Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN ENJIN DIESEL

Enjin diesel merupakan sejenis enjin pembakaran dalaman. Enjin pembakaran dalam ialah
jenis enjin yang pembakaran bahan api dan pengoksida (biasanya udara) berlaku dalam ruang
terbatas yang dipanggil kebuk pembakaran. Tindakbalas eksotermik ini menghasilkan gas pada
suhu dan tekanan tinggi yang dibenarkan. Enjin pembakaran dalam ditakrifkan dari fungsinya
yang dilakukan oleh gas panas yang berkembang yang bertindak secara langsung untuk
menggerakkan bahagian-bahagian enjin yang pejal. Enjin diesel yang beroperasi melalui kitar
diesel (dinamakan sempena Dr. Rudolf Diesel).
Ciri utama enjin diesel adalah penggunaan udara termampat untuk membakar bahan api, yang
disuntik ke dalam kebuk pembakaran semasa penghujung lejang mampatan [compression stroke].
Ia bertentangan dengan enjin petrol, di mana campuran udara-bahan api dinyalakan oleh palam
pencucuh.
Enjin diesel dikeluarkan dalam bentuk 2 lejang dan 4 lejang. Asalnya ia dibina sebagai
pengganti enjin wap pegun yang lebih cekap. Sejak 1910an ia digunakan dalam kapal dan kapal
selam. Lama kemudian enjin diesel turut digunakan pada lokomotif kereta api, lori besar serta
penjana elektrik. Pada 1930an, ia mula digunakan dalam beberapa model kereta. Setakat tahun
2007, lebih kurang 50 peratus daripada kereta baru di Eropah menggunakan enjin diesel.

KELEBIHAN

Lebih menjimatkan bahan api berbanding enjin petrol.

Mempunyai kecekapan pembakaran bahan api yang lebih tinggi daripada enjin petrol. Nilai
kecekapan pembakaran kemuncak sebenar bagi enjin diesel pada lori, bas dan kereta adalah
setinggi 45%, serta mungkin akan mencecah 55% pada masa akan datang.

Menghasilkan kurang karbon monoksida kerana membakar bahan api dalam udara
berlebihan.

Menghasilkan kilasan kemuncak pada kelajuan enjin rendah, menjadikannya sesuai


digunakan pada kenderaan berat.

Lebih tahan lama serta lebih boleh diharap kerana selain ketiadaan sistem penyalaan elektrik,
enjin diesel sememangnya dibina bagi menahan tekanan yang sangat tinggi.

Tidak memerlukan palam pencucuh sebagaimana enjin petrol.

KELEMAHAN

Enjin diesel lazimnya lebih berat daripada enjin petrol.

Kadar pecutan yang lebih lambat daripada enjin petrol. Walau bagaimanapun, pemasangan
pengecas turbo serta teknologi baru seperti sistem suntikan terus rel sepunya membantu
meningkatkan kadar pecutan enjin diesel.

Menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. Masalah tersebut boleh

dikurangkan dengan kawalan diesel elektronik serta penggunaan bahan api diesel yang lebih
bersih (kurang kandungan sulfur).

Banjaran kuasa yang kecil disebabkan banjaran putaran enjin yang terhad. Ia merupakan
sebab utama mengapa kebanyakan lori berat mempunyai kotak gear sehingga sebanyak 18
kelajuan. Pengecas turbo geometri boleh laras membolehkan kilasan enjin disebarkan pada
banjaran kelajuan yang lebih meluas.

Enjin diesel lebih bising daripada enjin petrol disebabkan ketukan diesel. Penggunaan
minyak diesel dengan nilai setana yang lebih tinggi boleh mengurangkan bunyi bising
ketukan diesel.

Enjin diesel turut dikategorikan mengikut kelajuan enjin seperti berikut:

Kelajuan tinggi (1,800 rpm ke atas) - digunakan pada lori, bas, kereta, traktor, pam serta
penjana elektrik kecil. Setakat 2008, kebanyakan enjin diesel kelajuan tinggi menggunakan
suntikan tidak terus, walaupun enjin-enjin yang lebih baru dan lebih moden mula
menggunakan enjin suntikan terus rel sepunya.

Kelajuan sederhana (300 ~ 1,800 rpm) - digunakan pada stesen penjana elektrikk, kapal serta
lokomotif kereta api. Ia menggunakan sama ada minyak diesel ataupun minyak bahan api
jenis berat, yang perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum digunakan. Setakat 2007, enjin

kelajuan sederhana terbesar menghasilkan keluaran kuasa lebih kurang 22,400 kW (30,000
bhp). serta dibekalkan oleh syarikat sepertiMAN B&W, Wartsila dan Rolls Royce(mengambil alih Ulstein Bergen Diesel pada tahun 1999).

Kelajuan rendah (60 ~ 300 rpm) - digunakan pada kapal besar. Ia dibina dalam bentuk 2
lejang sahaja dan menggunakan minyak bahan api jenis berat yang perlu dipanaskan dahulu
sebelum digunakan. Setakat 2007, enjin 4 silinder sebaris Wrtsil-Sulzer14RTFLEX96-C 2
2 lejang diesel turbo yang dikeluarkan oleh pemegang lesen Wrtsil, Doosan di Korea
Selatan adalah enjin diesel paling berkuasa dalam perkhidmatan, dengan lubang silinder
sebesar 960 mm, menghasilkan keluaran kuasa setinggi 84.42 MW (114,800 bhp). Ia mula
digunakan pada September 2006, dipasang pada kapal kontena terbesar di dunia iaitu Emma
Mcersk, dimiliki oleh A.P. Moller-Maersk Group.

Prinsip Enjin Diesel

Kitaran Empat Lejang (Four Stroke


Cycle):i Lejang Pengambilan (Induction
Stroke)
Bermula piston di TDC, Piston ditarik ke bawah oleh rod penghubung melalui aci engkol. Apabila
piston bergerak ke bawah injap pengambilan terbuka dan udara disedut masuk melalui injap
pengambilan.

ii Lejang Mampatan (Compression Stroke)


Piston bergerak dari BDC ke atas menyebabkan udara dimampatkan dan suhu mencapai 750C.
Ketika ini kedua-dua injap tertutup rapat. Apabila piston hampir TDC, pemancit mula menyuntik
bahan api ke dalam udara panas termampat menyebabkan berlaku pembakaran.

iii Lejang Kuasa (Power


Stroke)
Bahan api yang disuntik ke dalam
udara

panas

menyebabkan

udara

termampat tinggi dan bercampur lalu


terbakar dengan panas pada ruang pembakaran. Pembakaran udara dan bahan api menghasilkan
tenaga haba bahan api yang menyebabkan tekanan haba bahan api, menyebabkan tekanan haba
memuncak dalam ruang pembakaran. Tekanan tinggi ini telah menolak piston untuk bergerak dari
TDC ke BDC.

iv Lejang Ekzos (Exhaust Stroke)


Piston bergerak dari BDC Ke TDC oleh tindakan salingan, pada masa yang sama injap ekzos telah
terbuka. Ini membolehkan piston menolak gas sisa pembakaran keluar melalui injap ekzos.
Selepas gas ditolak keluar, injap ekzos kembali tertutup dan apabila piston hampir TDC injap
pengambilan mula terbuka. Kemudian kitaran enjin berulang dengan memulakan lejang
pengambilan.
Bagaimana enjin diesel berfungsi.

Enjin diesel berbeza dengan enjin petrol melalui penggunaan nisbah mampatan udara yang
lebih tinggi untuk membakar bahan api berbanding enjin petrol yang menggunakan palam
pencucuh ("pembakaran mampatan" berbanding "pembakaran pencucuhan").
Selain nisbah mampatannya yang tinggi sehingga membolehkan pembakaran berlaku tanpa
sistem penyalaan berasingan, nisbah mampatan yang tinggi juga meningkatkan kecekapan enjin.
Pada enjin petrol pula, nisbah mampatan tidak boleh terlalu tinggi bagi mengelakkan kerosakan
enjin akibat pra-nyalaan atau ketukan enjin [knocks].
Pada enjin diesel, udara dimampatkan dengan nisbah mampatan lazimnya di antara 15:1 ~
22:1, meningkatkan suhu udara ke 532 C. Pada suhu tersebut, udara di dalam kebuk pembakaran
akan membakar campuran udara-bahan api. Seterusnya bahan api yang disuntik ke dalam kebuk
pembakaran akan terbakar dengan sendirinya, menghasilkan kuasa kepada enjin.

Gambarajah sistem enjin deisel

Tangki bahan api ( tank )


Ia berfungsi untuk menyimpan bahan diesel.

Pam pemancit bahan api ( Fuel Feed Pump @FFP )


Tugas FFP adalah untuk menyedut bahan api diesel dari tangki kemudian dihantar ke penapis
bahan api diesel.

Penapis bahan api ( fuel filter )


Ia berfungsi untuk menapis bahan api diesel.

Pam pemancit bahan api (Fuel Injetion Pump @FIP )


Ia boleh dianggap sebagai jantung kepada sistem ini.
FIP mempunyai 3 fungsi utama.
-Memberi tekanan bahan api.
-Mengkadarkan bahan api.
-Menghantar bahan api mengikut firing order.

Saluran bahan api ( pipeline)


Berfungsi sebagai medium penghantar bahan api diesel ke komponen- komponen yang terdapat
didalam sistem.

Pemancit ( injector )
Fungsi komponen ini adalah untuk memancitkan bahan api diesel dalam bentuk kabus ke ruang
pembakaran.

RISIKO PENYELENGGARAAN

Suntikan bahan api mendedahkan mekanik kepada potensi bahaya penyelenggaraan enjin
kerana tekanan bahan api tinggi yang digunakan. Baki tekanan boleh kekal di dalam saluran bahan
api dalam tempoh yang lama setelah enjin dimatikan. Baki tekanan ini mesti dilegakan, dan jika ia
dilakukan melalui salur "bleed-off", bahan api tersebut mesti ditutup.
Jika pemancit diesel bertekanan tinggi ditanggalkan dan dikendalikan di bawah udara terbuka,
ia mungkin akan mendedahkan mekanik kepada kecederaan akibat suntikan jet hipodermik,
walaupun dengan tekanan serendah 100 PSI (paun per inci persegi). Kes kecederaan sedemikian
yang pertama adalah pada tahun 1937 semasa operasi penyelenggaraan enjin diesel.

Anda mungkin juga menyukai