Anda di halaman 1dari 6

Penindasan dan

Pencabulan Hak Asasi


Etnik Rohingya

Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan


keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka
telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka.
Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan
dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah;
pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan
kewangan ke atas perkahwinan.
Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh
dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera
walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine
telah menurun sejak sedekad yang lalu.

Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya


telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin
( Raja Nagamin ) tentera Myanmar.
Secara rasmi kempen ini mensasarkan pemeriksaan setiap
individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai
warganegara dan orang asing bertempatan dengan undangundang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang
menyusup masuk ke dalam negara secara haram.
Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang
awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan
masjid serta penindasan agama secara besar-besaran.

Semasa 1991-92 satu gelombang baru orang Rohingya


yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah
melarikan diri ke Bangladesh.
Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping
hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang
Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera
Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi,
lazimnya dalam keadaan yang teruk.
Banyak pencabulan hak-hak kemanusian lain
berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam
Rohingya oleh pasukan keselamatan.

Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam


oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang
mengakibatkan 100,000 orang Rohingya.
Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan
rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan
tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan
Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha,
perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya
dengan keizinan tentera, penangkapan, penyeksaan
tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar
dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki


walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali
dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki
telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7
tahun hanya kerana memiliki telefo bimbit.

Kini boleh 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di


Bangladesh, 60,000 di Thailand 150,000 di Pakistan, 40,000 di
Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan
Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan derita kerana
pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.