Anda di halaman 1dari 6

Bimbang Terhadap Jenayah

Download PDF

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, FSPU UiTM (Perak), Disember


2008
1
BIMBANG TERHADAP JENAYAH MENJEJASKAN KUALITI
KEHIDUPANMANUSIA SEJAGAT
Siti Rasidah Md Sakip
dan
Aldrin Abdullah
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & PerancanganUniversiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang, MalaysiaEmail:
ieda02fiq@yahoo.com
, sitir704@perak.uitm.edu.my , aldrin@usm.my
ABSTRAK
Hampir saban hari kita disajikan dan disogokkan dengan pelbagai kejadian
jenayah yang bolehsahaja membangkitkan perasaan takut orang ramai
terhadap tahap keselamatan awam.Pelbagai alat media massa sentiasa
memaparkan kejadian-kejadian jenayah yang mengerikandan kejayaan
penjenayah melakukan aktivitinya menambahkan ketakutan dan
kebimbangan dikalangan masyarakat Malaysia. Ini berikutan laporan statistik
jenayah daripada Polis DirajaMalaysia (PDRM) yang mendapati kes-kes
jenayah semakin meningkat dari tahun 2005 hinggatahun
2007. Kebimbangan ini menjadi satu masalah dalam kualiti kehidupan yang
bolehmenjejaskan aktiviti sosial dan kesejahteraan ekonomi
negara. Perasaan
takut terhadap jenayah yang melampaui daripada kadar jenayah yang seben
ar memberikan ilustrasi bahawakehidupan sosial masyarakat pada hari ini
semakin merosot dan kehilangan kepercayaanmereka terhadap keselamatan
awam. Kebimbangan terhadap jenayah ini memberikan kesanyang serius
kepada masyarakat dan perlu di ambil tindakan yang sewajarnya.
Secarastatistiknya, setiap orang mempunyai kebarangkalian yang kecil akan
menjadi
mangsa penjenayah. Keadaan sedemikian yang menyebabkan kebimbangan
di kalangan orang ramai.Senario ini berlaku disebabkan hampir setiap hari
kita sering dihidangkan dengan laporan jenayah dan keganasan di
Malaysia. Laporan kes-kes seperti ragut, rogol dan jenayah seksuallain,
serangan dan pembunuhan, penganiayaan kanak-kanak, kemalangan jalan
raya daripadamedia massa dan media elektronik memberikan gambaran
keselamatan awam yang semakinmerosot. Ini berikutan penyusutan Indeks

Keselamatan Awam rakyat Malaysia dalam KualitiIndeks Kehidupan (MQLI)


2004. Oleh itu, bimbang terhadap jenayah kian menjadi isu
yang penting kepada pihak umum kerana mengakibatkan kemerosotan dala
m kualiti kehidupan.Kertas kerja ini akan membincangkan punca-punca
kewujudan perasaan bimbang
terhadap jenayah serta tren jenayah masa kini yang merupakan aspek utam
a terhadap kemerosotankualiti hidup rakyat Malaysia. Pencegahan Jenayah
Melalui Reka Bentuk Persekitaran turutdiperbincangkan yang kini menjadi
salah satu inisiatif negara dalam mengatasi masalahtersebut.
K a t a K e k u n c i : J e n a y a h , B i m b a n g Te r h a d a p
Jenayah, Kualiti Hidup, Pencegahan
JenayahMelalui Reka Bentuk Persekitaran
PENGENALAN
Kebimbangan terhadap jenayah mula menjadi isu yang penting dan
perhatian kepada semuapihak kerana memberi kesan ke atas kualiti
kehidupan di mana mengganggu kehidupan sosialdan juga
kesejahteraan ekonomi. Oleh yang demikian, perasaan bimbang terhadap
jenayah kianmenjadi satu perhatian kepada para penyelidik sejak
penyelidikan ini bermula di AmerikaSyarikat. Rasional kepentingan
dan keperluan penyelidikan ini adalah disebabkan oleh beberapaperkara
berikut. Pertama, rasa takut kepada jenayah lebih bermasalah berbanding
dengan kadar jenayah yang sebenar. Rasa kebimbangan ini secara langsung
mengganggu dan memberi kesankehidupan manusia sejagat. Berdasarkan
laporan
British Crime Survey
(BCS) 2004/2005 (Team,2005) memberi gambaran perbezaan antara kadar
perasaan ketakutan dengan kadarpemangsaan jenayah. Berdasarkan
laporan tersebut mendapati bimbang terhadap kejadian

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, FSPU UiTM (Perak), Disember


2008
2pecah rumah (
burglary
) adalah sebanyak 12 peratus berbanding jenayah sebenar hanya
2.7peratus. Manakala bimbang kejadian kecurian kereta sebanyak 13
peratus berbanding jenayahsebenar 8.2 peratus dan bimbang terhadap
keganasan sebanyak 10 peratus berbanding jenayahsebenar 3.6 peratus. Di
negara Malaysia, data kebimbangan terhadap jenayah
juga amatmerisaukan. Ini berdasarkan kajian daripada Amar Singh Sidhu
(2006), mendapati
mangsa jenayah mengalami perasaan kebimbangan dan kebimbangan yang
keterlaluan (

extremelyworried
) sebanyak 89 peratus terhadap perlakuan jenayah yang berlaku di
persekitaran kawasankejiranan mereka. Manakala hanya 11 peratus sahaja
ataupun 1:10 responden tidakmenunjukkan perasaan bimbang.Perkara
kedua, bimbang terhadap jenayah akan memberikan kesan ke atas kualiti
kehidupan.Jika berdasarkan kajian daripada
British Crime Survey
(BSC) tentang sejauh mana bimbangterhadap jenayah memberi kesan
dalam kehidupan, kajian mendapati hampir dua pertigaataupun 64 peratus
merasakan takut terhadap jenayah memberikan kesan yang rendah
terhadapkualiti hidup mereka. 31 peratus menyatakan ia memberikan kesan
yang sederhana dan hanyalima peratus memberikan kesan yang
tinggi dalam kehidupan mereka. Keadaan sedemikianmenunjukkan
bahawa kadar ketakutan terhadap kualiti kehidupan adalah stabil. Tambahan
pulakadar ini dikatakan kadar yang rendah di antara bimbang terhadap
jenayah dan kualiti kehidupandilihat semakin meningkat daripada 50 peratus
pada tahun 1998 kepada 64 peratus pada tahun2004/2005
(Jonathan, 2005). Walau bagaimanapun situasi sedemikian tidak
sama dengannegara Malaysia. Berdasarkan laporan kualiti kehidupan rakyat
Malaysia pada tahun 2004,mendapati kesemua komponen kualiti kehidupan
mengalami perubahan yang baik kecuali aspekkeselamatan
yang berkurangan kepada 80.08 peratus. Kemerosotan ini memberikan
ilustrasimasalah jenayah yang semakin buruk yang memberi impak kepada
rasa kebimbangan terhadapperlakuan jenayah. Peratus yang tinggi terhadap
takut dan bimbang terhadap jenayah lebihmenakutkan berbanding
dengan kadar jenayah yang sebenar. Keadaan-keadaan ini yangmenjadikan
kehidupan individu menjadi tidak menentu dan mudah menimbulkan rasa
sangsikepada orang yang tidak dikenali.
APAKAH BIMBANG TERHADAP JENAYAH?
Berdasarkan beberapa penyelidik yang terdahulu, terdapat beberapa definisi
bimbang terhadap jenayah yang dapat dikenal pasti. Bimbang terhadap je
nayah boleh dibahagikan kepada dua
iaitu paradigma rasional dan paradigma simbolik
(Donder et al., 2005)
. Paradigma Rasional
memberi interpretasi bahawa terdapat risiko-risiko yang berkaitan dengan
keadaan-keadaan
yang berhubung dengan perlakuan jenayah. Paradigma
Simbolik pula merujuk kepada
perasaan umum yang takut terhadap jenayah yang merasakan bahawa
dirinya mempunyai risikoakan menjadi mangsa penjenayah. Kenyataan ini
disokong oleh David J. Evans dan Fletcher(2000) yang menyatakan wujud
perasaan takut terhadap individu yang merasakan dirinya beradadalam
keadaan bahaya dan bimbang akan menjadi mangsa jenayah. Ini berlainan
pula pendapatdan pendekatan yang diambil oleh Van der Wurff and Stringer
(1986) yang menyatakan terdapattiga komponen yang memainkan peranan

dalam perasaan kebimbangan terhadap jenayah.Komponen tersebut adalah


kewujudan elemen-elemen yang tertentu berkaitan dengankesejahteraan,
persepsi bahawa kesejahteraan tersebut akan diancam dan yang ketiga
adalahperasaan kesukaran atau ketidakmampuan untuk menghadapi
ancaman tersebut. Ini bermaksudfizikal individu dan keadaan persekitaran
merupakan faktor yang membawa kepada perasaantakut. Ketiadaan ilmu
mempertahankan diri dan tidak mampu untuk melawan sebarang
kejadianyang tidak diingini menimbulkan perasaan bahawa dirinya sentiasa
tidak selamat. Begitu jugadengan keadaan persekitaran yang memberi
gambaran kurang selamat seperti kawasan yangsunyi, semak-samun,
kurangnya aktiviti sosial, lepak, mabuk dan sebagainya yang
memberikanilusi perlakuan jenayah.

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, FSPU UiTM (Perak), Disember


2008
3
KENAPA PERLU BIMBANG TERHADAP JENAYAH? APAKAH
PENYEBABNYA
Kebimbangan yang keterlaluan terhadap sebarang kemungkinan perlakuan
jenayah akanmengakibatkan kehidupan yang tidak normal terhadap
persekitaran dan hubungan sosial. Rasakebimbangan ini mempunyai
peratusan yang lebih tinggi berbanding daripada jenayah
yangsebenar. Beberapa penyelidikan yang terdahulu
mengidentifikasikan beberapa faktor yangmenyumbang kepada perasaan
kebimbangan dan persepsi rasa selamat. Faktor-faktor tersebutdapat
dibahagikan kepada beberapa skop iaitu; (1) kadar peningkatan jenayah (2)
peningkatankadar penduduk (3) pengalaman dengan jenayah (4) faktor
demografi (5) kadar pendapatan dan(6) keadaan persekitaran.
i) Peningkatan Kadar Jenayah
Jenayah merupakan satu fenomena sosial. Sesuatu perbuatan jenayah boleh
ditakrifkansebagai perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan
masyarakat dan segalaperbuatan atau tindakan itu boleh disabit
kesalahannya di sisi-sisi undang-undang dan orangyang melakukannya
bertanggungjawab menerima hukuman denda atau penjara (Mohd
Reduan Aslie, 1990). Jika dilihat pada laporan perbandingan perlakuan jenay
ah antara negara-negaraterpilih, Malaysia adalah sebuah negara yang
mempunyai kadar jenayah yang terendah kecualibagi negara Indonesia. Ini
berdasarkan perkiraan ke atas 100,000 penduduk dan didapati
kes jenayah di negara ini masih pada tahap yang terkawal iaitu 624:100,000
penduduk. Ini adalah jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan negara lain
seperti indeks di negara Switzerland:5,004:100,000, Hong Kong:
1,085:100,000, Jepun 2,250:100,000, Australia; 7,475:100,000 danSingapura
703: 100,000 (MCPF, 2004, Nor-Ina Kanyo and Norizan Hj Md Nor, 2007)
Namundemikian, merujuk kepada statistik trend jenayah negara, didapati

indeks jenayah negaramenunjukkan peningkatan setiap tahun. Indeks


jenayah negara meningkat daripada 70 823 kespada tahun 1980 meningkat
kepada 156 455 kes pada tahun 2004 dengan peningkatansebanyak 85 632
kes atau 120.9 peratus bagi tempoh 24 tahun (Nor-Ina Kanyo and Norizan
HjMd Nor, 2007).Berdasarkan tren jenayah negara masa kini didapati
peningkatan dari tahun 2005 hingga tahun2007 menghadapi situasi
yang kritikal. Berdasarkan laporan statistik jenayah daripada PolisDiraja
Malaysia (PDRM) 2008 mendapati kes-kes jenayah yang berkaitan rogol,
samun berkawansenjata api, mencederakan, curi, curi motokar, motosikal,
curi ragut, pecah rumah siang hari danpecah rumah malam hari semakin
meningkat bagi setiap tahun. Ini dapat dilihat berdasarkan jadual 1 di bawah
yang menunjukkan kadar peningkatan yang amat membimbangkan.
Jadual 1: Jenis Jenayah di Malaysia Dari Tahun 2005 Hingga
2007JENAYAH 2005 (kes) 2006 (kes) 2007 (kes)
Bunuh 497 604 588Cuba Bunuh 94 * *Rogol 1,887 2,435 3,177Cabul Kehorm
atan * 2,023 *Samun BerkawanBersenjata Api40 68 77Samun
BerkawanTanpa Senjata Api1842 2,658
7,067Samun Bersenjata Api 317 247 202Samun Tanpa Senjata Api13,210
18,446 17,241

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, FSPU UiTM (Perak), Disember


2008
4Pemerasan * 1,549 *Ugutan Jenayah * 6,336 *Merusuh * 2,261 *Mencedera
kan 4,246 5,716 6,806Curi 37,128 44,617Curi
Van/Lori/JenteraBerat34,317 6,328 5,047Curi Motokar 5,507 11,101 12,427C
uri Motosikal 9,711 64,858 67,584Curi Ragut 51,709 9,551 11,127
Pecah Rumah SiangHari9,617 8,253 9,159Pecah RumahMalam
Hari6,923 19,060 24,440JUMLAH 157,459 198,622 209,559
*Bukan Jenayah Indeks (BJI)
Sumber : PDRM (2008)Peningkatan kadar jenayah ini menimbulkan rasa
kebimbangan di kalangan penduduk ke ataskebarangkalian berlakunya
kejadian jenayah di kawasan perumahan mereka. Keadaan ini
akanmengganggu kehidupan masyarakat di dalam menjalani kehidupan
harian dan sekali gusmengancam kualiti kehidupan mereka. Semua bentuk
jenayah ini perlu dibanteras kerana iamendatangkan pelbagai kemudaratan
kepada tubuh, kesejahteraan masyarakat dan negarasecara keseluruhannya.
ii) Peningkatan Bilangan Penduduk Berkadar Langsung Dengan Peni
ngkatanJenayah
Jenayah sering kali dikaitkan dengan perbandaran. Secara
umumnya peningkatan jenayah dikawasan bandar telah meningkat
bermula pada abad yang ke-20. Berdasarkan
Home OfficeResearch Study

, jenayah di
United Kingdom
meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap tahunmulai 1920an (Landman, 2003). Ini berkemungkinan peningkatan bilangan penduduk
yangmenyebabkan peningkatan kadar jenayah di kawasan bandar. Ini
dibuktikan dengan laporanKualiti Hidup Bandar di Malaysia (2002),
mendapati purata kes jenayah di kawasan bandarmeningkat daripada 7.4
kes bagi setiap seribu penduduk pada tahun 1990 kepada 13.7 kes
padatahun 2000. Keadaan semakin membimbangkan dengan kenaikan
dan jangkaan peningkatanbilangan penduduk bandar. Berdasarkan
perangkaan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,peratusan penduduk
bandar telah meningkat daripada 26.8 peratus pada tahun 1970 kepada34.2
peratus pada tahun 1980 dan 50 peratus pada tahun 1990. Pada tahun
2020 peratusanpenduduk bandar dijangkakan akan mencecah 73 peratus
(Nor-Ina Kanyo and Norizan Hj MdNor, 2007). Ini bermakna penduduk di
Malaysia dianggarkan akan meningkat sebanyak 2.6peratus setiap
tahun.Kenaikan ini dianggarkan memberi kenaikan yang sama dengan kadar
kenaikan jenayah padamasa akan datang iaitu sebanyak 2.6 peratus juga
(Amar Singh Sidhu, 2006). Jadual 2.0 dibawah dapat menjelaskan kadar
peningkatan penduduk yang berkadar langsung denganpeningkatan kadar
jenayah di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai