Anda di halaman 1dari 5

Bioteknologi: kelebihan dan ancamannya terhadap sarwajagat

Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup
manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar.
Pada abad ke 21 ini bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan,
misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan
seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati
penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian.
Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas
dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain bioteknologi
merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik atau proses
teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk
lain.
Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu biologi dan teknologi. Kamus Dewan
mentakrifkan biologi sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara teknologi itu
pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan
sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.
Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah
membuat satu takrifan bagi bioteknologi: Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi
yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi
menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.
Dalam sejarah tamadun manusia terawal seperti Mesir dan Babylon dicatatkan bahawa
masyarakat mereka telah menghasilkan minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju. Namun
pada masa itu, manusia tidak mengetahui bahawa proses untuk menghasilkan bahan-bahan
tersebut merupakan suatu proses sains dipanggil bioteknologi. Apabila saintis seperti Meischer
menemui DNA dalam nukleus sel dan James D. Watson serta Francis Crick (1953)
mencadangkan bahawa DNA berbentuk heliks ganda dua, bidang bioteknologi telah berkembang
dengan pesat.
Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan
makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk
merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi,
seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini
boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam
atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia.

Bioteknologi terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna
kulit dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna
kepada hasil bioteknologi itu. Terdapat 5,000 syarikat di seluruh dunia yang berasaskan
bioteknologi dengan nilai pasaran mencecah RM2.8 trilion.
Justeru, menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, kerajaan
Malaysia telah meletakkan bidang ini sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk dimajukan
dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-8.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan
Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan
bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru.
Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala sektor
awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka ruang
kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara.
Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri
bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan
industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus menjelang
2015 dan lima peratus pada 2020.
Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat
kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor
khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat kecemerlangan iaitu
bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan
Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan
dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil.
Teras-teras yang digariskan dalam Dasar Bioteknologi Negara ialah:
Pembangunan Bioteknologi Pertanian merubah dan memperluaskan nilai penciptaan dalam
sektor pertanian melalui bioteknologi.
Penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang berada di bawah seliaan Majlis
Pelaksanaan Dasar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. MBC diletakkan sebagai
sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan Menggunakan kelebihan biodiversiti
negara dengan melakukan penemuan komersial dalam pembangunan produk-produk asli,
termasuk meletakkan Malaysia dalam peta pasaran bi-generik.
Pembangunan Bioteknologi Perindustrian Memastikan pertumbuhan peluang-peluang dalam

aplikasi pemprosesan bio-termaju dan teknologi bio-pembuatan.


Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengambilalihan teknologi Menubuhkan pusat
kecemerlangan, dalam institusi sedia ada atau baru dengan mengadakan kerjasama antara
kumpulan penyelidikan pelbagai bidang.
Pembangunan sumber tenaga Membina kemampuan sumber tenaga bioteknologi negara bagi
memenuhi keperluan pasaran melalui pelbagai skim khas, program dan latihan.
Pembangunan prasarana kewangan Menawarkan dana makmal ke pasaran yang kompetitif
dan insentif untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat
berkaitan kerajaan (GLC).
Pembangunan kerangka kerja peraturan dan perundangan Mewujudkan persekitaran kondusif
melalui penyemakan kerangka kerja prosedur dan perundangan secara berterusan selaras dengan
standard dan amalan global. Membangunkan regim perlindungan harta intelek yang mampu
menyokong aktiviti R&D dan pengkomersialan.
Kedudukan strategik mewujudkan strategi pemasaran global untuk membina jenama
bioteknologi Malaysia yang diiktiraf.
Jika rancangan ini berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan 280,000
peluang pekerjaan menjelang 2020 selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus
membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.
Walaupun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status
halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi
kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah
kepada manusia dan alam.
Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis
tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta ibarat
meletakkan manusia sebagai tikus makmal.
Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana
kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak
tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, pencemaran genetik tidak
dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke
generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia).
Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa
pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat Suatu eksperimen yang paling besar dan
berbahaya di dalam sejarah manusia. Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai
ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.

Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai
kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam
telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma
dan sistem imunisasi tikus yang diuji.
Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan
perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian
mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan
penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan
dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan
kegusarannya kepada media.
Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat
dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan
juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.
Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan
tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih
30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan
diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).
Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui
proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi
kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan
hidupan lain.
Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, makanan yang dihasilkan melalui kaedah
bioteknologi ini juga tidak terlepas daripada isu halal haramnya. Surah al-Baqarah ayat 172
bermaksud, Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang
Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah
hanya kepada-Nya.
Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram makanan ini sebagai suatu yang besar yang
mana mampu memberi kesan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat. Menurut perkiraan
Islam, soal halal haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas
bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini
yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu
musuh yang terang-terangan bagi kamu. (al-Baqarah: 168).

Anda mungkin juga menyukai