Anda di halaman 1dari 5

Esei Contoh

Program motivasi yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak adalah untuk manfaat pelajar.
Perkara ini turut diuar-uarkan menerusi media massa untuk kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan
awam. Program motivasi seperti Kem Bina Minda Cemerlang, Kem Motivasi Cuti Sekolah, Summer
Camp Anak Soleh dan sebagainya menjadi mangkin kecemerlangan pelajar. Dengan menyertai program
motivasi itu, pelajar bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam akademik tetapi juga
kecemerlangan dalam sahsiah. Oleh sebab itu, terdapat pelbagai perkara yang menyebabkan program
motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan swasta itu dapat membantu kecemerlangan pelajar.
Program motivasi itu melatih pelajar dari aspek ketahanan dan sikap yakin diri. Hal ini dikatakan
demikian kerana selepas mengikuti program itu, para pelajar mampu menghadapi cabaran dalam
pelajaran dan dalam kehidupan. Sebagai contohnya, dalam program motivasi itu para pelajar didedahkan
dengan pelbagai aktiviti yang menguji ketahan fizikal dan keyakinan diri para pelajar. Pengalaman dan
pendedahan itu membolehkan para pelajar bersiap sedia untuk menghadapi sebarang cabaran yang
pastinya akan dihadapi oleh setiap orang. Jadi, perkara ini membuktikan bahawa program motivasi
berupaya untuk meningkatkan daya tahan pelajar untuk menempuh kehidupan yang penuh dengan
cabaran.
Selain itu, dalam program motivasi itu juga, para pelajar didedahkan tentang teknik belajar dan
teknik menjawab soalan yang betul. Penganjur program kebiasaannya akan menyediakan pakar-pakar
yang mahir dalam kemahiran belajar, ibarat jauhari yang mengenal manikam. Melalui cara itu, para
pelajar akan menggunakan pengetahuan mereka untuk belajar secara berkesan selepas menamatkan
program tersebut. Di samping itu, para pelajar dapat mengetahui teknik untuk menjawab soalan seperti
yang dikehendaki oleh pemeriksa dalam peperiksaan. Jelaslah bahawa program ini memberikan
kebaikan yang banyak kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Melalui program motivasi ini, para pelajar diperkenalkan tentang teknik mengurus masa yang
berkesan. Perkara itu dapat membantu pelajar mengurus masa dengan bijaksana dan berkesan. Jadi,
aktiviti seharian pelajar dapat dijalankan secara teratur kerana masa mereka terisi dengan perkara yang
sesuai dan berfaedah. Sebagai contohnya, program seperti itu membantu pelajar membuat perancangan
aktiviti harian, mingguan dan bulanan yang berkesan untuk manfaat pelajar. Hal ini memang
membuktikan bahawa program tersebut berupaya untuk menjadikan pelajar itu bijak mengurus masa
kerana masa itu emas.
Program motivasi yang dijalankan itu turut mencungkil potensi pelajar dalam pelbagai bidang. Hal
ini dapat dilihat melalui aktiviti berkumpulan yang dimasukkan sebagai pengisian program yang penting.
Melalui aktiviti tersebut, pelajar akan sedar akan potensi diri sendiri yang selama ini terpendam
kerana tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada yang tahu. Di samping itu, program seperti itu
dapat membantu murid agar sentiasa bersikap dan berfikiran positif dalam apa-apa aktiviti yang
dilakukan. Potensi diri yang terpendam itu pula dapat digilap dan dibimbing ke arah yang lebih baik demi
kemajuan diri pelajar dalam segenap bidang.
Tidak ketinggalan juga, program motivasi turut menekankan nilai keagamaan dalam diri pelajar.
Para pelajar akan sedar akan tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga, masyarakat, negara, dan
agama. Pihak penganjur program biasanya akan menyediakan pakar motivasi dalam bidang agama
untuk membimbing pelajar ke arah penghayatan terhadap agama yang sebenar. Pakar-pakar itu akan
menekankan aspek pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap tanggungjawab setiap insan
terhadap pencipta-Nya. Secara tidak langsung, perkara ini akan membentuk sahsiah dan memantapkan
aspek kerohanian yang cemerlang dalam kalangan pelajar yang menyertai program itu.
Sebagai kesimpulannya, program motivasi merupakan medan yang terbaik untuk setiap pelajar
mendisiplinkan diri dan menjadi insan yang cemerlang. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah menghantar

anak mereka untuk menyertai program motivasi yang sesuai untuk anak-anak mereka. Jangan biarkan
masa anak-anak terbiar dan tidak diisi dengan aktiviti yang tidak berfaedah semasa cuti sekolah yang
panjang. Jadi, ibu bapa harus memberikan galakan dan menyokong usaha pelbagai pihak yang
menganjurkan program itu untuk kebaikan anak-anak mereka. Dengan cara itu, kita berharap agar para
pelajar ini akan menjadi orang yang cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam kehidupan mereka

Tajuk Karangan : Pendapat tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.Soalan : Setiap tahun
sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda seringterlibat dalam programprogram tersebut. Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah meyertaiprogram
motivasi.Program motivasi sudah tidak asing lagi didengari oleh masyarakat terutamanya pelajarpelajarsekolah. Program motivasi biasanya diadakan di sekolah dan penyertaanya difokuskan kepada
parapelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR),Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu,
programmotivasi juga diadakan di universiti, kolej ataupun maktab. Penceramah bertauliah ataupun
pakarmotivasi biasanya diundang untuk program motivasi. Di negara kita, terdapat ramai
penceramahbertauliah atau pakar motivasi yang terkenal contohnya Professor Izzudin Haji Ali
ataupun lebihdikenali sebagai Proffesor Izzi Ali. Namun begitu, masih ramai yang menggangap
bahawa menghadiriprogram motivasi amat membosankan. Persoalannya, apakah faedah-faedah
menyertai programmotivasi?Seperti yang kita sedia maklum, program motivasi diadakan untuk
memastikan para pelajarbersedia untuk menduduki peperiksaan. Persediaan diri pelajar dari segi
fizikal dan mental amatpenting sebelum menduduki peperiksaan. Hal ini kerana, sekiranya seseorang
pelajar itu tidakbersedia, fokus mereka terhadap kertas soalan sudah tentu hilang. Mereka menjadi
gementarseterusnya menyebabkan sistem fikiran mereka terganggu. Oleh itu, kehadiran pakar
motivasi ialahuntuk membantu pelajar
agar menjadi lebih bersedia dengan berkongsi tips serta
maklumat bergunakepada pelajar. Pengaplikasian tips tersebut sedikit sebanyak membantu mereka.
Pendek kata,program motivasi dapat memastikan para pelajar bersedia untuk menduduki
peperiksaan.Faedah yang kedua ialah, pelajar mendapat kesedaran dan pengajaran melalui
programmotivasi. Pakar motivasi di negara kita iaitu Professor Izzi Ali terkenal dengan keupayaan
beliaumemberi ceramah serta motivasi berdasarkan kisah hidup dan pengajaran setelah
melakukansesuatu perbuatan. Program motivasi tidaklah hanya berkisarkan pendidikan malah cara
hidupseseorang juga diterapkan. Melalui program motivasi, para pelajar lebih terbuka minda,
akal,sertahati melalui motivasi yang berunsurkan pengajaran oleh penceramah. Para pelajar
terutamanyalebih terdorong untuk menuju ke arah kebaikan dan keinsafan diri. Hal ini kerana, para
pelajar lebihtertarik dan lembut hati menerima teguran dan mencuba sedaya upaya untuk berubah.
Ringkasnya,program motivasi dapat memberi
kesedaran dan pengajaran kepada pelajar.Di samping
itu, melalui program motivasi jugalah pelajar memperoleh keyakinan diri dalammengejar kejayaan
dalam hidup. Dalam mengejar kejayaan, sudah tentu banyak halangan dandugaan yang perlu ditempuhi
sebagai seorang pelajar. Semasa program motivasilah pelajar dapatmenimba ilmu daripada
penceramah. Suntikan semangat baru serta tips-tips daripada penceramahhendak dimanfaatkan oleh
pelajar dalam misi mengejar kejayaan. Tahap keyakinan diri yang tinggidapat menjamin kejayaan
pelajar. Pendek kata, pelajar memperoleh keyakinan diri melalui programmotivasi

SPM 2012 BAHAGIAN B: Berikan pendapat anda tentang


faedah-faedah menyertai program motivasi
Soalan SPM 2012 Bahagian B.
Soalan no.1:
Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam
program-program tersebut.
Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.
CADANGAN JAWAPAN:
Pendahuluan
saya telah berpeluang mengikuti program motivasi anjuran pihak sekolah - diadakan di tapak
perkhemahan air terjun yang terkenal di tempat saya - program motivasi ini diadakan selama tiga hari
dua malam -bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan motivasi - pelbagai aktiviti dijalankan
sepanjang program motivasi - ceramah, aktiviti berkumpulan. dan aktiviti lasak
Isi-isi Penting
(a) saya mendapat semangat baharu dan motivasi untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh
- mendapat suntikan semangat daripada pakar motivasi tersohor tanah air - turut menekankan
aspek kaedah belajar yang berkesan - memperoleh ilmu baharu yang amat berguna untuk diaplikasikan
dalam persediaan menghadapi peperiksaan
(b) saya berpeluang berkenalan dengan pelajar dari kelas lain - dapat bertukar-tukar pendapat dan
buah fikiran dengan mereka - melalui perbincangan dan aktiviti berkumpulan - memperoleh
pengetahuan dan pengalaman baharu yang tentunya berbeza sedikit daripada apa-apa yang diperoleh
di kelas
(c) saya berpeluang merasai suasana dan persekitaran pembelajaran yang berbeza daripada yang
dialami
di sekolah pada setiap hari - beJajar di dalam kelas dengan suasana dan situasi yang sama mengundang
rasa bosan - sesekali belajar dalam situasi yang berbeza pastinya menarik dan menyeronokkan
- seterusnya mampu menimbulkan minat dan tumpuan para pelajar
(d) saya memperoleh pelbagai sumber atau informasi tentang peluang yang disediakan untuk pelajar
lepasan SPM - melalui program motivasi yang saya sertai. penceramah menyampaikan pelbagai
informasi tentang pelbagai peluang yang disediakan oleh institusi pendidikan dan kemahiran kepada
pelajar selepas tamat peperiksaan SPM
(e) saya dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal
- program motivasi tersebut turut menyelitkan pelbagai aktiviti lasak yang dapat melatih saya daripada
aspek ketahanan mental dnn fizikal -tubuh badan yang sihat .dapat membantu pelajar menumpukan
perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas - badan yang sihat akan menghasilkan otak yang cerdas
- jika fizikal pelajar kurang mantap dan kurang cergas, pelajar akan mengantuk dan mudah letih

Penutup
pengalaman menyertai program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah amat bermanfaat
-pelbagai pengetahuan dan ilmu baharu diperoleh - jika pelajar berpeluang untuk mengikuti program
motivasi. rebutlah peluang keemasan tersebut - masa itu emas dan jika tidak dipecahkan ruyung
masakan dapat sagunya

Anda mungkin juga menyukai