Anda di halaman 1dari 15

Perkaitan Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Noorziha binti Ismail

Universiti Terbuka Malaysia Cawangan Kelantan (OUM)

PENGENALAN
Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa
Melayu
melatih
murid
menguasai
kecekapan
berbahasa
dan
berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara gramatis. Selain
itu, murid dapat mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata
pelajaran yang lain, di samping mengembangkan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis.
Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan, Huraian
Sukatan Pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Huraian
Sukatan Pelajaran mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagai
rujukan guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya. Di
samping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan yang
merangkumi kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan
pengisian kurikulum.
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996,
Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran atau disiplin ilmu teras di semua
sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan
Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bangsa yang
mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai
pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama
oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di
peringkat sekolah menengah juga bertujuan mewujudkan asas semangat
kewarganegaraan.
KONSEP DAN PENGERTIAN.
(a) Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang
menjadi panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya

terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa


Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. Aspek itu merangkumi
matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian kurikulum,
kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah.
Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya.
Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah
seragam, terkawal dan bersistem.
Manakala Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula
memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita
cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. HSPBM
memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil
pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi
kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran dibahagikan
kepada tiga aras, iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang.
HSPBM menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan
menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, dan mengolah aktiviti
mengikut kesesuaian murid. HSPBM diharapkan dapat membantu para
guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara
berkesan.
Guru digesa melakukan aktiviti yang memberi penekanan kepada unsur
bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi , kemahiran belajar cara belajar, dan pelbagai lagi. Di
samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap
diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan
kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia
pekerjaan.
(b) Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Menurut Kamus Dewan, maksud falsafah ialah pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar
kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan
atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran
yang hakiki.
Dalam Islam, falsafah ditafsirkan kepada hikmah, walaupun konteks
hikmah adalah lebih luas daripada falsafah itu sendiri. Kedudukan hikmah
dalam Al-Quran mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada falsafah

(Abdul Fatah, 2003). Sayidina Ali Bin Abi Talib r.a pernah berkata
Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh orang yang
beriman.
Dari aspek sejarah pula, perkataan falsafah berasal daripada perkataan
Greek (Yunani) Philosophia yang bermaksud cinta kepada kebijaksanaan,
kearifan atau kehikmahan.
Pengertian falsafah dikembangkan lagi oleh tokoh-tokoh falsafah barat
dan Islam seperti Socrates, Plato, Aristotle, Al Kindi, Al Farabi dan
sebagainya. Falsafah mempunyai cabang-cabang ilmu yang utama, iaitu
metafizik, epistemologi, aksiologi yang mempunyai etika dan estetika
serta logik. Cabang falsafah metafizik pada umumnya bermaksud
pemikiran tentang kewujudan sesuatu. Epistemologi ialah cabang falsafah
yang memberi focus kepada ilmu. Cabang falsafah yang seterusnya ialah
aksiologi yang mana lebih tertumpu pada persoalan nilai dan sistem nilai.
Aksiologi terdiri daripada dua aspek, iaitu etika dan estetika. Etika
ditakrifkan sebagai persoalan tentang nilai moral dan peraturan tingkah
laku manusia yang betul. Estetika member pengertian tentang
pemahaman dan pengamatan intelektual. Manakala logik merupakan
cabang falsafah yang berkaitan dengan pemikiran atau hujah yang betul
atau sebaliknya.
Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada
asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepadasistem
pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang
hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan,
cirri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan
dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Menurut Abdul
Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan,
pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang
pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di
dalam bilik darjah.
Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum pendidikan.
Falsafah umum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti idealisme,
realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Secara umumnya falsafah
idealisme memberi fokus kepada kepentingan pemikiran, jiwa dan
kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang memandang alam
kebendaan adalah sebagai realiti hidup. Pragmatisme dibentuk oleh ahli
falsafah Amerika Syarikat yang mempercayai bahawa manusia
memperoleh pengetahuan hanya melalui pengalaman dan penyelesaian
masalah. Falsafah eksistensialisme menjurus kepada falsafah yang
bersifat
individualistik
kerana
menekankan
aspek
manusia
bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan kehidupannya. Dari sini lahir

idealisme
yang
menghasilkan
sebagaimana di bawah.

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan,

Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau


pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi
kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum.
Asal usul leksikal pendidikan adalah daripada morfem bebas Latin,
educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh. Definisi
pemajmukan leksikal Falsafah Pendidikan diertikan oleh Yusuf al-Qardawi
(1980) sebagai Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah
akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku.
Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang
sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.
Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium
pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua
cakuman utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946).
Kebangsaan secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang
universal, dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang
falsafah, yakni metafizik atau ontologi (teori kejadian), aksiologi (teori
nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik.
Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru
dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
kepada negara Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut
memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama
ada di dalam atau di luar institusi pendidik.
(c) NilaiNilai Estetika

Insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan


kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan
inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi
murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan
murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap
kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan
jasmani dan kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan

hasrat Tunjang Fizikal. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga
perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan
kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan
ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan
dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni
visual dan muzik.
Estetika mengikut Kamus Dewan adalah merujuk perkara yang berkaitan
dengan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan ( terutamanya )
dalam bidang seni. Ini bermakna nilai nilai estetika diajar dalam setiap
disiplin ilmu atau mata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Bahasa Melayu,
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan lain lain.
HUBUNGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MELAYU

DENGAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah


Pendidikan Negara (FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia.
Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia
mestilah selaras dengan FPK. Justeru, setiap bakal guru di Malaysia
diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap
tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa
berada pada landasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah
melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektual. Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS.
Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat
unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting
daripada intelek atau sebaliknya.
FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem
pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK
tika menjelaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat
pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini memerlukan
penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi
merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. FPK
menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini,
umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk
perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam
(ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini
menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka,
semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai
dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK.

Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras


dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus
berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran yang
mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan
berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan
berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk
melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional
ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini
melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi
yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi
dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens
(para pelajar).
Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan.
Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi
yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para
pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan
bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi
pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim
sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu, lantas
membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.
Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang
seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam
penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Ia sememangnya
mempunyai hubungan yang rapat dengan Huraian Sukatan Pelajaran
khasnya dalam beberapa aspek. Antaranya :
Rohani

Intelek

Jasmani

Bakat

Akhlak

Sosial

Nilainilai estetik

(a) Intelek
Intelek merujuk kamus dewan bermakna kemampuan (daya) berfikir dan
memahami (menganalisa), akal budi, golongan golongan cerdik pandai,
golongan cendekiawan, golongan terpelajar. Di sini jelas Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan yang
berintelek tinngi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, jasamani, rohani.
Oleh sebab itu, Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para
guru bagi merancang pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi
melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan
mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Mampu memjadi seorang insan
yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama
lain bagi mencapai cita cita dan Dasar Pendidikan negara kita.
Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi.
(b) Rohani
Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begutu menekankan aspek
rohani dan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan
aspek rohani ini ke dalam jiwa kanakkanak atau muridmurid. Aspek
nilainilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Dalam pengajaran
Bahasa Melayu, nilainilai murni boleh diterapkan ke dalam diri murid
murid seperti nilainilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin, tolenransi,
bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Jika nilainilai ini dapat
disemat ke dalam diri muridmurid, muridmurid akan bersikap lebih
keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. Mereka bersikap
lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkara
perkara negatif. Dengan kata lain, sikap mereka akan lebih menjadi
positif dan bertambah mulia.
(c) Jasmani
Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek jasmani.
Di samping rohani murid yang sihat, aspek fizikal jasmani murid pula
perlu sihat dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan
menyelitkan elemenelemen kesihatan. Contohnya pengajaran tentang

petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri, kebersihan diri, makanan


seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan
pergerakan fizikal seperti melakukan lompatan, angkat tangan,
memegang sesuatu, dan pelbagai lagi.
(d) Bakat
Dalam kalangan muridmurid kita mempunyai bakatbakat tertentu
seperti menyanyi, berlakon, bersyair, bersajak, menari, dan pelbagai lagi.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan elemen bakat ini.
Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya, pelbagai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. Antaranya aktiviti
lakonan, mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair, dan pelbagai lagi.
Dengan ini, bakat muridmurid akan dapat dicungkil. Tambahan pula,
banyak pertandingan seperti bercerita, nyanyian, pidato, berbalas pantun
dan pelbagai lagi dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri,
mahu pun kebangsaan, bagi mecungkil bakat.
(e) Akhlak
Akhlak yang baik sangat dituntut dalam agama Islam. Begitu juga
dengan agama lain yang inginkan umatnya mempunyai budi perkerti dan
akhlak yang baik. Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga dapat
merealisasikan aspek ini. Guru perlu menerapkan nilainilai murni ke
dalam diri muridmurid. Contohnya, membantu rakan, menghormati
orang tua mahu pun orang yang lebih muda, memberi salam, dan
pelbagai lagi.
(f) Sosial
Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri muridmurid sekolah.
Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan,
perbincangan, dan lainlain lagi. Guru perlu menggalakkan para pelajar
bergaul mesra dengan rakanrakan, dengan guruguru, dan dengan
sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik.
Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka
dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu
dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid.
(g) Nilai nilai estetik.

Nilainilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. Dalam pengajaran


Bahasa Melayu, nilainilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan
bahasa itu sendiri. Contohnya, dalam pengajaran puisi seperti sajak,
pantun, gurimdam, seloka, syair, dan pelbagai lagi. Keindahan bahasa
yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai
kehadirannya. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak, novel,
cerpen, dan lain-lain seperti metafora, personafikasi, dan lain lain.
PENUTUP
Berteraskan daripada Falsafah Pendidikan Barat dan juga Falsafah
Pendidikan Islam, maka wujudlah Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
memastikan bahawa wujudnya suatu garis panduan kepada guru-guru
untuk mengikutinya. Banyak fungsi-fungsi yang bakal dihadapi oleh guru
serta tugas yang perlu digalas demi untuk memenuhi matlamat
pendidikan di negara kita ini. FPK juga bertujuan menjadi rujukan kepada
sesuatu dasar pendidikan supaya tidak hilang matlamat asal
penubuhannya dan sekaligus menjadi identiti sistem pendidikan di
Malaysia ini.
Implikasi daripada FPK ini adalah untuk menyatakan peranan juga dalam
menjayakan FPK itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi
pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.
Oleh kerana aspirasi ini aspirasi ini dijunjung oleh para guru, maka tidak
hairanlah guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk
seseorang pelajar tersebut dengan berkesan sekali. Ini selaras dengan
KBSR yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani,
jasmani, intelek, dan juga emosi yang sihat.
Peranan guru pula boleh dibahagikan mengikut cabang falsafah yang
menjadi pegangan para guru di Malaysia ini. Antara cabang-cabang
berkenan ialah metafizik, epistemologi, aksiologi, dan juga logik. Semua
cabang ini mempunyai pengertian masing-masing dan haruslah difahami
oleh setiap guru di Malaysia demi menjayakan FPK dan juga KBSR agar
anak didik kita seimbang serta berjaya dalam semua bidang yang
diceburinya nanti. Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan
yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala
aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan tersebut dapatdirealisasikan dengan jayanya. Maka, hasrat
untuk melahirkan individu yangberilmu pengetahuan dan seimbang dari

aspek rohani, intelek, emosi danjasmani seperti yang digariskan dalam


Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.
RUJUKAN
Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjung
Malim: Quantum Books.
Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan
Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books.
Edaris Abbu Bakri.2004. Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk
Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School. London: London
University Press.
Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas
Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterpris.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan
http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=29
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php
http://www.scribd.com/doc/38613489/Xciment-FPM-PBS-Nyer
http://www.scribd.com/doc/38613456/Xciment-FPM-PBS-Nyer

http://iptaa.edu.my/Portal/download/Bahasa%20Melayu%20Pend
%20Rendah/ModulPGSRBMM3104/1.pdf
http://www.scribd.com/doc/13969039/Penerapan-Falsafah-PendidikanDalam-Proses-PP
http://ariedrifke.blogspot.com/2010/04/implikasi-falsafahpendidikan.html
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/BAB
%201%20AP000277.pdf
http://www.tutor.com.my/dunia.asp?
y=2009&dt=0105&pub=DuniaPendidikan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm
http://www.lombalomba.com/? s=pelaksanaan+konsep+intelek,+rohani,
+emosi+dan+jasmani+dalam+pendidikan
http://www.iab.edu.my/bpk.pdf
http://www.scribd.com/doc/37841551/Falsafah-Pendidikan-KebangsaanSemester-1
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu
falsafah,pendidikan dan kebangsaan. Leksikal falsafah berasal daripada
dua perkataan Yunani, iaitu philos dan Sophia. Philos bermakna
mencintai, manakala Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi
falsafah dilihat daripada tiga penjuru, iaitu; etimologi (bahasa),
terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli falsafah mendefinisikan
falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan
penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah
perkembangan manusia. E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter
(1984) mengujarkan falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan
kritis terhadap variasi item. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya
falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan
asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang
penting.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan


kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat, dan negara
Dicatat oleh MBi di 9:02:00 AM

7 ulasan:
Tanpa Nama berkata...
terima kasih atas usaha anda
16 Julai, 2011

Tanpa Nama berkata...


terima kasih atas usaha anda keranadapat membantu pelajar
baru seprti saya
21 Julai, 2011

Tanpa Nama berkata...


terima kasih di atas tulisan anda yang juga turut memberi ilmu
kepada saya
31 Julai, 2011

joe berkata...
TQ ATAS INFORMASI. SALAM 1 MALAYSIA N SALAM
RAMADHAN. ;)
05 Ogos, 2011

raihan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
07 Ogos, 2011

raihan berkata...

terima kasih, sumabangan anda telah membantu saya...Salam


Ramadhan
07 Ogos, 2011

Tanpa Nama berkata...


terima kasih kerana sam-sama membantu sesama islam
15 Ogos, 2011
Catat Ulasan