Anda di halaman 1dari 69

BIOTEKNOLO

GI

PENGENALAN
Bioteknologi merupakan satu bidang sains
yang dapat membantu meningkatkan
kualiti hidup manusia dari pelbagai segi,
misalnya dalam bidang pertanian,
perubatan dan kualiti alam sekitar.

PENGENALAN
Pada abad ke 21, ini bioteknologi memainkan
peranan penting dalam pelbagai aktiviti
kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA
bagi mengesan penjenayah; penghasilan
bahan ubatan seperti vaksin dari organisma
diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen
bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan
tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor
pertanian.

PENGENALAN
Bioteknologi dianggap sebagai julat
teknologi serba boleh yang dapat
diterapkan dalam pelbagai sektor industri.
Antara disiplin semula jadi dalam
bioteknologi ialah genetik biokimia, kimia,
sains pemakanan, kejuruteraan teknologi
makanan, kejuruteraan makanan,
kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia,
elektronik dan mikrobiologi.

TUJUAN
Bioteknologi juga adalah suatu bidang yang
menggunakan teknologi atau kaedah untuk
memanipulasikan organisma hidup bagi tujuan:
1. Menghasilkan atau mengubahsuai hasil
sesuatu produk biologi
2. Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan
atau tanaman
3. Membangunkan penggunaan
mikroorganisma dalam sesuatu tujuan yang
khusus.

DEFINISI
Bioteknologi terbit daripada dua unsur
iaitu biologi dan teknologi.
Kamus Dewan mentakrifkan biologi
sebagai ilmu hayat atau benda-benda
hidup.
Sementara teknologi itu pula bermakna
ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu
yang berkaitan dengan perindustrian dan
sains gunaan yang mempunyai nilai
ekonomi.

DEFINISI

Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) telah membuat satu takrifan bagi
bioteknologi: Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi
yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori
terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau
proses bagi kegunaan khusus.

Bioteknologi merupakan satu bidang sains di mana


benda hidup digunakan untuk penghasilan produk atau
untuk melakukan sesuatu tugasan untuk manusia.
Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga microorganisma
seperti bakteria telah digunakan untuk menghasilkan
kebaikan kepada manusia .

SEJARAH BIOTEKNOLOGI
Dalam sejarah tamadun manusia terawal seperti
Mesir dan Babylon dicatatkan bahawa
masyarakat mereka telah menghasilkan
minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju.
Namun pada masa itu, manusia tidak
mengetahui bahawa proses untuk menghasilkan
bahan-bahan tersebut merupakan suatu proses
sains dipanggil bioteknologi.

SEJARAH BIOTEKNOLOGI
Apabila saintis seperti Meischer menemui
DNA dalam nukleus sel dan James D.
Watson serta Francis Crick (1953)
mencadangkan bahawa DNA berbentuk
heliks ganda dua, bidang bioteknologi
telah berkembang dengan pesat.

SEJARAH BIOTEKNOLOGI
Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi,
kebanyakannya digunakan dalam industri
pemprosesan makanan dan pertanian.
Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh
badan saintifik Barat untuk merujuk kepada
teknik berasaskan makmal yang dibangunkan
dalam penyelidikan biologi, seperti
pengabungan semula DNA atau proses
berasaskan penkulturan tisu.

SEJARAH BIOTEKNOLOGI
Malah istilah ini boleh digunakan dalam
erti lebih meluas bagi menggambarkan
keseluruhan kaedah, yang silam atau
moden, bagi memanipulasi organik bagi
memenuhi kehendak manusia.

Kronologi penting yang berlaku


dalam sejarah bioteknologi
Pengumpulan benih untuk ditanam semula
bermula dari 8000SM lagi. Bukti bahwa bangsa
Babylon, Mesir, dan Romawi melakukan praktik
pengembangbiakan selektif (seleksi artifisal)
untuk meningkatkan kualiti ternak.
Pada 6000SM, Pembuatan bir, fermentasi
anggur, membuat roti dengan bantuan ragi telah
bermula.

Kronologi penting yang berlaku


dalam sejarah bioteknologi
Bangsa Tionghoa membuat yoghurt dan
keju dengan bakteria asam laktat pada
4000SM
Pada 1500, Pengumpulan tumbuhan telah
dilakukan di seluruh dunia.
Pada 1665, penemuan sel oleh Robert
Hooke(Inggeris) melalui mikroskop.

Kronologi penting yang berlaku


dalam sejarah bioteknologi
Nikolai I. Vavilov menciptakan penelitian
komprehensif tentang pengembangbiakan
haiwan pada 1800
Pada 1880 merupakan penemuan
Mikroorganisme
Pada tahun 1856, Gregor Mendel
mengawali genetika tumbuhan
rekombinan

Kronologi penting yang berlaku


dalam sejarah bioteknologi
Pada tahun1865, Gregor Mendel juga
telah menemukan hukum-hukum dalam
penyampaian sifat induk keturunannya.
Pada tahun 1919, Karl Ereky, Jurutera
Hongaria, orang pertama menggunakan
perkataan bioteknologi

Kronologi penting yang berlaku


dalam sejarah bioteknologi
Peneliti di AS berhasil menemukan enzim
pembatas yang digunakan untuk
memotong gen gen pada tahun 1970
Pada tahun 1975, Metode produksi
antibodi monoklonal dikembangkan oleh
Kohler dan Milstein

Kronologi penting yang berlaku


dalam sejarah bioteknologi
Pada 1980, bioteknologi moden dicirikan oleh
teknologi DNA rekombinan. Model prokariotnya,
E. Coli, digunakan untuk memproduksi insulin
dan ubat lain dalam bentuk manusia. Sekitar 5
peratus pengidap diabetis alergi terhadap insulin
haiwan yang sebelumnya tersedia.
Pada tahun 1992 FDA menyetujui makanan GM
pertama dari Calgene: tomat flavor saver.
Perkampungan Human Genome Projek pada
tahun 2000 diadakan.

DASAR BIOTEKNOLOGI NEGARA


Kepentingan bioteknologi dalam pembangunan
dunia sejagat, telah meletakkan bidang ini
sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk
dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia
ke-8.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan
Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan
sembilan teras utama dalam membangunkan
bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan
ekonomi yang baru.

DASAR BIOTEKNOLOGI NEGARA


Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk
pembangunan bioteknologi manakala sektor awam
dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30
billion. Ini akan membuka ruang kepada bioteknologi
menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan
negara.
Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan
sebanyak 2.5 peratus daripada industri bioteknologi
kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
menjelang 2010. Sumbangan industri bioteknologi
kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat
peratus menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020.

DASAR BIOTEKNOLOGI NEGARA


Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan
Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat kecemerlangan
terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang
menawarkan subsektor khusus bioteknologi dengan
permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat
kecemerlangan iaitu bioteknologi pertanian di Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi)
dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan
biologi molekular di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang
farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asal
Lembah Bio di Dengkil.

Teras-teras yang digariskan dalam


Dasar Bioteknologi Negara ialah:
1) Pembangunan Bioteknologi Pertanian
merubah dan memperluaskan nilai
penciptaan dalam sektor pertanian melalui
bioteknologi.
2) Penubuhan Perbadanan Bioteknologi
Malaysia (MBC) yang berada di bawah
seliaan Majlis Pelaksanaan Dasar yang
dipengerusikan oleh Perdana Menteri
sendiri. MBC diletakkan sebagai sebuah
agensi di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi.

Teras-teras yang digariskan dalam


Dasar Bioteknologi Negara ialah:
3)Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan
Kesihatan
Menggunakan kelebihan biodiversiti negara
dengan melakukan penemuan komersial
dalam pembangunan produk-produk asli,
termasuk meletakkan Malaysia dalam peta
pasaran bi-generik.
4) Pembangunan Bioteknologi Perindustrian
Memastikan pertumbuhan peluang-peluang
dalam aplikasi pemprosesan bio-termaju dan
teknologi bio-pembuatan.

Teras-teras yang digariskan dalam


Dasar Bioteknologi Negara ialah:
5)Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan
pengambilalihan teknologi
Menubuhkan pusat kecemerlangan, dalam
institusi sedia ada atau baru dengan
mengadakan kerjasama antara kumpulan
penyelidikan pelbagai bidang.
6)Pembangunan sumber tenaga
Membina kemampuan sumber tenaga
bioteknologi negara bagi memenuhi
keperluan pasaran melalui pelbagai skim
khas, program dan latihan.

Teras-teras yang digariskan dalam


Dasar Bioteknologi Negara ialah:
7)Pembangunan prasarana kewangan
Menawarkan dana makmal ke pasaran yang
kompetitif dan insentif untuk menggalakkan
penglibatan ahli akademik, sektor swasta dan
syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
8)Kedudukan strategik
mewujudkan strategi pemasaran global untuk
membina jenama bioteknologi Malaysia yang
diiktiraf.

Teras-teras yang digariskan dalam


Dasar Bioteknologi Negara ialah:
9)Pembangunan kerangka kerja peraturan dan
perundangan
Mewujudkan persekitaran kondusif melalui
penyemakan kerangka kerja prosedur dan
perundangan secara berterusan selaras
dengan standard dan amalan global.
Membangunkan regim perlindungan harta
intelek yang mampu menyokong aktiviti R&D
dan pengkomersialan.

Cabang Bioteknologi
Terdapat 2 cabang bioteknologi iaitu:
1.

Bioteknologi Tradisional

2.

Bioteknologi Moden

1. Bioteknologi Tradisional
Bioteknologi lama atau tradisional menggunakan
proses cara lama iaitu proses rambang yang
menggunakan kulat atau bakteria tanpa
menentukan gen sebenar yang diperlukan
dalam kajian.
Biasanya ia sering digunakan untuk
menghasilkan produk seperti tempe, kicap, budu
dan keju. Contoh-contoh Bioteknologi tradisional
ialah pembuatan baja organik serta baja kimia,
agen biokawalan, sel serta kultur tisu.

2. Bioteknologi Moden
Bioteknologi Moden membabitkan
kombinasi kejuruteraan genetik seperti
genomic, bioinformatik, tranformasi
molekul, pembiakan, diagnostic dan
teknologi vaksin.
Bidang ini semakin diberi perhatian serta
dimajukan melalui penelitian dan analisis
saintitik yang rapi.

Kaedah yang Digunakan dalam


Bioteknologi
1.Kejuruteraan genetik
Kejuruteraan genetik ialah teknologi
pemindahan segmen-segmen DNA yang
membawa maklumat genetik daripada
suatu organisma kepada suatu organisma
sasaran yang lain.
Secara ringkasnya, gen-gen bagi ciri-ciri
yang dikehendaki dikeluarkan daripada
satu spesies organisma hidup dan
dimasukkan ke dalam orgasnisma yang
lain.

Kebaikan kejuruteraan genetik untuk


tumbuhan ialah:
Buah yang besar dapat dihasilkan
Buah tanpa biji
Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan
penyakit dan haiwan perosak
Tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan
perubahan alam sekitar.

2. Teknologi kultur tisu


Teknologi kultur tisu tumbuhan terbahagi kepada
dua iaitu: penyelenggaraan organisasi atau
perkembangan jisim sel yang tidak tersusun
(dikenali sebagai kalus yang dihidupkan dalam
medium sintesis).
Kultur sel tumbuhan ialah kultur kalus yang terbit
daripada pembahagian sel yang dikekalkan dalam
medium agar atau dalam bentuk ampaian
menggunakan medium cecair.
Kalus yang muncul akan dijadikan asas untuk
menghasilkan suatu tumbuhan anak yang
mempunyai ciri tumbuhan induk yang asal.

Kebaikan kultur tisu ialah:


dapat mengekalkan ciri tumbuhan induk yang
baik
dapat menggandakan anak benih tumbuhan
dengan mudah
dapat menghasilkan tumbuhan yang baru
menggunakan satu sel sahaja.

Keburukan kultur tisu ialah:


bukan semua sel atau tisu dapat diklonkan.

3. Kaedah pengklonan
Kaedah ini melibatkan penggunaan keratan batang pada
suatu tumbuhan dalam pembiakan aseks. Misalnya pokok
bunga raya, tumbuhan baru atau klon yang seiras dengan
tumbuhan induk dihasilkan melalui pembahagian sel
secara mitosis.
Contoh lain, Petani melakukan pengklonan dengan
memotong batang rayap ubi keledek dan
menanamkannya. Setelah batang rayap itu ditanam, ia
akan tumbuh menjadi pokok-pokok ubi keledek yang baru.
Pokok-pokok ubi keledek ini merupakan klon ubi keledek
dan mempunyai kod genetik yang sama dengan pokok
induknya. Penanaman secara keratan, tut, bebawang dan
belahan umbisi merupakan cara-cara pengklonan yang
diamalkan oleh petani sejak zaman dahulu.

Kebaikan pengklonan ialah:


Ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan
diwariskan
bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan
dalam masa yang singkat
menyebabkan tumbuhan berbunga dan
berbuah dengan lebih cepat
menjamin keseragaman baka yang baik
pengklonan tumbuhan melibatkan pembiakan
vegetatif (tidak memerlukan agen
pendebungaan) dan boleh dilakukan pada
bila-bila masa

keburukan pengklonan ialah:


Klon-klon mempunyai rintangan yang sama
terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya satu
klon diserang penyakit @ perosak, semua klon
yang tidak mempunyai daya rintangan terhadap
serangan atau penyakit akan mati.
Pengklonan dijalankan dalam keadaan terkawal,
jika persekitaran luar berubah menjadi tidak
sesuai , keseluruhan klon akan musnah.
Klon tidak menunjukkan sebarang variasi dari segi
genetik.

KEGUNAAN BIOTEK DALAM


PERHUTANAN

membantu industri pulpa dan kertas


mengurangkan kos dari segi perawatan
bahan buangan

pengubahsuaian lignoselulosa secara


kimia untuk pemakanan haiwan

KEGUNAAN BIOTEK DALAM


PERSEKITARAN

biotek digunakan dalam proses


pengolahan dan kumbahan air dalam
pengurangan penyakit berjangkit
manusia dan haiwan

PENGGUNAAN KEJURUTERAAN
GENETIK

asimilasi baja yang lebih berkesan


meningkatkan resistan baja dan racun
herba
menambah pengeluaran minyak biji
benih
meningkatkan keupayaan fotosintetik
pengeluaran tanaman yang lebih sesuai
dengan persekitaran

BIOTEKNOLOGI DAN
PERINDUSTRIAN
Terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Industri pertanian
2. Industri ternakan
3. Perubatan

Industri pertanian

Perkembangan dan pembangunan bioteknologi


adalah proses yang dinamik dan berterusan untuk
menghasilkan tanaman dan ternakan bermutu tinggi
melalui peralatan, teknik dan benih yang terus
diperbaiki.
Hal ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti
dan kualiti dalam usaha menguntungkan petani,
penternak dan nelayan.
Kegunaan bioteknologi dalam bidang pertanian
termasuk pengawalan serangan mengunakan
mikrob, pembiakan genetik tumbuhan dan
pembentukan haiwan untuk meningkat tumbesaran.

Dalam industri pertanian ini, petani-petani


banyak mengalami masalah yang mampu
menggugat hasil pendapatan mereka.
Hal ini menyebabkan ramai generasi baru tidak
berminat mengusahakan industri pertanian
disebabkan hasil pendapatan yang tidak
menentu.
Maka dengan menggunakan bioteknologi
masalah kesuburan tanaman, jangkitan penyakit
dan haiwan perosak serta pengaruh alam
sekitar dapat dikurangkan.

KEGUNAAN BIOTEK DALAM


PERTANIAN

memperbaiki baja dan racun perosak yang berkesan


antibiotik yang tidak digunakan dalam perawatan
manusia boleh digunakan dalam makanan haiwan
vaksin yang diperbaik boleh mengurangkan penyakit
seperti kuku dan mulut
penggunaan teknologi pengklonan untuk memperbaiki
resistan tumbuhan terhadap penyakit dan persekitaran
meningkatkan kadar pertumbuhan melalui penanaman
tisu haiwan.
penggunaan teknologi pengklonan untuk
menghasilkan tumbuhan berkualiti tinggi.

Industri ternakan

Seperti yang kita ketahui bahawa sumber


protein yang sedia ada sememangnya
berkurangan berbanding dengan
kepesatan pembesaran populasi manusia
di dunia.
Oleh itu, penggunaan teknologi ini sangat
penting dalam menampung keperluan
protein manusia seluruh dunia.

Contohnya :
- Kambing yang menghasilkan susu yang
lebih banyak
- Ayam yang menghasilkan telur yang
lebih besar dan bervitamin
- Ikan yang lebih besar dan tahan lasak
dengan keadaan persekitaran

Gen-gen yang berguna telah diselitkan


kepada haiwan ini semasa dalam
keadaan persenyawaan invitro dan sel
telur yang telah disenyawakan
dipindahkan kepada ibu tumpang yang
sesuai bagi pembesaran berikutnya.
Anak yang baru lahir ini akan mempunyai
ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen yang
telah diterapkan.

Perubatan

Dalam bidang perubatan, banyak bahan


diperlukan untuk mengenalpasti penyakit
berbahaya dihasilkan melalui bioteknologi.
Selain itu, penghasilan seperti hormon-hormon
khusus, vaksin, antibiotik, dan pendermaan
organ atau sel khusus adalah intipati penting
untuk menyelamatkan nyawa manusia.
Misalnya dalam bidang kesihatan, bioteknologi
digunakan untuk menghasilkan antibiotik,
hormon dan vaksin.

Manakala dalam bidang industri makanan


dan minuman atau pengeluaran bahan
bakar dan kimia pula melalui proses
teknologi fermentasi.
Sementara bioteknologi alam sekitar
melibatkan sistem rawatan dan
biodegradasi bahan kimia toksik.

Kepentingan/Sumbang
anBioteknologi

sumbangan dalam bidang perubatan

penggunaan teknologi kejuruteraan genetik, genetik


seseorang dapat diubahsuai sebagai contoh, genetik
manusia kerdil boleh melahirkan manusia normal
selain itu,kaedah ini juga dapat mengurangkan risiko
penyakit mental
Melalui Bioteknologi juga vaksin melalui hormon
haiwan telah dicipta. Vaksin bertindak sebagai
antibodi. Contohnya, vaksin menghalang bakteria
seperti Hepatitis B daripada bertindak dalam sel-sel
badan. Hal ini dapat mengurangkan bilangan pesakit
Hepatitis B.
Teknologi kejuruteraan genetik juga dapat
mengelakkan penyakit tertentu seperti kanser,
diabetis dan lain-lain
Kaedah ini juga membantu ibu-ibu yang sukar
mengandung melalui teknik in-vitro

sumbangan dalam bidang pertanian

baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan


keadah kultur tisu dan pengklonan mempercepatkan
pembiakan tanaman
kaedah ini juga dapat menghasilkan baka padi yang
mengeluarkan hasil padi yang banyak dan cepat
matang. Contohnya, benih padi Mahsuri dan MR 168
pengklonan haiwan membolehkan pembiakan secara
besar-besaran dan mempunyai daya tahan penyakit
penggunaan hormon membolehkan haiwan cepat
membesar dan matang
Selain itu, kaedah kimera dan teknik in-vitro juga
diperkenalkan. Baka-baka yang baik diambil untuk
tujuan pembiakan

sebagai sumber tenaga alternatif


pengeluaran biogas daripada selulosa dan
bahan buangan pertanian dapat
membekalkan tenaga kepada manusia.
bioteknologi juga dapat mengurangkan
kebergantungan kepada bekalan tenaga
fosil yang semakin lama semakin kehabisan
selain itu ia dapat mengurangkan
pencemaran alam.

mengatasi masalah pencemaran alam sekitar

pembuangan sampah mendatangkan masalah bau


dan merebakkan kuman.

melalui kaedah bioteknologi di cipta


mikroorganisma. Mikrob ini mampu
mempercepatkan pereputan bahan buangan
manusia.

Selain itu, mikrob ini juga mampu menguraikan


najis atau bahan kumbahan sepenuhnya

justeru pencemaran alam sekitar dapat


dikurangkan malah sumber air yang bersih dapat
dibekalkan.

memajukan industri pengeluaran


makanan
ramuan bahan kimia meningkatkan hasil
pengeluaran makanan manusia
dengan menggunakan kaedah tertentu
dalam bioteknologi, menjadikan makanan
lebih sedap dan tahan lama
mikrob dan bakteria digunakan dalam
menghasilkan pewarna, pemanis dan perasa
dalam makanan.

sumbangan dalam sektor ekonomi dan


sosial
Jika industri bioteknologi berjaya, industri
bioteknologi negara dijangka mampu
mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan
menjelang 2020 .
selain meningkatkan imej pertanian negara
sekaligus membantu meningkatkan taraf
hidup masyarakat terutama yang tinggal di
luar bandar.

Keburukan/Ancaman
Penggunaan Bioteknologi
Walaupun bioteknologi memberi sumbangan
yang besar dalam beberapa bidang namun
demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu
diperhalusi terutamanya dari segi status halal
haram dan kesannya terhadap kesihatan dan
kesejahteraan manusiawi dan alam.
Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini
masih terdapat kekurangan yang mampu
membawa padah kepada manusia dan alam.

1) Manusia sebagai bahan ujikaji


Teknologi baru yang radikal yang
memecahkan sempadan genetik ini bukan
sahaja digunakan antara spesis tetapi juga
antara manusia, haiwan dan tumbuhan
yang mendatangkan risiko serius.
Hal ini diibarat seperti meletakkan manusia
sebagai tikus makmal.

2) Keselamatan dalam proses biotek tidak


dijamin
Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian
akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana
kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik
balik daripada alam dan kesannya akan merebak
tanpa sempadan.
Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear,
pencemaran genetik tidak dapat dibersihkan.
Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan
bersambung antara generasi ke generasi
(Mohideen Abdul Kader, A guide to Geneticallymodified Foods in Malaysia).

3) Merosakkan organ dalaman


Erwin Chargaff, seringkali dirujuk sebagai
Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan
bahawa pengubahsuaian genetik di dalam
makanan ibarat Suatu eksperimen yang
paling besar dan berbahaya di dalam sejarah
manusia. Beliau mengibaratkan
pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang
paling besar berbanding teknologi nuklear.

Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang


saintis British telah mempelopori kajian
mengenai kesan makanan yang mengalami
pengubahsuaian genetik (GM) terhadap
nutrisi haiwan dan alam telah mendapati
bahawa ia memberikan kesan negatif
terhadap usus, badan,tahap metabolisma
dan sistem imunisasi tikus yang diuji.

Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang


diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan
perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses
metabolisma dan sistem imunisasinya.
Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah
mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi
melawan penyakitnya bertambah lemah.
Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah
disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan
ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas
melahirkan kegusarannya kepada media.

4) Menyebabkan penyakit dan


kehilangan nyawa
Antara ancaman makanan GM ini adalah
alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik
meningkat dan kesan-kesan sampingan
luar jangkaan lain.
Mengubahsuai struktur genetik suatu
makanan juga boleh mewujudkan toksin
pembunuh yang pada asalnya adalah
selamat bagi tubuh badan.

Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan


genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan
makanan tambahan dalam kuantiti besar, Ltryptophan, telah menghasilkan toksik yang
membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan
lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat
sebelum ditarik balik dan diharamkan
penghasilannya oleh Food and Drug
Administration (FDA).

5) Menyebabkan mutasi gen pada


tanaman lain
Kajian yang dijalankan oleh Michigan State
University juga mendapati tanaman yang
melalui proses GM dan GE bagi melindungi
daripada virus akan mengakibatkan virus
tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru
lebih berbahaya dan berupaya menyerang
spesis tumbuhan dan hidupan lain.

6) Haram di sisi Islam kerana


mengubah ciptaan Tuhan
Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam,
makanan yang dihasilkan melalui kaedah
bioteknologi ini juga tidak terlepas daripada isu
halal haramnya. Surah al-Baqarah ayat 172
bermaksud, Hai orang-orang yang beriman,
makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang
Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah
kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah
hanya kepada-Nya.

Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram


makanan ini sebagai suatu yang besar yang mana
mampu memberi kesan terhadap kehidupan di dunia
dan di akhirat. Menurut perkiraan Islam, soal halal
haram makanan akhir yang diambil bergantung juga
dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari
mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Hai manusia!
Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang
halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak
syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang
terang-terangan bagi kamu. (al-Baqarah: 168).

SOALAN LATIHAN TUTORIAL


LARAS SAINS
1.

Bioteknologi semakin penting dalam bidang tertentu di negara kita. Kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah dana yang besar untuk memajukan bidang
bioteknologi. Bincangkan bagaimana bioteknologi membantu dalam bidang-bidang
tersebut di negara kita.

2.

Sektor pertanian dapat dimajukan dengan adanya kaedah bioteknologi.


Bincangkan.

3.

Kini, Bioteknologi semakin mendapat perhatian dalam memajukan negara.


Jelaskan kepentingan bioteknologi dalam pembangunan negara.

4.

Walaupun bioteknologi memberi sumbangan yang besar dalam beberapa bidang


namun, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi. Huraikan kesan yang timbul
dengan adanya bioteknologi.

5.

Bidang bioteknologi semakin penting akibat masalah kebuluran dan kekurangan


makanan yang berlaku di dunia masa kini. Sejauh manakah anda bersetuju
bidang bioteknologi mampu menyelesaikan masalah ini?

NZMM/JUL2011

Anda mungkin juga menyukai