Anda di halaman 1dari 6

ZIKIR, ISTIGHFAR & SELAWAT

Cahaya hatiku zikir, istighfar dan selawat..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari
lebih dari 70 kali.
Sabdanya yang bermaksud:

Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat


kepadaNya setiap hari 100 kali.
Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:

Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain
daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat
kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau
kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.
Sabdanya yang bermaksud:

Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia
sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.
Sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta
ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.

.:Fadhilat beristighfar:.
1. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia
tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua,
amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau
100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari. Adalah
diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.
2. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan
Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering
melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"Fadilat Selawat - untuk renungan
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S.
telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang
membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya
bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat
menyambar."Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku
beri mereka itu minum dari telagamu."Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat
kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku
sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi
mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembutlembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."Apakah kita tidak cinta kepada
Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orangorang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, semoga kita tidak akan melepaskan peluang untuk
berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita
menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.






Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (alRa`d:28)

Benarlah firman Allah bahawa hati akan tenteram dgn sentiasa mengingatiNya..Bagaimanakah cara mengingati Allah yg menyebabkan hati kite jadi tenang dan
tenteram itu???Wahai saudaraku..jgn kite terkeliru di sini,mengingati Allah di sini
bukanlah hanya dgn menyebut nama Allah,tp mngingati Allah di sini adalah dengan
mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya..barulah hati
jadi tenang..
Sebagai contoh,kite mengingati Allah dgn mengerjakan solat fardhu dan sunat,membaca
al-Quran,berzikir,bersedekah dan pelbagai lagi amalan2 soleh yg lain..maka Allah
berfirman bahawa dengan cara ini,hati kite akan menjadi tenang..btul x sahabat2??
Sebab itulah,kite biasa mendengar orang yg tidak mengerjakan solat,selalu melakukan
perbuatan yg tidak disukai oleh Allah dan sebagainaya,hatinya tidak akan tenang dan
jiwa sentiasa kacau..dalam keadaan beginilah syaitan mudah untuk membisikkan
kejahatan ke dalam diri kite dn kite akan mudah terhumban ke dalam lembah
kebinasaan..oh,betapa mendalam dn bermaknanya kata2 Allah ini yg menjadi benteng
agar kite selalu beringat..betapa sayangnya Allah pd hamba2-Nya
Mari sama2 kite perhatikan maksud zikrullah itu sendiri:

Al-Mawardi mentafsirkan zikrullah dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah
SWT.
Sementara Ibn Asyur mengatakan zikrullah bermaksud perasaan takut dan menjaga
diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan. Ia juga bermaksud alQuran dan zikir dengan lidah.
Ringkasnya, zikrullah bermaksud kita menguatkan hubungan dengan Allah SWT
dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya dan pengertiannya tidak tertumpu hanya
kepada maksud zikir dengan lidah sahaja.

Kite diajar utk tidak sesekali meninggalkan berzikir kepada Allah kerana zikir dapat
mengubat penyakit hati yg terdapat dalam diri manusia seperti riak,takbur,ujub,bangga
diri dan sebagainya..di sini ana nk tegaskan jgn sesekali kite tidak berzikir dalam masa 1
jam,1 hari bahkan sepanjang masa walaupun kite hanya menyebut nama Allah tnpa
mengingati-Nya atau tanpa menghadirkan Allah dalam hati kite
Tetapi,harus diingat,tuntutan zikir adlh di mna mulut menyebut kalimah zikir dan hati
mengingati Allah..Kalimah zikir yg paling ringkas adlh:SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH LAILAHAILLALLAH ALLAHUAKBAR
WALAHAWLAWALAQUWWATAILLABILLAHILALIYYILAZIMmudah bukan???jom
sama2 amalkan di mana jua tak kire masa:)
Apbila kite mnyebut nama Allah,ketahuilah bahawa Allah akan mengangkat dari 100 hati
yg lalai kepada Allah..wah!betapa hebatnya ziikrullah!!!
Saudaraku..perlu diingat juga di sini bahawa janganlah kite sesekali meninggalkan
bacaan al-Quran kerana ia merupakan zikir yg paling utama dan pintu kepada tauhid dan
hidayah Allah..kalau rasa malas sangatpun,bacalah beberapa ayat pun jadilah dalam
sehari..tetapi,jika diperhatikan..tidak malukah kite pd Allah..Allah mngurniakan pelbagai
nikmat kepada kite di atas muka bumi ini,tp kite hnya beramal sedikit
shja..Allah..malunya kite mnjadi hamba yg tercorot begitu..lakukanlah amal2 soleh yg
istiqamah dan rajin kepada Allah supaya Allah mengenali kite dn dapat memberi syafaat
kepada kite di akhirat kelak..perumpaannya seperti apbila kite berbuat baik kepada
jiran,memberinya bermacam2 hadiah,maka jiran kite itu pasti seronok dan akan
mengingati kebaikan kite serta mengenali kite smpai bile2..begitu juda dgn pencipta
kita,Allah Azza Wa Jallasebab itulah kite dituntut utk melaksanakan
HABLUMMINALLAH WA HABLUMMINANNASjg hubungan dgn Allah dn sesama
manusia
Kesimpulannya
tinggal zikir bererti MATI..
hidupkan zikir bererti HIDUP..

.:Fadilat Zikir:.
1. Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat
merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
2. Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
3. Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan
rezekinya.
4. Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam
kesusahan dan kedukaan.
5. Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.
6. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah.
7. Mendapat nur (cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titisan sirat nanti.
8. Dapat menjadi pendinding dan perisai dari neraka.
9. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
10. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri
kita.
11. Dapat menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati.
12. Dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan.
13. Dapat membersihkan hati daripada segala kekotoran dan menghapuskan dosa dan
maksiat kecil.
.:Fadilat Selawat:.
1. Rasulullah SAW akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap selawat daripada
umatnya ke atas Baginda.
2. Allah akan mengangkat 10 darjat untuk setiap selawat daripada hamba-Nya.
3. Malaikat juga akan turut membacakan selawat ke atas orang yang berselawat.
4. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah.
5. Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat.
6. Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang
berselawat.
7. Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan
mahupun akhirat.
8. Allah akan meluas dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidakdiketahui.
ZIKIR DALAM 7 KEADAAN.
Seorang ahli zikir, Asy-syaikh Al-Faqiih Al-Laithi pernah berkata : sesiapa yg memelihara
(selalu mempergunakan) tujuh aneka kalimah berikut yang digunakan dalam 7 keadaan ,
maka InsyaAllah akan tergolong kalangan mulia menurut pandangan Allah dan para
malaikatNya, dan Allah akan terus mengampuni dosanya sekalipun bak buih lautan luas,
seterusnya dia akan termasuk orang yg memperoleh kemanisan iman InsyaAllah juga
mendapat keredhaan pada hidup dan matinya.
7 kalimah itu adalah :
Bismillahhirrahmannirahim Ketika memulai sesuatu perkara yang baik.
Alhamdulillahhirabbilalamin Ketika sudah selesai sesuatu perkara yang baik.
Astghfirullahhalazin Ketika melakukan perbuatan yang dosa dan sia-sia.
InsyaAllah Ketika hendak berjanji atau melakukan sesuatu kerja.

LahaulawalaQuwwatailbilah Ketika mengahadapi sesuatu kerja yg agk sukar,


Innalillahiwainnalillahirajiun Ketika ditimpa sesuatu dugaan.
Lailahaillah, muhammadurrasullah Setiap masa.. siang dan malam.. susah dan
senang..