dilihat
daripada peserta yang mengambil bahagian.
DaIam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno,olahraga merupakan acara
utama,mula mendapat perhatian ramai. Sebuah bukti tentang sejarah dan
perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyebut tentang
olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno dan mencatat bahawa lornpat
jauh dianggap sebagai acara pertama dipertandingkan dalam sukan tersebut.
Sukan Olimpik itu yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan
setiap empat tahun sekali sehingga tahun 379 SM. Selepas itu sukan ini
tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rome, Theodosius, yang
tidak menyatakan sebarang alasan.
Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk berasa kehilangan ssesuatu.
Mereka
tidak
lagi
dapat
berkurnpul
dan
bertanding
seperti
sebelumnya.Bagaimanapun,mereka tetap meneruskan akttviti yang melibatkan
mereka berlari, melompat dan melontar. Setidak-tidaknya mereka dapat juga
mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang
ramai.Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Olimpik Kuno itu
diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek, maka tiadalah negara lain yang
mahu atau sanggup meneruskan tradisi mengadakan sukan tersebut. Akhirnva
berkuburlah sukan itu untuk sekian Iama.
Hal ini berlanjutan sehingga abad ke 19.Selarna tempoh itu,, rnereka yang

ternanti-nantikan akan kemunculan Sukan Olimpik itu tidak berputus asa.Mereka


terus mengadakan pertandingan sesama mereka secara kecil-kecilan.
PERKEMBANGANAN PADA ZAMAN MODEN
Menjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula
Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Dalarn pada itu terdapat juga usaha
negara-negara selain daripada Creek yang rnula menunjukkan minat untuk
menghidupkan semula sukan olahraga.Di England umpamanya, olahraga
berjaya dihidupkan kemballi oIeh Royal Military College menerusi temasya
sukan yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap
sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno.
Kejayaan kolej itu rnengadakan temasya sukan olahraga tolah mendorong pihakpihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata ternpat,
khususnya di England.
Tidak berapa lama selepas itu muncul pula kelab olahraga yang pertama
di dunia iaitu Kelab The New Guild di England.Penubuhan kelab ini juga turut
mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga lain selepas itu. Banyak
sekolah turut menggalakkan pelajar-pelajar mengelibatkan diri dalam olahraga,
begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan sekolah,kolej dan
universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan
dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untuk
mengembangkan olahraga amat sesuai. Universiti Oxford adalah antara
beberapa universiti terawal menubuhkan pasukan olahraganya, iaitu Exeter
College Athletics Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Sesuatu yang
manbanggakan ialah kelab itu masih wujud hingga ke hart ini.
Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England pada
abad ke-19 memang ketara termasuk sukan olahraga.Ini menjadikan
penerimaan penduduk di situ mudah untuk mempelajari dan menerima
kedatangan sukan olahraga ini.Oleh itu tidak hairanlah dikatakan bahawa
tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan pesat sukan
olahraga di England.Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan
memudahkan lagi perkembangan sukan ini.
Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini,kejohanan olahraga
berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara
tersebut.Sekali lagi olahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan
daripada penduduk di situ. Orangramai sudah mula meminati sukan olahraga
dan turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada.Usaha untuk
mengembangkan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun 1876,
negara tersebut berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama yang
berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa.Kejohanan tersebut melibatkan
England dan Ireland.

Kemunculan sukan olahraga


di Amenika Syarikat telah mendapat
sambutan yang amat
menggalakkan daripada rakyat negara tersebut.
Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat.Pada
penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, ahli-ahli olahraga Amerika
Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini telah mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan.Sebilangan besar daripada
olahragawan Amerika Syarikat berjaya memenangi malah menguasai banyak
perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk di luar Amerika Syarikat.
Perkara yang membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga
Amerika Syarikat ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod yang sedia ada. Bagaimanapun, ketika itu kebanyakan rekod
dunia masih belum mendapat pengiktirafan sehingga mengakibatkan rekodrekod ini tidak dicatat untuk rujukan kemudiannya. Bagaimanapun yang pasti
daripada senarai pemenang pada kebanyakan perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besar adalah peserta Arnerika Syarikat.
Perkembangan seterusnya ialah ke. negara-negara Eropah yang lain,
selain Kepulauan lnggeris. Selanjutnya, olahraga juga turut diperkenalkan ke
berapa negara dunia lain. Kemasukan sukan ini juga mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada penduduk setempat,malah dalarn rnasa yang singkat
sahaja sudah rnampu menghasilkan ahli-ahli olahraga bertaraf dunia. Walau
bagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika tidak
tergugat kerana mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan
olahraga antarabangsa..Hal inji ditambah lagi dengan kemunculan ahli-ahli
olahraga Amerika Syarikat yang berketurunan Negro yang rnenunjukkan
keupayaan dan prestasi yang rnembanggakan malah menakjubkan.
Sementara itu di negara-negara lain turut diadakan perjumpaan olahraga
yang turut disertai oleh peserta-peserta luar negara. Malah menerusi persatuan
olahraga masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai
perjumpaan tahunan yang diadakan dengan meriah dan menggalakkan.
Perjumpaan oIahraga seperti Sukan Olirrpik telah dijadikan medan perjumpaan
para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan
para peserta dalam bidang olahraga.Sejak diadakan pada zaman kuno lagi,
perjumpaan sukan dianggap sebagai perjumpaan sukan terbesar di dunia dan
olahraga -merupakan acara yang utama dalarn sukan tersebut.
Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan ahli-ahli olahraga yang
mampu rnenandingi peserta dan negara-negara Eropah dan Amerika
Syarikat.Ahli-ahli olahraga dan Asia,Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih
belum mampu menggugat atau menandingi peserta-peserta tersebut, walaupun
sukan olahraga sudah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas
tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga kawasan dunia ini yang

mampu menandingi dan memberikan saingan, walaupun prestasi yang mereka


tunjukkan rnasih belum mampu rnenggugat penguasaan ahli-ahli olahraga dari
ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan
prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini.Ini
menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin
mencabar dan menarik.
Kebanyakan negara dunia mula menubuhkan persatuan masing-masing
seteIah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan
kejohanan yang diadakan serta yang ingin disertai oleh negara berkenaan.
Persatuan ini juga bertujuan rnenjadi badan yang bertanggungjawab ke atas
perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing. Negara. kita
juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun
1926 lagi. Apa yang pasti ialah dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini
telah memberi kesempatan kepada peserta-peserta dari negara-negara ini
mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjurnpaan olahraga yang dianjurkan oleh rnana-mana persatuan yang bergabung di dalam persekutuan
Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.

SUKAN OLIMPIK PERJUMPAAN SUKAN TERBESAR DUNIA

Jika ditanya apakah perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, tanpa ragu-ragu
kita sudah dapat memberi jawapan. Dengan penglibatan lebih daripada
10,000 orang peserta merangkumi seluruh negara di dalam IAAF serta
berpuluh-puluh ribu pegawai dan petugas sememangnya Sukan Olimpik ini
adalah rrerupakan perjumpaan sukan terbesar dunia.Malah sejak pertama
kali diadakan,hingga kini Sukan Ohmpik berjaya menarik minat dan tumpuan
seluruh masyarakat dunia tanpa mengira agama,warna kulit dan perbezaan
corak hidup. Inilah keunikan yang terdapat pada sukan ini.
Sebenarnya Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi.
Bagaimanapun,seperti yang dinyatakan, sukan yang diadakan ketika itu amat
berlainan dari segi corak dan formatnya. Apabila Sukan Olimpik unsur moden
diadakari buat kali pertama pada tahun 1896 di Greek, sudah tentu ramai yang
rnengalu-alukannya.Sukan o1ahraga merupakan acara utama dan wajib dalam
sukan ini dan kini walaupun terdapat lebih daripada 30 acara yang dimasukkan
dalam senarai acara Sukan Olimpik, namun olahraga masih menduduki
kedudukan teratas dan segi keutaman.Sekiranya sukan itu diadakan tanpa acara
olahraga,sudah tentu Sukan Olimpik tidak semeriah yang dapat kita lihat
sekarang. Sukan ini diadakan setiap empat tahun sekali dan diadakan dipelbagai
negara dunia mengikut kemampuan dan persetujuan negara berkenaan menjadi
penganjur.
Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan olahraga
kekal menjadi acara utama.Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada tahun
1992 di Barcelona, dengan penyertaan daripada 135 buah negara
dunia,termasuk negara kita.Sukan Olimpik berikutnya akan diadakan pada
tahun 1996. Dengan moto atau cogan kata berbunvi: Citius, Altius,
Fortius(Swifter,Higher,Stronger) jelas menunjukkan bahawa sukan olahraga
yang menjadi tunjang kepada cogan kata ini.Ini ditambah lagi dengan kenyataan
yang turut dijadikan cogan kata Sukan Olimpik moden ini;iaitu Perkara yang lebih
penting dalam sukan bukanlah kemenangan dalam sukan, tetapi mengambil
bahagian.Ini seolah-olah memberi dorongan kepada negara-negara kecil untuk
turut serta yang awal-awal lagi sudah mengaku bahawa kemenangan bukanlah
harapan atau cita-cita negara ini.

MALAYSIA DAN SUKAN OLIMPIK


Berbincang tentang Sukan Olimpik, tentu ada daripada kita yang tertanya-tanya
bilakah negara kita mula mengarnbil bahagian dan adakah kita pernah memenangi sebarang pingat di sepanjang penyertaan kita. Negara kita mula
rnengambil bahagian dalam sukan ini pada tahun 1956, iaitu ketika sukan itu
diadakan di Melbourne, Australia. Dalarn penyertaan kali pertama itu, kita
mengambil bahagian dalam acarra hoki, olahraga, renang dan angkat berat.
Sejak itu ,negara kita tidak pernah gagal mengambil bahagian,kecuali pada
tahun 1980 sebagai pemulauan disebabkan pencerobohan tuan rumah Russia
ke atas Afganistan ketika itu.
Sepanjang penyertaan negara kita dalarn sukan terbesar di dunia itu, cuma
satu pingat gangsa yang rnarnpu kita menangi iaitu menerusi acara badminton
dalam Sukan Olimpih 1992 yang pertama kali memasukkan badminton sebagai
salah satu acara.Dalam acara atau sukan lain kita masih belum memenangi
sebarang pingat.Semangat Olimpik,pengalaman dan persahabatan ,serta ingin
turut serta merupakan beberapa faktor penyertaan kita dan mungkin sebilangan
besar negara lain.Yang penting sukan olahraga berjaya meletakkan Sukan
Olimpik pada tahap tinggi sehingga mampu menjadi daya tarikan utama peminat
dan peserta dunia.Di samping itu yang tidak kurang pentingnya juga ialah Sukan
Olirnpil berjava rnengumpulkan tumpuan dan minat seluruh penduduk dunia dan
melupakan sejenak sebarang masalah dan krisis yang timbul..Secara tidak
Iangsung sukan ini berjaya meleraikan sebarang masalah yang timbul.

PERSATUAN DAN ORGANISASI OLAHRAGA

Seperti kebanvakan sukan dunia, cara paling baik dan berkesan untuk
mengembangkan dan menyelaraskan segala aktiviti dan perjumpaan sukan
terrmasuk olahraga ialah menerusi persatuan.Oleh itu,adalah penting ditubuhkan
persatuan-persatuan sukan mengikut peringkat tertentu.Bagi olahraga,badan
atau pertubuhan tertinggi untuk maksud ini ialah Persekutuan Olahraga Amatur
Antarabangsa(IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912.Keahlian persatuan ini
terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional negara masing-

masing. Setiap negara boleh bergabung dalam persekutuan ini.Negara kita


menerusi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai
persatuan ini.
Dengan adanya IAAF, sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahraga
pada peringkat antarabangsa hendaklah sama ada mendapat kebenaran dan
pengiktirafan IAAF ataupun. dianjurkan sendiri oleh badan itu.Badan ini juga
bertanggtingjawab menyelesaikan sebarang rnasalah atau pertikaian yang
mungkin timbul di kalangan negara-negara atau persatuan-persatuan
gabungan.Umpamanva dalam menganjurkan perjurnpaan sukan utama seperti
Sukan Olimpik,Sukan Komanwel,Sukan Asia dan lain-lain,persetujuan daripada
Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan IAAF hendaklah diperolehi.
Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa juga berperanan mengeluarkan
segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga
untuk diikuti atau dipatuhi oleh semua negara yang menganggotai Persatuan
Olahraga Arnatur Antarabangsa. Begitu jtiga dengan rekod-rekod pencapaian
yang dicipta oleh setiap peserta, tidak kira di rnana asalkan rnendapat kelulusan
IAAF, dicatat dan dikemaskinikan oleh badan ini pada setiap masa. Ringkasnya
IAAF sememangnya berperanan dalam sebarang hal berkaitan sukan olahraga
di peringkat dunia.

OLAHRAGA SEBAGAI SUKAN


Tiga kemahiran utama manusia sejak bertahun-tahun,iaitu berlari,melompat dan
melontar sememangnya merupakan asas kepada setiap pergerakan dan aktiviti
lain yang mampu dilakukan oleh manusia sama ada seorang lelaki atau wanita
,tua atau muda,bekerja sebagai buruh atau pegawai ,asakan sihat tubuh
badan.,akan melakukan ketiga-tiga aktiviti ini,baik secara sedar atau
tidak.Daripada pergerakan inilah munculnya satu bidang sukan yang amat
diminati sehingga sekarang iaitu olahraga.
Sebagai sejenis sukan yang dipertandingkan,sudah tentu aktivitri ini
diubahsuai dan diperkemaskan dari semasa ke semasa mengikut kehendak dan

peraturan yang ditetapkan.Begitu juga dengan cabang atau pecahan daripada


olahraga juga dicipta atau atau diperbaiki dengan tujuan dapat dijadikan acara
yang menarik lagi sesuai dipertandingkan.Yang nyata kini ialah daripada
poerlakuan memenuhi riadah atau rekreasi,lama-kelamaan olahraga menjadi
acara sukan yang amat di minati sehingga menjadi bidang dipertandingkan yang
menarik dan sengit.
Tidak dinafikan juga banyak lagin kebaikan daripada sukan olahraga ini
yang menyebabkan orangramai berlumba-lumba menyertainya,daripada
peringkat paling rendah seperti sekolah rendah sehingga ke peringkat yang tingi
seperti Sukan Olimpik.Sukan khususnya olahraga mampu menjadi penyumbang
utama ke arah perkembangan tingkahlaku manjusia serta peribadi seseorang.
Sifat-sifat
seperti
bersemangat
waja,keazaman
kuat,berdisiplin
tinggi,keinginan untuk mencapai kejayaan,semangat berpasukan,bertimbang
rasa ,dan bertolak ansur,tolong-menolong,menengkan fikiran dan bersaing
adalah antara factor yang membantu perkembangan mental,fizikal dan fikiran
serta peribadi seseorang yang melibatkan diri dalam olahraga.Ini diperolehi
bukan sahaja oleh mereka yang menjadi peserta ,tetapi merangkumi
pegawai,jurulatih,pengajar,pembantu malahan penonton umumnya.
Olahraga mempunyai sejarah paling tua.Seperti yang dinyatakan,manusia
sudah mula melakukan aktiviti berlari,melompat dan melontar sejak zaman kuno
lagi.Sukan Olimpik kuno membuktikan bahawa aktiviti yang manusia lakukan itu
kemudianya dijadikan sukan yang dipertandingkan sehinga menjadi persaingan
yang menarik dan diminati ramai.Kiniramai anak muda dan remaja yang yang
ingin malah telah menceburkan diri dalam olahraga.Ada yang mengambil
bahagian diperingkat sekolah ,ada juga yang telah mewakili daerah,negeri dan
tidak kurang pula yang berjaya mewakili negara.
Pertandingan dan perjumpaan olahraga diadakan dan dianjurkan dipelbagai
peringkat.Pelbagai acaradiadakan sama ada untuk Ielaki ataupun perempuan.
Daripada pertandingan yang dijalankan, para pemenang diberikan hadiah yang
menarik. Kepuasan memecah dan mencipta rekod baharu dan semasa ke
semasa sehingga kemuncak menerusi Sukan Olimpik atau kejohanan dunia
menjadikan peserta olahraga terpaksa berlatih bersungguh-sungguh untuk
mencapai hasrat dan impian tersebut.Dengan demikian,kita dapat lihat dalam
setiap perjumpaan olahraga ada sahaja rekod haharu menggantikan yang lama .

SIFAT-SIFAT OLAHRAGAWAN
Seseorang yang mengamhil bahagian dalam olahraga disebut atlit bagi lelaki
dan atlit bagi wanita. Gelaran ini berlainan daripada mereka yang mengambil
bahagian dalam sukan-sukan lain. Seseorang olahragawan atau olahragawati
mungkin terdiri daripada peserta yang mengambil bahagian sebagai amatur dan
rnungkin juga bertaraf profesional, yakni Mereka dibayar gaji atau ganjaran
tertentu untuk mengambil bahagian. Kini ramai juga para olahragawan dan

olahragawati terutamanya di Barat yang dikategorikan sebagai profesional.Malah


ada antara mereka yang sudah menjadi jutawan.
Apakah boleh setiap orang mengambil bahagian dalam sukan olahraga?
Apakah acara yang sesuai bagi seseorang untuk disertai? Disebabkan terdapat
banyak acara di dalam sukan olahraga, maka seseorang olahnagawan bebas
memilih acara yang paling sesuai berdasarkan keupayaan dan kebolehan
mereka sendini. Adalah tidak mungkin seseorang olahragawan rnampu
mengambil bahagian dalarn semua atau sejumlah besar acara, padahal dia
hanya berkeupayaan dalam beberapa atau satu dua acara tertentu sahaja. Ada
pula olahnagawan yang terpaksa membuat pilihan walaupun dia mampu
mencapai prestasi yang baik dalam sebilangan besar acara.
Sebagai olahnagawan, seseonang itu diharapkan mempunyai beberapa sifat
dan ciri tertentu yang diharapkan mampu membawa kepada kejayaan
kepadanya. Penentuan penyertaan dalam sesuatu acara itu walaupun
bergantung kepada diri individu itu, juga bergantung kepada kebijaksanaan
jurulatih atau guru pengawas. Antara sifat dan ciri-ciri itu adalah sepenti berikut:
1. Disipli tinggi
Setiap olahnagawan seharusnya mempunyai disiplin yang tinggi, sama ada
semasa mengikuti latihan ataupun pentandingan. Arahan junulatih dan guru
pengawas hendaklah dipatuhi. Segala peraturan dan undang-undang
hendaklah diikuti juga.
2. Semangat tinggi
Setiap olahragawan harus mem punyai semangat yang tinggi untuk
bertanding dan seterusnya kejayaan. Semua ini hanya akan tercapai
menerusi latihan dan tunjukajar junulatih.
3. Berperibadi mulia dan dihormati
Olahnagawan serta ahli-ahli sukan amnya sering menjadi perhatian ikutan
orang ramai. O!eh itu mereka harus menunjukkan peribadi dan
mempamerkan gerak geri yang terbatas serta tidak terkeluar daripada lunaslunas kemasyarakatan, keagamaan dan aspirasi negara.
4. Mempunyai semangat berpasukan
Sebagai ahli olahraga, mereka juga diharapkan mempunyai semangat
berpasukan yang harus saling membantu, bekerjasama dan bertanggungjawab terhadap pasukan yang mereka wakili, terutamanya jika penyertaan
mereka adalah menerusi acara-acara berpasukan.
5. Bersemanagt tinggi dan tidak menyerah kalah
Matlamat utama seseorang yang mengarnbil bahagian dalam olahraga ialah
untuk mencapai kejayaan serta mernpamerkan prestasi terbaik melebihi
lawan. Di sini mereka terpaksa mempunyai semangat juang yang tinggi tanpa
mudah mengaku kalah. Jika mereka tidak mencapai kejayaan, mereka patut

berusaha mempamerkan persembahan terbaik sedaya mungkin.


6. Penyabar dan bertimbang rasa
Olahragawan mempunyai sifat penyabar dan bertimbang rasa walaupun
dalam pelbagai situasi dalam dan luar kejohanan, lebih-lebih lagi jika dia
gagal dalam kejohanan itu.
Di samping itu banyak lagi contoh teladan yang baik yang menjadi ciri-ciri
ahli-ahli olahraga. Walaupun ada kalanya terdapat berita yang tidak disenangi
daripada olahragawan, keseluruhannya mereka mempunyai ciri-ciri yang menjadi
ikutan masyarakat umum. Mereka pula hendaklah berusaha bersungguhsungguh serta mengamalkan sifat dan sikap yang dapat membantu mereka
meningkatkan prestasi mereka sendiri. Tidak dapat dinafikan mereka sering
dijadikan teladan kepada mereka yang mula menceburkan diri dalam bidang ini.
Segala yang baik daripada mereka dijadikan pendorong kepada meneka yang
barn menceburkan din.

PENGELIBATAN WANITA DALAM OLAHRAGA

Olahraga bukan hanya diceburi oleh kaum lelaki sahaja. Kaum wanita atau
perempuan juga turut melibatkan diri. Mungkin pada peringkat awal pengllibatan
kaum wanita dalam olahraga khususnva dan sukan amnya mendapat tentangan
daripada bebenapa pihak tertentu, tetapi Iama kelamaan diakui bahawa

penglibatan mereka adalah setanding dengan kaum lelaki, sehingga ada kalanya
pencapaian rnereka amat membanggakan malah menandingi Ielaki. Banyak
acara olahraga yang disertai oleh Ielaki juga menjadi acara untuk wanita.Gaya
larian, keupayaan, teknik dan prestasi mereka ada yang menakjubkan.
Penglibatan wanita dalarn sukan khususnya olahraga tidaklah semudah dan
seawal seperti yang berlaku kepada lelaki. Mengikut sejarah kemunculan
olahnaga sebagai sukan, wanita dilarang daripada rnengambil bahagian.
Pelbagai anggapan negatif dilemparkan kepada mereka malah mereka dilarang
daripada menonton kaum lelaki mengambil bahagian dalam sukan.Dalam
Sukan Olimpik Kuno yang telah diadakan pada zaman silam, wanita tidak
dibenarkan menonton.
Bagi memenuhi permintaan kaum wanita yang menunjukkan minat yang
tinggi dalam Bidang sukan ini, dicadangkan supaya mengadakan suatu
kejohanan khusus untuk mereka. Sukan yang dikenali sebagai Sukan Hareaa
juga diadakan pada tahun-tahun Sebelum Masehi lagi. Ketika olahraga
rancak menular ke negara-negara Eropah khususnya ke England, wanita juga
dilarang mengamhil bahagian dalam olahraga. Persatuan olahraga juga enggan
menganjurkan kejohanan dan perjumpaan olahraga untuk wanita.
Bagaimanapun ini tidaklah bermakna tiada pula usaha dilakukan oleh pihakpihak tertentu untuk menganj urkan kejohanan untuk wanita.Menyedari
penglibatan dan penvertaan wanita juga perlu, maka sebuah persatuan olahraga
khusus untuk kaum ini ditubuhkan.Persatuan ini diberi nama Federation
Sportive Feminine Internationale. Persatuan ml ditubuhkan pada tahun
1921. Tujuan utama penubuhan persatuan ini ialah sebagai usaha untuk
mencadangkan kepada Majlis Olimpik Antarabangsa supaya penyertaan Sukan
Olimpik yang akan diadakan pada tahun 1924, dibuka juga kepada
wanita.Cadangan itu mendapat sambutan yang menggalakkan.Akan tetapi
bukan untuk Sukan Olimpik tahun 1924 seperti yang dicadangkan.
Sukan Olimpik tahun 1928 akhirnya membuka pintu kepada kaum
wanita. Penerimaan wanita dalam sukan yang terbesar di dunia it telah disambut
dengan gembira oleh olahragawati pelbagai negara yang sudah tentu mahu
menunjukkan pencapaian mereka yang tidak kurang hebatnya daripada kaum
lelaki. Sejak itu penyertaan kaum wanita dalam Sukan Olimpik tidak pernah
dilupakan. Di samping berjaya mempamerkan persembahan dan prestasi yang
tinggi mutunya, mereka juga mampu menarik minat sebahagian besar peminat
sukan dunia. Secara tidak Iangsung mereka memeriahkan lagi temasya sukan
itu.
Negara kita juga memheri peluang kepada kaum wanita untuk menceburkan
diri bukan sahaja dalam sukan olahraga tetapi juga dalam bidang-bidang sukan
yang lain. Prestasi yang mereka pamerkan bukan sahaja tinggi dan segi mutu,
tetapi turut menaikkan nama negara dalam sukan antanabangsa, khususnya
olahraga. Begitu juga dengan pelajar dan murid-murid sekolah, yang turut diberi

peluang mengamhil bahagian dalam sukan ini sejak daripada sekolah rendah
lagi.Ini jelas menunjukkan bahawa olahraga khususnya dan sukan amnya adalah
milik semua rakyat tidak kira lelaki atau wanita.

ACARA-ACARA PADANG
Seperti yang dinyatakan terdahulu, olahraga sebagai sukan dibahagikan kepada
dua bahagian yang berlainan, iaitu bahagian balapan atau trek dan bahagian
padang. Kita telah bincangkan dengan meluas
bahagian
balapan
yang
merangkumi semua acara larian, sama ada larian pecut, larian jarak sederhana,
larian jarak jauh, larian berpagar ataupun larian berganti-ganti.Ini bermakna
semua acara ini dijalankan di dalam balapan. Ada acara yang disertai khusus
oleh lelaki dan tidak kurang pula acara yang tunt disertai oleh wanita.
Dalam bahagian padang pula, umumnya terdapat dua jenis acara yang
dipertandingkan menerusi sukan olahraga, iaitu lompatan, Iontaran atau
balingan. Kebanyakan acara yang terdapat dalam bahagian padang disertai oleh
lelaki dan wanita walaupun ada juga yang hanya melibatkan lelaki. Semua acara
ini diadakan dalam kawasan padang, atau kawasan selain daripada balapan.
Pihak penganjur hendaklah memastikan semua peralatan dan persediaan untuk
semua acara ini diadakan sebelum rnemulakan sesuatu pertandingan.
Acara-acara yang tergolong dalam bahagian padang adalal-t Ianjutan
daripada cogan kata awal Sukan Olimpik iaitu lebih pantas, lebih tinggi dan lebih
kuat. Sejak zaman kuno lagi kegiatan berlari, melontar dan melompat adalah
aktiviti utama yang dilakukan manusia dalam usaha meneruskan penghidupan
mereka. Ketiga-tiga aktiviti ini merupakan seni yang terdapat pada setiap
manusia yang sihat. Sama ada disedari ataupun tidak semua manusia yang
sempurna fizikalnva melakukan aktiviti ini dan perlakuan mereka adalah
mengikut keupayaan dan keholehan masing-masing, sama ada laju, tinggi, jauh
ataupun kuat.
Aktiviti yang kemudiannya menjadi acara sukan yang diminati menerusi
olahraga ialah lompat jauh, lompat tinggi, lompat kijang dan Iompat bergalah
dalam bahagian lompatan dan lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing serta
baling tukul besi dalam bahagian lontaran. Semua acara ini turut disertai oleh
wanita kecuali lompat bergalah, lontar tukul besi dan lompat kijang (kini lompat
kijang sudah dibuka penyertaan untuk wanita, termasuk dalain kejohanan
peringkat kebangsaan di negara kita).
Sebagai menjadikan kedua-dua aktiviti Iompatan dan balingan atau lontaran
sebagai acara sukan, perancangan dan Iatihan yang teratur, penuh disiplin dan
perbelanjaan sewajarnya amat diperlukan. Bagi rnereka yang mengambil
bahagian dalam mana-mana acara ini dan ingin menjadi ahli yang mahir dan
berprestasi sudah tentu beberapa pengorbanan dan ciri diperlukan daripada

mereka. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa semua orang boleh dan
mampu berlari, tetapi tidak semua orang pula yang mampu melompat atau
melontar dengan baik.

Semua acara lompat dan lontar ini rnemerlukan kernahiran dan teknik tertentu
daripada mereka yang menyertai acara itu.
Jika dalam kebanvakan acara Iari, tiada sebarang peralatan dan kemahiran
yang diperlukan, kecuali dalam acara Ian berpagar, tetapi dalam acara lompat
dan Iontar ini beberapa peralatan tententu diperlukan. Begitu juga bentuk dan
kaedah Iatihan yang diadakan agak benbeza daripada latihan untuk balapan.
Bagi rnereka yang mengambil bahagian dalam acara-acara padang ini memerlukan jurulatih yang berlainan daripada jurulatih untuk balapan. Dalam
olahraga peringkat antarabangsa, jurulatih untuk setiap acara padang disediakan
untuk rnemberikan Iatihan dan panduan kepada olahragawan yang mengambil
bahagian dalam acara-acara ini.
Setiap acara juga mempunyai sejarah dan tradisi sendiri. Dengan itu, tidak
hairanlah jika acara-acara ini diterima sebagai acara sukan olahraga pada masa
yang berbeza-beza. Begitu juga dengan penyertaan dan tahap pencapaian
mereka yang mengambil bahagian.Perbezaan juga terdapat pada jenis atau
berat bahan atau peralatan umpamanya untuk Iontaran, mengikut peringkat
umum dan jantina. Bagaimanapun, semua acara Iontaran dan lompatan ini kini
sudah diterima sebagai acara-acara olahraga yang menarik dan setanding
dengan acara larian.
Kita akan bincangkan setiap acara padang ini secara terperinci dalam babbab berikutnya. Dalam setiap acara yang dibincangkan, penumpuan adalah
terhadap peralatan dan penggunaan, teknik dan kemahinan, taktik dan
pencapaian, ciri-ciri peserta dan jenis Iatihan dan panduan ke arah prestasi
cemerlang.
Senarai acara-acara Iontaran dan lompatan seperti yang diterima dalam
kebanyakan penjumpaan olahnaga, sama ada pada peringkat kebangsaan
ataupun antarabangsa adalah seperti di bawah. Mungkin di peringkat sekolah,
terdapat beberapa acara yang diketepikan kerana kesesuaiannya pada peringkat
sedemikian, serta mungkin juga disebabkan kemudahan dari segi peralatan dan
kepakaran.

Acara-acara padang yang dipertandingkan :

Jenis/Bahagan

Acara

Penyertaan

Lompat

Lompat jauh
Lompat tinggi
Lompat kijang
Lompat bergalah

Lelaki /Wanita
Lelaki/Wanita
Lelaki/Wanita
Lelaki

Lontar

Lontar peluru
Lempar cakera
Rejam lembing
Lontar tukul besi

Lelaki/Wanita
Lelaki/Wanita
Lelaki/Wanita
Lelaki

Dalarn acara-acara balapan, penentuan pencapaian atau prestasi


seseorang peserta adalah berdasarkan masa yang diambil.Lebih sedikit rnasa,
bermakna lebih pantaslah pencapaian peserta dalarn sesuatu acara yang
jisertainya. Jika rnasa yang diambil itu lama berrnakna larnbat dan lemah
prestasinya. Bagi mengukur pencapaian seseorang peserta olahraga bahagian
padang, ketinggian dan kejauhan jarak menjadi ukuran.ini bermakna jika
seseorang peserta berjaya membuat lompatan yang jauh atau paling tinggi atau
lontaran paling jauh bererti seseorang itu rnempunyai prestasi yang baik dan
rnenduduki tempat teratas. Sebaliknya jika Iontaran atau lompatannya dekat atau
rendah, bermakna lernah prestasinya.
Dalam usaha melakukan lontaran atau lompatan. seseorang peserta
mempunvai dua matlamat, iaitu untuk mencatat jarak atau ketinggian terbaik
berbanding dengan peserta lain. Matlamat kedua ialah mendapatkan ketinggian
atau jarak paling jauh dan terbaik bagi diri sendiri, tanpa membandingkan
dengan prestasi peserta lain. Pencapaian peserta itu akan dijadikan landasan
baginya untuk memperbaiki lagi prestasi pada masa akan datang.
Di negara kita khususnva dalam kejohanan olahraga peringkat sekolah,
daerah malah negeri dan kadang kala kebangsaan, kita masih menggunakan
kaedah lama iaitu menggunakan pita pengukur untuk mengukur sesuatu jarak
atau ketinggian dalam sesuatu acara padang. Adakalanva penggunaan peralatan
elektronik
digunakan dalam kebanyakan perjumpaan olabraga peringkat
antarahangsa, boleh dikatakan semua acara sudah menggunakan kaedah

elektronik ini yang sudah tentunya lehih mudah, cepat dan yang lebih penting
ialab tepat, dibandingkan dengan cara lama.

ACARA PADANG UNTUK MURID SEKOLAH DAN WANITA


Daripada senarai acara padang yang diberikan, tidak semua diambil bahagian
oleh murid dan wanita. Faktor umur, jantina, keselamatan dan kesukaran
menyebabkan ada sesetengah acara terpaksa diketepikan. Tiga acara lompat
dan tiga acara baling atau Iontar dipertandingkan pada peringkat sekolah dan
oleh kaum wanita.Kecuali lompat bergalah dan lontar tukul besi, acara-acara lain
turut rnenjadi acara olahraga untuk peringkat sokolah dan khususnya kaum
wanita.
Walau bagaimanapun peralatan yang digunakan untuk ketiga-tiga acara
lontar adalah berbeza-beza antara satu peringkat dengan peringkat yang lain.
Umpamanya, peralatan yang digunakan pada peringkat sekolah lebih ringan dan
kecil daripada peralatan yang digunakan untuk peringkat dewasa. Biasanya di
peringkat s ekolah pertandingan olahraga serta sukan-sukan lain adalah
mengikut peringkat umur seperti bawah 15 tahun, bawab 16 tahun, bawah 18
tahun, bawah 20 tahun dan bawah 21 tahun.Ini bermakna mereka dalam
lingkungan umur yang dinyatakan sahaja dibenarkan mengarnbil bahagian
dalam sesuatu peringkat pertandingan. Dengan ara demikian,. pertandingan itu
memberi kesempatan kepada setiap peserta yang berbakat herdasarkan
peringkat umur tertentu.
Teknik lontaran dan lompatan yang digunakan oleh peserta pada
peringkat sekolah tidak begitu ditekankan. Perkara utama ialah pendedahan
mereka kepada sesuatu acara, khususrnya acara padang, dengan penekanan
kepada cara rnelakukan dan aturan umum acara. Pada peringkat menengah
pula pendedahan mereka ditingkatkan kepada kemahiran dan teknik dalam
melakukan sesuatu acara dengan harapan akan meningkatkan prestasi mereka
dan akan memperoleh peningkatan yang menggalakkan.
Daripada pengalaman pada peringkat awal lagi, rnurid-murid biasanya
menunjukkan potensi yang berbeza-beza. Umpamanya jika seseorang murid itu
rnenunjukkan prestasi yang baik dalam acara-acara larian, dia kurang berrninat
dalarn acara lompatan atau lontaran, begitu juga jika potensinya Iebih dalarn
acara lontaran, dia kurang berminat dalam acara lompatan.Daripada potensi
yang ditunjukkan inilah, murid-murid itu digilap dan diberi latihan serta
pendedahan dengan mengambil bahagian dalam perjumpaan olahraga dan
semasa ke semasa.
Sebagai sukan, sememangnya olahraga merupakan jenis sukan yang
berlainan dan penyertaan yamg ramai.Dalam sesuatu perjumpaan sama ada

peringkat dunia atau.pun peringkat rantau kebangsaan, diadakan perjumpaan


khusus untuk sukan ini. Dengan pelbagai acara yang dipertandingkan sudah
tentu olahraga merupakan gelanggang terbaik untuk dilibatkan diri, terutamanya
jika jumlah pungutan pingat dijadikan faktor penentu dalam memastikan prestasi
sesebuah negara yang mengambil bahagian. Sukan olahraga boleh dijadikan
sukan pengukur yang utama.
Dan segi sambutan penonton dan orang ramai, mungkin di negara kita
sukan ini rnasih belum boleh dibanggakan jika dibandingkan. dengan sukan-sukan lain seperti bola sepak atau badminton. Sehingga kini bilangan penonton
tidak sesuai kejohanan olahraga kebangsaan amat rnenyedihkan.Walhal
menerusi olahraga negara kita berjaya menyumbangkan jumlah pingat terbanyak
umpamanya dalarn Sukan SEA. Bagaimanapun pada peningkat antarabangsa,
sambutan adalah sungguh menggalakkan.Da!arn kebanyakan perjumpaan
olahraga,bilangan penonton kadang-kadang melebihi 50,000 orang.

Anda mungkin juga menyukai