Anda di halaman 1dari 2

Lee Shun Fong

PPISMP-GSTT-PRASEKOLAH-AMBILAN KHAS-DIS 2011-SEM 2


\
Refleksi
Salam sejahtera saya diucapkan . Tajuk tugasan Matematik Asas ini ialah
Strategi Menyelesaikan masalah dengan menggunakan model Polya. Pensyarah
kami Encik Loh Piek Hong telah menerangkan tugasan ini dengan terperinci dan
telah memberikan maklumat yang cukup lengkap dan tepat kepada kami dalam
menyiapkan tugasan ini. Dalam tugasan ini, kami telah mencari maklumat
daripada pelbagai sumber seperti buku-buku yang kami pinjam dari pusat
sumber dan juga melayari internet. Menurut Model Polya (1973), terdapat empat
fasa menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi pemahaman tentang
masalah, merancang strategi tentang masalah, implementasi strategi yang
dirancang dan menyemak semula. Dalam setiap fasa penyelesaian masalah ,
beberapa soalan ditanya atau dicadang untuk membantu para pelajar
memahami masalah serta mendapat penyelesaian tentang masalah tersebut.
Semasa menjalankan tugasan ini, saya mula mengetahui dengan lebih
lanjut tentang langkah-langkah penyelesaian masalah Model Polya. Tentang
bagaimana penyelesaian masalah harus dimulakan dengan pemahaman tentang
masalah, merancang strategi, implementasi strategi dan akhirnya menyemak
semula. Saya juga mula belajar menggunakan strategi-strategi yang ternyata
memudahkan lagi langkah penyelesaian masalah. Antaranya ialah teka dan uji,
membuat senarai tersusun, memudahkan masalah, bekerja secara songsang,
melakonkan ,membina model, mengurus maklumat dalam carta ,jadual atau graf,
mencari pola, menghapuskan kemungkinan, melukis gambar rajah dan
sebagainya. Dan segala maklumat yang saya dapat ini telah saya dan rakan
sekumpulan mengaplikasikan bagi menyiapkan tugasan kami.
Melalui tugasan ini saya berasa tugasan ini cukup mencabar kerana ia
memerlukan konsentrasi yang begitu tinggi terhadap setiap soalan yang kami
cuba selesaikan dengan tugasan ini. Sepanjang menyiapkan tugasan ini juga
pelbagai masalah telah kami hadapi. Terutamanya apabila kami dihendaki
membuat tugasan ini dalam cuti Hari Raya. Hal ini telah menyebabkan kami

Lee Shun Fong


PPISMP-GSTT-PRASEKOLAH-AMBILAN KHAS-DIS 2011-SEM 2
sukar untuk berbincang kerana masing-masing tinggal berjauhan. Akhirnya, kami
bekerjasama dan kesabaran antara ahli kumpulan kami menjadikan halangan
sebagai satu motivasi untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Dalam
menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan baru yang telah kami
dapati. Hal ini menjadikan kami lebih memahami terhadap Model Polya.
Apabila berjaya menyiapkan tugasan ini, saya mendapati kesimpulannya
bahawa tajuk menyelesaikan masalah amat menarik. Saya mulai belajar dari
bawah bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Saya juga
dapat dilihatkan , jalan kerja menyelesaikan masalah saya juga lebih teratur
kerana Model Polya memberikan saya cara yang lebih berkesan dan efisien
untuk menyelesaikan masalah kerana seperti diketahui umum ia mempunyai
empat fasa penyelesaian. Saya juga mendapati kesimpulan bahawa untuk
menyelesaikan sesuatu masalah matematik, wujud pelbagai cara dan jalan. Jadi
kita seharusnya berfikiran lebih kreatif dan tidak hanya menggunakan jalan kira
biasa untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik.
Akhirnya , saya dan rakan-rakan sekumpulan telah menyiapkan tugasan
ini pada masa yang ditetapkan. Berkat kerjasama dan sikap saling membantu
ahli kumpulan saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu kumpulan kami dalam menyiapkan tugasan ini
dalam jangka masa yang ditetapkan. Sekian terima kasih.