Anda di halaman 1dari 1

Guru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab.

Pendidik di
sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin.Secara sedar atau tidak
sifat kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah harus ditelusuri dan diperhalusi
bagi mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan.

Sebagai guru, saya ingin menjadi pemimpin berintegriti, yang mempunyai sifat kepimpinan
berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan kelompok yang
dipimpin.Ibarat kepala memimpin badan begitulah perumpamaan yang diberikan kepada
pemimpin bagi mencernakan ketokohan di dalam mengurus dan mengepalai sesebuah
organisasi.Itulah jugalah corak kepimpinan yang sepatutnya ditunjukkan seorang pemimpin
budiman .

Saya juga ingin menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat dan berpekerti mulia serta didasari oleh
himpunan ciri-ciri pekerti terpuji, beriman dan berilmu pengetahuan yang luas. Ilmu tersebut
merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi, komunikasi serta
pengetahuan semasa.

Saya juga ingin menjadi pemimpin mempunyai ketinggian peribadi. Ketinggian peribadi yang
dimaksudkan dari segi tutur kata bukan sahaja dari santunan bahasa penuh hemah, malah
mereka harus bijak untuk berkomunikasi dengan semua peringkat umur .

Selain itu, saya juga ingin menjadi pemimpin yang budiman serta memiliki visi dan misi yang
jelas di dalam membangun dan mentadbir sesebuah organisasi.

Bagi menjadi pemimpin yang berkredibiliti tinggi , saya harus mempunyai kemahiran
membimbing yang effektif. kemahiran membimbing ini penting bagi tujuan memperkasakan diri
individu yang dibimbing bertujuan mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dengan jaya.

Begitulah sedikit sebanyak bagaimana ciri-ciri pemimpin pilihan saya yang dapat diterjemahkan
melalui kupasan ringkas tetapi berinformasi di atas. Pemimpin di sekolah harus mempunyai
ilmu dan kemahiran tinggi di dalam aspek memimpin organisasi di samping cemerlang dari
sudut sahsiah dan peribadinya