Anda di halaman 1dari 3

Laporan Akhir

Program

Pengalaman

Berasaskan

Sekolah

(PBS)

adalah

program

di

perkenalkan kepada semua pelatih guru sebagai satu pengenalan kepada suasana
persekolahan dari perspektif seorang guru. Daripada pengalaman ini, guru pelatih dapat
belajar banyak perkara tentang pengurusan sekolah, menghayati kerjaya seorang guru,
menyesuaikan diri dengan budaya sekolah, mengetahui strategi pengajaran dan
pembelajaran,

membina

kemahiran

berinteraksi

dengan

warga

sekolah

dan

meningkatkan semangat mereka untuk terus berusaha dalam bidang perguruan. Saya
telah memilih SJK (C) Lick Hung untuk menjalankan program PBS saya kali ini.
Tujuan saya datang ke sekolah ini adalah untuk membuat pemerhatian terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran, melibatkan aktiviti di dalam dan di luar sekolah,
mengenai persekitaran sekolah serta meliputi sumber pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, saya juga memerhati strategi yang digunakan oleh guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran disamping itu,saya perlu mengumpul maklumat tentang
kesalahan tatabahasa murid-murid dengan cara temu bual dan menganalisis buku
latihan mereka.
Pada hari pertama iaitu 27 Ogos 2012, saya berasa gementar kerana ini
merupakan kali pertama saya menjalani PBS di sekolah rendah ini sebagai seorang
bakal guru.Saya datang ke sekolah tersebut dengan kawan saya .Kali ini tidak ada guru
pelatih dari IPG lain menjalani PBS di sekolah ini.Kami melapor diri di pejabat sambil
menunggu ketibaan guru besar.Guru besar sekolah ini telah memberikan kerjasama
yang baik dan mengalu-alukan kedatangan saya ke sekolahnya untuk menjalani
program PBS. Beliau sedia membantu dan memberi kebenaran kepada saya untuk
menjalani program PBS saya tanpa sebarang rungutan. Saya mendapati guru-guru di
sekolah ini mesra dan memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini
dijalankan.Guru besar mengaturkan tempat duduk kami di meja besar yang terdapat
dalam bilik guru.
Oleh kerana hujan,perhimpunan rasmi telah dibatalkan,kami tidak mempunyai
peluang

untuk memerhati suasana perhimpunan pada

sekolah

tersebut.saya

menjalankan

pemerhatian

sekeliling

sekolah

dengan

menggunakan

senarai

semak.Saya dapati kebanyakan kemudahan yang terdapat disekolah ini adalah cukup
dan kebanyakan benda yang tersenarai di senarai semak adalah cukup.Walaupun
semua kemudahan ada,tetapi saya juga dapati komputer ,meja kerusi, dan alatan disini
agak lama dan perlu diperbaiki.Saya juga menangkap gambar sebagai bukti.Oleh
kerana merupakan hari pertama buka sekolah dari raya,sekolah telah mengandakan
jamuan untuk guru.Kami membuat temu janji dengan guru untuk meminta kebenaran
untuk masuk kelas membuat permerhatian.
Pada keesokan hari,saya telah temu bual dengan mentor saya dan dapat banyak
maklumat tentang kesalahan tatabahasa dalam karangan murid.Mentor saya telah
memberi buka latihan murid kepada saya untuk membuat kajian.Selepas itu,saya dan
kawan saya masuk ke dalam kelas untuk memerhati cara guru mengajar puisi kanakkanak. Saya mendapat banyak maklumat dan mengaitkannya dengan ilmu-ilmu yang
telah saya pelajari semasa berada di institut perguruan. Saya dapat melihat bagaimana
guru sekolah mengaplikasikan teori dan strategi yang saya pelajari contohnya
pembahagian kumpulan mengikut tahap kemampuan murid, proses P&P dua hala dan
sebagainya. Guru mempamerkan kad perkataaan dan menanya soalan yang menarik
supaya murid-murid mudah tertarik dengan apa yang diajar oleh guru dan tidak berasa
bosan. Guru juga mengadakan aktiviti di luar darjah seperti guru membawa murid-murid
bermain bola, berlari di padang, dan bermain gelung supaya minda mereka akan
cerdas.
Pendedahan ICT di sekolah adalah memuaskan kerana setiap murid diberi
peluang untuk menggunakan komputer,tetapi komputer disini agak lama berbanding
dengan sekarang.Selain daripada itu,kebanyakan guru disini merupakan guru yang
kurang mahir dalam ICT.Ini menyebabkan hanya beberapa subject sahaja mempunyai
peluang untuk menggunakan ICT dalam proses pengajaran.Pusat sumber yang
terdapat disini agak memuaskan,kebanyakan murid tidak suka pergi ke pusat sumber
pada waktu rehat.
Walau bagaimanapun, sekolah ini masih dapat berfungsi sebagai institusi
pendidikan dan saya mendapat pengajaran bahawa sebagai seorang guru, kita

haruslah bersifat kreatif dan tabah. Hal ini kerana kita tidak tahu di mana kita akan
mengajar nanti dan kemungkinan sekolah yang kita akan mengajar nanti menghadapi
kekurangan kemudahan yang amat ketara tetapi kita tidak boleh berputus asa dan
merungut. Sebaliknya kita perlu berfikir secara kreatif iaitu menggunakan segala bahan
yang kita ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu saya sangat terharu dengan guru-guru
di sekolah ini kerana tidak pernah berputus asa malah bersemangat untuk mendidik
anak bangsa.
Para murid bukan sahaja belajar di dalam bilik darjah tetapi mereka juga belajar
di luar bilik darjah. Sebagai contoh artikel dan maklumat tentang cara-cara menjaga
kebersihan dan menjauhi dadah dipamerkan di kantin sekolah. Langkah ini amat
berkesan dalam melahirkan individu yang sihat dan cemerlang dari segi rohaninya
kerana artikel seperti ini sentiasa mengingati pelajar agar menjaga kebersihan diri serta
kebersihan persekitaran..
Pada hari yang terakhir,kami diberi peluang untuk masuk ke dewan tertutup
sekolah tersebut,dan saya dapati banyak aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan
disini adalah senagat menarik,mereka mempunyai bilik muzik yang sangat besar dan
aktiviti memain pedang yang tidak pernah saya nampak di sekolah lain.
Secara kesimpulannya,pengalaman berasaskan sekoloah telah memberi saya
banyak peluang untuk belajar,dan ini merupakan pengalaman yang paling penting
kerana tidak dapat dicari dalam buku. Saya berasa bersyukur kerana diberikan peluang
untuk menjalankan PBS ini sehingga saya boleh mendapat pendedahan awal tentang
pengajaran seseorang guru di sekolah. Guru merupakan agen perubahan yang
bertanggungjawab memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu. Oleh sebab itu, saya harus bersifat penyayang dan mempunyai nilai kendiri
yang positif, kreatif dalam mempelbagaikan bentuk Pengajaran dan Pembelajaran yang
mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis.SJK(C) Lick Hung juga
merupakan sekolah yang baik .

Anda mungkin juga menyukai