Anda di halaman 1dari 17

PENGHARGAAN.

Syukur, Alhamdulillah kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan


Kerja Kursus ini dengan jayanya. Seinfiniti ucapan terima kasih saya kalungkan
kepada pensyarah yang telah banyak membantu saya dan rakan- rakan iaitu Encik
Mohd Zabidi bin Arifin. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada beliau, tidak mungkin
saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya. Saya juga
mengalungkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang turut sama
membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Mereka berdua banyak
memberi dorongan dan semangat kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, ucapan terima kasih saya hulurkan kepada rakan-rakan yang turut
sama-sama membantu saya. Dengan tunjuk ajar dan kritikan mereka, maka tugasan
ini dapat dihasilkan dengan lancar.

KANDUNGAN

Penghargaan

GEJALA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH.


1.0 Pengenalan

1.1 Hasil Dapatan


1.1.1 Faktor-faktor Buli

1.1.2 Kesan-kesan Buli

1.2 CADANGAN
1.2.1 Ibu Bapa

1.2.2 Pihak Kerajaan

10

1.2.3 Institusi Pendidikan

11

1.3 KESIMPULAN

12

1.4 APENDIKS

13

1.5 REFLEKSI

16

1.6 BIBLIOGRAFI

17

TAJUK: Gejala Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah.


1.0 PENGENALAN
Isu tentang gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah pada dewasa kini
makin membuak-buak. Sudah tentu bahawa isu ini bukanlah satu isu baharu
kepada dunia pendidikan di negara ini. Namun begitu, isu ini tidak harus
dipandang sipi dan memandangnya dengan sebelah mata oleh mana- mana
pihak. Hal ini adalah demikian kerana, kes- kes buli di sekolah sudah tidak dapat
dihitung dengan menggunakan jari lagi. Malah, semakin hari ada sahaja
pertambahan kes yang berlaku. Selain menjadi semakin serius, gejala buli adalah
merupakan salah satu daripada terjadinya kes- kes bunuh diri serta peras ugut di
sekolah.
Menurut takrif yang dikeluarkan oleh laman web Wikipedia, buli bermaksud
perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan
mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Menurut
pandangan Prof Madya Dr Mastura Badzis, iaitu Pengarah Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris, buli
adalah satu bentuk conduct disorder yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku
dan gangguan emosi. Buli boleh didefinisikan sebagai suatu tingkah laku negatif
dan berterusan yang dilakukan dengan niat sengaja untuk mengganggu mangsa,
manakala mangsa selalunya dalam keadaan terganggu dan tertekan.
Pada April 2004, Kementerian pelajaran Malaysia telah mengumumkan
penubuhan satu badan yang diberi nama Jawatankuasa Petugas Khas. Badan ini
ditubuhkan bagi menangani gejala samseng dan buli yang semakin menular di
sekolah. Namun demikian, usaha-usaha kerajaan bagaikan sia-sia sahaja kerana
kes buli pada masa kini semakin menjadi-jadi. Tidak hairanlah jika pada setiap
hari akan kelihatan berita- berita tentang kes buli semakin galak menghiasi dadadada akhbar.
Gejala buli ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu buli fizikal dan buli
mental. Buli fizikal melibatkan fizikal seperti menendang, menumbuk mengambil
atau merosakkan barangan orang lain. Buli mental pula terdapat dua sub-kategori
3

iaitu buli melibatkan verbal dan buli yang melibatkan emosi. Buli melibatkan
verbal bermaksud memanggil nama seseorang dengan gelaran-gelaran yang
memalukan dan meminta duit saku daripada pelajar lain. Buli yang melibatkan
emosi pula ialah mengejek, mempersenda dan menyebarkan fitnah mengenai
seseorang.
Pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes buli.
Pengaruh rakan sebaya adalah merupakan faktor utama dalam peningkatan kes
buli. Hal ini demikian kerana kebanyakan pelajar sekolah menghabiskan masa
seharian mereka di sekolah dan bersama rakan- rakan sebaya. Selain itu,
kekurangan perhatian daripada ibu bapa juga merupakan pendorong kepada
peningkatan kes ini. Demi mengejar kemewahan, sesetengah daripada ibu bapa
sanggup mengabaikan anak- anak. Malah, media juga merupakan sakah satu
daripada faktor berlakunya pertambahan gejala ini. Seperti diketahui umum,
media elektronik khususnya, banyak memaparkan cerita- cerita yang berunsur
keganasan dan kekejaman. Maka, tidak hairanlah jika para pelajar bertindak
sedemikian rupa kerana jiwa remaja lebih menjurus kepada keinginan uuntuk
mencuba sesuatu yang baru.
Walaubagaimanapun, jari tidak perlu dituding kepada mana-mana pihak bagi
mencari permasalahan utama dalam gejala buli ini. Semua pihak perlu sedar
bahawa gejala ini semakin lama semakin serius dan memerlukan perhatian yang
padu bagi membendung meningkatnya kes- kes buli.

1.1 HASIL DAPATAN


1.1.1 Faktor- faktor buli.
Salah satu faktor berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah
ialah pengaruh daripada rakan sebaya. Hal ini adalah demikian kerana para
pelajar lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan sebaya dan lebih
mementingkan rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Malah, ibu bapa dan
guru tidak lagi menjadi model dalam kehidupan remaja kini. Mereka lebih
percaya dengan rakan yang seusia untuk berkongsi masalah. Pelajar yang
bertubuh besar dan tegap suka membuli pelajar yang saiz tubuhnya lebih
kecil. Kejadian membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia
mereka adalah sebaya. Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar
terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli.
Sebagai contoh, Mohammad Afiq Qusyairi bin Baharuddin, seorang pelajar
tingkatan satu di sekolah agama di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang
cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut.
Pelajar berkenaan telah mengalami kecederaan parah dan kemungkinan akan
lumpuh kerana keccederaan yang dialaminya berkait rapat dengan saraf
tunjang. Ironinya, kumpulan pelajar yang membelasah Mohammad Afiq
disebabkan terpengaruh ralan sebaya atau sekadar untuk nerseronokseronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima kelak. Oleh yang
demikian, jelaslah bahawa pengaruuh rakan sebaya adalah merupakan satu
punca yang menyumbang kepada berlakunya kejadian buli dalam kalangan
pelajar sekolah.
Selain itu, pengaruh media massa turut menjadi punca berlakunya keskes buli. Media massa menyiarkan drama atau filem yang memaparkan aksi
pergaduhan yang berbahaya da mendedahkan pelbagai isu- isu negatif
kepada para penonton. Sebahagian besar penonton terdiri daripada kalangan
pelajar iaitu golongan remaja. Mereka mudah terpengaruh oleh apa yang
mereka tonton dan meniru aksi- aksi yang dipertontonkan tanpa menyedari
akibat yang bakal mereka perolehi daripadaperbuatan mereka. Kajian juga
mendapati bahawa tayangan filem- filem aksi dan komik- komik yang
dipasarkan mendapat sambutan yang besar dalam kalangan masyarakat
5

terutamanya golongan para pelajar. Paparan aksi daripada filem- filem dan
komik- komik ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi perilaku remaja pada
masa kini. Dek kerana sambutan yang hangat, stesen- stesen televisyen
berlumba- lumba untuk menyiarkan dan menerbitkan filem berkenaan.
Paparan melalui media elektronik dan cetak banyakmemaparkann adegan
buli. Walaupun pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan melalui Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk menyekat kebanjiran filem
asing terutamanya dari Hong Kong, Thailand, Singapura dan Hollywood,
masih ada lagi usaha- usaha daripada segelintir masyarakat yang cuba untuk
membawa pengaruh filem berkenaan dan memperkenalkan filem- filem
tersebut kepada para remaja. Lambakan filem aksi yang ada di pasaran telah
mempengaruhi golongan remaja membeli dan menonton filem ini. Antara
contoh filem- filem tempatan yang berpotensi membawa penonton ke arah
keganasan ialah filem Buli, Gangster,dan KL Menjerit. Filem dari luar pula
ialah Ong Bak, Gen X Cops dan Infernal Affairs. Media cetak pula lebih
menjurus kepada komik. Antara komik yang popular dalam kalangan pelajar
ialah Pedang Setiawan, Juara Wira dan lain- lain.
Masalah desakan hidup turut menjadi punca berlakunya masalah buli.
Halini demikian kerana sikap ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab
mereka terhadap anak-anak lantaran mengejar kemewahan hdup. Kesibukan
ibu bapa dalam mencari wang telah menyebabkan anak- anak mereka bebas
tanpa pantauan yang sepatutnya. Pengabaian ibu bapa terhadap
tanggungjaawab mendidik anak- anak sehinggakan mendorong mereka
mencari kebebesan di luar rumah. Keadaan ini menyebabkan mereka mula
memberontak, menghadapi tekanan perasaan dan berasa kurang mendapat
perhatian daripada ibu bapa. Tekanan perasaan yang dialami oleh para
remaja disebabakan oleh desakan hidup seperti masalah kewangan,
penderaan, kepincangan institusi keluarga dan kesunyian hidup menyebabkan
mereka yang mengalami masalah ini dengan pelbagai cara. Salah satu cara
tersebut adalah seperti membuli rakan yang lain semata- mata dengan niat
melepaskan kemarahan terhadap ibu bapa mereka. Sebagai contoh, pada 20
Mac 2005, Jeff Weise seorang pelajar di Red Lake High School, Minnesota,

Amerika Syarikat telah mengamuk dan menembak lima orang rakannya,


seorang guru dan seorang pengawal keselamatan.

1.1.2 Kesan-kesan buli.


Budaya buli ini telah membawa pelbagai kesan buruk. Kesan buruk ini
merangkumi pelbagai aspek. Aspek pertama ialah dari segi emosi. Secara
emosi, mangsa- mangsa buli ini seringkali merasa takut dan bimbang pada
setiap kali mereka berada di kawasan sekolah. Faktor ini akan menyukarkan
mereka untuk melibatkan diri di dalam proses pembelajaran dan menjurus
kepada kemerosotan prestasi pelajaran. Sayang sekali sekiranya terdapat
mangsa buli yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai potensi untuk
berjaya. Malah, tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan
kepada mangsanya, tetapi kepada rakan sekelasnya yang menyaksikan
perlakuan itu walaupun mereka tidak dibuli. Pemerhati tingkah laku buli akan
turut mengalami gangguan emosi dan merasakan persekitaran sekolah tidak
lagi selamat. Malah pemerhati buli juga merasa bimbang dia pula akan
diancam oleh pembuli dan menjadi mangsa seterusnya. Presiden Persatuan
Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi, Dr. Suradi
Salim, berpendapat bahawa mangsa yang dibuli akan merobah personaliti
mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa bukan sahaja takut ke
sekolah, malah takut diugut, dipukul dan sebagainya.
Biasanya mangsa buli datang dari keluarga yang menyokongnya
manakala pembuli datang daripada keluarga yang bermasalah dan selalu
dikasari atau dihukum oleh ibu bapanya. Kebanyakan kejadian buli berlaku di
sekolah yang kurang pemantauan disiplinnya, sama ada akibat kelemahan
guru,

kemudahan

fizikal

atau

organisasi,

budaya

dan

nilai

yang

diamalkan.Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang


malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid
membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang
membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah
gagal mengambil tindakan intervensi. Mangsa buli akan menjadi seorang
dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan
orang lain dan keluarga. Malah kajian menunjukkan ada murid menjadi
pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera
terhadap isteri, perogol, dan perompak.
8

1.2 CADANGAN
1.2.1 Ibu Bapa
Dalam menangani masalah buli ini, penglibatan ibu bapa dalam menjadi
semakin penting. Hal ini demikian kerana ibu bapalah yang merupakan asas
pembentukan peribadi anak-anak. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Malahan ibu bapa juga merupakan insan yang paling hampir
dengan anak-anak. Ibu bapa harus memberikan pendidikan agama ke[ada
anak- anak mereka sejak dari kecil lagi sebagai langkah utama dalam
menangani masalah ini. Hal ini demikian kerana, pendidikan agama adalah
aspek yang penting dalam melahirkan individu yang bermaruah dan
mengamalkan budi pekerti yang mulia.
Di samping itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam
memerhatidan

memantau setiap tindak tanduk anak- anak dalam proses

memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai


nilai moral yang tidak baik. Contohnya, ibu bapa perlu kerap mengadakan
perbincangan dengan guru jika mendapati anak mereka burubah sikap dan
tindak- tanduknya. Jangan sampai terhantuk baru nak tengadah.
Justeru, peranan ibu bapa dalam menangani kes buli tidak boleh
disangkal lagi kerana ibu bapa adalah role model terbaik kepada anak- anak.

1.2.2 Pihak kerajaan.


Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam
pembasmian gejala buli di sekolah. Hal ini demikian kerana, pihak kerajaan
merupakan badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan
dan keamanan sejagat terpelihara. Pihak kerajaan perlu memastikan undangundang sedia ada dipatuhi dan diguna pakai oleh setiap individu. Mendengar
sahaja perkataan hukuman, para pelajar akan menjadi gerun ditambah
dengan hukuman berat. Mereka akan mencuba sedaya upaya membendung
niat mereka dan lama- kelamaan gejala buli akan dapat ditangani dan suram
ditelan perubahan masa.
Antara hukuman yang boleh dijalankan terhadap pesalah buli ialah
sebatan mandatori, penjara, dihantar ke pusat- pusat pemulihan serta dibuang
sekolah. hukuman- hukuman berat seperti ini akan menjadi penahan
danpenghalang terbaik kepada pelajar yang suka membuli. Di samping itu,
pihak- pihak berwajib juga perlu menggembleng tenaga bagi mengatasi
masalah ini. Sebagai contoh, Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala
Disiplin di sekolah ditubuhkan ekoran daripada kematian Muhammad Farid bin
Ibrahim, pelajar tingkatan empat yang dipercayai dibuli oleh sekumpulan
pelajar

tingkatan

lima

di

Seklolah

Menengah Agama

Dato Kelana

PetraMaamor, Ampangan, Seremban pada 28 Mac 2004.


Oleh itu,sebagai institusi yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah,
kerajaan hendaklah berusaha menjamin keamanan dan keselamatan dengan
mengambil langkah berkesan bagi membanteras gejala ini dari terus menjadi
barah dalam kalangan masyarakat.

10

1.2.3 Institusi pendidikan.


Institusi pendidikan merupakan tempat formal individu dalam proses
menimba ilmu. Hal ini demikian kerana pendidikan merupakan langkah paling
berkesan untuk mengekang masalah buli dan menjadi tunjang atau paksi
utama yang dapat mengubati penyakit sosial yang semakin meruncing ini.
Pendidikan sekular secara formal juga perlu diberikan kepada anak- anak
agar melalui perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek secara
seimbang, iaitu sebagaimana yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan
Negara.
Melalui pendidikan yang sempurna, minda seseorang akan terbuka dan
sikap serta keperibadian yang lebih terbuka dan liberal dapat dibentuk. Pihak
sekolah misalnya melalui pendekatan disiplin asertif boleh menggariskan
syarat kepada pelajar sekiranya mereka melakukan tingkah laku yang tidak
wajar akan dikenakan hukuman. Tindakan fizikal kepada orang lain, bahasa
yang menjatuhkan air muka orang lain, isyarat tidak wajar, merosakkan harta
benda sekolah, terlibat dalam gejala dadah serta menentang pihak berkuasa
adalah kesalahan yang membolehkan individu terbabit disabitkan kesalahan.
Seterusnya, program yang memberikan penekanan penyelesaian
masalah dan program antibuli perlu diterapkan di dalam kelas. Hal ini
demikian kerana, di dalam kelas ialah tempat yang paling banyak berlakunya
tingkah laku buli. Contohnya, sebuah sekolah di Kuala Lumpur nerjaya
mengurangkan jenayah buli apabila guru besar sekolah itu sendiri yang
menubuhkan kumpulan petugas khas dalam kalangan murid bagi memberi
laporan kejadian buli di dalam kelas dan di dalam sekolah. implikasinya,
pendekatan ini mampu mengurangkan sebanyak 80 peratus kejadian buli
dalam masa dua bulan. Oleh itu, jelaslah bahawa institusi pendidikan
merupakan antara tempat yang terbaik dalam mendidik para pelajar dalam
menangani jenayah buli dalam kalangan mereka sendiri.

11

1.3 KESIMPULAN
Walaupun jenayah buli tidak tergolong di dalam senarai jenayah yang
baru menular dalam kalangan pelajar di Malaysia, namun begitu jenayah ini
merupakan satu jenayah yang serius. Jenayah buli mampu mencederakan
pelajar dan ada kes buli yang melibatkan kematian si mangsa. Tidak dinafikan
bahawa pelbagai langkah yang telah dilakukan oleh pelabagai pihak termasuk
badan-badan bukan kerajaan bagi membendung masalah ini.
Walaubagaimanapun, langkah-langkah tersebut seperti mati di tengah jalan.
Usaha-usaha yang ditonjolkan adalah bagai melepaskan batuk di tangga
kerana kebanyakan usaha menemui jalan buntu kerana kes buli makin
meningkat dari hari ke hari.
Sehubungan itu, semua pihak harus bekerjasama dalam usaha
menangani masalah ini. Usaha daripada setiap pihak amat penting jika
mahukan jenayah ini dibanteras dengan sempurna. Bak kata pepatah,
bersatu tugeh, bercerai roboh. Selain itu, anak-anak muda juga harus bijak
dalam mencorak masa depan mereka sejajar denngan slogan pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara

12

TAJUK KAJIAN: TEMPAT KEJADIAN BULI.

Tempat Kejadian Buli.

Dalam Kelas
Sebelum guru masuk
Kantin
Di tandas
Lain-lain

Gambarajah 1: Tempat kejadian buli di sekolah.

16
14
12
10
8
6
4
2
0

13.4
8.7
6.5

13

Gambarajah 2: Tempat kejadian buli di luar sekolah.


Contoh poster Kempen Hentikan Buli yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

14

Contoh-contoh masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah.

15

REFLEKSI.
Dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini, pelbagai pengalaman yang
saya tempuhi. Semasa proses pencarian maklumat dan bahan kajian, saya
memperolehi pelbagai pengetahuan dan sedikit sebanyak ianya membantu saya di
dalam menungkatkan pengetahuan dan pengalaman saya. Hal ini amat bertepatan
dan sejajar dengan diri saya, iaitu seorang bakal guru. Di samping itu juga, tugasan
ini turut membantu saya dalam mengeratkan hubungan saya dengan rakan- rakan
sekelas kerana kami saling bertukar pandangan dan idea. Faktor ini telah membantu
kami dalam menyelesaikan beberapa perkara yang kami tidak faham semasa
menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, saya mampu menilai kecekapan diri saya dalam menyiapkan
tugasan secara individu. Saya dapati bahawa diri saya mampu menyelesaikan
tugasan secara individu ini dengan lancar di samping beberapa pertolongan dan
pandangan daripada beberapap orang rakan saya.

16

BIBLIOGRAFI

Buli. (2011, September 21). Retrieved September 25, 2011, from Wikipedia:
http://ms.wikipedia.org
Mohamad, M. H. (2005, Jun 22). Buli Tidak Selaras denagn Pendekatan Islam
Hadhari. Retrieved September 26, 2011, from Artikel Bahasa Melayu:
http://www.ikim.gov.my
Nazri, M. (2009, Ogos 4). Kejadian Buli Dalam Kalangan Remaja. Retrieved
September 26, 2011, from Bahasa Malaysia SPM:
http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/08/kejadian-buli-dalam-kalanganremaja.html
Noridah. (2007, Mac 8). Abstrak Kajian Tentang Buli. Retrieved September 26,
2011, from Gejala Buli: http://gejalabuli.blogspot.com/
Raziems. (2009, Mac 3). Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah. Salah Siapa? Retrieved
September 26, 2011, from Not An Average Blog: http://rmsworld.blogspot.com
Rev, A. (2006, oktober 10). Apakah Maksud atau Definisi Buli dan Bagaimana Buli
Berlaku? Retrieved september 26, 2011, from Duke Amiene Rev:
http://dukeamienerev.blogspot.com

17