Anda di halaman 1dari 2

NAMA : LIM LEI SUAN

OPSYEN

: 4 PISMP BK/BC/BT/PM

MINGGU

:1

______________________________________________________________________
Aktiviti 3 : Bersama rakan (pasangan) anda, bincang dan buat rumusan secara ringkas
apa yang dimaksudkan dengan "Teknologi Pendidikan" dan apakah kepentingannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Dengan menggunakan pemproses
perkataan taipkan perbiancangan anda. Simpan hasil anda dalam portfolio.
Maksud Teknologi Pendidikan
Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) berpendapat bahawa teknologi
pendidikan

ialah

satu

bidang

yang

terlibat

dalam

kemudahan

menyediakan

pembelajaran untuk manusia menerusi pengenalpastian, penyusunan, penggunaan dan


pengurusan sumber yang sedia wujud, pengurusan proses dan manusia yang terlibat
melakukannya.
Kepentingannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi
yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan
keberkesanan dalam pembelajaran.
Ia merupakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia memfokuskan kepada isiisi penting kepada topik yang akan disampaikan, dengan cara ini, membolehkan
masa,tenaga dan wang dapat dijimatkan.
Selain itu juga ia dapat mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat
pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.
Dengan adanya teknologi dalam pendidikan ini, ia dapat mengelakkan berlakunya tidak
faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau
menyentuh.

Dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu
gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan
seharian.
Contohnya penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan
dengar dan mungkin deria sentuh.
Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Teknologi dalam
pendidikan memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar iaitu
membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan
masa yang minimum.
Kelebihan teknologi dalam pendidikan juga dapat memperkayakan pengalaman pelajar.
Contohnya media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang
tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini
menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.

Anda mungkin juga menyukai