Anda di halaman 1dari 1

PERMAINAN HOKI MENGGUNAKAN KERTAS SURAT KHABAR

Hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia. Ia
dimainkan oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, murid-murid memerlukan gambaran bagaimana sesuatu permainan
itu dimainkan. Oleh itu, inovasi sangat penting bagi seorang guru supaya muridmurid lebih cepat memahami bagaimana sesuatu permainan itu dijalankan.
Menurut Rasidi Md Sidik (2009), inovasi merupakan satu penghasilan baharu yang
berbentuk maujud, unik dan sangat bernilai berdasarkan proses penyususnan
semula penggunaan unsur-unsur sedia ada. Oleh itu permainan hoki menggunakan
kertas surat khabar telah dipilih sebagai inovasi dalam pembelajaran bilik darjah.
Permainan ini memerlukan kayu hoki dan bola yang dibuat daripada kertas.
Kayu hoki pula mestilah dibina dengan menggunakan kertas yang banyak supaya
ianya keras dan mudah untuk menggelecek dan memukul bola. Guru perlu
menyediakan dua kotak yang besar sebagai gawang gol supaya murid-murid
mempunyai target dalam permainan ini. Apa yang perlu dilakukan dalam permainan
ini ialah murid perlu menggelecek bola supaya dapat membuat gol di pasukan pihak
lawan. Murid yang paling banyak membuat gol akan dikira sebagai pemenang. Oleh
itu, pembinaan inovasi ini memerlukan beberapa kriteria supaya dapat membantu
perkembangan kognitif, afektif atau psikomotor murid ketika bermain.